Selasa, 10 Disember 2013

10 Bulan Yang Lepas..


Eh harini selangor cuti. Saya dok umah saje. Nak keluar, malas.
 Incek Husband kerja sebab dia KL. Kahhhkahh
Tibe2 tadi dapat whatsapp dia, arini halfday. Jelesss letewwww :P

*sedut teh ais sat....*

Nak cerita apa eh, pasal kisah berpantangku boleh?
HAHAHAHA dah 10 bulan baru nak cerita
gila dah basi masam punye cerita ;p





asal bedung je, mesti Hanan berjaya keluarkan tangan.
Iskkk isskkk

Malam syift Incek Husband jaga Hanan
saya tidoooo lepas magrib
takut Hanan berjaga malam
so tdo siap2. standby kata omputeh ;p
last2 Hanan tak berjaga pon.
Saya sambung tdo sampai pagi
Bangun tiap 2jam nak susukan Hanan je.
kikiki time pantang saya banyak tdo ;p

time susukan, ginilah Hanan.
akan pegang tangan saya
tak dak chan nak scroll ipad tangan sebelah.
*lagi sebelah tangan pangku Hanan*
HAHAHAHA

Breakfastku. Air separuh je, kena catu.
Mak kata nanti Urat kembang.
Ohhh makkkk T_________T

Param & pilis tersedia lepas saya mandi.
tak de chan nak lepas.
Mak tunggu saya celet param pilis ni
ohhh makkkk T________T

air mandian rebusan daun herba
44hari saya mandi air ni
dah macam pokok aku rasa diri ni
lepas mandi gerenti bau daun T______T

tungku kaki amat penting mak kata.
asal batu ni suam2, mak g panaskan balik.
memang aku pantang kaw2 punya
Huuuuu

Hai anak :)  TQ sayang 9 bulan dalam rahim umi.
Teman study, teman amek exam, teman segalanya :)
sgt senang mengendong kamu
umi xada alahan langsung.
Alhamdulillah dipermudahkan :)

Incek husband balik kerja mesti dia potongkan buah oren ni
mak kata elok untuk cepat baikkan luka
memang cepat, less than 2 weeks saya dah kuat.
Alhamdulillah.
mungkin juga doa saya b4 deliver supaya cepat sihat :)

sekali ni je saya guna mosquito net ni
pastu simpan masuk storage box, kikiki 

pastu saya pantang rumah mak mertua kejap
 dalam seminggu

makan, tdo, susukan Hanan, pump susu pastu tdo balik
gila bosan time pantang
terlebih tdo aku dibuatnya
Hanan pulak jenis tak berjaga malam
lagi sedap saya tdo ;p

"hadiah" teristimewa dari Incek husband
eeeyukssssss macam tahik rasanya :(
menangis haku nak telan
kan sedap dapat tutti fruti. Eh? HAAHHA


pantang kat umah mertua
kiri remote air cond, kanan kipas tangan.
kipas bilik tetap buka
panas gila weiiii tappi mak tak bagi buka kipas laju2
sakit urat nanti
adoiiii banyak gile pantang larang.
dorang tak perasan laju je aku tekan remote air cond, kiki

satu lagi mak paling pantang saya membaca time pantang ni
terpaksa nyuruk2 nak online dekat ipad

TQ Incek husband menjagaku dari segala aspek ketika pantang
siap berpakat dengan dia amek air masak banyak2 konon dia nak minum
sebab mak kan tak bagi saya minum air banyak
tapi saya yang teguk semuanya. Haus weiiiii
dah la masa tu musim panas

tapi sekali tu je dia berpakat, pastu xmo dah
katanya kata2 mak tu betul juga
badan nak pakai lama sayang oiiiiii
aduhhhh xde geng nak ngelat berpantang T___T

kaki ni yang selalu kick dalam perut umi dulu ni
biasaaaaa dia, pukk kang
hekkkhekkhekkk ;p

*rindu pulak zaman preggy :)*

bata untuk kaki, bunjut tu untuk badan, especially perut 

Menu masa berpantang rumah mak.
ikan tu yg sedap tu.
grill black paper.
perghhhhh mengancam

nak tambah mak tak bagi
katanya kalau nak tambah sendok nasi banyak sikit
kalau tak abes biar je
gitu pulak pesen pantangnya
adoiiii layan jela...

Anak yang tak banyak ragam. Alhamdulillah
dari pregnant tak ada alahan,
masa berpantang jenis tak berjaga malam
lepas pantang ni pon lepas magrib dia akan tdo sampai subuh esoknya

Alhamdulillah anak jenis senang jaga
Doaku masa b4 deliver termakbul
TQ Allah.

Teh emas cotet dipagi & petang hari
2x sehari.
air tetap separuh cawan, kena catu
T______T

tengok gambar ni teringin nak pregnant lagi
eh? HAHAHAHAH

gwiyomi ke gangnam style ni?
HAHAHAHA

24jam ada je orang nak dukung Hanan.
Tengah tdo pun pangku juga
yela cucu sulung kan, semua nak pegang
saya la yang best, dapat rest :)

TQ Allah atas anugerah tak ternilai ini..
TQ Hanan hadir dalam hidup umi abah..

semoga menjadi anak yang solehah
umi sentiasa doakan setiap langkah anak umi
umi halalkan susu umi semenjak dari hanan lahir
semoga berjaya dunia akhirat :)


happy 10months sayang umi abah :)

Eh baru nak upload gambar latest hanan. Hanan dah nangis mintak susu
kemudian la ye, kikiki

btw harini saya tak masak. Dapor tutup sebab nak pasang kitchen kabinet. Dapat rest sehari dari senseng lengan ;p






Isnin, 25 November 2013

Demam.


Harini saya MC. Sebenarnya dari last week lagi dah rasa tak sedap badan
(tapi tetap kerja juga sebab nak kejar dateline)
mungkin faktor cuaca dan tekanan kerja buat saya perlukan rehat secukupnya?
lately saya masuk office pukul 7 lebih, lunch ada yg tak keluar, malam sambung buat kerja.
Sanggup hangkut paperwork bawa balik rumah T______T

sehari 2 Incek Husband mmg izinkan saya sambung kerja dirumah
masuk hari ke 3 dia dah bising2. Mungkin dia tengok saya tak cukup rehat?

balik kerja buka tudung tukar baju terus senseng lengan memasak didapor..
Settle dinner, mandi, solat, saya sambung buat kerja di bilik kerja
tengah malam baru tdo.. Pukul 5pagi dah bangun. tahajud & sediakan breakfast
pastu siap mandi solat terus g kerja
gitulah rutin harianku lately.

aku tak cukup rehat tak per, asalkan makan pakai anak & suamiku terjaga T____*

baru2 ni kami berbincang. Incek Husband nak suruh saya behenti kerja.
buat bisnes online. Modal & stok semua dia uruskan.
even nama pon dah selamat didafkarkan ke SSM
Saya cuma perlu run je

Boleh je saya nak run buat part time tapi atas faktor2 tertentu, tak boleh.
saya kena berhenti kerja. Sekarang saya dalam dilemma..

lagi 2 minggu probation period saya tamat. 
Bermakna jawatan permenant akan digengam.
Gaji akan di revise & benefit lain sedia menanti..
Mungkin perbelanjaan study saya akan ditaja oleh company
cuma saya perlu bersabar sikit je..
*office dekat je dgn rumah, 5min dah sampai. tu sayang nak lepaskan*

Semalam saya jumpa CFO (chief Financial officer). Banyak rupanya dia expect dari saya. Dia nak aturkan kedudukan saya once we go for listing. Allah, itu salah satu doaku selama ini. Hampir termakbul.

Inilah buat aku runsing..

Berhenti kerja & buat bisnes online or sambung je kerja sekarang?

sebab company sekarang ialah SME size dan akan listing awal tahun depan.
banyak benefit menanti...



Mungkin aku perlu solat istikharah...
Allah, tunjukkan pilihan yg tepat..


Semalam g klinik. Saya demam selsema je kot. Kena cas RM70. Kuanghajoo sungguh. Nasib baik panel. 

Minggu ni Incek Husband training di Kajang. Ikotkan dia stay hotel sana je sbb renyah nak ulang alek tapi since saya tak sihat ni, dia ulang alek la jawabnya. Sayang bini tak? Sayang bini tak? Kahhhkahhhhkahhh




p/s : Rindu nak berblog. Allah..hidupkan harianku utk bekalan disana. Jgnlah utk dunia semata-mata..





Selasa, 22 Oktober 2013

"Kakak"



" Akak, harini nak lunch mana? " 
~ mana2 je, kita tak kesah..

"Akak, macamana nak buat kerja ni "
~kita buat macamni...blaaa blaaa

"Akak..blaaa blaaaa..."



"kita" kauu. kelassss tak nak mengaku tua. Kahhhkahhhkahh.
dah kerja ni, ada staff lagi muda dari saya. 
Dulu zaman study, sebaya je semua, kikikiki

*setakat tua setahun dua, saya kekok nak gelarkan diri sebagai "KAKAK" :P


p/s: Rindu zaman berblog. Balik kerja dah xsempat nak buka laptop padahal hari2 online dekat iPad. Ramai kawan masa study degree/ACCA mintak saya update. Nantilah ye...





Ahad, 15 September 2013

Raya 2013


Agak terlambat rasanya baru nak cerita pasal raya.
Tapi ada saya kesah? Kahhhkahhh

Dikesempatan ini saya nak ucapkan :


SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 

MAAF ZAHIR BATIN

teringat kata2 abangah *abg ipar* masa nak tangkap gambar raya tahun lepas

" Poji, tahun ni 2012 korang raya berdua. Tahun depan 2013 beraya ber 3 pulak ok "

~saya senyum je sebab masa tu tengah pregnantkan Hanan 2 bulan. memang tak ramai lagi tahu saya pregnant. Baru lagi kannn :)

Syukur Alhamdulillah tahun ni dapat merasa raya bertiga :)


raya 1 : Peach theme : Gombak

raya 2 : Pink theme : Melaka, Johor

raya 3 : Blue theme : Perak

raya 4 : Cream theme : Penang


Tahun ni giliran beraya belah saya. So sakannnnn kami beraya. Utara selatan kauuuu. sakannn jugak Hanan dapat duit raya. kikikiki. dah selamat Ummi masukkan dalam tabung haji :)


Ok, air vico saya dah abes. sampai disini jela entry saya kali ini, kahhhkahhh
*nampak tak mood aku dah lari? :P
jumpa next entry (xtau bila, kikikiki ;p)
Esok saya nak deal dengan seseorang tentang part time job saya
Harap ianya menyebelahi saya.



nota kaki : March 2014, tunggu kami! :)





kembali



hampir 2bulan tak coret sesuatu disini.
hari2 saya online cuma tak berkesempatan nak menconteng.
detik hati mahu menulis harini, tapi MALAS. Kahhhkahhhkahhh

Incek husband dan Hanan sudah tdo.
aku masih dibilik kerja mengadap laptop.
nak je buat entry utk pembacaan aku akan datang, tapi again, MALAS ;p

tunggu sat lagi, kalau ada mood, aku buat entry na
sekarang nak study ilmu "sesuatu"
InsyaAllah march 2014 kami sampai sana :)
Allah, panjanglah umurku



Jumaat, 12 Julai 2013

kerja



hari minggu ni bestkan relax2 golek2 atas katil bangun lambat
bangun lambat
mandi lambat
semuanya lambat
ohhh gile syorgaaaaa :)
tapi buka puasa tetap on time, kikiki ;p


tapi kenyataannya harini saya kerjaaaaaaaaa
huwaaaaaa T________T
*nangis banjir 1 gombak*

baru plan dgn Incek husband nak p ikea
misi mendekorasi our sweet mahligai syurga
semuanya punah :(

gile busy bulan ni, nak closing akaun

Abah, buka nanti ummi nak mam yg special2 :(

selamat berpuasa & beristirehat bersama keluarga dihujung minggu kawan2 :)
*menangis dgr pesanan sendiri ;p



Selasa, 2 Julai 2013

Short update



Lama tak berblog
nak menulis tu ada tapi masa agak terbatas.

Terbaru, kami baru pindah last week
*buat renovation sket after dapat kunci. Tu masuk lambat*
so kerja2 nak unpack barang sgtlah memenatkan T____________T
banyak yg Incek husband kemas
saya buat yg ringan je
macam duduk bersila atas lantai, lipat baju, masuk almari
pastu lap2 dahi, berpeluh
mintak remote aircond dekat Incek husband
KAHHHHKAHHH
katanya baru lepas bersalin kan
takut side effect in future
ohhh bahiklah suami :)

Semalam pon saya tdo awal
Balik kerja terus tumbang
ohh ye, saya dah kerja :)

*slurppppp sedut nescape ais sat ;p*

saya kerja dekat...

ahh malas pulak aku nak menyambung
kahhhhkahhhh

ok, jumpe lain kali jela
ohh lagi 1, Incek husband tak masukkan lagi unifi dekat rumah nuuuu
so lepas dah masukkkan, barulah saya update semula ye ;p

take care guyss
sape bising2 mintak aku update tu, nah amek ni ;p


~Akhirnya "OUR MAHLIGAI SYURGA" terbina...
ABAH, UMMI, HANAN
Kita bina hidup di sini ye sayang :)


Luv,
Ummi yang tak sabar nak tunggu pukul 5.30pm ;p


Jumaat, 24 Mei 2013

Diari Hari Ini


Ayie dah bising mintak saya update, kuiiikuiii
Nah, sebagai warming up, terimalah entry ni ;p


Malam tadi Incek husband tak ada, ada qiam di masjid Kajang
jadi malam tadi saya tdo berdua dengan Hanan
nasib baik Hanan tak meragam
Elok je tdo sampai Incek husband balik pagi tadi
Tdo saya malam tadi amatlah lenaaaaa, kikiki

Incek husband balik pukul 9pagi
sampai2, tukar pampers Hanan & main dengan dia
pastu saya tengok Hanan diam je, tak gelisah mintak dimandikan
so kami anak beranak bergolek di katil sampai pukul 11pg ;p

Lepas solat Jumaat, saya keluar dengan Mak mertua
cari barang sikit utk kenduri doa selamat ahad ni
Incek husband p main bola dekat Ampang nunnnn
terkedek-kedek saya drive kereta baru kami
ni first time saya drive kereta tu
nasib la sape yg dok belakang aku tu ye, kahhhkahhh
mesti kena menyumpah jeee ;p

Sekarang saya baru sampai rumah
Nak mandikan Hanan sat :)

Oh ye, saya rasa tak sedap badan pulak
macam nak demam
kalau saya nak demam, Incek husband akan jaga Hanan 
saya cakap takut jangkit, kuiiikuiii ;p
jadi melepekkkkk atas katil jela cuti ni

1 jun nanti nak jalan ke Terengganu
hantar adik ipar sambung belajar sana
semua biras, ipar, mak pak mertua pon ikot
sesambil tu kalau dorang pegang Hanan, boleh saya berehat sat ;p

Eh terbebel panjang pulak
ok, Ayie, jumpe next entry ;p



Selasa, 14 Mei 2013

3 BULAN : Hanan manja


ummi geget lengan tu boleh? ;p

Masuk 3 bulan ni, Hanan jadi manja. Nak2 lepas kena cucuk ni
masa cucuk 1,2 bulan tak macam ni pon
mak kata peel perubahan bulan, biasalah, budak :)



lena lepas kena cucuk
menangis kejap je dalam 5seconds
pastu lentokkkkk
good girl sayang :)

tdo mesti nak dekat dada saya
bangun tdo, nak saya dukung

sebelum ni senang sungguh nak tdo.
letak je, mesti lena terus
tapi sekarang Hanan baring dekat dada saya baru dia tdo 
lama sikit baru saya letak dekat cot/playpan/buai.

nasib baik meragam jadik manja je
tak meragam yg teruk2 like menangis melalak2, xmo tdo malam, nak berdukung sentiasa



tdo dekat sofa kejap ye sayang
ummi nak tengok tv
kang baru naik bilik ;p
bila nyusu je, tangan dia mesti pegang tangan/leher baju/rantai saya
xmo kena tinggal kot. tu awal2 dia dah pegang, KAHHHKAHHH


Apa2 jela nak oiiii
asalkan membesar dengan sihat & sempurna
Ummi Abah sayang kamu!
lena di dada saya
ohhhh anakkkk :)


p/s : Ahad depan dapat kunci rumah
xsabar nak dekorasi! :)



Khamis, 9 Mei 2013

Rindu..


Rindu nak bertapa di library sampai malam..
*pukul 10, 11 malam baru balek


Rindu nak bertapa dengan Heidi..

dah malam kami je yg ada dekat library
lain semua dah balik ;p

 Rindu jugak nak bertapa dengan Ayie..


Pastu dah penat study, mule la buat benda2 lagha (melalaikan) - online ;p


Rindu nak tengok muka sendiri lepas penat study
sumpah macam hape je. KAHHHKAHHHH
pastu mulalah tangkap2 gambar ;p




Rindu nak bangun pagi2 buta nak stay-up study
sambil layan radio, angin pagi2 menampar muka, pehhhhh sungguh mendamaikan ;p


Rindu nak duduk depan laptop bila nak bayar fees ACCA. Sebab nak tunggu currency paling murah pastu terus bayar online, KAHHHKAHHH


Rindu amaran dari pihak library ni ;p
*saya datang library pukul 8pg pastu study sampai lebam a.k.a malam
kalau ada kelas, tinggalkan buku2 yg nak study,pastu naik class
ramai kot org jenis macam saya ni sbb nak cop port paling sunyi nak study
langsung pihak library naikkan notis, KAHHHHKAHHH gila kenangan!


Rindu nak parking belakang cafe pastu terus beli breakfast.
kalau tak ada class pagi, akan ke library, study.


Rindu dengan dak kecik si Haja ;p
study sama2 dengan dia dekat library
tapi lain table la sebab 1 table pon dah penuh buku2 yg konker
banyak nak rujuk katanya, KAHHHHHKAHHH

"N, pegi makan lagi ke? hehe. Kite pegi class dulu. babai! :) "

Wrote by Haja

kantoi aku banyak makan.
padahal masa tu baru lunch dengan haja ;p

ohhh masa ni saya tengah preggy.
turun cafe cari buah sat
*alasannnn ;p*

Rindu bila balik study dekat Gombak, mak mesti ajak breakfast luar
pastu bila saya cakap nak study, mak bungkuskan
bagus, jimat masa saya, boleh fokus study while diaorg p breakfast
saya breakfast pon sambil study woooo
masa itu sangat EMAS ;p


Last but not least, rindu nak bawak perut ni turun naik fakulti
1 memori yg tak terucap! 
asal naik lift fakulti je mesti org bagi laluan ;p

Eh pendek kata seronok betul 9bulan mengusung perut
rasa kejap sangat. rindu pulak zaman preggy

Hanan ohhhh Hanan, Hanan nak adik tak? *PANGGGGGG*



Pendek kata rindu pulak zaman study ni. Ingatkan nak kerja dulu, rehatkan minda ni dalam setahun. Tapi bila fikir2 balik macam nak study la pulak. Haritu ada bincang dengan Incek husband. Dia kata ok je. Mana2 pon boleh. Tak kerja pon tak pe. Tapi sayang pulak saya dah belajar teruk2, tak digunakan. Macam membazir. Tapii bila kerja, sama jugak. balik kerja dah penat. Nak urus rumahtangga lagi.

Pastu saya konon2 fikir saya adalah wanita besi. Lalu mengambil keputusan utk kerja sambil buat part time study. tak lama pastu, saya terfikir balik.

kau gila ke N? Kuat sangat dah ke? p interview pon Incek husband yg drivekan. KAHHHHKAHHH

terus rasa nak tampar diri ini laju2 ;p

pendek kata (pendek kata lagi? )saya tak ada keputusan lagi sekarang ni ;p
semuanya terpulang dekat saya
Incek husband kata tak kerja pon tak pe

sapa nak buatkan keputusan utk saya? ;p

ok saya nak mandikan Hanan :D