Khamis, 14 Mac 2013

Detik Kelahiran Nur Hanan binti Mohd Fauzy


ok, si kecik tengah tdo, mari kita update. Kehhh kehhh ;p


Takkkkk nakkkkk naik ambulans :(

8 feb 2013, Jumaat :


Sepatutnya pada tarikh ni saya ada check up utk blood pressure (BP) sahaja. Ya, 2minggu sebelum ni tiba2 BP saya mencanak naik. Kenaikkan BP saya masih terkawal since urine saya bersih. Tak kotor la. Tu yang saya kena check up BP selang 2 hari selama 2 minggu sebelum deliver.

Nak dijadikkan cerita, masa saya tengah check up tu, BP saya naik gila2. Above limit. Dr cakap if above 140/90, dan ada tanda2 seperti loya2, pening, mata kabur, sila refer terus hospital. Dan BP saya masa tu 160/100. Gila punya tinggi. Nurse yang check pon panik gila sedangkan aku sangatlah relax. HAHA. So nurse suruh saya berehat 30min sat, pastu check BP balik.

Ohhh 30min tu sangat lama ok. Saya pon p kedai runcit sebelah klinik, bli air tropicana twister, sejuk sikitttt tekak ni, maklumlah dah lama tak merasa air manis yang sejuk. Masa ni teringat air soya kotak aku beli petang semalam tak sempat nak minum lagi, HAHAHA

Elok dah 30min, dapat SMS result ACCA saya (yes, they SMS to us our result). Lagiiiiiiiii la BP aku mencanak naik, Kahhhh kahhhh. ye, memang betul, BP saya lagi tinggi dari tadi. Terus Dr call ambulans hantar terus ke hospital selayang :( Masa sebelum Dr decide nak refer, saya buat urine test lagi, kotor sikit plus saya dah ngadu2 loya2 & pening. Panik la Dr & Sister kan. HEHE. Dr bagi ubat sementara saya sampai hospital. Dari klinik ke toilet utk buat urine test, saya dipapah oleh Sister (ketua Jururawat) & nak masuk ambulans pon saya dipapah oleh Sister. Katanya saya tak boleh keseorangan. Kalau jatuh ni, boleh terus golllllll. HUHU




laju kan driver ni bawak. Bergegar2 kami dalam tuh :P

Bermulalah episod debaran. Aku tertanya2 juga refer hospital ni just bagi ubat, monitor BP saya je ke? Tu jangkaan saya. Sebab saya plan nak bersalin di Gombak Medical Centre (GMC). So saya SMS Incek husband saya kena refer hospital selayang and now dah dalam ambulans. Kereta saya tinggalkan di klinik. Terus Incek husband gelabah kan, hehe. Mau tak gelabah, dapat2 SMS, isteri dalam ambulans. Macam kritikal beno keadaan. HAHA. Nak kata dah sampai masa nak bersalin, due saya lagi 3minggu :P 

At last Incek Husband terus datang hospital selayang. Maybe masa dia call saya dalam ambulans, dia terdengar siren ambulans yg begitu kuat, so dia ingat dah kritikal wife aku nih, HAHA. Driver ambulans tu gila babeng nak mampus bawak. Laju woooo. Lagi pening kepala aku dok dalam tu. Sister pulak kejap2 tanya saya ok tak? Nasib saya tak kira berapa kali dia tanya. Adalah kot berpuluh2. HAHAHAH



Sampai hospital, Sister amekkan wheelchair & tolak saya ke bahagian bersalin. Ehhh syokkkk pulak ada orang tolakkan. HAHAHA. Sampai sana, urine saya kena test lagi. Then saya kena tahan dekat wad. Dr nak cek BP, contraction & keadaan saya. Time ni kena seluk utk cek bukaan. Sakit? Tak sangat. cehh buat2 kuat la tu ko N? HAHAHA.

Banyak sangat Dr datang cek saya. Ada la dalam 6,7 orang. Saya rasa saya macam retis pulak, kehhh kehhh. Pastu saya cakap dengan Dr, saya nak solat Asar kejap. Dr tak bagi since BP saya too high. Risau kalau saya bangun dr katil, high probability utk tumbang. So saya solat asar buat syarat je atas katil :( Abes nifas ni kena qada' balik :(

Incek husband SMS cakap dah sampai hospital & ada depan pintu wad yg saya kena tahan *wad ni bersebelahan dengan labor room (LR), tak sure wad apa. Maybe wad sebelum kena hantar ke LR kot? hihi. Tapi bukan wad bersalin. ada 2 jenis wad.

Incek husband cakap dia nak solat kejap, nanti apa2, SMS je dia. Dia nak masuk tengok saya, tapi Dr tak bagi. Katanya nak cek saya. Masa ni air mata saya menitik. Saya nakkkkk sangat jumpa Incek husband :( Nak salam, mintak maaf. Even kami sebelum tdo akan salam mintak maaf & pagi sebelum Incek husband p kerja, kami akan salam juga, tapiiiiiiii saya nak sangat salam minta maaf dengan suami :(

saya kena drip kiri kanan ok. Sembab tangan saya

Atas sebab jalan tak buka lagi & keadaan saya yg bahaya, Dr decide buat emergency czer terus. Dr suruh puasa & malam kang InsyaAllah saya akan bersalin. Tibe2 Ayah, Mak & huda call. 3 panggilan yang berbeza. Dorang tanya saya p mana, kenapa tak balik2 lagi dah nak magrib ni. Risau la dorang kan, tambah2 saya dah sarat menunggu hari je. Bila saya cakap saya kat hospital selayang, makin risau pulak dorang. Ahhhh biarlah dorang komunikasi dengan Incek husband since saya kena 'rest' utk dapatkan bacaan BP yang cantik. So, handset saya letak tepi. Tapi saya dah cakap dengan Incek husband, any update, sila update mak ayah juga. Agaknya mak ayah call Incek husabnd pulak la kot, hihi

Sementara saya rest, Dr explain keadaan saya dekat Incek husband. Incek husband cakap buatlah yg terbaik, asalkan isteri & anak selamat. Masa ni Incek husband SMS saya cakap Dr explain semua & elok je SMS dia saya baca, saya baru je sign surat persetujuan operation. Masa ni saya dah start touching2. Tadi saya macam ok lagi, boleh senyum, gelak, sengih bagai. Tapi kali ni, air mata lajuuuuu je.. :( *taip entri ni pon saya teringat kisah ni, laju pulak air mata merembesss :(

" Ayg jgn banyak bergerak. Betri abg nak abes ni. Apa2 nanti abg tunggu kat dpn ni "

" Nurse bagitau abg ayg kena bersalin arini juga, tapi operate. Ayg tenang eh. Abg doakan ayg & baby selamat. Yg penting 2-2 selamat "

" Abg doakan kami. P buat solat hajat " ~ Masa ni air mata lajuuuuu je turun :(

" Dah buat tadi. Dah2, ayg jgn banyak fikir. Ayg rest. Abg nak balik umah kejap, amek beg hospital "

" Abg, ayg lapar :( Tadi makan nuget 6 ketul je. Nak makan, Dr suruh puasa. Malam kang nak operate dah :( "


ye, masa tu saya sangat2 lapar ok. Mengigil2. Saya expect balik dr check up baru nak lunch. Tapiiiiiiii :(

Pukul 7mlm, saya disorong dengan menggunakan katil ke LR. Dekat LR, saya kena monitor & drip ubat b4 operation mlm ni. Di pertengahan jalan, nurse yg tolak katil behenti depan Incek husband. Nurse bagi baju & sandal saya since saya dah tukar uniform pink hospital. Masa ni air mata menitik laju lagiiiiiii.

" sayang jaga diri eh, abg balik kejap amek hospital beg. Nanti abg datang balik "

Lalu handset saya Incek husband amek sebab di LR tak boleh bawak handset. Saya salam Incek husband dengan linangan air mata & Incek husbad pegang kepala saya. Gila syahdu! Incek husband tunggu sampai pintu LR ditutup. Saya fikir kalaulah saya meninggal masa bersalin nanti, tadi tu adalah salam yg terakhir saya dapat cium tangan suami tercinta :(

sembab kan?

Di LR, macam2 ubat nurse masukkan melalui drip. Sembab tangan ni ok. Kiri kanan pulak tu. Lengan kiri ada device BP. Automatik run every 15min. dah macam kena ikat pulak aku dekat LR tu. HAHAHA. Elok baru nak lelap kejap, BP run. Terkejut aku. Terjaga. Heh, susah betul kalau cepat terjaga masa tdo ni kan. After magrib Incek husband, mak, ayah & huda datang hospital. Dekat LR, sorang je pelawat boleh masuk. Ibu & suami. So mak & Incek husband bergilir masuk LR since ada pas baru leh masuk :( Masa ni waktu melawat adalah bebas.

Tepat pukul 10malam, ubat yg drip masukkan dah completed. So saya disorong ke operation theather (OT) dengan menggunakan katil. Sebelum tu nurse bagi saya cap utk diguna pakai dalam OT nanti. Sampai di pintu OT, nurse cek2 dokumen & baru pintu di OT dibuka. Pintu ni automatik ok. Nurse pesan suruh salam suami since suami tak boleh masuk OT. Sekali lagi air mata saya mengalir bila saya salam je, Incek husband usap2 kepala saya :( Saya perasan saya banyak menangisssssss

saya crop muka saya sebab muka sembab gila. Banyak sangat menangis :P

Saya masuk je OT tepat pukul 10.15malam. Kat situ Dr2 & nurse2 dah standby. Ramai gila kottttt

" Ok Puan, Dr nak bius di tulang belakang Puan. Puan jangan banyak terkejut ok. Kalau terkejut2, susah kami nak masukkan bius "

"OK, tapi saya sejukkkkkkk sangat Dr. Ada blower x? Dr bius penuh ke separuh badan? "

" Ada2, lepas bius kami letak blower di dada puan. Bius ni separuh badan je, dari perut hingga ke kaki puan tak akan rasa apa2. Tapi kalau kami tepuk2 perut Puan, Puan akan rasa. Cuma masa toreh2, puan tak rasa "

" ok, *terus tdooo sebab berdebar tapi bibir tetap menyebut doa nabi yunus "

Lepas bius, saya jadi mamai, tapi saya sedar apa yg berlaku. Cuma tak rasa sakit pon. Ada juga saya intai melalui cermin lampu atas kepala nak tengok operation. Tiap kali tengok, saya pejam balik mata. Ibarat nak tengok tapi takut!

Baju Dr & nurse2 dalam tu semua kaler hijau tapi bila operation start, it turns to merah2 yg sangat banyak which is darah saya semasa operation la. Godek punya godek, saya terdengar tangisan baby. begitu nyaringggg sekali, hehe. Ohhh baby kami dah keluarrr. terus saya tanya Dr tepi saya. 

"Dr, baby saya dah keluar kan. Sekarang pukul berapa? "

"Ye baby dah keluar. Sekarang mereka tengah bersihkan baby & cek keadaan baby"

Nur Hanan : Cahaya kasih sayang :)

Tak lama lepas tu ada Dr bawak baby kat saya.

"puan, ni anak puan. Cuba tengok jantina "

" Perempuan "

" ok, betul. Cium baby sikit" ~ masa ni saya mamai. Langsung tak terfikir nak cium ke hape

"*kiss2. Assalamualaikum anak ummi. terus baby buka mata luas2. MasyaAllah. Di hari kelahiran baby dah buka mata. Selalunya hari petama & kedua baru buka kan? Masa ni saya menangis terharu sebab dah bergelar ibu & tak sangka perut yg saya kendong selama ini adalah zuriat saya sendiri! 


Selesai di OT, saya disorong keluar tepat jam 11.15malam. Bermakna operation took places only 1hour. Lepas tu saya kena tahan di wad OT, to make sure bius saya separa hilang. At least saya boleh angkat kaki sikit. Sementara tu, nurse2 buat tagging dekat kaki baby, to make sure tak tertukar baby. hehe. Di wad tersebut, baby nangis, saya nak capai, tapi tak sampai sebab baby dok dalam trolly baby, saya masih di katil. Kesian anak ummi nangis sorang2 :(

12.30pagi, saya disorong keluar dr OT. Keluar2 nampak Incek husband tengah tunggu dekat ruangan menunggu. Saya nampak, tapi kabur2 sebab ubat bius masih ada. Saya ditolak kembali dengan menggunakan katil ke LR utk monitor BP & masukkan ubat, antibiotik. 24jam diperlukan utk drip ubat. Masa ni saya dengar ada pesakit lain terjerit2 nak bersalin normal sbb di LR, bilik dia satu2 so nak bersalin, ada privacy sikit la.


rambut Hanan sangat lebat ok

Sampai je LR, saya menangis lagi. Panik la nurse2 kat situ kan. Saya menangis sebab terharu dah jadi ibu & terkenang betapa susahnya mak saya melahirkan kami & saya teringat kes anak derhaka, buang anak dll. Ohhhh hati aku begitu lembut sekali. Senang sangat nak tersentuh. Hati tisu kannnn :(

Lepas dah drip ubat, mak saya masuk & tunggu sampai pukul 3 pagi. Bergilir masuk dengan Incek husband. Masa ni baru Incek husband azankan since dalam OT Incek husband tak boleh masuk. Gigih mak tunggu sampai 3 pagi. Selama ni pukul 11,12 mak dah nangtuk. maybe semangat cucu sulung kot? HEHE. Kesian ayah & huda, datang hospital tapi tak boleh tengok saya & baby. Huda siap SMS saya, suruh mak bawak keluar baby since dia tak boleh masuk, hehe

Tiap kali nak masuk ubat, mesti saya tanya " ni ubat apa? untuk apa? " jenuh nurse nak menjawab. Dalam mamai pon boleh lagi bertanya. Kihhh kihhhh ;p



cukup 24jam, ubat yg drip dah completed. So ready utk di hantar ke wad pula for further observation. Sepanjang saya di LR, ramai Dr pakar datang cek saya. Sampai saya jawab pon dalam keadaan mamai. Kes saya menjadi perhatian Dr2 ok. HEHE. Oh ye since mula2 datang hospital sampai di LR after operation, saya tak turun katil langsung. Saya dijaga rapi takot BP saya mencanak naik balik. Nak kencing pon, melalui urine bag yg Sister dah pasangkan. Bayangkan satu setengah hari saya baring sesaja, langsung tak bangun. Fushhh sakit badan ok

Saya cakap kat nurse,

" Nurse, saya haus. Saya kena puasa lagi ke? "

" kejap saya tanya Dr "

" Puan, ni air. Sedut sikit2 ye * Nurse acukan straw dekat mulut saya.

Untungnya saya bersalin di hospital kerajaan tapi di layan begitu tiptop sekali..


~Nak minum, nurse suakan air
~ke LR, tolak pakai katil *org lain pakai wheelchair je
~Dari semasa ke semasa, nurse & Dr asyik tanya saya Puan ok ke? Ada apa2 nak kami tolong?
~Baby nangis ekkk ekkk & berak, nurse yg handle. Saya dok terbaring je
~Stokin saya, nurse yg pakaikan. HAHA siap tanya saya Puan, mana stokin? meh saya pakaikan :) haaaa ko hado? :P
~dalam ambulans, Sister yg teman. Kalau ikotkan nurse biasa jeee


Alhamdulillah DIA permudahkan saya nak bersalin. Cuma sejam je dalam OT. Walaupon plan nak bersalin di GMC tapi dah kena tahan di hospital selayang, service sangat bagus! saya tak terfikir pon dapat service tip top begini. Sebelum ni mindset saya hospital gov punya service ikot nasib. Dapat nurse & Dr baik, baik la layanan diterima. 

Dan kisah saya di tahan di wad saya cerita next entry eh. nak lunch sat. Makanan dah siap dihidanggggg. Best betul masa berpantang ni, kahhhh kahhh. eh pejam celik pejam celik harini hari ke 35 saya berpantang. cepat betul masa berlalu :)


Satu perasaan tak terucap bila dapat dakap & cium anak sendiri!



2 ulasan:

♥S@R@♥ berkata...

dear N, cewah...

miss u la ;)

mula2 baca entry ni akk gelak2,

lepas tu nangis..sobsob..

end story akk senyum plak.. Alhamdulillah N & baby selamat..

mcm tgk drama plak.

dulu akk pun sama fikir GOV hospital lynn teruk2..prepare nk bersalin kt private gak. sekali sakit dekat rumah mertua terus hantar Gov hospital.

StrewberiManis =) berkata...

sara :

Kannnn. Tu la, ikot rezeki masing2 sebenarnya :)

N pon nak p private, tapi dah kena tahan dekat hosp gov. tawakal jelah. Hikkk hikkk