Selasa, 22 Januari 2013

Bila Baby kurang Bergerak



Panik Jap. HUHU. Semalam beybee kurang gerak. Selalunya pukul 2,3 ptg, dah cukup 10kali pergerakkan. Tapi ni dah pukul 5ptg, baru 5x je gerak. Mau tak panik aku dibuatnya. Ingatkan beybee tdo, tapi awat langsung tak gerak even slow movement ke, menggeliat ke? Jenuh saya ngaji, zikir, cakap2 dengan beybee, usap perut (slalunya bila buat gini, beybee bagi respond). Tapi ni diam membisu je. Terus whatsapp Incek husband. By 9mlm tak cukup jugak, we all decide p hospital terus. 

Then, Incek husband balik kerja, ingat nak terus p, tapi saya nak tunggu jugak pukul 9mlm. Saya membayangkan satu keajaiban akan berlaku, dimana beybee tibe2 bergerak dgn aktifnya *masih mengharap beybee akan bergerak*. Lepas solat maghrib berjemaah, Incek husband usap2 perut, cakap2 dengan beybee, letakkan telinga dekat perut pon still tak ada respond (slalunya beybee bagi respond). Time ni aku dah panik gila, tapi buat cool. dah banyak kali Incek husband  buat gitu, masih tak bergerak, terus la kami bersiap.

Mula2 ingat nak p hospital terus, tapi for sure kena tahan sebab beybee kurang gerak plus blood pressure saya tinggi. So, tak nak serah diri di hospital, kami ke klinik panel. Andai perlu ke hospital, klinik panel akan bagi reference letter terus ke hospital.

Alhamdulillah, masa buat scan, beybee tengah tdo. Dr check heart rate dia pon agak slow, 135bpm, selalunya heart rate beybee 145-158bpm (normal reading is 110-160bpm) tapi heart rate beybee malam tadi masih dikira sbg normal. Dr kata beybee banyak tdo harini, tu yg slow movement.

Bila buat scan je, meloncat beybee tak reti duduk diam. Very active suddenly. cettt beybee ni, saje je bikin Bonda & ayahanda panik tau. HAHA. Dr kata everything is ok, nothing to worried. As long as heart rate is normal, ur baby is ok. Cuma Dr kata sebenarnya beybee bergerak tapi saya mungkin tak perasan sbb the movement is too slow due to heart rate yg rendah, kan slalunya 145-158bpm, dimana sekali beybee gerak/kick, boleh senget2 perut aku. HAHA.

Alang2 scan, terus buat check up la malam tadi, HAHA. Lama kot Dr buat scan, lebih 30minit kotttt. Semua part dia godek to make sure the baby is ok. Air ketuban cukup, berat beybee dah 2.2KG, selari dengan usia kandungan saya, uri pon dah naik atas (last scan uri saya masih dibawah & menyebabkan beybee songsang), Kepala beybee pon dah turun cuma tak engaged je. Dr kata awal lagi nak engaged, by 36,37 weeks sepatutnya dah engaged. Ok, everything is fine. Fushhhh lega kami husband & wife. Ishhh beybee ni saje je bikin kami panik eh ;p

Oh, bercakap pasal blood pressure (BP), sebelum pregnant, saya memang low BP. Sepanjang 33weeks ni pon BP saya masih dalam kategori normal. Tapi masuk je 33weeks, tibe2 high BP. Tak la high sangat. reading pon dalam 123/96. Gituuu. Tapi still kena monitor dengan KK. Every week muka aku jela ada kat KK tu nak buat BP, HAHA. Mak saya kata dah hujung2 ni normal kena high BP sbb kita dok risau pasal bersalin, nak2 ni anak sulung, lagi la dok fikir macam2, HAHA. Sekarang BP aku turun naik, tapi berat turun 1.5KG. Tak tau macam mana nak turunkan BP. Mak kata ianya adalah semulajadi, tak leh nak makan ubat sesuka hati. Just jaga makan jela. Mak pesan, kalau BP tinggi sangat, Dr akan paksa bersalin awal, takut menjejaskan kandungan. Uwaaaaaa mak cakap gitu, naik terus BP N kang. HAHA. 

Tapi Alhamdulillah cuma BP je masalah. kencing saya normal, tak ada kencing kotor. Kalau tak, lagi haruu. kena minum air gula pon tak ada lagi setakat ni. Harap2 dipermudahkan sehingga kelahiran kelak, tak lama dah, lagi 6weeks je before deliver.


Eh macam panjang pulak entry kali ni. Before saya abeskan ayat, saya nak share petua turunkan kepala beybee :

1) bila bersujud tu, lama sikit
2) Rajin buat solat hajat
3) Banyakkan berjalan
4 ) cakap2 dengan beybee

Saya buat yg ni je, Alhamdulillah kepala beybee dah turun dalam masa yg singkat. Tak perlu nak berurut bagai, kadang ianya bahaya. Takut tali pusat beybee terjerut leher. 

Ok, sharing is caring :)

nanti saya update lagi, nak layan movie kejap ;p





Khamis, 17 Januari 2013

Menemani Husband Ber-Futsal


Haritu saya ikot Incek husband ber-futsal sebab dah tak tahu nak buat apa dekat rumah
boleh mati kebohsanan tau T_____T
nak buat kerja2 rumah, Incek husband tak bagi sbb perut pon dah memboyot
sudahnya mati kutu aku tak tahu nak buat apa, Tu yg ikot dia, kehhh kehhh

Kalau saya rasa saya kuat, bohsan dok umah, memang confirm2 saya ikot dia, HAHA
Eh org kata dah hujung2 ni kena banyak berjalan, baru mudah bersalin :)


Incek husband yang ke-3 dari kiri, pakai T-shirt hitam
tiap kali Incek husband passing bola / gol,
beybee punya kick, MasyaAllah, tersentak aku
dia pon nak bagi semangat dari dalam kottt? HAHA

Muka bonda-to-be dapat layan movie :)

Game Incek husband 2jam kotttt. 9-11pm. Fushhh kematu vontot gua duduk dekat atas kusi besi tu. Incek husband la ni, boleh lupe nak bawak kusyen ajaib saya. Tapi bagus gak dia terlupa. Nanti org ingat aku gedik nak bawak kusyen segala, nak duduk selesa la gamaknya. Biar org tahu aku adalah KUAT, xkesah duduk dekat mana. Kahhhh kahhh :P *munguk ko N :p*


Sementara dia tengah game, saya layan movie di iPad. Fushhhh heaven. Tak terasa la lamanya 2 jam tu. Tau2 je Incek husband dah keluar gelanggang. Tapi bising sikit la, xleh nak layan sgt movie dgn penuh kekusyukkan. Tau mcm ni, saya bawak earphone. Ahhh sudah, semua kau nak angkut dari rumah kan N? ni belom beybee keluar lagi. Dah keluar esok, segala macam mak nenek barang kau nak angkot. HAHA




Abes game, saya teringin Char kotiaw & sirap bandung cincau. Fushhh sedap gila kotttt char kotiaw dia. Incek husband layankan je permintaan wife dia, padahal before keluar main futsal, dah makan dekat rumah, HAHA. 

sampai rumah dah pukul 1pagi. Dah la pagi tu ada pregnancy check up utk 33weeks. Memang ngantuk la. sampai Klinik pukul 7.40pagi, saya org ke-9. Ahhhh ingatkan sampai awal boleh settle awal sbb balik nak sambung tdo. Kahhh kahhh :P




Ahad, 13 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru Ijan!


Semalam saya p kenduri kawen classmate ACCA saya, Ijan
Gambo dengan pengantin yilek pocikkk, HAHA
boleh pulak lupe nak amek pakai fon ke hape kan
tapi ada je dekat OP Ijan, HEHE

kami (husband & wife) datang after zohor sbb Ijan masuk dewan pukul 2ptg
lagipon ada classmate yang kerja, so datang lambat2 boleh jumpe dorang
tapi dalam masa yang sama aku berdoa supaya lauk tak abes lagi!
Kahhh kahhh sekeh mak buyong ni baru tau :P


32weeks 

kau tgk, mana aku tak kata perut jalan dulu baru badan
perut saya dah maju ke depan ok! HAHA


Dari kiri :
Syamim & Ain (Loving couple)
Incek husband & Puan stoberimanis :P
Naya
Syakilla
Asiah
nadhirah
Hani
Ija
Firdaus


Gambar sedikit blur sbb saya capture atas hardcopy
scanner tak adelah, ade kat rumah mertua
nanti kalau ke sana, saya scan & tag kawan2 yang lain ok :)


Photographer tu capture gambar kami pastu boleh terus cuci. Fushhh hebat. First time saya tengok device yang boleh print tu. Wireless punya. tetibe aku jadik jakun. HAHA. Tu pasal saya capture gambar atas hardcopy.

Incek husband kata susah2 je, baik suruh siapa2 amekkan pakai fon. At least tak yah susah2 nak scan bagai. HAHA. Tu la, sape suruh tak bawak camera gabak abg? HAHA tetibe tak nak kalah :P



dekat car park jumpa Ain & Syamim. Bagus. tak segan la saya nak masuk dewan kan, hehe. Pastu dalam dewan, jumpa geng2 ACCA yang lain. Double bagus! HAHA.

Nak naik pelamin bergambo dengan pengantin, ramai tanya saya:

 "larat tak nak jalan?"

Agak2 kalau saya kata tak larat, depa nak dukung tak? Memang confirm2 la tak kan. HAHAHA


Ada satu cerita kelakar gila.

kami geng2 ACCA duk satu table. Incek husband pon duk sebelah saya. Pastu Incek husband bangun p amek air. Then, Firdaus datang, dia sapa saya :

" N, datang sorang je ke? Husband mana? "
" Eh x perasan ke, tadi dia dok sebelah aku ni haa"
" Laaa tu husband kau? Aku ingat pelajar baru. Patutlah muka dia aku tak cam dalam class kita "

KAHHHH KAHHHHH pelajar baru weiiiiii

Abg, abg nak amek ACCA tak? Jom join ayg! :)

Kami 1 table tergelak :P

pastu Incek husband datang balik, dan Firdaus datang menyapa lagi..

" Hai, saya Firdaus, Classmate ACCA juga "
" Hai, saya Fauzy.. blaaaaa  blaaa "
" Eh korang baru je kan setahun kawen. So, SELAMAT PENGANTIN BARU tau. Sorry la aritu saya punya side mirror kereta patah la, xboleh nak datang "

*masa ni saya dah tahan gelak, asal Firdaus selisih dgn saya dekat fakulti, mesti cakap minta maaf sbb xdpt datang, side mirror patah. Sampai kalau nak selisih tu, saya dah boleh hafal ape dia nak cakap :P *

" Ohh xpe2, TQ, dah lama pon kami kawen *cakap sambil senyum "

pastu saya menyampuk :

" Firdaus, aku dah nak bersalin dah ni, pengantin baru hape nye :P "
" Haaa serius? Berapa lama dah? *sambil tengok2 perut saya "

*ni aku nak gelak guling2 lagi. Mana ada org tanya BERAPA LAMA. Slalunya org tanya DAH BERAPA BULAN pregnant kan? HAHA. Again, kami 1 table gelak. Kesian pulak Firdaus :)

Firdaus, jgn marah eh, kami terhibur dengan gelagat kau. Maklumlah sem lepas kan kau cuti Khas, kami tak ada sumber nak berlawak :) (Firdaus jaga ayah dia sakit kanser, then Ayahnya telah meninggal beberapa bulan lepas. Al-Fatihah)


Ramai lagi classmate ACCA yg lain tak dapat datang..
kalau tak, pasti lebih meriah! :)


BTW Ijan, SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga kekal hingga ke syurga ok!


p/s : Baru 2 hari lepas saya teringin cendol. sekali dekat kenduri Ijan ada cendol. Blurpppp Alhamdulillah rezeki beybee :)

Kalau saya teringin, 2,3 hari lepas tu mesti akan dapat. Sama ada Incek husband dapatkan atau org sekeliling bagi secara tak langsung, mcm kes cendol ni. Alhamdulillah dipermudahkan :)




Rabu, 9 Januari 2013

Cuti Khas (Cuti Bersalin)


2hari lepas sepatutnya saya register sem baru. Tapi sem ni saya mintak cuti khas sebab nak bersalin.

Sebenarnya boleh je saya register macam biasa, sebab saya deliver bulan 3, final exam saya bulan 6. Tapi atas sebab alasan saya tersendiri, saya memang tak nak amek exam ACCA utk sesi June 2013. So, better saya terus cuti 1 semester terus :P

terus bayar RM 50 utk tangguh semester directly from ATM
Malas nak Q di kaunter Bank Islam

Saya ada lagi 1 paper utk complete-kan ACCA saya ni, provided that saya pass 2-2 paper saya sem lepas *result tak keluar lagi. Examiner tengah busy marking ni. HAHA*. Utk 1 paper lagi, saya macam nak amek di luar je. Pastu utk exam, saya tumpang mana2 exam centre macam saya buat sem lepas.

Eh bukan UiTM dah tak bagus ke hape. Jangan fikir bukan2. Sebab saya amek keputusan nak amek tuition provider diluar sbb sem depan mesti beybee dah keluar. Agak payah saya nak berulang alik ke Shah Alam. Tambah pula class saya hari2, sehari HANYA 2 jam SAHAJA. Agak tak berbaloi utk saya redah jammed.

After bincang dengan Incek husband, mungkin saya akan kekalkan status saya di UiTM & sambung di luar. Boleh, tapi kena bayar fee RM 50 utk kekalkan status kot? Ntah, saya xsure RM 50 utk ape. HAHA. Saya main pakai bayar je :p



Borang permohonan ni dari sem lepas dah settlekan
Sonang aih, naik sem ni tak kalut :P

Boleh je nak keluar terus dari UiTM tanpa bayar fee, tapi tak ada konvo la. Kahhh Kahhh. ye, itu yang aku nak sangat, nak berkonvo dengan Hannah Jr :P. Di tempat lain (IPTA / IPTS), kalau dah complete ACCA, memang abes gitu je, xada konvo bagai :P

Tu je sebenarnya, nak konvo punya pasal, sanggup bayar RM50 semata-mata. Kehhh kehh :P


Surat sokongan dari Klinik Luar yang saya buat Check-up :)

Tapi planning utk sem depan, saya xsure nak complete-kan terus lagi 1 paper or keje dulu. Ikotkan saya, nak kerja je dulu. nak bagi 'otak' saya rest jap. Hoiiiii, penat okeh belajar non stop dari zaman matrik, degree, professional. 

Orang lain 25tahun dah pegang duit sendiri, aku dok pegang duit Incek husband bagi tetiap bulan je. Kahhh Kahhh :P. Itu pon dia transfer ke ATM je & kad ATM dia *Not the main bank ATM dia*, dia bagi saya pegang. Kira semua perbelanjaan saya, dari duit tu la, tak cukup, dia transfer lagi. Jarang dia bagi cash, sebab kami jarang pegang cash yang bayak. Zaman sekarang bahaya oooo. Sekali hilang, menangis la kooo :P



Yahooooo dah diluluskan oleh Timbalan Dekan :)

Dia kata, tak ada lagi student profesional full time cuti bersalin
kira saya org pertama yg apply
Kahhhh kahhh xpe, bior saya catat sejarah :P

Beliau sempat buat joke dengan saya :

 " Good luck for u, struggle Mom! "
"tak sangka U dah struggle up to this point. Lagi 1 paper je nak complete"
"I tahu betapa payahnya pregnant time study sbb I dah laluinya"

Ohhh saja bikin aku touching tau T____T

Tapi saya tak sure lagi sem depan sama ada :

1) Buat part time study
2) Buat full time study *alang2 satu paper je lagi*
3) tangguhkan dulu, kasi rest ini otak, Kahhh Kahhh


mak buyong ni memang macam ni. Slalu gagal buat keputusan. Kadang2 suruh Incek husband buatkan keputusan on behalf of me sbb malas nak fikir. Ngok ngekk betul kan? HAHA


p/s : 
1) Buat kawan2 yang masih teruskan pengajian ACCA, Good luck ye. Hebat korang, azam yg sangat tinggi! :)

2) Heidi dah apply cuti khas? Hikkk HIkk :)




Selasa, 8 Januari 2013

32 Weeks of Pregnancy (8 Months)


Harini genap 8 bulan mengendong zuriat tak ternilai ini. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa menjadi bakal ibu. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata2 :)

Up to this seconds, semua barang saya & beybee dah standby. Walaupon due saya 3.3.2013, Dr suruh saya standby bermula mid of february. Kalau turun je tanda2, silalah segera ke hospital. Gituuuu :P

Malam tadi before tdo, saya dah briefing Incek husband apa perlu dia bawa kalau tanda dah turun. Takut saya panik, gagal berfikir dengan jayanya. HAHA




  • Sakit di bahagian ari2 yang tak putus sakitnya. Duduk sakit, diri sakit, baring sakit. Semuanya sakit.
  • Sakit pinggang & belakang. Fushhh kalau package dengan sakit bahagian ari2, memang terdampar atas katil jela saya. Sakit.
  • Dah tak boleh berdiri lama2, tumit mesti sakit.
  • kaki dan tangan saya dah start bengkak2. Tembam2 gitu, HAHA. Melalui pembacaan saya, bengkak sbb banyak air disimpan utk kelahiran kelak. nanti masa deliver, badan tak hilang air dengan banyaknya.
  • Tido malam adalah tak lena. Serba tak kena. Tak tahu nak mengiring tang mana lagi. Serba tak kena.
  • Sepanjang preggy ni 2x je saya demam. Tu pon masa 1st trimester. Alhamdulillah
  • Alahan segala sickness, memang tak ada. Alhamdulillah
  • Perut sentiasa mengeras. Tak tau la beybee sempit ke hape dalam tu. Ada satu malam tu, saya terjaga, terbonjol bulat kecik elok je. Saya rasa itu kepala dia. Hiksss comel :)
  • kalau dah duduk, nak bangun sikit punya payah. Selalu Incek husband hulurkan tangan utk bangunkan saya. TQ sayang :)
  • Jalan pon, perut dah jalan dulu, baru badan saya. Can U imagine? HAHA. Pastu tangan dah cekak di pinggang. Gila tak larat nak jalan :P



  • Dulu asal Incek husband keluar je, saya mesti nak ikot. Buhsan dok umah :P. Sekarang ni tidak lagi. Nak naik bilik pon, boleh terberenti tengah tangga. Amek nafas. Pehhh lembiksnya haku :P
  • Cepat mengah & letih. Sapu porch rumah pon, macam kena kejar anjing. *over betul perumpaannye :P* Prffffff. Kalau mengaji pula, nak abeskan 1 juzuk, kemain lama. Asek terberenti je sebab nafas tak sampai *saya target 1hari 1 juzuk & before deliver, saya dah khatam 3x. Ni tengah nak abeskan khatam yang ke-3. Harap2 sempat.*
  • Cepat haus. Malam2, mesti dah standby air masak. Malas turun dapo :p. Pastu dah minum air, asekkkkk la terjaga nak ke toilet. Sungguh tdo aku terganggu :(
  • Cepat panas. heh, ni nak air cond memanjang. Dah abes sejuk pon aku rasa, awat air cond ni? Rosak ka? HAHAHA
  • Makan adalah kurang sebab bila saya makan, perut jadik keras & teramatlah padu sampai rasa nak pecah T____T. saya rasa mesti ruang perut dah jadik sempit sbb beybee membesar. So saya makan sikit2 je, tapi kerap. Utk dinner jarang saya makan heavy. Cukup sekadar roti/biskut & susu
  • Sekarang, setiap malam Incek husband akan berzikir dulu dekat beybee before saya tido. Bila zikir, beybee macam lembut sikit, tak mengeras. Owhhh anak bapak ye? HAHA
  • Masa check up last week, beybee masih songsang. Kepala tak turun lagi. Hari2 kami pujuk beybee suruh turun. Kalau x, tak dapat nak bersalin normal. HUHU.
  • Berat beybee masa last check up is 1.7KG which is Dr kata pipi beybee sangatttttlahhh tembam. HAHA. Sekarang saya syak mesti dah 2KG lebih. sebab perut saya berat semacam. Ke berat Uri, air ketuban n etc? HAHA. Kalau boleh saya nak berat beybee bawah 3KG. Senang nak keluar kalau bersalin normal. HAHA
  • Air selusuh pula, malam ni baru Incek husband nak buat. Air zam-zam Incek husband dah beli minggu lepas :)

Ayahanda & Bonda to be. InsyaAllah :)
benci pulak tgk gambar diri sendiri masa kurus. HAHA
owhhh aku nak pantang kaw2 supaya badan kembali slim
kahhh kahhh


InsyaAllah, semoga selamat semuanya. Doakan saya dipermudahkan. Tak sabar nak peluk cium beybee. dan juga tak sabar nak berjaga malam! Kahhh Kahhh.


Tibe2 hati beralih arah nak deliver di Hospital Selayang. Tapi dalam masa yang sama nak juga di GMC. Haishhhh, lempang kang Mak buyong ni tau la :P




Ahad, 6 Januari 2013

Mereka


Petang semalam kawan2 saya di Gombak ajak jumpa & lepak2
Tapi saya xdapat join sbb petang tu kami ada maternity photoshoot
*gambar? later saya upload okeh :)*

rasa ralat la xdapat join sbb dah banyak kali dorang keluar bersama, saya xdapat join T_____T. Ada je aktiviti yang menghalang. HUHU


Masa ain bertunang bulan lepas. Tak cukup korum ni
Reen & Noor tak ada :D
Saya pon tak ada, Kahhhh kahhh
masa ni saya ada hal emergency T___*

petang semalam diaorang celebrate besday Mira
pastu drop depan rumah saya hantar cupcakes ini
owhhhh terharu gila walaupon xdpt join,
sanggup drop cupcakes ni utk saya
THANKS kalian!
*lap hingus jap, HAHA*




Minggu lepas saya balik rumah mertua jap, depan rumah mertua ada kedai runcit tau. Tibe2 tekak ni teringin ais krim malaysia asam boi. Gigih mintak Incek husband belikan, tapi dah abes. Huuuu xpelah, xada rezeki kot. Esoknya boleh beli lagi :) Masa ni mak mertua tau saya teringin ais krim ni. Tup2, semalam dia beli 5 batang, bagi saya. Terkejut saya. Fushhhh terima kasih mak kerna menyayangi menantu hantu ini spt anakmu sendiri :)

sekarang dah 2 batang aku bedal. Kejap lagi nak bedal lagi. Fushhhh sedapnya tekak dapat makan ais krim yang sejuk2. Kehhh kehhh




Set Bersalin



Herba packaging hijo to mandian herba,
yang packaging kuning tu ubat periuk
2 peket kecil depan tu is param & pilis

Sekarang, bilik berpantang saya dekat umah mak dah berbau jamu
tu belom pakai lagi,
mau 1 umah bau jamu, Kahhh kahhh


Utk set bersalin, saya beli Leesa Formula sebab mudah, agak lengkap & sedikit moden. 1 kotak tu siap ada tungku herba & bengkung sekali. Nak beli asing2, macam lah aku rajin sangat kan, dah la Incek husband tengah busy. HAHA

Moden pula dari segi ia di datangkan dengan pil2 kapsul. Tak perlu bancuh dengan air macam dolu2. Yela, mak saya kan kerja, nak mintak tolong maid yang jaga saya pantang nanti macam serba salah pula. Saya ni jenis susah nak mintak tolong. Kalau boleh buat sendiri, saya cuba akan buat sendiri. Nenek saya pon kata kalau ada pek yang pil kapsul, beli yang tu je, senang. Aihhhh nenek saya pon dah moden ke? HAHA. katanya sebab jamu2 dulu, nenek2 yang mengusahakan banyak dah meninggal. So,nak cari yang betul2 pure tu, agak payah la. Tu kata nenek saya la :)

Cuma pek Leesa Formula ni Mak saya kata ada yang tak cukup. Contohnya, herba mandian, ubat periuk (herba), param, pilis (Leesa formula ganti dengan ginger cream), & tapel.

Kami ingat dah abes lengkap dah beli 1 pek Leesa Formula tu, sekali bawak balik rumah, mak kata tak cukup lagi ni. Esoknya kami p beli segala mak nenek herba2, param pilis semua tu. HAHA.

Now, set berpantang saya dah lengkap. Cuma mak kata tungku utk baby (utk tuam2 dekat perut dia) nanti mak buatkan. Batu tungku saya pula, Mak suruh Incek husband cari Batu biasa, nanti panaskan atas dapor & balut je dengan kain (utk saya pijak2 dengan kaki)

Ok, semua dah lengkap dah kot. Barang saya & beybee dah settle. Beg hospital pon dah standby. Sekarang ni saya cuma gain knowledge pasal berpantang, bersalin, beybee & parenthood. Hari2 dok google info. Eksited! :)

Eh mak ada cerita zaman dia berpantang. Gerun! Tapi mak mampu buat sampailah anak terakhir beliau. Pehhhh, aku dengar pon macam, nak berpantang ke nak bunuh org neh? HAHA. yelah, Mak tdo, kaki kena tahan dengan batu giling, tdo tak leh pusing kiri kanan, kena tegak, nanti peranakkan lari. Berstokin & sweater 24jam, kipas tak leh hala ke diri sebab nak bagi badan cepat berpeluh (baru ingat nak suruh Incek husband beli air cond letak dekat bilik pantang. Aku kan puteri lilin, kahhh kahhh). ada lagi mak cerita, tapi malas pula nak taip. Nak turun dapo masak, perut dah lapar. Kahhh kahhhh *mari sekeh N ramai2 :P

Mak pesan, masa pantang nanti jangan banyak bergerak. Nanti bentan! *heh macam tau2 je p bantai sound awal2 sbb aku ni jenis xreti dok diam. Hambekkk ko N, sila beringat ye. HAHAHA





Khamis, 3 Januari 2013

Ulang Tahun Kelahiran Puan StrewberiManis


Alhamdulillah, 25tahun sudah hidup diatas muka bumi ini..
Banyak impian saya terlaksana. Terasa lengkap hidup ini
tambah pula, sedang menghitung hari utk melahirkan si kecil,
sesuatu anugerah yang tak ternilai buat saya

Doa saya, cuma satu. 
Agar dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki agar saya SEMPAT membalas jasa ibu bapa saya 

Terima kasih kepada yang wish. saya hargai setiap bait2 ayat yg dipertuturkan :)


walaupon tgh busy, mampu buat suprise kepada wife sehingga wife rasa nak nangis
ohhh sekarang wife sgt emosi T____T
pembawakkan budak perhaps?


Dear husband,

Terima kasih utk setiap detik & saat yang diluangkan utk ayg..
Ayg TAK harapkan wang ringgit dalam hubungan ini, tapi KASIH SAYANG & RAHMAT dariNya

Terima kasih juga memahami diri ini dalam segala aspek. Ayg hargai sangat :)
Terima kasih segalanya *nak list semua memang pengsan la kan :P* dari mula saat akad nikah sehinggalah detik sekarang. Terlalu banyak pengorbanan abg *lap ayaQ mata sat*

Terima kasih sayang! 



Dah, Mak Buyong nak turun dapo cari betik sat. Heaven gile dapat makan buah berserta air soya. Perghhhhhh :P