Ahad, 13 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru Ijan!


Semalam saya p kenduri kawen classmate ACCA saya, Ijan
Gambo dengan pengantin yilek pocikkk, HAHA
boleh pulak lupe nak amek pakai fon ke hape kan
tapi ada je dekat OP Ijan, HEHE

kami (husband & wife) datang after zohor sbb Ijan masuk dewan pukul 2ptg
lagipon ada classmate yang kerja, so datang lambat2 boleh jumpe dorang
tapi dalam masa yang sama aku berdoa supaya lauk tak abes lagi!
Kahhh kahhh sekeh mak buyong ni baru tau :P


32weeks 

kau tgk, mana aku tak kata perut jalan dulu baru badan
perut saya dah maju ke depan ok! HAHA


Dari kiri :
Syamim & Ain (Loving couple)
Incek husband & Puan stoberimanis :P
Naya
Syakilla
Asiah
nadhirah
Hani
Ija
Firdaus


Gambar sedikit blur sbb saya capture atas hardcopy
scanner tak adelah, ade kat rumah mertua
nanti kalau ke sana, saya scan & tag kawan2 yang lain ok :)


Photographer tu capture gambar kami pastu boleh terus cuci. Fushhh hebat. First time saya tengok device yang boleh print tu. Wireless punya. tetibe aku jadik jakun. HAHA. Tu pasal saya capture gambar atas hardcopy.

Incek husband kata susah2 je, baik suruh siapa2 amekkan pakai fon. At least tak yah susah2 nak scan bagai. HAHA. Tu la, sape suruh tak bawak camera gabak abg? HAHA tetibe tak nak kalah :P



dekat car park jumpa Ain & Syamim. Bagus. tak segan la saya nak masuk dewan kan, hehe. Pastu dalam dewan, jumpa geng2 ACCA yang lain. Double bagus! HAHA.

Nak naik pelamin bergambo dengan pengantin, ramai tanya saya:

 "larat tak nak jalan?"

Agak2 kalau saya kata tak larat, depa nak dukung tak? Memang confirm2 la tak kan. HAHAHA


Ada satu cerita kelakar gila.

kami geng2 ACCA duk satu table. Incek husband pon duk sebelah saya. Pastu Incek husband bangun p amek air. Then, Firdaus datang, dia sapa saya :

" N, datang sorang je ke? Husband mana? "
" Eh x perasan ke, tadi dia dok sebelah aku ni haa"
" Laaa tu husband kau? Aku ingat pelajar baru. Patutlah muka dia aku tak cam dalam class kita "

KAHHHH KAHHHHH pelajar baru weiiiiii

Abg, abg nak amek ACCA tak? Jom join ayg! :)

Kami 1 table tergelak :P

pastu Incek husband datang balik, dan Firdaus datang menyapa lagi..

" Hai, saya Firdaus, Classmate ACCA juga "
" Hai, saya Fauzy.. blaaaaa  blaaa "
" Eh korang baru je kan setahun kawen. So, SELAMAT PENGANTIN BARU tau. Sorry la aritu saya punya side mirror kereta patah la, xboleh nak datang "

*masa ni saya dah tahan gelak, asal Firdaus selisih dgn saya dekat fakulti, mesti cakap minta maaf sbb xdpt datang, side mirror patah. Sampai kalau nak selisih tu, saya dah boleh hafal ape dia nak cakap :P *

" Ohh xpe2, TQ, dah lama pon kami kawen *cakap sambil senyum "

pastu saya menyampuk :

" Firdaus, aku dah nak bersalin dah ni, pengantin baru hape nye :P "
" Haaa serius? Berapa lama dah? *sambil tengok2 perut saya "

*ni aku nak gelak guling2 lagi. Mana ada org tanya BERAPA LAMA. Slalunya org tanya DAH BERAPA BULAN pregnant kan? HAHA. Again, kami 1 table gelak. Kesian pulak Firdaus :)

Firdaus, jgn marah eh, kami terhibur dengan gelagat kau. Maklumlah sem lepas kan kau cuti Khas, kami tak ada sumber nak berlawak :) (Firdaus jaga ayah dia sakit kanser, then Ayahnya telah meninggal beberapa bulan lepas. Al-Fatihah)


Ramai lagi classmate ACCA yg lain tak dapat datang..
kalau tak, pasti lebih meriah! :)


BTW Ijan, SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga kekal hingga ke syurga ok!


p/s : Baru 2 hari lepas saya teringin cendol. sekali dekat kenduri Ijan ada cendol. Blurpppp Alhamdulillah rezeki beybee :)

Kalau saya teringin, 2,3 hari lepas tu mesti akan dapat. Sama ada Incek husband dapatkan atau org sekeliling bagi secara tak langsung, mcm kes cendol ni. Alhamdulillah dipermudahkan :)




4 ulasan:

hAja berkata...

hahahahahahahahahahaa lawak la firdaus. lepas ni kte pun kene bg alasan mcmtu kt kak ijan. "sorry kak ijan, haja tak dapat dtg haritu keta rosak!" hahahahaha... lagi berapa lama nk pregnant ni n? kahkahkah.. anyway, besau perut n skang, sungguh maju!

StrewberiManis =) berkata...

haja :

Mmg lawak gile kot, Kami asek gelakkan firdaus je. Kesian dia :P

Ohhh kete haja rosak ke, adoiii kalau x, kita boleh jumpe kan. Kotla haja bawak ayen, boleh jumpe bakal menantu terus. Double bagus! HAHA

Xlama dah haja, lagi sebulan lebih je lamanya. HAHA. Adoiii Firdaus ni memang lawak la. Kesian dia asek kena gelak dengan kami je :P

kannn, dah abes exam naik mendadak pulak. Maybe baby kesian xnak bagi mak dia panjat bukit menara yg tinggi tu :P

NOIN berkata...

hannah baju yang ko pakai tu aku pon pakai pastu muat2 je. maksudnye badan aku macam orang mengandung la kan T.T

StrewberiManis =) berkata...

NOIN :

eh yeke, tapi dia ada size2 dia kan..
hikkk hikk :)