Rabu, 27 Mac 2013

Little Hanan



Hanan malam tadi
kemain sedap dia tdo antara kami
ni Hanan masih tdo lagi
Bangun la sayang, ummi nak mandikan awak ni
Hanan kan suka mandi :D



Esok kami nak bercuti ke utara
Harap2 Hanan tak meragam :)
Ni dok buat list barang Hanan yang nak bawa ke sana
dulu berdua sap sap soiii je packing barang
ni dah ada si kecik, kena lebih particular :)



Sabtu, 23 Mac 2013

Berurut


Arini & esok saya berurut
sebagai "penutup" berpantang
yehuuuuuuu esok hari ke 44 berpantang :)
rasa kejap pulak dah 44 hari
Tapi nak sambung 60 hari memang takkkkkkkkkkkk la kan :P


Hari ke 43
tak pernah lagi letak gambar saya berpantang kan
nahhh hambekkkkk :P

Eh makcik tukang urut kata luka saya kering cantik elok je
dia tanya buat apa sampai luka cantik 
eh dia xbaca tips saya bagi kat entry bawah ni ke?
penat saya taip tau makcik
BHAHAHAHAHA ;p


Buat Addmath sambil susukan Hanan
bagus, kasi aku berehat sat :P

TQ huda banyak tolong aku jaga Hanan :)
Kadang2 huda kidnap Hanan bawak naik bilik dia teman study HAHAHAHA



Khamis, 21 Mac 2013

Sarapan Pagi Bersama


Seminggu ni si kecik Hanan sibuk nak breakfast bersama :)
Time ni la dia pon nak menyusu jugakk

Setiap pagi, Hanan, Ummi & Abah breakfast sama2
Terima Kasih Ya Allah atas nikmat ini :D
Dulu berdua, sekarang bertiga, hikkkk :)



saya punya air horlick cicah roti & biskut kering
ohhh inilah breakfast org dalam pantang
T__________T

Roti bakar tu Incek husband punya
Si kecik punya breakfast tiada dalam gambar
Kahhhh kahhh ;p

Lepas kenyang menyusu, lena dalam dakapan saya
^_____*





Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


Majlis ni diadakan pada hari ke 15 saya berpantang, iaitu 23 feb 2013. Ikotkan ayah nak buat pada hari ke 7. Tapi saya tak berapa kuat & sihat since saya baru keluar hospital hari ke 5. Cuma sempat daftar nama Hanan di JPN pada hari 7 :)

Oh majlis ni buat kecik2 je, cuma jemput jiran tetangga & orang surau. Kawan2 saya langsung saya tak jemput, HAHAHAHAH. Bukan apa, saya masih tak kuat. Jadi nak borak2 tu agak terbatas. Lagi best kalau dorang datang diluar majlis ni. So that saya dapat luangkan masa bersama mereka lebih lama lagi :) Jangan terasa eh kawan2 ku.. :D

Jom layan gambar, malas nak bebel panjang2 :p


Meleleh AyaQ liur aku tengok lauk ni T___________T
ohhh dugaan org berpantang :p

Nur Hanan sebelum dicukur rambutnya :)

Dulu ber2, sekarang ber3 :)
Alhamdulillah
Eh baju tu saya dah muat pakai
hari ke 15 dah boleh pakai ok :P
cuma sikit lagi nak kuruskan badan :p
tapi tak nak kurus drastik sgt sbb saya breastfeeding (BF) kan
org kata BF boleh kuruskan badan ok
hoyehhhh hoyehhhh :P

yes, saya berpantang di living room
senang org nak datang melawat
lagipon Mak tak bagi turun naik bilik
bentan katanya nanti
ohhh bahiklah mak :D




Ok meleleh lagi ayaQ liur tengok cupcakes ni
T_________________T


Nur Hanan setelah dibotakkan :D
kenapa suka kerut dahi tu sayang?

Tadaaaaaaa
 ni la ghuper kambing Hanan :p


harini hari ke 41 saya berpantang. Lagi 3 ari nak abes pantang. Hoyehhhhhh :)

Isnin depan saya nak ke UiTM sat, ada urusan. Oh kawan2 ACCA, siapa nak jumpa Hanan & Hannah? (nak jugakkkk tu, kahhhh kahhhh :P)

OK bai, jumpa next entry, saya nak minum petang sat :D Menikmati sisa2 akhir tempoh berpantang :P



Rabu, 20 Mac 2013

Tips Penjagaan Luka Czer


Eh ni versi Dr Hannah ok, kihhhh kihhh :P

Luka saya dah kering. Nampak satu line elok cantik je. Tak ada nanah or daging terkeluar ke hape. Alhamdulillah masa dalam pantang lagi luka luar dah kering. Tapi yg dalam2 tu aku tak tau la kan, tak nampak pon ;p

Ni cara saya jaga luka :)

  • Bahagian luka sentiasa kering & bersih. Tak payah nak sapu minyak gamat ke hape sebab bila sapu, luka jadi basah. Bila basah, high probability utk ada infection
  • Bila mandi, jangan wrap luka dengan plastik. Lalukan air macam biasa. Tak pedih pon, mindset je tu kalau luka kena air pedih, cewahhh ;p Lepas mandi lap kering. Tekap2 dengan tuala. Make sure ada 2 tuala. 1 utk badan & 1 utk luka. 
  • 2minggu pertama jgn makan ikan haruan gila2. Sehari kau hadap 3 botol pati ikan haruan, pastu lauk pon ikan haruan jugak. Jangan2! Seminggu sekali cukup. After 2,3 minggu baru buleh sebab mula2 ni luka lembut lagi. Basah. Kalau banyak sgt makan ikan haruan, luka jadik bergentil-gentil macam karipap. Haaaa kan tak cantik dah tu :P
  • Banyakkan makan buah oren sunkist. Cepat baikkan luka dan juga melawaskan, hehe. Lepas makan kalau tibe2 rasa berdenyut2, tak pe, tu tanda daging bahagian dalam tengah bercantum. Nak baik la tu :)
  • Pakai disposable panties sebab ianya nipis. Kalau berpeluh, luka tak basah. Dah la luka tu betul2 atas ari2 & di kawasan pelipat. Jadi disposable panties amat membantu :) Saya dalam pantang ni pakai disposable panties je. Tak berani nak pakai panties biasa. Incek husband kalau lalu depan farmasi ke, mesti call tanya disposable panties ada lagi tak? Dia yg terlebih concern. HAHAHAHA
  • Sebulan yg pertama banyakkan baring. Jangan duduk sangat sebab bila duduk, kita menekan perut. So secara tak langsung, luka juga turut "tertekan". Kadang ngilu wooo duduk nyusukan Hanan lelama. Saya sampai tahap suruh Incek Husband pegangkan Hanan kejap, saya nak baring. Nasib Hanan tak menangis bila susu kena stop tibe2 HAHAHAH
  • Bila bangun dr baring, jangan terus bangun. Ampu badan dengan tangan dulu sebab kalau kita terus bangun, kita banyak guna tenaga dari perut. So luka akan sakit secara tak langsung :)
  • Elakkan membongkok amek barang terjatuh kat lantai. Seeloknya mintak tolong keluarga. Alhamdulillah husband & famili banyak membantu saya :)
  • Jangan ketawa or cakap kuat2 sebab kita guna tenaga tu dari perut. Kalau anda batuk or bersin, pegang perut anda. Ye, memang agak sakit. Kadang kalau Incek husband buat lawak, saya terpaksa pegang perut. Mamat tu memang, kadang tengok muka saya tengah tahan sakit (kan saya dah tak makan pain killer), mesti dia buat lawak. Adoiii suami, saborrr jela ;p
  • Jangan buat kerja2 berat & melasak sangat. Banyakkan berehat. Masa pantang ni la nak berehat & manja2 nak apa, mintak aje, Jangan kena mintak lempang sudah HAHAHAHA. saya ada kawan, kes czer gak. Dalam pantang dah buat kerja2 berat, melasak bagai. Sudahnya luka dia terbuka & daging terkeluar. kena p hospital utk cuci luka tu balik. Nasib tak kena jahit balik kan. Eeeeeeeyewwww takut pulak saya dengar. Jadi, janganlah buat kerja2 berat & melasak sangat ye. Badan nak pakai lama tuh :p


ok, jumpa lagi edisi lain.Hakkkhakkk. Budak kecik ni dah bangun nak menyusu :)





Isnin, 18 Mac 2013

Warded


9 feb 2013, sabtu :


Saya keluar OT pon dah pukul 12.30pagi. Keluar2 je, terus masuk balik LR utk monitor keadaan saya. Malam tu saya tak boleh tdo sebab kejap2 terjaga bila BP device run automatically. Saya jadik terkejut. Mak & Incek husband jenuh pesan suruh tdo tapi saya kalutttt nak berborak dengan depa :p.

Bila Mak & incek husband dah balik masa pukul 3pagi, saya try pejam mata tapi tak berjaya. Sudahnya air mata yg mengalir. Ye, saya terharu sebab sudah bergelar ibu. Huhu.. Nurse yg jaga saya pesan suruh tdo sbb katanya esok pagi mesti Puan tak boleh nak lelap sebab dalam LR ni bising, ada yg tak tahan sakit nak bersalin, terjerit-jerit. Kalau Puan tak cukup rehat, BP puan mesti naik balik. Ohhh yee ke, saya pon pejam mata utk tdo, tapi sebenarnya saya menangis! kuiiii kuiiii ;p Nurse tak perasan punya sebab lampu tutup HAHAHA :P


Lengan kiri ada device BP
lengan kanan drip ubat

aku dah macam kena ikat dekat katil LR tu :p



Pukul 6pagi, 2orang nurse kejutkan saya. Katanya nak grooming. Hooooo seronok2 :P. Beliau amek secawan air utk saya kumur, lap2 badan saya, tukarkan uniform pink saya & ikatkan rambut saya. Siap pakaikan bedak ok. Hooooo kau hado? Tak caya saya dilayan sebegini tiptop di hosp gov :P Alhamdulillah DIA perkenankan doa saya :)

Bila dah siang, Dr pakar datang utk cek keadaan saya. Lepas tu ada Dr biasa datang ambil darah toksah cakap la. Ntah bape kali lengan saya dicucuk utk amek darah & cucuk utk cairkan darah dalam badan saya. Sampai lebam tangan saya! Mungkin sebab belah kiri kan lengan saya dah grip dengan device BP. So darah susah nak mengalir kot?

Breakfast sampai, saya tak lalu nak makan walaupon lapar gila gigil2. Kan saya kena puasa mlm td. menu dia baked bean, roti & planta. Saya cuma minum air suam & roti kosong sekeping pastu lelapkan mata semula. Gila mengantuk! Masa menu lunch sampai, saya cuba makan juga. Kalau tak, mana nak dapat tenaga kan? Incek husband suapkan saya sampai habis licin since tangan saya kena "ikat". Blurppppp alhamdulillah kenyang gila! HAHAHAHAHA

Elok cukup 24jam, ubat yg drip dah completed. Tepat 12am, saya disorong ke wad dengan menggunakan katil. Haaaa kau hado? Saya tengok org lain kena sorong ke wad naik wheelchair aje. Ohhh syukur alhamdulillah, rezeki saya dilayan sebegini tiptop :)




10 feb 2013, Ahad :


Di wad, saya tak boleh nak tdo sangat. baby org lain sambung menyambung menangis. Mula2 katil sini, pastu baby katil sane terkejut, menangis pulakkkkkk. Berterusan ok sampai ke pagi. Aku nak tdo pon tak boleh :( sudahnya saya sms dengan Incek husband sbb masa ni beliau dah balik rumah, bila masuk wad, kena ikot masa melawat. Di LR td tak ada masa melawat pon. Tapi sms kejap je, Incek husband dah letih, nak tdo. Yela, dr ofis, dengan berbaju kerja, terus datang hospital, pastu balik rumah kejap amek hospital beg, pastu dok teman saya dekat LR sepanjang hari.

Baru nak lelap, nurse datang ke katil saya. Katanya setiap hari saya kena buat urine test b4 6am. So, by 5.45am, saya dah bangun. Bersihkan diri, buat urine, tukar uniform & duduk di katil semula. Nak tdo, tak nagntuk pula. Tengok Hanan tdo, alamakkkk sedap pulak. Lena diulit mimpi agaknya :P

7pagi breakfast sampai. Nasi goreng. Aku bantai makan 5 sudu je. Pastu berdenyut2 luka. SMS mak, mak kata ada makan apa2 ke? saya cakap makan nasi goreng hospital. Mak kata ada telur kot? Terus menitik air mata ni sebab gila punya sakittttttttttttttttttt :( Then pukul 8pg, ada Dr round wad. Lepas tu boleh sambung tdo ke hape kan sementara tunggu masa melawat. Masa ni tak sabar sangat nak suruh Incek husband datang. Saya nak Hanan dapat "bau" abahnya since baru2 lahir ini. So, dia akan rapat :)


Masa Dr round wad, Dr buka plaster luka saya. Ohhh rupenya luka saya diplaster. Tak tau pon saya :p. Bila bukak, sakit sikit la, sebab gam plaster tu melekat di bulu roma. Lepas dia buka, Dr spray dengan ubat ape ntah. Rasa sejukkkk je. Sedap, dah tak sakit :p lepas tu Dr tekan2 sikit perut saya nak rasa bengkak ke tak luka saya


11 feb 2013, Isnin :

Ohhh rupanya dok hospital bosan rupenya. Saya dah tak tahu nak buat ape. Nak tdo, tak ngantuk. Alih2 saya dukung Hanan, kiss2 dia, suruh bangun. HEHE. Oh ye, saya mula breast feed Hanan masa di LR lagi, seusai keluar dr OT. Masa tu susu dah keluar. Eh orang kata mula2 memang susu sikit. Alhamdulillah susu keluar cepat, ada org hari ke 2,3 hari baru keluar. kenyang ye anak ummi sampai ummi cuit2 pon tak mo bangun :p

Rutin saya sama macam semalam, bangun pagi buat urine test, bersihkan diri. Pastu tunggu Dr round wad & breakfast. Masa ni saya tak berani nak makan dah menu hospital. takut jadik macam semalam. huhu. Sampai budak yg nak amek tray saya, dia angkat penutup pinggan tu, tengok2 saya tak usik lagi. Terus tanya saya

 "puan tak makan lagi?"

" Tak per dik, angkatlah. Saya kenyang *tipuuu ;p*

Masa melawat tiba, ramai pulak yg datang since saya dah masuk wad kan. Tetamu pertama saya ialah keluarga belah mertua :) Mak mertua bawak bekal bubur ikan haruan :) Saya makan dengan begitu lahap sekali, HAHAHAHA Lapar ohhhhhhh. Dah la mak mertua masak sedap2 :P. Bila menu lunch sampai, saya suruh Incek husband makan. So that, dia tak perlu lunch dekat cafe hospital. Dapat luangkan masa dengan saya & Hanan :) Pandai tak tektik saya? ;p

Sehingga hari ke3, Hanan ok, tak ada kuning, so boleh discharged. Saya kena tahan since specialist plan to keep me for 5 days. Cetttt. Tapi Hanan tak balik pon, teman saya di hospital, kuiiii kuiiii



12 feb 2013, Selasa :

Again, rutin pagi saya adalah seperti biasa. Masa Dr round wad, dia tengok Hanan ada sedikit kuning. Katanya kejap lagi Dr pakar kanak2 akan datang utk buat ujian darah Hanan to make sure kuning dia teruk ke tak. Bila buat ujian darah, ada sedikit kuning, dalam 11 bacaannya. Normal is 10. So Hanan kena duduk bawah lampu. Masa ni air mata aku menitikkkk lagi sebab masa mula2 letak Hanan, dia merengek2 nangis. Sampai satu tahap, saya pangku Hanan & talakan lampu ke arah lengan saya. Bila buat gini, baru Hanan diam. kalau tak, memang nangis. Mak pesan jangan biarkan baby nangis lama2, boleh kena sawan tangis. Seharian aku pangku Hanan. Letih, tapi demimu anak, sanggup aje. betullah orang kata, demi anak, emak sanggup buat apa aje kan? Sambil pangku, air mata aku menitis lagi. kalaulah boleh tadah air mata ni, ntah berapa baldi since mula2 masuk hospital :P




Pagi tu, sementara tunggu masa melawat, Incek husband uruskan uri Hanan. Alhamdulillah Incek husband bersihkan sendiri, baca2 ayat Al-Quran sikit & tanam di masjid rumah mertua. Tengah hari tu, Incek husband datang hopital bawak bekal dari Mak mertua. Again, aku makan dengan lahapppppnya. HAHAHA bayangkan saya cuma makan bekal yg Incek husband bawak. makanan hospital langsung saya tak sentuh. Jadi, saya hanya makan 1x sehari. Tu yg makan sebegitu lahap :P

Setiap hari ada je yg datang melawat. Hoooo hilang sikit bosan ni. Family saya lagi la, pantang tiba je waktu melawat, terus datang. Maklumlah, cucu sulung. hekkk hekkk. Siap call saya ada nak bawak apa2 tak dr rumah? Bila saya cakap nak pizza, jangan nak mimpi lah mak kata. HAHAHAHAHA. La tadi kata ada nak ape2 tak? HAHAHAHAH



13 feb 2013, Rabu :

Again, rutin pagi adalah seprti biasa. YEAYYYYYY harini saya discharged. Hanan pon dah tak ada kuning. Rasa seronok gile boleh kuar hospital dah. Rasa macam keluar dr penjara. HAHAHAHA over pulak perumpamaan tu ;p Kami discharged tengahari. Lepas Incek husband settlekan bil, kemas2, saya tukar baju terus balik. Tapi tunggu huda amek wheelchair since Incek husabnd settlekan bil :)




Dan bermulalah episod berpantang di rumah. Ohhhh nooooooooooooooooooooooooo




Eh sebenarnya saya nak cerita dengan lebih detail tapi macam malas pulak. HAHAHAHA. kejap lagi si kecik ni mesti bangun nak menyusu. Memang masa dia menyusu pukul 11pagi. Sebelum dia bangun, baik saya abeskan entri ni cepat2 :P

Oh ye, saya dah boleh "baca" masa Hanan. Bila dia bangun nak susu, bila dia nak tdo balik n etc. Mula2 dulu masa balik hospital, meragam malam jugak la. Mungkin tak biasa lagi kot dengan tempat baru dia. yela dulu duduk dalam perut je kan. Alih2 dah merata2 kena tdo :p Macam kita juga, kalau tdo tempat org, mesti susah nak lelap mata kn? Alhamdulillah ragam tu kejap je, sekarang Hanan dah ok :) Sampai saya yg terlebih2 tdo sebab tak tahu nak buat ape dekat rumah ni haaa :p





Alhamdulillah saya dipermudahkan ketika bersalin. Layanan pon begitu tiptop sekali :) Ni first time saya masuk hospital tau. Dah la first time, dapat pulak layanan tiptop, memang rezeki saya lah :)

Eh Hanan dah ekkk ekkkk. Jumpa pagi next entri ye. Byeeee :)





Khamis, 14 Mac 2013

Detik Kelahiran Nur Hanan binti Mohd Fauzy


ok, si kecik tengah tdo, mari kita update. Kehhh kehhh ;p


Takkkkk nakkkkk naik ambulans :(

8 feb 2013, Jumaat :


Sepatutnya pada tarikh ni saya ada check up utk blood pressure (BP) sahaja. Ya, 2minggu sebelum ni tiba2 BP saya mencanak naik. Kenaikkan BP saya masih terkawal since urine saya bersih. Tak kotor la. Tu yang saya kena check up BP selang 2 hari selama 2 minggu sebelum deliver.

Nak dijadikkan cerita, masa saya tengah check up tu, BP saya naik gila2. Above limit. Dr cakap if above 140/90, dan ada tanda2 seperti loya2, pening, mata kabur, sila refer terus hospital. Dan BP saya masa tu 160/100. Gila punya tinggi. Nurse yang check pon panik gila sedangkan aku sangatlah relax. HAHA. So nurse suruh saya berehat 30min sat, pastu check BP balik.

Ohhh 30min tu sangat lama ok. Saya pon p kedai runcit sebelah klinik, bli air tropicana twister, sejuk sikitttt tekak ni, maklumlah dah lama tak merasa air manis yang sejuk. Masa ni teringat air soya kotak aku beli petang semalam tak sempat nak minum lagi, HAHAHA

Elok dah 30min, dapat SMS result ACCA saya (yes, they SMS to us our result). Lagiiiiiiiii la BP aku mencanak naik, Kahhhh kahhhh. ye, memang betul, BP saya lagi tinggi dari tadi. Terus Dr call ambulans hantar terus ke hospital selayang :( Masa sebelum Dr decide nak refer, saya buat urine test lagi, kotor sikit plus saya dah ngadu2 loya2 & pening. Panik la Dr & Sister kan. HEHE. Dr bagi ubat sementara saya sampai hospital. Dari klinik ke toilet utk buat urine test, saya dipapah oleh Sister (ketua Jururawat) & nak masuk ambulans pon saya dipapah oleh Sister. Katanya saya tak boleh keseorangan. Kalau jatuh ni, boleh terus golllllll. HUHU




laju kan driver ni bawak. Bergegar2 kami dalam tuh :P

Bermulalah episod debaran. Aku tertanya2 juga refer hospital ni just bagi ubat, monitor BP saya je ke? Tu jangkaan saya. Sebab saya plan nak bersalin di Gombak Medical Centre (GMC). So saya SMS Incek husband saya kena refer hospital selayang and now dah dalam ambulans. Kereta saya tinggalkan di klinik. Terus Incek husband gelabah kan, hehe. Mau tak gelabah, dapat2 SMS, isteri dalam ambulans. Macam kritikal beno keadaan. HAHA. Nak kata dah sampai masa nak bersalin, due saya lagi 3minggu :P 

At last Incek Husband terus datang hospital selayang. Maybe masa dia call saya dalam ambulans, dia terdengar siren ambulans yg begitu kuat, so dia ingat dah kritikal wife aku nih, HAHA. Driver ambulans tu gila babeng nak mampus bawak. Laju woooo. Lagi pening kepala aku dok dalam tu. Sister pulak kejap2 tanya saya ok tak? Nasib saya tak kira berapa kali dia tanya. Adalah kot berpuluh2. HAHAHAH



Sampai hospital, Sister amekkan wheelchair & tolak saya ke bahagian bersalin. Ehhh syokkkk pulak ada orang tolakkan. HAHAHA. Sampai sana, urine saya kena test lagi. Then saya kena tahan dekat wad. Dr nak cek BP, contraction & keadaan saya. Time ni kena seluk utk cek bukaan. Sakit? Tak sangat. cehh buat2 kuat la tu ko N? HAHAHA.

Banyak sangat Dr datang cek saya. Ada la dalam 6,7 orang. Saya rasa saya macam retis pulak, kehhh kehhh. Pastu saya cakap dengan Dr, saya nak solat Asar kejap. Dr tak bagi since BP saya too high. Risau kalau saya bangun dr katil, high probability utk tumbang. So saya solat asar buat syarat je atas katil :( Abes nifas ni kena qada' balik :(

Incek husband SMS cakap dah sampai hospital & ada depan pintu wad yg saya kena tahan *wad ni bersebelahan dengan labor room (LR), tak sure wad apa. Maybe wad sebelum kena hantar ke LR kot? hihi. Tapi bukan wad bersalin. ada 2 jenis wad.

Incek husband cakap dia nak solat kejap, nanti apa2, SMS je dia. Dia nak masuk tengok saya, tapi Dr tak bagi. Katanya nak cek saya. Masa ni air mata saya menitik. Saya nakkkkk sangat jumpa Incek husband :( Nak salam, mintak maaf. Even kami sebelum tdo akan salam mintak maaf & pagi sebelum Incek husband p kerja, kami akan salam juga, tapiiiiiiii saya nak sangat salam minta maaf dengan suami :(

saya kena drip kiri kanan ok. Sembab tangan saya

Atas sebab jalan tak buka lagi & keadaan saya yg bahaya, Dr decide buat emergency czer terus. Dr suruh puasa & malam kang InsyaAllah saya akan bersalin. Tibe2 Ayah, Mak & huda call. 3 panggilan yang berbeza. Dorang tanya saya p mana, kenapa tak balik2 lagi dah nak magrib ni. Risau la dorang kan, tambah2 saya dah sarat menunggu hari je. Bila saya cakap saya kat hospital selayang, makin risau pulak dorang. Ahhhh biarlah dorang komunikasi dengan Incek husband since saya kena 'rest' utk dapatkan bacaan BP yang cantik. So, handset saya letak tepi. Tapi saya dah cakap dengan Incek husband, any update, sila update mak ayah juga. Agaknya mak ayah call Incek husabnd pulak la kot, hihi

Sementara saya rest, Dr explain keadaan saya dekat Incek husband. Incek husband cakap buatlah yg terbaik, asalkan isteri & anak selamat. Masa ni Incek husband SMS saya cakap Dr explain semua & elok je SMS dia saya baca, saya baru je sign surat persetujuan operation. Masa ni saya dah start touching2. Tadi saya macam ok lagi, boleh senyum, gelak, sengih bagai. Tapi kali ni, air mata lajuuuuu je.. :( *taip entri ni pon saya teringat kisah ni, laju pulak air mata merembesss :(

" Ayg jgn banyak bergerak. Betri abg nak abes ni. Apa2 nanti abg tunggu kat dpn ni "

" Nurse bagitau abg ayg kena bersalin arini juga, tapi operate. Ayg tenang eh. Abg doakan ayg & baby selamat. Yg penting 2-2 selamat "

" Abg doakan kami. P buat solat hajat " ~ Masa ni air mata lajuuuuu je turun :(

" Dah buat tadi. Dah2, ayg jgn banyak fikir. Ayg rest. Abg nak balik umah kejap, amek beg hospital "

" Abg, ayg lapar :( Tadi makan nuget 6 ketul je. Nak makan, Dr suruh puasa. Malam kang nak operate dah :( "


ye, masa tu saya sangat2 lapar ok. Mengigil2. Saya expect balik dr check up baru nak lunch. Tapiiiiiiii :(

Pukul 7mlm, saya disorong dengan menggunakan katil ke LR. Dekat LR, saya kena monitor & drip ubat b4 operation mlm ni. Di pertengahan jalan, nurse yg tolak katil behenti depan Incek husband. Nurse bagi baju & sandal saya since saya dah tukar uniform pink hospital. Masa ni air mata menitik laju lagiiiiiii.

" sayang jaga diri eh, abg balik kejap amek hospital beg. Nanti abg datang balik "

Lalu handset saya Incek husband amek sebab di LR tak boleh bawak handset. Saya salam Incek husband dengan linangan air mata & Incek husbad pegang kepala saya. Gila syahdu! Incek husband tunggu sampai pintu LR ditutup. Saya fikir kalaulah saya meninggal masa bersalin nanti, tadi tu adalah salam yg terakhir saya dapat cium tangan suami tercinta :(

sembab kan?

Di LR, macam2 ubat nurse masukkan melalui drip. Sembab tangan ni ok. Kiri kanan pulak tu. Lengan kiri ada device BP. Automatik run every 15min. dah macam kena ikat pulak aku dekat LR tu. HAHAHA. Elok baru nak lelap kejap, BP run. Terkejut aku. Terjaga. Heh, susah betul kalau cepat terjaga masa tdo ni kan. After magrib Incek husband, mak, ayah & huda datang hospital. Dekat LR, sorang je pelawat boleh masuk. Ibu & suami. So mak & Incek husband bergilir masuk LR since ada pas baru leh masuk :( Masa ni waktu melawat adalah bebas.

Tepat pukul 10malam, ubat yg drip masukkan dah completed. So saya disorong ke operation theather (OT) dengan menggunakan katil. Sebelum tu nurse bagi saya cap utk diguna pakai dalam OT nanti. Sampai di pintu OT, nurse cek2 dokumen & baru pintu di OT dibuka. Pintu ni automatik ok. Nurse pesan suruh salam suami since suami tak boleh masuk OT. Sekali lagi air mata saya mengalir bila saya salam je, Incek husband usap2 kepala saya :( Saya perasan saya banyak menangisssssss

saya crop muka saya sebab muka sembab gila. Banyak sangat menangis :P

Saya masuk je OT tepat pukul 10.15malam. Kat situ Dr2 & nurse2 dah standby. Ramai gila kottttt

" Ok Puan, Dr nak bius di tulang belakang Puan. Puan jangan banyak terkejut ok. Kalau terkejut2, susah kami nak masukkan bius "

"OK, tapi saya sejukkkkkkk sangat Dr. Ada blower x? Dr bius penuh ke separuh badan? "

" Ada2, lepas bius kami letak blower di dada puan. Bius ni separuh badan je, dari perut hingga ke kaki puan tak akan rasa apa2. Tapi kalau kami tepuk2 perut Puan, Puan akan rasa. Cuma masa toreh2, puan tak rasa "

" ok, *terus tdooo sebab berdebar tapi bibir tetap menyebut doa nabi yunus "

Lepas bius, saya jadi mamai, tapi saya sedar apa yg berlaku. Cuma tak rasa sakit pon. Ada juga saya intai melalui cermin lampu atas kepala nak tengok operation. Tiap kali tengok, saya pejam balik mata. Ibarat nak tengok tapi takut!

Baju Dr & nurse2 dalam tu semua kaler hijau tapi bila operation start, it turns to merah2 yg sangat banyak which is darah saya semasa operation la. Godek punya godek, saya terdengar tangisan baby. begitu nyaringggg sekali, hehe. Ohhh baby kami dah keluarrr. terus saya tanya Dr tepi saya. 

"Dr, baby saya dah keluar kan. Sekarang pukul berapa? "

"Ye baby dah keluar. Sekarang mereka tengah bersihkan baby & cek keadaan baby"

Nur Hanan : Cahaya kasih sayang :)

Tak lama lepas tu ada Dr bawak baby kat saya.

"puan, ni anak puan. Cuba tengok jantina "

" Perempuan "

" ok, betul. Cium baby sikit" ~ masa ni saya mamai. Langsung tak terfikir nak cium ke hape

"*kiss2. Assalamualaikum anak ummi. terus baby buka mata luas2. MasyaAllah. Di hari kelahiran baby dah buka mata. Selalunya hari petama & kedua baru buka kan? Masa ni saya menangis terharu sebab dah bergelar ibu & tak sangka perut yg saya kendong selama ini adalah zuriat saya sendiri! 


Selesai di OT, saya disorong keluar tepat jam 11.15malam. Bermakna operation took places only 1hour. Lepas tu saya kena tahan di wad OT, to make sure bius saya separa hilang. At least saya boleh angkat kaki sikit. Sementara tu, nurse2 buat tagging dekat kaki baby, to make sure tak tertukar baby. hehe. Di wad tersebut, baby nangis, saya nak capai, tapi tak sampai sebab baby dok dalam trolly baby, saya masih di katil. Kesian anak ummi nangis sorang2 :(

12.30pagi, saya disorong keluar dr OT. Keluar2 nampak Incek husband tengah tunggu dekat ruangan menunggu. Saya nampak, tapi kabur2 sebab ubat bius masih ada. Saya ditolak kembali dengan menggunakan katil ke LR utk monitor BP & masukkan ubat, antibiotik. 24jam diperlukan utk drip ubat. Masa ni saya dengar ada pesakit lain terjerit2 nak bersalin normal sbb di LR, bilik dia satu2 so nak bersalin, ada privacy sikit la.


rambut Hanan sangat lebat ok

Sampai je LR, saya menangis lagi. Panik la nurse2 kat situ kan. Saya menangis sebab terharu dah jadi ibu & terkenang betapa susahnya mak saya melahirkan kami & saya teringat kes anak derhaka, buang anak dll. Ohhhh hati aku begitu lembut sekali. Senang sangat nak tersentuh. Hati tisu kannnn :(

Lepas dah drip ubat, mak saya masuk & tunggu sampai pukul 3 pagi. Bergilir masuk dengan Incek husband. Masa ni baru Incek husband azankan since dalam OT Incek husband tak boleh masuk. Gigih mak tunggu sampai 3 pagi. Selama ni pukul 11,12 mak dah nangtuk. maybe semangat cucu sulung kot? HEHE. Kesian ayah & huda, datang hospital tapi tak boleh tengok saya & baby. Huda siap SMS saya, suruh mak bawak keluar baby since dia tak boleh masuk, hehe

Tiap kali nak masuk ubat, mesti saya tanya " ni ubat apa? untuk apa? " jenuh nurse nak menjawab. Dalam mamai pon boleh lagi bertanya. Kihhh kihhhh ;p



cukup 24jam, ubat yg drip dah completed. So ready utk di hantar ke wad pula for further observation. Sepanjang saya di LR, ramai Dr pakar datang cek saya. Sampai saya jawab pon dalam keadaan mamai. Kes saya menjadi perhatian Dr2 ok. HEHE. Oh ye since mula2 datang hospital sampai di LR after operation, saya tak turun katil langsung. Saya dijaga rapi takot BP saya mencanak naik balik. Nak kencing pon, melalui urine bag yg Sister dah pasangkan. Bayangkan satu setengah hari saya baring sesaja, langsung tak bangun. Fushhh sakit badan ok

Saya cakap kat nurse,

" Nurse, saya haus. Saya kena puasa lagi ke? "

" kejap saya tanya Dr "

" Puan, ni air. Sedut sikit2 ye * Nurse acukan straw dekat mulut saya.

Untungnya saya bersalin di hospital kerajaan tapi di layan begitu tiptop sekali..


~Nak minum, nurse suakan air
~ke LR, tolak pakai katil *org lain pakai wheelchair je
~Dari semasa ke semasa, nurse & Dr asyik tanya saya Puan ok ke? Ada apa2 nak kami tolong?
~Baby nangis ekkk ekkk & berak, nurse yg handle. Saya dok terbaring je
~Stokin saya, nurse yg pakaikan. HAHA siap tanya saya Puan, mana stokin? meh saya pakaikan :) haaaa ko hado? :P
~dalam ambulans, Sister yg teman. Kalau ikotkan nurse biasa jeee


Alhamdulillah DIA permudahkan saya nak bersalin. Cuma sejam je dalam OT. Walaupon plan nak bersalin di GMC tapi dah kena tahan di hospital selayang, service sangat bagus! saya tak terfikir pon dapat service tip top begini. Sebelum ni mindset saya hospital gov punya service ikot nasib. Dapat nurse & Dr baik, baik la layanan diterima. 

Dan kisah saya di tahan di wad saya cerita next entry eh. nak lunch sat. Makanan dah siap dihidanggggg. Best betul masa berpantang ni, kahhhh kahhh. eh pejam celik pejam celik harini hari ke 35 saya berpantang. cepat betul masa berlalu :)


Satu perasaan tak terucap bila dapat dakap & cium anak sendiri!



Jumaat, 8 Mac 2013

Sweet Itu Manis :)



status FB Incek husband pagi semalam :)

Akan terus mencuba utk jadi isteri & ummi yg terbaik. InsyaAllah :)



Khamis, 7 Mac 2013

Masuk Angin Ketika Pantang



Masa sebelum bersalin, mak ada pesan, nanti lepas bersalin (di hospital) ikat rambut tinggi2, ketat2 & pakai stokin. Nak elak masuk angin *semuanya nak elak masuk angin. kadang aku confius, aku ni manusia ke biskut? sikit2 masuk angin, sikit2 masuk angin. BHAHAHA

Pastu masa kena tahan di wad, saya pon ikat la rambut tinggi2. Tibe2 tergerak hati tanya Incek husband :

" Abg, kan kalau kita ikat rambut tinggi2, macam bonggol unta kan, tak cium bau syurga kan? Ni kes ayg ni tak pe ke? "

*tanya dengan muka serius ingin tahu :P

" Tak pe, kes ayg ni utk kesihatan. Bukan kecantikkan. Lagipon dengan keadaan ayg berstokin bagai, nanti balik rumah berjamu la, berpilis param la, hape la, hantu kak limah pon takottttt kottt "

*cakap sambil senyum2 tahan gelak.

cetttttt. saya terus paling tempat lain buat2 merajuk. balik je hospital, terus dapat handbeg coach. nasib baik pandai pujuk. lepas ni boleh merajuk lagi. kahhhhh kahhhh







nota kaki :

Esok Hanan genap sebulan. Cepat betul masa berlalu..



Ahad, 3 Mac 2013

Katanya Sebagai Hadiah Melahirkan Hanan.. :)



kaler pink gitu. Tak sabar nak pakai abes pantang kang.
Hikkk Hikkk :P


Incek Husband beli handbeg ni since saya preggy lagi
tapi baru ni je dia bagi
ohhh sgt sweet wahai suami :)
kalau begini, tiap tahun sorang pon tak pe, opssss kehhkehhh :P

ok bai, saya nak tdo. Malam tadi Hanan takmau berenggang dgn saya langsung. Nak berdukung, berdakap je. Huuuu ummi ada la sayang. Tak tinggal kamu pon..