Selasa, 22 Januari 2013

Bila Baby kurang Bergerak



Panik Jap. HUHU. Semalam beybee kurang gerak. Selalunya pukul 2,3 ptg, dah cukup 10kali pergerakkan. Tapi ni dah pukul 5ptg, baru 5x je gerak. Mau tak panik aku dibuatnya. Ingatkan beybee tdo, tapi awat langsung tak gerak even slow movement ke, menggeliat ke? Jenuh saya ngaji, zikir, cakap2 dengan beybee, usap perut (slalunya bila buat gini, beybee bagi respond). Tapi ni diam membisu je. Terus whatsapp Incek husband. By 9mlm tak cukup jugak, we all decide p hospital terus. 

Then, Incek husband balik kerja, ingat nak terus p, tapi saya nak tunggu jugak pukul 9mlm. Saya membayangkan satu keajaiban akan berlaku, dimana beybee tibe2 bergerak dgn aktifnya *masih mengharap beybee akan bergerak*. Lepas solat maghrib berjemaah, Incek husband usap2 perut, cakap2 dengan beybee, letakkan telinga dekat perut pon still tak ada respond (slalunya beybee bagi respond). Time ni aku dah panik gila, tapi buat cool. dah banyak kali Incek husband  buat gitu, masih tak bergerak, terus la kami bersiap.

Mula2 ingat nak p hospital terus, tapi for sure kena tahan sebab beybee kurang gerak plus blood pressure saya tinggi. So, tak nak serah diri di hospital, kami ke klinik panel. Andai perlu ke hospital, klinik panel akan bagi reference letter terus ke hospital.

Alhamdulillah, masa buat scan, beybee tengah tdo. Dr check heart rate dia pon agak slow, 135bpm, selalunya heart rate beybee 145-158bpm (normal reading is 110-160bpm) tapi heart rate beybee malam tadi masih dikira sbg normal. Dr kata beybee banyak tdo harini, tu yg slow movement.

Bila buat scan je, meloncat beybee tak reti duduk diam. Very active suddenly. cettt beybee ni, saje je bikin Bonda & ayahanda panik tau. HAHA. Dr kata everything is ok, nothing to worried. As long as heart rate is normal, ur baby is ok. Cuma Dr kata sebenarnya beybee bergerak tapi saya mungkin tak perasan sbb the movement is too slow due to heart rate yg rendah, kan slalunya 145-158bpm, dimana sekali beybee gerak/kick, boleh senget2 perut aku. HAHA.

Alang2 scan, terus buat check up la malam tadi, HAHA. Lama kot Dr buat scan, lebih 30minit kotttt. Semua part dia godek to make sure the baby is ok. Air ketuban cukup, berat beybee dah 2.2KG, selari dengan usia kandungan saya, uri pon dah naik atas (last scan uri saya masih dibawah & menyebabkan beybee songsang), Kepala beybee pon dah turun cuma tak engaged je. Dr kata awal lagi nak engaged, by 36,37 weeks sepatutnya dah engaged. Ok, everything is fine. Fushhhh lega kami husband & wife. Ishhh beybee ni saje je bikin kami panik eh ;p

Oh, bercakap pasal blood pressure (BP), sebelum pregnant, saya memang low BP. Sepanjang 33weeks ni pon BP saya masih dalam kategori normal. Tapi masuk je 33weeks, tibe2 high BP. Tak la high sangat. reading pon dalam 123/96. Gituuu. Tapi still kena monitor dengan KK. Every week muka aku jela ada kat KK tu nak buat BP, HAHA. Mak saya kata dah hujung2 ni normal kena high BP sbb kita dok risau pasal bersalin, nak2 ni anak sulung, lagi la dok fikir macam2, HAHA. Sekarang BP aku turun naik, tapi berat turun 1.5KG. Tak tau macam mana nak turunkan BP. Mak kata ianya adalah semulajadi, tak leh nak makan ubat sesuka hati. Just jaga makan jela. Mak pesan, kalau BP tinggi sangat, Dr akan paksa bersalin awal, takut menjejaskan kandungan. Uwaaaaaa mak cakap gitu, naik terus BP N kang. HAHA. 

Tapi Alhamdulillah cuma BP je masalah. kencing saya normal, tak ada kencing kotor. Kalau tak, lagi haruu. kena minum air gula pon tak ada lagi setakat ni. Harap2 dipermudahkan sehingga kelahiran kelak, tak lama dah, lagi 6weeks je before deliver.


Eh macam panjang pulak entry kali ni. Before saya abeskan ayat, saya nak share petua turunkan kepala beybee :

1) bila bersujud tu, lama sikit
2) Rajin buat solat hajat
3) Banyakkan berjalan
4 ) cakap2 dengan beybee

Saya buat yg ni je, Alhamdulillah kepala beybee dah turun dalam masa yg singkat. Tak perlu nak berurut bagai, kadang ianya bahaya. Takut tali pusat beybee terjerut leher. 

Ok, sharing is caring :)

nanti saya update lagi, nak layan movie kejap ;p





10 ulasan:

Aeen berkata...

xsabar nak tunggu bonda bersalin...:D

nurayunni berkata...

dah tak lame..rindu time baby gerak2..sy siap rakam lagi moment tue..:)

nurayunni berkata...

dah tak lame..rindu time baby gerak2..sy siap rakam lagi moment tue..:)

nurayunni berkata...

dah tak lame..rindu time baby gerak2..sy siap rakam lagi moment tue..:)

nurayunni berkata...

rindu saat bby gerak..sy siap rakam lgi moment tue..:)

hAja berkata...

N... cpt la. dah tak sabar nk tngu update entry dgn gmba baby nih! faster mummy, faster.. kte nak sgt pegi tgk N tp tak sempat lagi. huuuu insyaAllah nnt kte try ajak kakak eh, bawak rayyan n sofea skali. N bagi la address..

adybah berkata...

Assalamualaikum hannah. lame dah tak menjenguk kt blog kau. :) rindu terasa nk jumpa. tahniah & alhamdulillah, dah ada kurniaan Allah dalam perut kau. :) hehe. tumpang happy utk kamu laki bini. Kirim salam kt suami & muah muah kt anak kau. Semoga semuanya selamat time nak bersalin nanti. :))

StrewberiManis =) berkata...

Haja :

Hehe mai la dtg tengok baby. Kita bagi alamat dekat whatsapp eh..

StrewberiManis =) berkata...

Haja :

Hehe mai la dtg tengok baby. Kita bagi alamat dekat whatsapp eh..

StrewberiManis =) berkata...

Diba:

Salam. Dyba, mai la dtg umah. Aku masih dok gombak lagi. Ni tengah berpantang. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin. Rindu sgt dengan ko juga!