Isnin, 18 Mac 2013

Warded


9 feb 2013, sabtu :


Saya keluar OT pon dah pukul 12.30pagi. Keluar2 je, terus masuk balik LR utk monitor keadaan saya. Malam tu saya tak boleh tdo sebab kejap2 terjaga bila BP device run automatically. Saya jadik terkejut. Mak & Incek husband jenuh pesan suruh tdo tapi saya kalutttt nak berborak dengan depa :p.

Bila Mak & incek husband dah balik masa pukul 3pagi, saya try pejam mata tapi tak berjaya. Sudahnya air mata yg mengalir. Ye, saya terharu sebab sudah bergelar ibu. Huhu.. Nurse yg jaga saya pesan suruh tdo sbb katanya esok pagi mesti Puan tak boleh nak lelap sebab dalam LR ni bising, ada yg tak tahan sakit nak bersalin, terjerit-jerit. Kalau Puan tak cukup rehat, BP puan mesti naik balik. Ohhh yee ke, saya pon pejam mata utk tdo, tapi sebenarnya saya menangis! kuiiii kuiiii ;p Nurse tak perasan punya sebab lampu tutup HAHAHA :P


Lengan kiri ada device BP
lengan kanan drip ubat

aku dah macam kena ikat dekat katil LR tu :p



Pukul 6pagi, 2orang nurse kejutkan saya. Katanya nak grooming. Hooooo seronok2 :P. Beliau amek secawan air utk saya kumur, lap2 badan saya, tukarkan uniform pink saya & ikatkan rambut saya. Siap pakaikan bedak ok. Hooooo kau hado? Tak caya saya dilayan sebegini tiptop di hosp gov :P Alhamdulillah DIA perkenankan doa saya :)

Bila dah siang, Dr pakar datang utk cek keadaan saya. Lepas tu ada Dr biasa datang ambil darah toksah cakap la. Ntah bape kali lengan saya dicucuk utk amek darah & cucuk utk cairkan darah dalam badan saya. Sampai lebam tangan saya! Mungkin sebab belah kiri kan lengan saya dah grip dengan device BP. So darah susah nak mengalir kot?

Breakfast sampai, saya tak lalu nak makan walaupon lapar gila gigil2. Kan saya kena puasa mlm td. menu dia baked bean, roti & planta. Saya cuma minum air suam & roti kosong sekeping pastu lelapkan mata semula. Gila mengantuk! Masa menu lunch sampai, saya cuba makan juga. Kalau tak, mana nak dapat tenaga kan? Incek husband suapkan saya sampai habis licin since tangan saya kena "ikat". Blurppppp alhamdulillah kenyang gila! HAHAHAHAHA

Elok cukup 24jam, ubat yg drip dah completed. Tepat 12am, saya disorong ke wad dengan menggunakan katil. Haaaa kau hado? Saya tengok org lain kena sorong ke wad naik wheelchair aje. Ohhh syukur alhamdulillah, rezeki saya dilayan sebegini tiptop :)




10 feb 2013, Ahad :


Di wad, saya tak boleh nak tdo sangat. baby org lain sambung menyambung menangis. Mula2 katil sini, pastu baby katil sane terkejut, menangis pulakkkkkk. Berterusan ok sampai ke pagi. Aku nak tdo pon tak boleh :( sudahnya saya sms dengan Incek husband sbb masa ni beliau dah balik rumah, bila masuk wad, kena ikot masa melawat. Di LR td tak ada masa melawat pon. Tapi sms kejap je, Incek husband dah letih, nak tdo. Yela, dr ofis, dengan berbaju kerja, terus datang hospital, pastu balik rumah kejap amek hospital beg, pastu dok teman saya dekat LR sepanjang hari.

Baru nak lelap, nurse datang ke katil saya. Katanya setiap hari saya kena buat urine test b4 6am. So, by 5.45am, saya dah bangun. Bersihkan diri, buat urine, tukar uniform & duduk di katil semula. Nak tdo, tak nagntuk pula. Tengok Hanan tdo, alamakkkk sedap pulak. Lena diulit mimpi agaknya :P

7pagi breakfast sampai. Nasi goreng. Aku bantai makan 5 sudu je. Pastu berdenyut2 luka. SMS mak, mak kata ada makan apa2 ke? saya cakap makan nasi goreng hospital. Mak kata ada telur kot? Terus menitik air mata ni sebab gila punya sakittttttttttttttttttt :( Then pukul 8pg, ada Dr round wad. Lepas tu boleh sambung tdo ke hape kan sementara tunggu masa melawat. Masa ni tak sabar sangat nak suruh Incek husband datang. Saya nak Hanan dapat "bau" abahnya since baru2 lahir ini. So, dia akan rapat :)


Masa Dr round wad, Dr buka plaster luka saya. Ohhh rupenya luka saya diplaster. Tak tau pon saya :p. Bila bukak, sakit sikit la, sebab gam plaster tu melekat di bulu roma. Lepas dia buka, Dr spray dengan ubat ape ntah. Rasa sejukkkk je. Sedap, dah tak sakit :p lepas tu Dr tekan2 sikit perut saya nak rasa bengkak ke tak luka saya


11 feb 2013, Isnin :

Ohhh rupanya dok hospital bosan rupenya. Saya dah tak tahu nak buat ape. Nak tdo, tak ngantuk. Alih2 saya dukung Hanan, kiss2 dia, suruh bangun. HEHE. Oh ye, saya mula breast feed Hanan masa di LR lagi, seusai keluar dr OT. Masa tu susu dah keluar. Eh orang kata mula2 memang susu sikit. Alhamdulillah susu keluar cepat, ada org hari ke 2,3 hari baru keluar. kenyang ye anak ummi sampai ummi cuit2 pon tak mo bangun :p

Rutin saya sama macam semalam, bangun pagi buat urine test, bersihkan diri. Pastu tunggu Dr round wad & breakfast. Masa ni saya tak berani nak makan dah menu hospital. takut jadik macam semalam. huhu. Sampai budak yg nak amek tray saya, dia angkat penutup pinggan tu, tengok2 saya tak usik lagi. Terus tanya saya

 "puan tak makan lagi?"

" Tak per dik, angkatlah. Saya kenyang *tipuuu ;p*

Masa melawat tiba, ramai pulak yg datang since saya dah masuk wad kan. Tetamu pertama saya ialah keluarga belah mertua :) Mak mertua bawak bekal bubur ikan haruan :) Saya makan dengan begitu lahap sekali, HAHAHAHA Lapar ohhhhhhh. Dah la mak mertua masak sedap2 :P. Bila menu lunch sampai, saya suruh Incek husband makan. So that, dia tak perlu lunch dekat cafe hospital. Dapat luangkan masa dengan saya & Hanan :) Pandai tak tektik saya? ;p

Sehingga hari ke3, Hanan ok, tak ada kuning, so boleh discharged. Saya kena tahan since specialist plan to keep me for 5 days. Cetttt. Tapi Hanan tak balik pon, teman saya di hospital, kuiiii kuiiii



12 feb 2013, Selasa :

Again, rutin pagi saya adalah seperti biasa. Masa Dr round wad, dia tengok Hanan ada sedikit kuning. Katanya kejap lagi Dr pakar kanak2 akan datang utk buat ujian darah Hanan to make sure kuning dia teruk ke tak. Bila buat ujian darah, ada sedikit kuning, dalam 11 bacaannya. Normal is 10. So Hanan kena duduk bawah lampu. Masa ni air mata aku menitikkkk lagi sebab masa mula2 letak Hanan, dia merengek2 nangis. Sampai satu tahap, saya pangku Hanan & talakan lampu ke arah lengan saya. Bila buat gini, baru Hanan diam. kalau tak, memang nangis. Mak pesan jangan biarkan baby nangis lama2, boleh kena sawan tangis. Seharian aku pangku Hanan. Letih, tapi demimu anak, sanggup aje. betullah orang kata, demi anak, emak sanggup buat apa aje kan? Sambil pangku, air mata aku menitis lagi. kalaulah boleh tadah air mata ni, ntah berapa baldi since mula2 masuk hospital :P




Pagi tu, sementara tunggu masa melawat, Incek husband uruskan uri Hanan. Alhamdulillah Incek husband bersihkan sendiri, baca2 ayat Al-Quran sikit & tanam di masjid rumah mertua. Tengah hari tu, Incek husband datang hopital bawak bekal dari Mak mertua. Again, aku makan dengan lahapppppnya. HAHAHA bayangkan saya cuma makan bekal yg Incek husband bawak. makanan hospital langsung saya tak sentuh. Jadi, saya hanya makan 1x sehari. Tu yg makan sebegitu lahap :P

Setiap hari ada je yg datang melawat. Hoooo hilang sikit bosan ni. Family saya lagi la, pantang tiba je waktu melawat, terus datang. Maklumlah, cucu sulung. hekkk hekkk. Siap call saya ada nak bawak apa2 tak dr rumah? Bila saya cakap nak pizza, jangan nak mimpi lah mak kata. HAHAHAHAHA. La tadi kata ada nak ape2 tak? HAHAHAHAH



13 feb 2013, Rabu :

Again, rutin pagi adalah seprti biasa. YEAYYYYYY harini saya discharged. Hanan pon dah tak ada kuning. Rasa seronok gile boleh kuar hospital dah. Rasa macam keluar dr penjara. HAHAHAHA over pulak perumpamaan tu ;p Kami discharged tengahari. Lepas Incek husband settlekan bil, kemas2, saya tukar baju terus balik. Tapi tunggu huda amek wheelchair since Incek husabnd settlekan bil :)




Dan bermulalah episod berpantang di rumah. Ohhhh nooooooooooooooooooooooooo




Eh sebenarnya saya nak cerita dengan lebih detail tapi macam malas pulak. HAHAHAHA. kejap lagi si kecik ni mesti bangun nak menyusu. Memang masa dia menyusu pukul 11pagi. Sebelum dia bangun, baik saya abeskan entri ni cepat2 :P

Oh ye, saya dah boleh "baca" masa Hanan. Bila dia bangun nak susu, bila dia nak tdo balik n etc. Mula2 dulu masa balik hospital, meragam malam jugak la. Mungkin tak biasa lagi kot dengan tempat baru dia. yela dulu duduk dalam perut je kan. Alih2 dah merata2 kena tdo :p Macam kita juga, kalau tdo tempat org, mesti susah nak lelap mata kn? Alhamdulillah ragam tu kejap je, sekarang Hanan dah ok :) Sampai saya yg terlebih2 tdo sebab tak tahu nak buat ape dekat rumah ni haaa :p





Alhamdulillah saya dipermudahkan ketika bersalin. Layanan pon begitu tiptop sekali :) Ni first time saya masuk hospital tau. Dah la first time, dapat pulak layanan tiptop, memang rezeki saya lah :)

Eh Hanan dah ekkk ekkkk. Jumpa pagi next entri ye. Byeeee :)





9 ulasan:

Aeen berkata...

aku rindu lak dengan ward tu wei...heehe..

~fam~ berkata...

Assalamualaikum...

kenal aku lagi tak? ni gee...

Tahniah sangat2 atas kelahiran baby hanan....first time komen kat blog kau...padahal semua entry kau aku baca tau...

Dah jadi ummi dah...hari tu masa kau kahwin aku tak dapat datang...

cepat masa berlalu kan? dah beranak pun kau...

baby hanan comel sangat!
hannah, sms la aku ye...aku tak ada number kau...number aku masih lagi sama...tak ingat berapa kali dah hilang handphone...hehe

semoga hanan jadi anak yang solehah:)

selamat berpantang tau...

luv u!
~gee uitm

~fam~ berkata...

jap, kenapa aku skema sangat panggil kau hannah? haha

N....aku harap kau masih ingat nama aku...hehe

StrewberiManis =) berkata...

Aeen:

Kannn tetibe rindu gak. Padahal masa warded gila punya bosan :p

StrewberiManis =) berkata...

Gee :

Gee, aku ingat lagi la ko ;)
Insan cute & suka buat lawak tiap kali kuliah, hehe
Xpe gee, dah nak dekat 2 tahun aku kawen. Hehe
Sekejap je kannn masa berlalu

Aminnn semoga hanan jadik anak yg solehah ;)

Kejap lagi aku wasap ko eh, aku perasan ko ada dlm list wasap aku, tapi takot nak tego sbb nanti ko xknl aku, aku touching, hahahahahaha

Zuraidah Butang berkata...

semoga u and baby cepat sehat k..beshnye..doa kan i dpt baby jgk..:)

♥S@R@♥ berkata...

tgk gmbr hanan ni rasa xsabar nak bersalin lak. padahal baru 18week..hehe

StrewberiManis =) berkata...

eida :

TQ dear. Aminnn, ada rezeki nanti, InsyaAllah.

StrewberiManis =) berkata...

sara :

eh akak, awal lagi tu nak deliver
enjoy ur pregnancy journey first hikkkk :)

bila EDD akak?