Rabu, 27 Februari 2013

Hari ke-20



Ok, mari update blog sementara si kecik ni tdo. Ngehh Ngehh. Sekejap je dah hari ke 20. macam baruuuuu je kena tolak masuk operation room ;p Eh orang tua2 kata masa pantang jgn membaca or ngadap laptop eh? Sbb nanti cepat rabun. Tapi kes aku ni dah memang rabun pon. So acaner tu? Kahhhkahhh

Masa hari bersalin, saya sempat update blog, tapi separuh jalan je sbb nak bersiap p check-up. Balik kang dengan harapan nak sambung update. Tapi harapan tinggal harapan sebab saya kena refer terus hospital masa tengah check up tu. Kereta tinggal dekat klinik, saya naik ambulans. First time naik ambulans. bergegar jugak la kepala aku ni. Laju nak mampos dia bawak. Padahal aku ok je. Sampai hospital, naik wheelchair pula. Bila berjalan, saya dipapah oleh Sister & Dr. Haishhh depa ni, kaluttt. Aku ok jela. Hanguk kau ok N. Dr2 semua dah panik tengok keadaan aku. Incek husband lagi la, bila saya SMS je, berdesup ke hospital dr opis. Mau tak panik, baca2 SMS, isteri dalam ambulans. Kahhhkahhhh

Awal2 balik dari hospital, hidup saya totally berubah, like  chinggggg magic! Munguk kau N, sempat lagi eh. HAHA. Kepala agak pening gak la sebab tdo sekejap2 dah bangun. Pastu kalau tengah2 malam Hanan ekkkk ekkk sikit, saya dah boleh terjaga. Tu pasal kepala saya pening. Tiap2 hari Mak Ayah berjaga malam tolong dodoikan Hanan. Terima Kasih Mak Ayah T______T

Hanan ni jenis manja. Nak berdukung & berdakap aje. Abes breastfeeding, saya letak je, ekkkkk ekkkk. Adoiiiii mula2 stress gak la sbb bila terlalu lama duduk, luka czer saya ngilu. Last2 bergilir dengan Incek Husband. Kalau Incek husband ngantuk sangat2, saya akan dukung (tp dlm keadaan duduk. mak tak kasi byk jalan. nanti bentan) sampai Hanan terlena sendiri sbb esoknya Incek husband nak kerja, saya tak per, siang kang boleh curik2 tdo. Slalunya timing Hanan berjaga ialah 10malam-5pagi. Masakkkkk nak berdukung aje selama 7 jam. Tak perlah sayang, Ummi sanggup demi kamu :)

Tapi sejak 2,3 hari ni, Hanan berjaga malam nak susu je. tiap 2jam dia ekkkk ekkkk. lepas nyusu, dia tdo sendiri. so dapatlah saya tdo mlm lena sikit, kahhhhhkahhhh

Saya berpantang mmg kaw2 punya. Tak dak chan nak lari dari Mak. HAHA. Balik je dari hospital, dah beratur param pilis segala mak nenek jamu dihidangkan utk saya. Since saya warded 5days, mak kata agak lambat utk start makan jamu2, mak kata nnt badan masuk angin. Tu yg balik2 je, beratur jamu utk saya. Fushhhh mencabar betul. Air minum pon kena catu T______T Mak kata nanti urat kembang. Dah la saya ni memang jenis kuat minum air masak. Huuuu. Mandi pon pakai air rempahan dedaun. Tiap kali mandi, saya berharap mak lupa nak bancuh param pilis, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Keluar je bilik air dengan kaki kanan dah terbau param pilis. ohhhhh nooooo

Stokin & sweater 24jam pakai. Buka masa nak p toilet je. Rambut pulak ikat sanggul tinggi2. mak kata utk elak masuk angin. huuuu tengok keadaan aku bila siap berpilis param bagai, lebih terok dari hantu kak limah kot? Abg, abes pantang nanti nak p spa. Pakej hujung rambut ke hujung kaki tauuuuuu :)

Sampai sekarang saya tak berani tgk kesan jahitan czer saya. Incek husband kata elok cantik je jahitan saya, tak terkeluar daging or bernanah ke. huuu saya mmg tak tgk la, seriauuu. Tapi kadang2 rasa gak ngilu2 & berdenyut2. Mak kata tu tanda daging nak bercantum. Masa dekat hospital, saya memang bergantung dengan pain killer. sakit memang sakit. Nak2 baru je lepas operate kan, memang lagiiiii sakitttttt. Tapi balik je rumah, saya tak makan pain killer dah walaupon dibekalkan. Cuba bertahan secara semulajadi. cehhh konon kuat la tu? Kahhhkahhh

Nama Hanan selamat didaftarkan pada hari ke-7 di JPN. InsyaAllah kurang dari sebulan akan dapat Mykid beliau :) Ingatkan nak terus buat cukur jambul & aqiqah sekali pada hari ke 7, tapi since saya baru keluar hospital hari  ke-5 & masih tak kuat, Ayah postpone minggu depan, which is hari ke 15. Dan pada hari tersebut Hanan telah dibotakkan oleh Atok Wan (ayah) & Abah (Incek husband) beliau. Sekarang anak ummi sudah botakkkk :p 

Part best masa berpantang ni ialah, semua benda org buatkan. Nak mandi, dah siap airnya. Nak makan dah siap hidangan. Nak ape aje, order je. Jangan mintak pizza hut ke hape dah ler, kena pelangkung kang, sendiri mau ingat ye. HAHA. saya, lepas mandi pagi je, Makkkkkk, Nak Milo O. Kehhhhkehhhh. lepas lunch, Makkkkk, nak buahhhh :P

Eh lepas bersalin, saya ada timbang berat masa hari ke-10. Turun 11KG. Kalau boleh nak turun lagi 10KG. Baru slim macam masa b4 kahwin. Kahhhkahhh. Niat dihati nak pantang selama 60hari, bagi luka dalaman benar2 pulih, tapi kalau saya dah tak tahan, cukuplah sekadar 44hari je kot? HAHA sbb banyak menu saya tak sempat makan dek kerana kena paksa bersalin. Tak per, saya dah buat list nak makan ape abes pantang nanti. kahhhh kahhh kau tengok, betapa bohsannya berpantang sampai saya sempat buat list menu. HAHA

semalam makan pati ikan haruan. sedapppppp sgt mcm tahik rasanya. eeeeyukssss bluwekksss. kembang tekak ni. Sedap lagi eskem tutti fruitti. Eh, macam sedap pulak panas2 gini dapat makan eskem kan. Huuuuu *lap ayaQ mata sat*

Bila Hanan menangis je, saya ada kekuatan semulajadi yang mampu melemahkan suara teriak beliau dimana saya breastfeed dia je, terus diam. Ngehhhh ngehhh :P

Alamakkk hanan dah ekkkk ekkkk la. Nak upload gambar pon tak sempat. Nanti saya update lagi yo. Babai ;)




Sabtu, 16 Februari 2013

Kini Bergelar Ibu..



Baru beberapa jam keluar dari perut :)

  • Nur Hanan binti Mohd Fauzy
  • 08 Feb 2013 @ 1051PM
  • Emergency Czer

Alhamdulillah atas zuriat tak ternilai ini :)

Buat sedara mara & kawan2, jemputlah datang rumah tengok baby :)




Love,

Ummi & Abah