Ahad, 6 Januari 2013

Set Bersalin



Herba packaging hijo to mandian herba,
yang packaging kuning tu ubat periuk
2 peket kecil depan tu is param & pilis

Sekarang, bilik berpantang saya dekat umah mak dah berbau jamu
tu belom pakai lagi,
mau 1 umah bau jamu, Kahhh kahhh


Utk set bersalin, saya beli Leesa Formula sebab mudah, agak lengkap & sedikit moden. 1 kotak tu siap ada tungku herba & bengkung sekali. Nak beli asing2, macam lah aku rajin sangat kan, dah la Incek husband tengah busy. HAHA

Moden pula dari segi ia di datangkan dengan pil2 kapsul. Tak perlu bancuh dengan air macam dolu2. Yela, mak saya kan kerja, nak mintak tolong maid yang jaga saya pantang nanti macam serba salah pula. Saya ni jenis susah nak mintak tolong. Kalau boleh buat sendiri, saya cuba akan buat sendiri. Nenek saya pon kata kalau ada pek yang pil kapsul, beli yang tu je, senang. Aihhhh nenek saya pon dah moden ke? HAHA. katanya sebab jamu2 dulu, nenek2 yang mengusahakan banyak dah meninggal. So,nak cari yang betul2 pure tu, agak payah la. Tu kata nenek saya la :)

Cuma pek Leesa Formula ni Mak saya kata ada yang tak cukup. Contohnya, herba mandian, ubat periuk (herba), param, pilis (Leesa formula ganti dengan ginger cream), & tapel.

Kami ingat dah abes lengkap dah beli 1 pek Leesa Formula tu, sekali bawak balik rumah, mak kata tak cukup lagi ni. Esoknya kami p beli segala mak nenek herba2, param pilis semua tu. HAHA.

Now, set berpantang saya dah lengkap. Cuma mak kata tungku utk baby (utk tuam2 dekat perut dia) nanti mak buatkan. Batu tungku saya pula, Mak suruh Incek husband cari Batu biasa, nanti panaskan atas dapor & balut je dengan kain (utk saya pijak2 dengan kaki)

Ok, semua dah lengkap dah kot. Barang saya & beybee dah settle. Beg hospital pon dah standby. Sekarang ni saya cuma gain knowledge pasal berpantang, bersalin, beybee & parenthood. Hari2 dok google info. Eksited! :)

Eh mak ada cerita zaman dia berpantang. Gerun! Tapi mak mampu buat sampailah anak terakhir beliau. Pehhhh, aku dengar pon macam, nak berpantang ke nak bunuh org neh? HAHA. yelah, Mak tdo, kaki kena tahan dengan batu giling, tdo tak leh pusing kiri kanan, kena tegak, nanti peranakkan lari. Berstokin & sweater 24jam, kipas tak leh hala ke diri sebab nak bagi badan cepat berpeluh (baru ingat nak suruh Incek husband beli air cond letak dekat bilik pantang. Aku kan puteri lilin, kahhh kahhh). ada lagi mak cerita, tapi malas pula nak taip. Nak turun dapo masak, perut dah lapar. Kahhh kahhhh *mari sekeh N ramai2 :P

Mak pesan, masa pantang nanti jangan banyak bergerak. Nanti bentan! *heh macam tau2 je p bantai sound awal2 sbb aku ni jenis xreti dok diam. Hambekkk ko N, sila beringat ye. HAHAHA





2 ulasan:

Aeen berkata...

jgn harap la nak beraircon anne....cuaca panas2 pun ko kene berstoking..berbengkung...baju sejuk...heheeh..

StrewberiManis =) berkata...

aeen :

tau xpe aeen oiii.
dah la masa aku pantang nanti tengah musim panas. Cettt!

aiyarkkkk dengan panas, belengas, awwww tak selesanya aku nanti. Huhu

tp xpe, cepat berpeluh, cepat berat turun. YEAYYYYYY tu aku suka, HAHA