Jumaat, 24 Mei 2013

Diari Hari Ini


Ayie dah bising mintak saya update, kuiiikuiii
Nah, sebagai warming up, terimalah entry ni ;p


Malam tadi Incek husband tak ada, ada qiam di masjid Kajang
jadi malam tadi saya tdo berdua dengan Hanan
nasib baik Hanan tak meragam
Elok je tdo sampai Incek husband balik pagi tadi
Tdo saya malam tadi amatlah lenaaaaa, kikiki

Incek husband balik pukul 9pagi
sampai2, tukar pampers Hanan & main dengan dia
pastu saya tengok Hanan diam je, tak gelisah mintak dimandikan
so kami anak beranak bergolek di katil sampai pukul 11pg ;p

Lepas solat Jumaat, saya keluar dengan Mak mertua
cari barang sikit utk kenduri doa selamat ahad ni
Incek husband p main bola dekat Ampang nunnnn
terkedek-kedek saya drive kereta baru kami
ni first time saya drive kereta tu
nasib la sape yg dok belakang aku tu ye, kahhhkahhh
mesti kena menyumpah jeee ;p

Sekarang saya baru sampai rumah
Nak mandikan Hanan sat :)

Oh ye, saya rasa tak sedap badan pulak
macam nak demam
kalau saya nak demam, Incek husband akan jaga Hanan 
saya cakap takut jangkit, kuiiikuiii ;p
jadi melepekkkkk atas katil jela cuti ni

1 jun nanti nak jalan ke Terengganu
hantar adik ipar sambung belajar sana
semua biras, ipar, mak pak mertua pon ikot
sesambil tu kalau dorang pegang Hanan, boleh saya berehat sat ;p

Eh terbebel panjang pulak
ok, Ayie, jumpe next entry ;p



Selasa, 14 Mei 2013

3 BULAN : Hanan manja


ummi geget lengan tu boleh? ;p

Masuk 3 bulan ni, Hanan jadi manja. Nak2 lepas kena cucuk ni
masa cucuk 1,2 bulan tak macam ni pon
mak kata peel perubahan bulan, biasalah, budak :)



lena lepas kena cucuk
menangis kejap je dalam 5seconds
pastu lentokkkkk
good girl sayang :)

tdo mesti nak dekat dada saya
bangun tdo, nak saya dukung

sebelum ni senang sungguh nak tdo.
letak je, mesti lena terus
tapi sekarang Hanan baring dekat dada saya baru dia tdo 
lama sikit baru saya letak dekat cot/playpan/buai.

nasib baik meragam jadik manja je
tak meragam yg teruk2 like menangis melalak2, xmo tdo malam, nak berdukung sentiasa



tdo dekat sofa kejap ye sayang
ummi nak tengok tv
kang baru naik bilik ;p
bila nyusu je, tangan dia mesti pegang tangan/leher baju/rantai saya
xmo kena tinggal kot. tu awal2 dia dah pegang, KAHHHKAHHH


Apa2 jela nak oiiii
asalkan membesar dengan sihat & sempurna
Ummi Abah sayang kamu!
lena di dada saya
ohhhh anakkkk :)


p/s : Ahad depan dapat kunci rumah
xsabar nak dekorasi! :)



Khamis, 9 Mei 2013

Rindu..


Rindu nak bertapa di library sampai malam..
*pukul 10, 11 malam baru balek


Rindu nak bertapa dengan Heidi..

dah malam kami je yg ada dekat library
lain semua dah balik ;p

 Rindu jugak nak bertapa dengan Ayie..


Pastu dah penat study, mule la buat benda2 lagha (melalaikan) - online ;p


Rindu nak tengok muka sendiri lepas penat study
sumpah macam hape je. KAHHHKAHHHH
pastu mulalah tangkap2 gambar ;p




Rindu nak bangun pagi2 buta nak stay-up study
sambil layan radio, angin pagi2 menampar muka, pehhhhh sungguh mendamaikan ;p


Rindu nak duduk depan laptop bila nak bayar fees ACCA. Sebab nak tunggu currency paling murah pastu terus bayar online, KAHHHKAHHH


Rindu amaran dari pihak library ni ;p
*saya datang library pukul 8pg pastu study sampai lebam a.k.a malam
kalau ada kelas, tinggalkan buku2 yg nak study,pastu naik class
ramai kot org jenis macam saya ni sbb nak cop port paling sunyi nak study
langsung pihak library naikkan notis, KAHHHHKAHHH gila kenangan!


Rindu nak parking belakang cafe pastu terus beli breakfast.
kalau tak ada class pagi, akan ke library, study.


Rindu dengan dak kecik si Haja ;p
study sama2 dengan dia dekat library
tapi lain table la sebab 1 table pon dah penuh buku2 yg konker
banyak nak rujuk katanya, KAHHHHHKAHHH

"N, pegi makan lagi ke? hehe. Kite pegi class dulu. babai! :) "

Wrote by Haja

kantoi aku banyak makan.
padahal masa tu baru lunch dengan haja ;p

ohhh masa ni saya tengah preggy.
turun cafe cari buah sat
*alasannnn ;p*

Rindu bila balik study dekat Gombak, mak mesti ajak breakfast luar
pastu bila saya cakap nak study, mak bungkuskan
bagus, jimat masa saya, boleh fokus study while diaorg p breakfast
saya breakfast pon sambil study woooo
masa itu sangat EMAS ;p


Last but not least, rindu nak bawak perut ni turun naik fakulti
1 memori yg tak terucap! 
asal naik lift fakulti je mesti org bagi laluan ;p

Eh pendek kata seronok betul 9bulan mengusung perut
rasa kejap sangat. rindu pulak zaman preggy

Hanan ohhhh Hanan, Hanan nak adik tak? *PANGGGGGG*



Pendek kata rindu pulak zaman study ni. Ingatkan nak kerja dulu, rehatkan minda ni dalam setahun. Tapi bila fikir2 balik macam nak study la pulak. Haritu ada bincang dengan Incek husband. Dia kata ok je. Mana2 pon boleh. Tak kerja pon tak pe. Tapi sayang pulak saya dah belajar teruk2, tak digunakan. Macam membazir. Tapii bila kerja, sama jugak. balik kerja dah penat. Nak urus rumahtangga lagi.

Pastu saya konon2 fikir saya adalah wanita besi. Lalu mengambil keputusan utk kerja sambil buat part time study. tak lama pastu, saya terfikir balik.

kau gila ke N? Kuat sangat dah ke? p interview pon Incek husband yg drivekan. KAHHHHKAHHH

terus rasa nak tampar diri ini laju2 ;p

pendek kata (pendek kata lagi? )saya tak ada keputusan lagi sekarang ni ;p
semuanya terpulang dekat saya
Incek husband kata tak kerja pon tak pe

sapa nak buatkan keputusan utk saya? ;p

ok saya nak mandikan Hanan :D