Isnin, 31 Disember 2012

Bila Baby Mengeras..


Jumaat lepas, tdo mlm saya adalah tak lena. Kejap2 saya terjaga sebab beybee mengeras, membuatkan saya sangat senak dibahagian perut. Rasa lemas sebab gagal bernafas bila beybee mengeras dibahagian atas perut. Pastu beybee kick sangatlah kuat sampai saya tersentak. Bayangkan tengah tdo, saya tersentak lalu terjaga dan bahagian ari2 sangatlah sakit. Rasa nak pecah perut ni T____T

Sekarang, tdo pon serba tak kena. Saya mengiring belah kanan, beybee kick gila punya kuat. Marah kot "ruangan" dia jadi sempit. Bila mengiring belah kiri, pon begitu. Tapi bila saya terlentang, beybee ok je. Tapi saya rasa tak selesa, sebab rasa lemas, susah nak bernafas. Bayangkan setiap malam tdo saya asek kiri, kanan, terlentang. Tak lena langsung tdo okeh T____________T. Incek husband kata maybe fasa sekarang beybee dah mula nak membesar dengan pesat & perlukan ruang. Jadi Incek husband pujuk saya supaya bersabar, tak lama dah, kurang dari 2 bulan je lagi dan setiap kesakitan saya tanggung, bukan kosong semata-mata, tapi Allah dah janjikan pahala utk saya.

Banyak kali saya kejut Incek husband cakap sakit perut, beybee mengeras. Dialah yg bangun, urut2 perut saya sampai saya terlena balik. Ada la kot 3,4 kali saya kejut dia. Saya perasan, kalau perut keras, kita usap2, beybee dah tak mengeras. Macam kita pujuk dia la. Hiksss comel betul :)

Tapi memang saat tu, sakit sangat2, sampai saya terfikir "eh dah sampai masa ke nak bersalin? Nasib baik beg hopsital dah standby" dan masa tu saya boleh tahan lagi. In case tak tahan dah, mmg nak ajak Incek husband ke GMC. Sebab saya tak pernah kena macam tu, so bila kena, rasa macam cuak la pulak kan. Tambah pulak anak first, xada pengalaman, better terus ke hospital. Nak google hape semua dah tak sempat dah. Kahhhh Kahhh :P

Pastu perut dah ok, saya rasa sejuk pulak. Kejut lagiiii Incek husband suruh dia off air cond sebab remote dekat side table sebelah dia. Sejam lepas tu saya kejut dia lagi, suruh on balik sebab saya panas pulak. Adoiiii rasa bersalah sangat asek kejut dia, tapi nak buat macamana, nak bangun memang tak larat T_____________T. Sorry sayang.

Pagi sabtu, nak bangun subuh, menyucuk2 sakitnya bahagian ari-ari T______T. memang sumpah sakit la, nak nangis aku dibuatnya. Take time juga nak bangun pagi tu. Dengan perut masih mengeras, ari2 menyucuk. Incek husband urut2, Alhamdulillah lega.

Sebenarnya ari sabtu tu, Ayie (housemate di Shah Alam) bertunang. Dah janji nak datang, Incek husband pon free, tapi dah jadik macam ni, Incek Husband tak bagi p. Suruh rest je.  Takut jadi apa2 tengah jalan kan. Mati kutu jugak aku seharian terbaring di bilik. Layan iPad & movie je atas katil. Nak bangun tak larat, order je kat Incek husband. Fushhh heaven gile :)

Aunty Ayie, Bonda kita minta maaf sebab tak dapat raikan hari aunty
SELAMAT BERTUNANG Aunty!
InsyaAllah kenduri nanti kita datang ye :)

*aunty, Bonda kita curik gambar ni kat fesbuk aunty. HEHE*

beybee, please jgn mengeras lagi macam ni. Bonda panik ok. sakit pon sakit, nak menitis air mata ni T_____T. Nasib baik Ayahanda ada, kalau dia outstation, memang menangis sorang2 la bonda T____T.

Bulan depan, maybe Incek husband kena outstation ke Negeri sembilan. Bulan 3 pula ada job di Kelantan & akan outstation ke sana. EDD saya bulan 3 ok *nangis*. Adoiiii time2 dah sarat ni la kena p outstation. Tapi saya hope sangat 2-2 job tu akan postpone until saya deliver, xpon replace by another personnel. HAHA



p/s: sekarang beybee sangatlahhhh aktif. kick dah tak kira masa. Kadang tu tersentak saya dibuatnya. Tak apelah beybee, asalkan kamu membesar dengan sihat & sempurna, Bonda sanggup tahan sakit sbb setiap kesakitan, Allah dah janjikan pahala utk Bonda :)



Khamis, 27 Disember 2012

30weeks : Beli barang Baby :)


Alhamdulillah harini genap 30weeks. Lagi 10weeks nak jumpa si budak tecik ni yang aktif sesangat lately. HAHA. Sekarangkan, dah start kena kira pergerakkan beybee, bermula 9pg-9malam. mesti kena cukup 10kali. Tak cukup, kena terus p hospital. Tapi saya rasa lebih kottt. Start je Dr suh start kira masa last check up, makin aktif pulak si kecik ni kick2. Herot berot perut Bonda nih tau, hehe ;p

Haishhhh indah betul perasaan ketika preggy ni. Saya rasa seronok. Rasa tak puas dah kendong selama 30weeks. Rasa macam baru je buat UPT, HAHA. 

Oh, since dah nak almost 30weeks, last weeks kami p shopping barang beybee. Semuanya saya rasa nak beli tau sebab comel sangat2 bila pegang barang2 beybee ni. Comel tak terkata! Main angkat, belek, masuk trolley, bayar, pastu gigil dekat kaunter sbb total amount semua barang beybee almost RM1k. hambekkkk ko, shopping tak ingat kan :P

Kami beli yang basic je dulu. Yang betul2 nak pakai masa pantang. Baby cot beli kemudian sbb masa dalam pantang nanti beybee akan tdo sebelah kami. same goes to stroller, tak kan masa pantang kau dah nak ukur jalan kan, kena beduk dengan Mak sia2 je, HAHAHA.




Cap pilihan Incek husband. Dia kata comel sangat
eh aku ingat aku je yang over bab2 comel ni,
sekali dia pon sama, HAHA


Mittens & booties pon Incek husband pilih
semua yang comel2 dia sapu letak dalam trolley. HAHA

Ni belom abes shopping lagi ye,
KAHH KAHHH
banyak gile kot kiteorang beli
yela tak ada barang beybee lagi kan,
so semuanya kena beli baru

Muka ada banyak senyum walaupon poket melecettt.
HAHA

balik2 rumah, keluarkan semua barang,
pehhhh inilah hasilnya :D
banyak jugak yang kami beli
ingatkan tak cukup, tapi lebih dari cukup dah kot

saya berpantang di rumah Mak saya
ada maid yang akan jaga
kemungkinan juga nenek saya akan datang juga tengok2 saya
bukan dia jaga, tapi dia cuma pantau jela
mana boleh makan, mana tak boleh n etc
gituuuu...ni kan cucu sulung mak saya
jadi mungkin mak tak berapa biasa lagi :)

Botol susu kami beli tak banyak mana pon
sebab aritu saya p breastfeeding talk
Dr tu kata, botol baby pakai selama 3 bulan sahaja
pastu buang sbb baby boleh kena kanser
same goes to puting, hanya utk 1 bulan je
take note ye kawan2 :)

minggu lepas saya dah start mendobi semua baju beybee
comel je bila basuh, sidai & lipat baju dia
kadang aku rasa tangan aku lagi besar mengembang dari baju2 beybee
HAHA



Sepanjang lipat ni, asek senyum jeeeee
comel sangat baju2 beybee ni,
geram sungguh aihh aku :P

Semalam saya dah sediakan beg hospital
walaupon lagi 10weeks,
mana tau kuasa Tuhan, turun tanda nak bersalin,
tak ke haru baru nak packing baju semua?
Prepare awal2 ni, much more better la
lepas ni leh prepare mental & fizikal nak menyambut orang baru
InsyaAllah, moga2 dipermudahkan :)

tempat berpantang pon kami dah setting. Saya akan pantang dalam bilik bawah. Mak tak kasi pantang atas dalam bilik kami sebab katanya banyak turun naik tangga, bahaya. Orang pantang kena duduk banyak berehat. Hadoiii tak tau la aku pantang nanti macamana. Mesti bosan gila duduk sesaje. Tak produktif rasanya. Tapi demi kesihatan, aku cuba PAKSAkan diri :P


Eh dok sibuk sediakan barang beybee, barang pantang aku tak beli pon lagi, KAHHH KAHHH. Haritu nak beli right after beli barang beybee sbb malas nak kuar banyak kali, Incek husband kan tengah sibuk, susah nak ada masa terluang. Baru nak siap2 beli set berpantang saya, ada orang call nak mintak tolong Incek husband. Adoiiii tak apelah sayang, p la tolong pakcik tu dulu, ayang bukannya nak bersalin esok lusa dah *sedapkan hati*. Hujung minggu ni kot nak p beli, tu pon kalau dia free la. Ikotkan hati, nak je saya p sendiri tapi Mak mertua tak bagi. Katanya dah sarat2 ni, jangan keseorangan. kang jadi apa2, susah. Ohhh bahiklah Emak :)


Doakan saya selamat & dipermudahkan segalanya eh. takut pulak dah hujung2 ni. Walaupon lagi 10weeks, pejam celik pejam celik dah sampai masanya kena sorong ke Labor room. HAHA. Sekarang ni saya masih study lagi nak bersalin dekat mana. Tapi setelah di short listed, pilihan kami ialah :

1) Gombak Medical Centre (GMC)
2) Hospital Selayang


masing2 ada kelebihan & keburukkan. Tapi sakit bersalin sama je, kat mana pon kau bersalin, sakit tetap sama. Adoiiii confius mak. HAHA




Ahad, 23 Disember 2012

29weeks of pregnancy :)


Minggu lepas saya ada buat entry pasal pregnancy journey saya. Bermakna dari mula saya dapat tahu saya pregnant sampailah detik sekarang.. Lagpon saya pernah janji dulu nak share dekat blog ni :)

Tapi bila dah siap, saya rasa malas pulak nak publish. Jadi, saya biarkan dalam draft utk membacaan saya akan datang. kot la tibe2 saya nak publish, tu lain punya cerita ok. HAHA. Mood mak buyung ni memang ada pasang surutnya. Ikot dan dia je, panggg kang tau la, HAHA

Masa ni tengah pulun utk final exam. 
Tu belakang tu ada buku. Jadi, sila abaikan eh.
HAHAHA
Perut saya dah nampak boooolatt kan? Hiksss :)

  • saya masih TAK ADA sebarang alahan. Alhamdulillah. Harapnya kekal sehingga kelahiran kelak.
  • Mengidam pelik2 ke, memang TAK ADA. harapnya tak ada sebab saya tak nak susahkan Incek husband :)
  • Kaki saya masih tak bengkak2 lagi. Alhamdulillah. Tapi bulan lepas kot saya sakit tumit. Jenuh Incek husband mengurut tetiap malam. HEHE. Tapi kejap je, dalam seminggu dua. Sekarang dah tak ada dah :)
  • Sekarang saya kerap sakit bahagian ari-ari. Bila tanya Dr, dia kata normal sebab beybee membesar & menekan tulang pelvik saya. Utk anak pertama, agak sakit sikit sebab beybee tak jumpa "laluan" dia nak membesar. Ohhhh gituuu. Tak per sayang. Membesarlah kamu dengan sihat & sempurna. Bonda sanggup tahan sakit sebab Allah dah janjikan setiap kesakitan, pahalalah ganjaran buat bonda :)
  • saya masih mampu menyediakan makan pakai Incek husband. kadang dia tegur jangan masak heavy2 sangat. Simple2 sudah. nanti lagi lama saya berdiri di dapur, ada kemungkinan tumit saya sakit balik. Tapi saya ni mana reti dok diam. Rasa macam tak produktif la duduk sesaje :P

26weeks. thanks beybee teman bonda amek exam! :)
Besar nanti amek ACCA jugak eh?
HAHAHA

  • Masuk je 6 bulan (24weeks) Incek husband tak bagi mendobi & meng-iron baju kerja dia. Katanya saya kena banyak berehat. Kain baju kotor semua dia hantar dobi je. Saya kena berehat & "berpantang" dari buat kerja2 rumah. Alaaaa mendobi bukan kerja berat pon. Mesin yang basuhkan. saya picit butang dia je, HAHA. Tapi sampai sekarang baju2 kotor tak berjaya dihantar ke dobi. Kan saya dah kata tadi, saya tak reti dok diam. Asal baju kotor dah separuh bakul, cepat2 saya basuh sebelum dia hantar ke dobi. HAHA.
  • Baju beybee dah beli. baru tadi aktiviti mendobi baju2 beybee. Alahaiiii comel sesangatttt sidai baju beybee. kecik comel. HAHA. Alhamdulillah lengkap dah kot barang beybee. Yang penting je kami beli dulu. Macam stroller, baby cot, jumperoo n etc, beli kemudian pon tak per. Sebab kalau beli sekarang pon, bukannye guna right after deliver. HAHA. Kami beli barang beybee di JJ je. Malas nak bersesak di expo beybee ke hape sebab saya cepat mengah & berpeluh sekarang ni. nak air cond memanjang je. HAHAA
  • Strech mark masih tak muncul lagi. Alhamdulillah. Harap2 memang tak ada la. Jenuh kami dok sapu bio oil 3x sehari. HAHA.
  • Ramai kata perut saya kecik. Bagus. Tak susah aku nak kempiskan balik lepas deliver nanti. HAHA. 
  • Masih lagi gilakan buah2an & air soya. 2 ni memang tak boleh skip.Kadang tu air soya sekotak besar buleh abes dalam masa 2 hari. Hebat kamu beybee! :) Selera saya pon ok. Cuma saya tak boleh nak makan banyak sangat. Bila makan banyak, perut saya jadi ketat & beybee mengeras pulak time tu. Ohhh masak la aku. Memang rasa nak pecah perut ni. tapi saya makan sikit2, tapi kerap. Haaa faham? HEHE
  • Alhamdulillah so far saya tak kena minum air gula masa check up. Kencing saya ok (tak kencing kotor), blood pressure ok, berat badan saya pon ok, ikot yang sepatutnya gain. Alhamdulillah. saya terasa sangat dipermudahkan. In fact saya rasa macam, eh aku ni pregnant ke tak? relax je. HAHAA
  • Kadang2 tido saya terganggu juga sebab perut tibe2 mengeras. Beybee mengeliat ke hape dalam tu? HAHA. dah la bangun setengah jam dari alarm clock saya. bangun2 terus mengeras & kick2 perut saya. Ohhhh sangat comel la kamu ni beybee nak kejutkan bonda ye. HAHA
  • Makan minum saya adalah DIJAGA rapi oleh Incek husband. Bab makan fast food memang TAK la. Air pon, nak dapat minum air manis yang sejuk ke air gas ke, ais2 ke kemain payah. Tapi bila Incek husband tak ada kat umah, saya minum gak curi2. HAHA. Teringin punya pasal. Incek husband kata kalau tak sayang diri, sayanglah beybee tu sbb apa yang saya makan minum, beybee akan dapat dulu baru perut saya. Tu yang dia risau beybee dapat zat yang mengarut. HAHA. Ok sekarang saya dah insaf. Asal makan benda mengarut, saya urut2 perut. Air manis pon buleh kira berapa kali saya minum. Saya banyak minum air suam je. Demi beybee sayang, bonda sanggup :)
  • Alhamdulillah saya masih lagi mampu solat berdiri. Perut I kan kecik je, tak mendatangkan masalah. Tapi Incek husband ada pesan kalau tak larat, solat duduk sbb tiap kali solat jemaah, saya mintak baca surah pendek2. Sengal punya wife. HAHA
  • Since bulan lepas kot kalau tak silap saya, tugas mencuci toilet adalah tugas Incek husband. 2minggu sekali dia basuh sebab saya geli nak masuk toilet yang kotor. Sebenarnya toilet tu tak la kotor mana pon 2minggu sekali basuh sebab yang pakai pon kami berdua je. Tapi mak buyung ni punya peel sangatlah penggeli. Hiksss
  • Sekarang beybee sangat aktif. kadang herot berot perut saya. Comel sangat ok! :) Beybee, kamu buat ape la dalam tu? sampai senget2 perut bonda. ke sayang sempit dalam tu? Sabar eh sayang, lagi 11weeks kita akan berjumpa :) Tak sangka dah 29weeks bonda kendong kamu :)



saya start sapu bio oil masa kandungan berusia 2 bulan.
1st trimester 2x sehari saya sapu.
masuk je 2nd tri, 3x sehari saya sapu
Jadi, Incek husband terus beli botol besar HAHA
tak silapnya 200ml RM62 (botol besar tu)
ada promotion dekat guardian


Ni je kot yang saya ingat. Nanti ada ape2 saya update lain. Ok, saya nak turun makan sat. Lapaq pulak. HAHA

Eh bulan depan Incek husband dah confirmkan ada maternity photoshoot. YEAYYYYYY :)


Jumaat, 14 Disember 2012

Bila Aura Rajin Menjelma...


Semalam hari bermalasan saya tamat. Jadi, semalam bermulalah rutin harianku sebagai surirumah sepenuh masa :)


Menu semalam : Nasi Ayam

Incek Husband kata sedap!
dahlah 1st time cuba buat, terus menjadi nasi ayamku :)
semangat masak berkobar-kobar neh :P

menu harini : Kotiaw kungfu

harini tekak saya teringin kotiaw kungfu :)
Incek husband kata sedap gile!
Licin 1 pinggan  dia makan kottt
Alhamdulillah happy saya :)
ni pon first time masak kotiaw kungfu
makin berkobar-kobar pulak nak memasak
jangan separuh jalan sudah,
HAHAHA

*kotiaw kungfu ni feberat saya since degree :)


sebenarnya saya dah listkan ape nak dibuat cuti sem kali ini. Tapi tak terdaya & tak selincah dulu nak bergerak buat banyak kerja dalam satu masa. Perut makin memboyot membuatkan pergerakkan saya terbatas.

Sekarang ni, Buat sket2 dulu, tak pe, saya cuti until bulan 6 tahun depan kotttt. setengah tahun tu. Jadi, slow2 buat kerja sudah. HAHA

Ok, jumpa next entry. Saya mahu packing barang. Esok mahu bercuti ke Terengganu :) Selamat bercuti kalian (^.^)



Selasa, 11 Disember 2012

Hari Bermalasan :P


Saya dah tamat exam isnin 2 hari lepas. Yahooooo lega sangat dah abes exam ni :P tak perlu dah lepas ni lepas Incek husband p kerja, aku study. Kahhh Kahh


" Abg,leh tak lepas exam nanti ayg nak bermalas-malas tak nak buat keja apa2 dlm 2 hari? "
"2 hari aje? Ok, boleh aje. Ayg rehatlah, dah puas penat study kan"

~~~~~~~~~~~~

" Abg, jom p tengok wayang. Ayg dah buhsan dok umah " ~ xsampai 2 hari dah buhsan :p
" Ok jom. Ayg nak tengok cite ape? "

~~~~~~~~~~~~

" Pagi ni ayg nak nasi lemak tak? Abg p cari sat "
" Nakkkk. Ayg nak 2 bungkus tau :P " 

~saya dah lama xmakan nasi lemak. Dulu b4 exam, saya takut nak makan nasi lemak. Takut ngantuk, pastu tak leh study :P

Ni saya baru makan 1 bungkus. lagi satu ada kat bawah. Tamak sangat kan ko N. Hambekkk. HAHA

~~~~~~~~~~

dan saya sehingga harini sangatlah rasa puas sekali. Satu kerja pon tak buat. Masak ape semua, Incek husband kata makan luar je sbb saya nak bermalas-malasan kan. *masa b4 exam, even saya stress dengan study, saya tetap masak. Kali ini Incek husband kasi off. Eh macam kerja shift hour pulak. HAHA. 

esok hari bermalas-malas saya dah tamat. Haku request 2 hari je kan. Tau haritu amek seminggu. HAHAHA *overr*. tapi 2 hari pon, aku dah busan gilep T_____T

saya dah biasa dengan bz. Bila free macam ni, rasa tak produktif langsung.

Harini Incek Husband cuti lagi. Cuti dari hari isnin (teman saya p exam) semalam pulak kan cuti negeri selangor. Harini dia apply cuti lagi. Ni dia dok bz buat kerja dia, saya dok online dan bermalas-malasan. Bye sayang, ayg dah perlu study lagi, exam dah abes. HAHAHA *eksyen :P*


ok, saya nak p sidai baju sat sementara hari panas. sekarang ni trend hujan petang. Ingatkan esok baru nak basuh baju sempena hari malas2  tamat :P tapi aku rimas tengok baju kotor dah separuh bakul. Incek husband kata baru separuh dah rimas? Aiii mestilah, dekat Shah alam aku basuh baju hari2!


Nota Kaki : harini beybee genap 7 bulan dalam kandungan. Semoga membesar dengan sihat & sempurna ye sayang. lagi 2 bulan kita jumpa. Tak sabar nak jumpa! Beybee dah pandai kick2 seawal subuh hari. Nak kejut Bonda & Ayahanda ye :) Beybee bangun awal setengah jam dari alarm clock bonda la sayang! HAHA




Ahad, 2 Disember 2012

Tiba Masanya


Beybee,

Harini Bonda exam ACCA. Pukul 3 - 6.15petang. Beybee behave ye while waiting bonda amek exam. Jangan kick2 bonda kuat sangat tau. Nanti bonda terkejut lalu sakit perut dan tak buleh fokus amek exam. Hehe. Tapi sepanjang 27minggu ini, beybee tak pernah buat begitu. Sebab beybee tau bonda tengah struggle utk dapatkan certificate ACCA ni kan sayang? :)

Sayang, harini bukan kita berdua je amek exam. Ayahanda pon ada sekali. Harini ayahanda cuti. Teman bonda amek exam. Tapi nanti bila dah masuk dewan, ayahanda tunggu di luar sampai exam tamat. Katanya dia risau tengok bonda amek exam. Tak abes2 dok tanya bonda " boleh ke nak amek exam nanti"? So sweet :)

Ok sayang, bonda harus bersiap sekarang. Sebab tempat exam centre bonda agak jammed. Bonda & ayahanda akan lunch & zohor disana. Biar sampai awal, jangan sampai lewat, pastu kelam kabut. Bonda dah tak larat nak jalan laju2, lari2 anak sebab bonda kendong nyawa dalam perut ini. Zuriat tak ternilai Allah amanahkan utk kami :)

Ini kali pertama bonda amek exam dengan perut memboyot. Seronok & eksited tau beybee! harap2nya semuanya dipermudahkan. Semalam Ayahanda bacakan yassin & solat hajat utk bonda. Beybee behave ye sepanjang 3 jam nanti. Ubat & susu beybee bonda dah makan tadi. So, kalau dapat extra vitamin tu, jgn bergerak terlampau aktif ye sayang :)


p/s : sungguh tak sangka kali ini exam aku membawa perut. Pertama kali dalam hidup! Sgt eksited tau! Semoga aku dapat jawab dengan tenang & dipermudahkan. Buat kawan2 seperjuangan yang amek di UiTM, Semoga berjaya ye :D

Doakan saya utk exam kali ini..