Selasa, 8 Januari 2013

32 Weeks of Pregnancy (8 Months)


Harini genap 8 bulan mengendong zuriat tak ternilai ini. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa menjadi bakal ibu. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata2 :)

Up to this seconds, semua barang saya & beybee dah standby. Walaupon due saya 3.3.2013, Dr suruh saya standby bermula mid of february. Kalau turun je tanda2, silalah segera ke hospital. Gituuuu :P

Malam tadi before tdo, saya dah briefing Incek husband apa perlu dia bawa kalau tanda dah turun. Takut saya panik, gagal berfikir dengan jayanya. HAHA




  • Sakit di bahagian ari2 yang tak putus sakitnya. Duduk sakit, diri sakit, baring sakit. Semuanya sakit.
  • Sakit pinggang & belakang. Fushhh kalau package dengan sakit bahagian ari2, memang terdampar atas katil jela saya. Sakit.
  • Dah tak boleh berdiri lama2, tumit mesti sakit.
  • kaki dan tangan saya dah start bengkak2. Tembam2 gitu, HAHA. Melalui pembacaan saya, bengkak sbb banyak air disimpan utk kelahiran kelak. nanti masa deliver, badan tak hilang air dengan banyaknya.
  • Tido malam adalah tak lena. Serba tak kena. Tak tahu nak mengiring tang mana lagi. Serba tak kena.
  • Sepanjang preggy ni 2x je saya demam. Tu pon masa 1st trimester. Alhamdulillah
  • Alahan segala sickness, memang tak ada. Alhamdulillah
  • Perut sentiasa mengeras. Tak tau la beybee sempit ke hape dalam tu. Ada satu malam tu, saya terjaga, terbonjol bulat kecik elok je. Saya rasa itu kepala dia. Hiksss comel :)
  • kalau dah duduk, nak bangun sikit punya payah. Selalu Incek husband hulurkan tangan utk bangunkan saya. TQ sayang :)
  • Jalan pon, perut dah jalan dulu, baru badan saya. Can U imagine? HAHA. Pastu tangan dah cekak di pinggang. Gila tak larat nak jalan :P



  • Dulu asal Incek husband keluar je, saya mesti nak ikot. Buhsan dok umah :P. Sekarang ni tidak lagi. Nak naik bilik pon, boleh terberenti tengah tangga. Amek nafas. Pehhh lembiksnya haku :P
  • Cepat mengah & letih. Sapu porch rumah pon, macam kena kejar anjing. *over betul perumpaannye :P* Prffffff. Kalau mengaji pula, nak abeskan 1 juzuk, kemain lama. Asek terberenti je sebab nafas tak sampai *saya target 1hari 1 juzuk & before deliver, saya dah khatam 3x. Ni tengah nak abeskan khatam yang ke-3. Harap2 sempat.*
  • Cepat haus. Malam2, mesti dah standby air masak. Malas turun dapo :p. Pastu dah minum air, asekkkkk la terjaga nak ke toilet. Sungguh tdo aku terganggu :(
  • Cepat panas. heh, ni nak air cond memanjang. Dah abes sejuk pon aku rasa, awat air cond ni? Rosak ka? HAHAHA
  • Makan adalah kurang sebab bila saya makan, perut jadik keras & teramatlah padu sampai rasa nak pecah T____T. saya rasa mesti ruang perut dah jadik sempit sbb beybee membesar. So saya makan sikit2 je, tapi kerap. Utk dinner jarang saya makan heavy. Cukup sekadar roti/biskut & susu
  • Sekarang, setiap malam Incek husband akan berzikir dulu dekat beybee before saya tido. Bila zikir, beybee macam lembut sikit, tak mengeras. Owhhh anak bapak ye? HAHA
  • Masa check up last week, beybee masih songsang. Kepala tak turun lagi. Hari2 kami pujuk beybee suruh turun. Kalau x, tak dapat nak bersalin normal. HUHU.
  • Berat beybee masa last check up is 1.7KG which is Dr kata pipi beybee sangatttttlahhh tembam. HAHA. Sekarang saya syak mesti dah 2KG lebih. sebab perut saya berat semacam. Ke berat Uri, air ketuban n etc? HAHA. Kalau boleh saya nak berat beybee bawah 3KG. Senang nak keluar kalau bersalin normal. HAHA
  • Air selusuh pula, malam ni baru Incek husband nak buat. Air zam-zam Incek husband dah beli minggu lepas :)

Ayahanda & Bonda to be. InsyaAllah :)
benci pulak tgk gambar diri sendiri masa kurus. HAHA
owhhh aku nak pantang kaw2 supaya badan kembali slim
kahhh kahhh


InsyaAllah, semoga selamat semuanya. Doakan saya dipermudahkan. Tak sabar nak peluk cium beybee. dan juga tak sabar nak berjaga malam! Kahhh Kahhh.


Tibe2 hati beralih arah nak deliver di Hospital Selayang. Tapi dalam masa yang sama nak juga di GMC. Haishhhh, lempang kang Mak buyong ni tau la :P




4 ulasan:

Aeen berkata...

Aku pulak terasa rindu nak mengandung balik nie...haishhh....baby ko x turun bawah lg ek??ko kene banyak berjalan tau....

StrewberiManis =) berkata...

Aeen :

boleh je aeen nak tambah lagik, hikkk hikkk :P

kan2, best kan zaman preggy ni. Tapi kejap je dah nak deliver, rasa xpuas :D

a'ah masa last check up tak turun lagi. Risau gak aku. maybe aku kurang berjalan kot. Sekarang ni baru rajin nak berjalan. Tu pon cepat mengah :P

Mimi Ariff berkata...

Anne aku skg bru 4 mth tp dh rase sakit pinggang sume, panas tu mmg memanjang je sbb mak aku pun ckp tym preggy mmg kite rase panas. Tengok perut ko bulat Mcm baby boy pun ade ha. Xsaba aku nak tgok anak ko hihi

StrewberiManis =) berkata...

Mimi :

kannn kannn. Aku pon confius gender baby ni :P last week scan, dia boleh bantai kepit2 lagi. Adehhh.

Tapikan, kejap aku tengok perut aku runcing, kejap bolat. Kan ada teori tau gender baby. Kalau bulat baby gurl. Kalau runcing baby boy. ke terbalik? HAHA

Fushhh mi, panas dia memang terbaik la. Kadang tu 24jam nak bukak air cond je. Botak husband aku, HAHA

Xpe mi, sabar eh. Setiap kesakitan, Allah ada bagi ganjarannya. Bukan sakit kosong semata2.. :)