Selasa, 26 Jun 2012

Honeymoon


S.A.B.A.H, we are coming! :)
babymoon honeymoon ke 8 sempena dah 8bln bernikah :)
*cepatnya masa berlalu T____*



 :: Sumber Ihsan Google ::


 :: Sumber Ihsan Google ::


  •  1 beg baju, 2 begpack. Incek husband galas 1, saya galas 1. Pakai beg galas senang. Sumbat banyak2, badan xsenget sebelah :P
  • Saya galas personal belonging like purse etc..
  • Incek Husband galas ipad, kamera gabak DSLR, kain pelikat,telekung. Yg berat2 kasi dekat dia :P



  • Buleh tak semalam Incek Husband tertinggal nak print boarding pass ni? Haishhhh saje je dia ni tau ;p Nasib baik after dia print, saya double check balik. Mana nak dapat wife teliti macam ni? Heeee :P

Doakan kami selamat pergi dan balik ye..
Flight pukul 4.25ptg..






Isnin, 25 Jun 2012

Post Mortem Exam



*kesat dahi banyak2 kali*..


saya xtau nak cakap macamana utk exam baru2 ni
banyak dugaan masa nak amek paper 
Saya dah usaha, doa, dan sekarang hanya tawakal kepadanya
Moga2 both papers pass with flying colors :)


 :: Incek Husband layan tekak wife nak Big Apple masa study :P ::

Masa study leave, banyak kali saya xsihat. Dan ok, pastu jadik balik. Pastu dah ok, pastu jadik balik. Up and down. Pening2, badan xlarat, demam, cirit, muntah n etc. Semua pakej aku sapu bersih. Rasa down gile kot study leave kali ini :(





P7 : Advanced Audit and Assurance.



  • 3 ari sebelum exam, saya pening teruk. Sampai xlarat nak bangun dari katil. Ya-Allah risau gile. Ni first time saya xsihat masa nak exam. Saya ingat dah xsihat masa study leave, dekat2 nak exam ni dia ok. Tapi makin melarat pula T_____T
  • Malam exam, saya balik Shah Alam macam biasa. Sebab saya amek exam di UiTM INTEC (seksyen 17). Drive pon, melayang. Sampai saya menangis masa drive. Pening sangat2 :(
  • Alhamdulillah selamat sampai Shah Alam, saya SMS Incek Husband saya cakap saya xyakin nak amek exam dalam keadaan macam ni. Mana mungkin aku dok pulun menjawab exam dengan kepala macam nak pecah??
  • Pagi nak amek exam, badan panas pula. Adussssss :( Bayangkan saya go tru my notes dengan koyok tertampal di tepi dahi sambil lap2 dahi dengan tuala lembap :( Masa ni  saya telan panadol sebijik. Tak Tahan kotttttt
  • Sampai dewan exam, saya pening balik. Kepala melayanggg. Ikotkan hati saya xnak amek exam. Tapi fikirkan exam fees, registration semua dah bayar, saya gagahkan kaki ini melangkah ke dewan exam dengan kepala melayang, badan panas. Sebelum masuk, saya telan lagi panadol sebijik. Hoiiiiiii aku nak balikkkkk xnak amek exammm :(
  • Alhamdulillah masa menjawab, kepala saya ok. Berkat makan panadol dengan air zam zam Hajar kot (Thanks Hajar :) ). Saya berjaya ATTEMPT all the question dalam masa 3jam. 1markah bersamaan 1.8min ye. So dalam masa 3jam, tangan aku rasa nak patah pula T______T
  • Air cond di exam hall rosak. Kejap ok kejap dia tendang balik. Pastu sejam terakhir air cond xfunction sampai tamat 3jam 15min masa menjawab. Gila berpeluh! Aku yang xsihat ni lagi la xselesa. Rasa mandi peluh!
  • Masuk kereta bukak air cond kuat2 lega sikit. Ai kan puteri lilin. Pantang panas, mengelupur :P Pastu saya Solat Asar di Masjid before balik sebab keluar exam hall pon dah 6.30pm. Masa amek wudhu, air dia punyaaaaa lah sejukk. Rasa nak mandi aje :p
  • Saya dah buat yang terbaik utk P7 ini, andai rezeki tak menyebelahi saya, saya redha. Paper ni memang heavy. Bayangkan Manager Audit dekat XXX pon amek paper ni 7x tau failed! Jadik sila bayang aku yang pangkat Manager housewife ini saje :P *nak jugak kau pangkat Manager.Hambekkkkk :P


 :: terbaring kepeningan. Tuhan je yang tau betapa nak pecahnya kepala aku :( ::


 :: Stress study, ajak Incek Husband p kedai. Borong stok makanan :P ::


 :: Letak tepi meja study. Jadi ianya senang dicapai :P ::

*Iron board ai stoberi yuuuuuu :)

:: Air Yasin Incek Husband bacakan. Thanks sayang :) ::


 P3 : Business Analysis.

  • Utk paper ni, saya dah sihat. Sebab gap antara P7 dgn P3 is seminggu :)
  • Jadik saya xbanyak komen utk paper ni. HAHA
  • Paper ni kena banyak general knowledge & current issues. Baru sedap nak gorenggg
  • Again, saya dah buat yang terbaik utk paper ini. Apa pon result, saya terima seadanya. Saya dah usaha, doa dan tawakal.
  • Masa tengah jawab exam, saya pesan dekat Mak, Ayah, Incek Husband, mintak bacakan yasin utk saya agar dipermudahkan.
  • Sir saya cakap, masa kita tgh jawab exam, mintak parents, suami/isteri (bg yg dah kawen), bacakan yasin agar dipermudahkan. Konsepnya sama macam mayat dalam kubur. Dia sorang2 dalam kubur, harap doa &Yasin dari yg hidup ini. Itu jelah yang boleh tolongnya. Samalah mcm org amek exam. Dia sorang2 dalam dewan. Harap doa & yasin dari keluarga terdekat yg buleh menolongnya. Cubalah. It is really works :)
  • Alhamdulillah, at the moment saya baca soalan, saya terus dapat tangkap jawapan harus saya tulis. Terima Kasih Ya-Allah perkenankan doaku :)
  • Masa exam P3 ni, saya fikir cepatttttlah masa berlalu sebab dah penat sangat asyik study je. Saya nak rehat, nak ganti tdo, nak honeymoon. Semuaa nakkkkk :P Pastu dah cuti ni asal xde benda nak buat, bosan :P


:: Kenduri doa selamat di rumah parents saya sempena Farith (adik) dapat sambung belajar. Masa ini xsilapnya before saya final exam kot :) ::


:: Puan StoberiManis :P ::



Saya nak packing baju sat. Esok nak honeymoon, baju xpacking2 lagi :P..
Nanti update lagi ye :)



Khamis, 21 Jun 2012

Cuti



  •  Dah 4 hari final exam abes. Now, duduk rumah jadik suri rumah Incek Husband :P. Cuti ini banyak habiskan masa utk bersama. Dekat2 final aritu saya stress gila kot dengan exam kali ini. Sampai tahap nak muntah tengok buku :( As a reward, minggu depan akan terbang honeymoon yg ke 8. Hikkkks Thanks Cuk :)



  •  Study leave saya sebulan tau sebab date paper saya dah hujung2 exam. So, on that leave, Incek Husband ajak teman gathering dia di Kedah. Mula saya macam xnak ikot sbb nak study kan. Tapi dah asik study, bosan jugak. HAHA. Jadik, memandangkan tempat isteri di sisi suami, saya ikot ke kedah. Tapi jgn tertipu, saya bawak buku ok study dalam kereta nak sedapkan hati punya pasal :P 
*Abaikan muka penat study tu eh :P




*Ini bukan effect DSLR ye.Saya xpandai pakai kamera gabak tu :P


  •  Bila mata asyik tengok buku je, sekali dapat tengok outside terus macam "waaaaaa, nyaman gileeeee...". Kau tengok, jakun tak jakun :P. Incek husband tengah drive, saya bukak tingkap, keluarkan kepala sambil hirup udara. Hilang stress kau! *masa ni dah masuk jalan2 kampung, ada bendang sawah, tali air, bukit2. Tu yg berani keluarkan kepala :P


*permintaan udang celup tepung dari Incek Husband. Wpon rupa udang hodoh,(my first trial). Incek Husband kata shedappppppp ayang masakkkk :)


  •  Cuti sem ni saya memasak. Ye, mesti ada yang kata penat2 abes exam xkan Husband kau dah suruh masak? Actually mmg saya ada cakap dengan Incek husband nak rest kejap dalam sehari 2, xnak buat apa2 kerja rumah langsung. Then Incek husband iyekan aje sebab dia pon stress tengok aku penat mengadap final exam kali ini. HAHA. Tapi dah lumrah tugasan sebagai isteri, elok esoknya saya bangun pagi, terus buat kerja rumah & memasak. Incek Husband pelik, kata nak rest? Saya cakap saya dah biasa bangun2 tdo buat kerja (study n etc), bila duduk saja, rasa bosan. :P

  • Pagi, after hantar husband p kerja dekat gate, salam2 kiss2, terus bersiap ke pasar. Tapi kalau ada di rumah mertua, abah mertua dah p pasar. So saya xyah p pasar :p. Basuh2 bahan mentah, bibik akan buat. Masa nak masak je saya akan tolong mak mertua masak sebab leh belajar masak kan. Mak mertua pandai masakkkkk okeeehhh :)


* Husna nak Mak Tam susukan while nenek di dapur :)


  •  Anak buah Incek Husband ada 14 tau (we all panggil as "bebeks") 8 org ada dekat rumah mertua. Jadi, kalau2 saya bosan, saya main2 dengan dorang. Yang besar2 banyak xada kat rumah sangat sebab depa sekolah kan. Yang tinggal stok baby2 & budak2. Saya shukeeeeee gomol2 baby. Sini ada 2 baby. Husna & Aiman. Kadang tu, saya enjut buaian 2-2 tangan ok. Kiri enjut Aiman, Kanan enjut Husna. Hushhh pengalaman ni kot2 dapat kembar ke kan, Ehemmmmm, Aminnnn :)



  •  Ni la Aiman. Dulu pipi labuh. Gemuksss. Nak dokong pon berat, lenguh tangan. Sekarang dah dapat "kaki", kuat nangis, susut sudah hehe :P 
  


  •  Hi, saya lah tuan blog ini. Lately agak malas nak capture muka sendiri. Rasa macam nak tutup blog ajeeeeeeeee. Camno? Ok dak tutup? :P


  • Last but not least, saya teringin nak p Umrah dengan Incek Husband. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya nak p tahun depan. Family mertua ada ajak p sekali. Tengok macam mana. Banyak hajat saya dah dikabulkan Allah (Alhamdulillah Syukur YaAllah), tapi saya berharap saya hajat saya utk jejakkan kaki ke sana tercapai sebelum saya menutup mata buat selamanya. Tiap kali sujudku, xpernah putus berharap doaku dikabulkan.




Ok, saya nak turun memasak. Now ada di rumah mertua :)
Nanti saya update lagi ye. Ni entry nak "panaskan" enjin je :P


Sabtu, 16 Jun 2012

Terakhir


Esok paper last saya, P3 :)
Rasa tak sabar nak abeskan exam ni
Macam dah penat mengadap buku :(




Cuti sem nanti pon aku dah listkan ape yang aku nak buat
Mungkin juga akan difikirkan sama ada nak kerja ke tak sem depan
Which is aku dah rasa macam penat study
kau bayang after SPM, Matrik, Degree, ACCA, saya TAK PERNAH kerja ok




Mungkin juga saya akan respon email dari Big Four Company
sejak dia email, saya asyik delay demi memikirkan nak kerja ke study?
kalau aku mata duitan, confirm aku dah terima on the dot dia email!
siapa tak nak kerja gaji RM 3k sebulan weiiii
ni basic utk freshie okeh :) baru BASIC. 
I repeat, B.A.S.I.C ok. Motip? HAHAHA




ok, saya nak bersiap..
Mak Mertua panggil lunch dekat rumah dia
Haaa kau ada mak mertua sporting gini? HAHA
Thanks Mak sebab memahami keadaan N :)


Doakan saya dipermudahkan utk last paper ni :)