Selasa, 10 Disember 2013

10 Bulan Yang Lepas..


Eh harini selangor cuti. Saya dok umah saje. Nak keluar, malas.
 Incek Husband kerja sebab dia KL. Kahhhkahh
Tibe2 tadi dapat whatsapp dia, arini halfday. Jelesss letewwww :P

*sedut teh ais sat....*

Nak cerita apa eh, pasal kisah berpantangku boleh?
HAHAHAHA dah 10 bulan baru nak cerita
gila dah basi masam punye cerita ;p





asal bedung je, mesti Hanan berjaya keluarkan tangan.
Iskkk isskkk

Malam syift Incek Husband jaga Hanan
saya tidoooo lepas magrib
takut Hanan berjaga malam
so tdo siap2. standby kata omputeh ;p
last2 Hanan tak berjaga pon.
Saya sambung tdo sampai pagi
Bangun tiap 2jam nak susukan Hanan je.
kikiki time pantang saya banyak tdo ;p

time susukan, ginilah Hanan.
akan pegang tangan saya
tak dak chan nak scroll ipad tangan sebelah.
*lagi sebelah tangan pangku Hanan*
HAHAHAHA

Breakfastku. Air separuh je, kena catu.
Mak kata nanti Urat kembang.
Ohhh makkkk T_________T

Param & pilis tersedia lepas saya mandi.
tak de chan nak lepas.
Mak tunggu saya celet param pilis ni
ohhh makkkk T________T

air mandian rebusan daun herba
44hari saya mandi air ni
dah macam pokok aku rasa diri ni
lepas mandi gerenti bau daun T______T

tungku kaki amat penting mak kata.
asal batu ni suam2, mak g panaskan balik.
memang aku pantang kaw2 punya
Huuuuu

Hai anak :)  TQ sayang 9 bulan dalam rahim umi.
Teman study, teman amek exam, teman segalanya :)
sgt senang mengendong kamu
umi xada alahan langsung.
Alhamdulillah dipermudahkan :)

Incek husband balik kerja mesti dia potongkan buah oren ni
mak kata elok untuk cepat baikkan luka
memang cepat, less than 2 weeks saya dah kuat.
Alhamdulillah.
mungkin juga doa saya b4 deliver supaya cepat sihat :)

sekali ni je saya guna mosquito net ni
pastu simpan masuk storage box, kikiki 

pastu saya pantang rumah mak mertua kejap
 dalam seminggu

makan, tdo, susukan Hanan, pump susu pastu tdo balik
gila bosan time pantang
terlebih tdo aku dibuatnya
Hanan pulak jenis tak berjaga malam
lagi sedap saya tdo ;p

"hadiah" teristimewa dari Incek husband
eeeyukssssss macam tahik rasanya :(
menangis haku nak telan
kan sedap dapat tutti fruti. Eh? HAAHHA


pantang kat umah mertua
kiri remote air cond, kanan kipas tangan.
kipas bilik tetap buka
panas gila weiiii tappi mak tak bagi buka kipas laju2
sakit urat nanti
adoiiii banyak gile pantang larang.
dorang tak perasan laju je aku tekan remote air cond, kiki

satu lagi mak paling pantang saya membaca time pantang ni
terpaksa nyuruk2 nak online dekat ipad

TQ Incek husband menjagaku dari segala aspek ketika pantang
siap berpakat dengan dia amek air masak banyak2 konon dia nak minum
sebab mak kan tak bagi saya minum air banyak
tapi saya yang teguk semuanya. Haus weiiiii
dah la masa tu musim panas

tapi sekali tu je dia berpakat, pastu xmo dah
katanya kata2 mak tu betul juga
badan nak pakai lama sayang oiiiiii
aduhhhh xde geng nak ngelat berpantang T___T

kaki ni yang selalu kick dalam perut umi dulu ni
biasaaaaa dia, pukk kang
hekkkhekkhekkk ;p

*rindu pulak zaman preggy :)*

bata untuk kaki, bunjut tu untuk badan, especially perut 

Menu masa berpantang rumah mak.
ikan tu yg sedap tu.
grill black paper.
perghhhhh mengancam

nak tambah mak tak bagi
katanya kalau nak tambah sendok nasi banyak sikit
kalau tak abes biar je
gitu pulak pesen pantangnya
adoiiii layan jela...

Anak yang tak banyak ragam. Alhamdulillah
dari pregnant tak ada alahan,
masa berpantang jenis tak berjaga malam
lepas pantang ni pon lepas magrib dia akan tdo sampai subuh esoknya

Alhamdulillah anak jenis senang jaga
Doaku masa b4 deliver termakbul
TQ Allah.

Teh emas cotet dipagi & petang hari
2x sehari.
air tetap separuh cawan, kena catu
T______T

tengok gambar ni teringin nak pregnant lagi
eh? HAHAHAHAH

gwiyomi ke gangnam style ni?
HAHAHAHA

24jam ada je orang nak dukung Hanan.
Tengah tdo pun pangku juga
yela cucu sulung kan, semua nak pegang
saya la yang best, dapat rest :)

TQ Allah atas anugerah tak ternilai ini..
TQ Hanan hadir dalam hidup umi abah..

semoga menjadi anak yang solehah
umi sentiasa doakan setiap langkah anak umi
umi halalkan susu umi semenjak dari hanan lahir
semoga berjaya dunia akhirat :)


happy 10months sayang umi abah :)

Eh baru nak upload gambar latest hanan. Hanan dah nangis mintak susu
kemudian la ye, kikiki

btw harini saya tak masak. Dapor tutup sebab nak pasang kitchen kabinet. Dapat rest sehari dari senseng lengan ;p