Isnin, 25 November 2013

Demam.


Harini saya MC. Sebenarnya dari last week lagi dah rasa tak sedap badan
(tapi tetap kerja juga sebab nak kejar dateline)
mungkin faktor cuaca dan tekanan kerja buat saya perlukan rehat secukupnya?
lately saya masuk office pukul 7 lebih, lunch ada yg tak keluar, malam sambung buat kerja.
Sanggup hangkut paperwork bawa balik rumah T______T

sehari 2 Incek Husband mmg izinkan saya sambung kerja dirumah
masuk hari ke 3 dia dah bising2. Mungkin dia tengok saya tak cukup rehat?

balik kerja buka tudung tukar baju terus senseng lengan memasak didapor..
Settle dinner, mandi, solat, saya sambung buat kerja di bilik kerja
tengah malam baru tdo.. Pukul 5pagi dah bangun. tahajud & sediakan breakfast
pastu siap mandi solat terus g kerja
gitulah rutin harianku lately.

aku tak cukup rehat tak per, asalkan makan pakai anak & suamiku terjaga T____*

baru2 ni kami berbincang. Incek Husband nak suruh saya behenti kerja.
buat bisnes online. Modal & stok semua dia uruskan.
even nama pon dah selamat didafkarkan ke SSM
Saya cuma perlu run je

Boleh je saya nak run buat part time tapi atas faktor2 tertentu, tak boleh.
saya kena berhenti kerja. Sekarang saya dalam dilemma..

lagi 2 minggu probation period saya tamat. 
Bermakna jawatan permenant akan digengam.
Gaji akan di revise & benefit lain sedia menanti..
Mungkin perbelanjaan study saya akan ditaja oleh company
cuma saya perlu bersabar sikit je..
*office dekat je dgn rumah, 5min dah sampai. tu sayang nak lepaskan*

Semalam saya jumpa CFO (chief Financial officer). Banyak rupanya dia expect dari saya. Dia nak aturkan kedudukan saya once we go for listing. Allah, itu salah satu doaku selama ini. Hampir termakbul.

Inilah buat aku runsing..

Berhenti kerja & buat bisnes online or sambung je kerja sekarang?

sebab company sekarang ialah SME size dan akan listing awal tahun depan.
banyak benefit menanti...



Mungkin aku perlu solat istikharah...
Allah, tunjukkan pilihan yg tepat..


Semalam g klinik. Saya demam selsema je kot. Kena cas RM70. Kuanghajoo sungguh. Nasib baik panel. 

Minggu ni Incek Husband training di Kajang. Ikotkan dia stay hotel sana je sbb renyah nak ulang alek tapi since saya tak sihat ni, dia ulang alek la jawabnya. Sayang bini tak? Sayang bini tak? Kahhhkahhhhkahhh




p/s : Rindu nak berblog. Allah..hidupkan harianku utk bekalan disana. Jgnlah utk dunia semata-mata..