Ahad, 20 Mei 2012

Dari Air Tangan Sang Suami :)


Minum Petang dari air tangan Incek Husband petang tadi :)

Penat2 study, turun bawah Incek Husband tengah masak
nak mengalir ayaQ mata ni 
terharuuuuuuu :P




:: Part hiasan tu mcm makan dekat Hotel la pulak. Sayang nak geget :P ::


belakang sosej mini tu ialah roti
belakang mangkuk nuget tu ialah tisu :)
sos tu pula ialah campuran sos cili & sos tiram


:: fewittttt ni la tukang masak berkain pelikat. kehhh kehhh :P ::


" Esok biar abang masak breakfast & lunch. Ayg study je. Exam xlama dah. Fokus study "

Yahuuuuuu, TQ sayang sebab memahami... :)

lepas ni nak sambung master & PhD lah! HAHAHA



*Gambar saya xjadik upload sebab muka stress baru lepas study :P*


Khamis, 17 Mei 2012

Final Exam


kali ini saya away lagi
final exam tinggal 25hari SAHAJA
dan saya rasa level of preparation masih tak memuaskan!


Ya-Allah, permudahkanlah segalanya
doakan saya ye kawan2 :)
InsyaAllah saya akan CUBA yang terbaik! :)



11.06.2012 (Mon), 3 - 6.15pm : P7

18.06.2012 (Mon), 3 - 6.15pm : P3



:: Us. Honeymoon yg ke - 4 :) ::


TQ sayang sebab memahami isterimu ini adalah seorang pelajar sepenuh masa
TQ juga atas sokongan yg diberi! :)





Seminggu selepas final exam nanti,
kami bakal terbang ke sebuah pulau
sebagai reward utk saya setelah berhempas pulas demi exam ACCA ni
dan juga sebagai honeymoon kami yang ke- 8 :)


*selingan :
Lately saya kerap sakit pinggang, back pain, sleepy, headache. Am I study too hard? Ohh no! cepatlah abes ACCA ni!


Rabu, 9 Mei 2012

Kahwin : 26.10.2011, Sehari Sebelum Majlis Nikah (2)


Ok, sambung entry sebelum ni..

After abes buat SPA & amek jubah konvo, saya terus pecut balik Gombak..
tak fikir benda lain, cuma fikir amek baju & berinai..
punyalah tak sabar nak kahwin. HAHAHA :P


Oh ye, masa buat massage kan, Staff tu kata badan saya lembut macam atlet gimnastik tu
Aku? gelak gileeee kot. Xsangka ada org kata badan saya lembut HAHAHA :P
sebabnya masa dia urut, dia kata kulit saya lembut, macam baby
senang nak urut kulit jenis saya ni. Dia lipatkan kaki saya, saya ikot je..
setengah org, dah terkocoh2 "aduhhh aduhhh". HAHAHA


Ok, baik to main story, balik je Gombak, saya balik rumah dulu. Solat Asar. Lepas solat baru  ke butik amek baju. Masa ni saya SMS Incek Husband suruh ke butik juga utk test baju...


:: Abaikan muka penat saya tu. Last week fully busy. This week, Mon, prepare for trial exam. Tue, trial exam. Wed, SPA & amek jubah. Thu, Nikah. Cukup buat badan aku yg lembik ini bertambah lembik :P


Seperti yg dijangkakan, mmg baju LONGGAR. Saya xtaulah tailor tu maybe besarkan setengah inci dari ukuran sepatutnya or badan saya mengecut. Tapi kalau nak kata tailor tu besarkan sikit, xkan setengah inci pon  kesannya AMAT ketara? Saya syak saya diet habis-habisan utk minggu terakhir bergelar anak dara ini. HAHAHAH..

Penat buat persiapan plus stress trial exam, mampu buat saya tak berselera tengok makanan. Akhirnya baju saya LONGGAR gileeee kot. HAHAHAHA. 


 :: Incek Husband sedang try baju majlis resepsi ::

 :: Arghhhhhh Incek Husband suka buat muka penyet macam tu tau. HAHAHA. Kami try baju je. crown2 xyah la. Bukannya crown pon buleh gemuk or kurus. HAHAHA. Tudung mmg butik bagi tudung awning. Tapi saya xpakai. Saya pakai tudung bawal sendiri :) ::


Masa ni Incek Husband masih xsihat. Demam. Suara  pun terketar2 sebab sakit tekak. Asal cakap banyak sikit, batuk. Haishhhhh saya risau dia xbuleh sebut akad nikah dengan lancar mlm esoknya. Ya-Allah, permudahkanlah urusan kami...

 :: Barang sewaan kami ::

 :: checklist dari butik. Sama macam checklist saya. Bermakna tak ada baju / aksesori yg tertinggal ::

Ok, checked, dah buleh kawen! YEAYYYYYYY :P 

 :: Baju nikah, baju majlis resepsi & baju persalinan ::

:: Asalnya kain ni nak buat baju nikah. Tapi ada sebab xbuleh elak, saya jadikan baju ni as baju konvo :) ::


After selesai urusan di butik, saya balik rumah. Masa tu dah nak dekat magrib kot. Then sampai2 rumah, ada team tengah pasang mini pelamin & hias bilik pengantin. Saya amek pakej yg sama dengan butik baju tadi. Malas nak deal dengan banyak tangan. Takut kaler tone xsama. Dah jadik party harik jadik budak2.So colourful! HAHAHA

 :: Keadaan bilik lepas di hias. Tapi tak bukak lampu tepi katil nunn ::

 :: okay, dah bukak lampu. Lagi seblah xnampak la pulak :) ::

:: Cupcakes 1st batch, 500pcs. Another 3 batch baked on esoknya :) ::

 Pastu saya ke rumah aunty Tini. Jiran saya merangkap wedding planner saya. Dia yg tolong gubahkan hantaran, buat cupcakes for doorgift majlis resepsi, kek kahwin dll. Pendek kata beliau sangat membantu kami!. Maklumlah ini kali pertama family kami buat kenduri kawen. Alhamdulillah, dapat jiran yg very helpful. Thanks a lot Aunty Tini & Family :) ::

:: In the making of cupcakes :) ::

:: Errr  again, lupe nak bukak lampu. HAHAHA ::

Turun2 bawah, mini pelamin dah siap pasang. Mini pelamin ini just for akad nikah. Simbolik kepada rumah ini adanya kenduri kahwin. Sebab saya bersanding di dewan. Pelamin semua dekat dewan. Kang kosng je rumah without pelamin, macam dull la pulak. Kang org tanya;

" Eh, rumah ni macam xde kenduri kawen je" HAHAHAHA

Sepanjang petang ni, ada kawan saya datang. Datang lepak & tolong2 mana yg patut. Since banyak yg dah settle, kami duk borak jela. HAHAHA. 

Masa magrib, saya mandi & solat. Rasa xpercaya esoknya saya akan dinikahkan dan tamatlah riwayat sebagai anak dara. Kehhh kehhh kehhhh. Masa ni mulah lah feeling pengantin baru sebab saya duduk sorang dalam bilik pengantin, siap dihias, sejuk air cond, wangi (ada freshener yg automatic spray within 25min tuuu), Fushhhh indahnya perasaan ini! Tibe2 rasa, cepatlah masa berlaluuuuuuu. HAHAHAHA *PANGGGG*

:: Abaikan kotak2 belakang tu. Nak di bawa ke dewan. Abaikan juga seluar katak tu :P ::

Lepas maghrib, kawan2 saya makin ramai datang. Saya layankan jela sebab saya berinai after Isyak. Solat siap2 senang. Lepas pakai inai, buleh terus Bummmmmm ZZzzzZzzz. HAHAHA. Kak Alia sampai pon dah dekat pukul 10mlm. Sangat cantikkkk la tu. Ada masa saya layan kawan2 saya :)

Masa Kak Alia datang, tengah pakaikan inai dekat kaki, Kak Erny, MUA saya call, cakap dia dah nak sampai rumah saya, cuma xtau lorong mana. Aikkkk bila pulak dia buat appointment nak jumpa ni? Nasib baik mlm ni tu saya free. 

Dia cuma nak discuss harga add makeup sebab saya add  make up di dewan *later saya cerita di entry majlis resepsi*. Sambil2 tu dia tgh mencari rumah saya supaya xsesat esoknya. Ohhhhhh. HEHEHE.

Jadi, mlm tu perbincangan make up sambil berinai la jawabnya. Kaki & Tangan julur ke depan, muka paling ke kiri sebab nak discuss dengan kak Erny. HAHAHA. Lenguh plus lemas ok duk statik selama 4 jam ni. Saya dah biasa bergerak & busy buat kerja. Bila duduk saja macam ni, saya cepat bosan..


Saya amek inai yg segera. Inai dari India. Mmg gelap kalernya. Cantik. Jari saya sampai hitam2. Tapi dah kata inai segera, macamana dia datang, macam tu la dia pergi. So, saya SMS Shima (sedara) mintak tolong maksu(Mak dia) bawakkan inai dari rumah dia. Rumah dia ada pokok inai daun. Merah memang merah la, kata inai pokok.  Tapi saya standby je. In case esoknya kaler inai segera ini turun kaler oren, saya topup dengan inai daun.. Saya mahukan inai saya merah2 oren. Barulah gambar kawen lawa! :)


:: Hasilnya. Sangat merah! Suka sangat. Masa ni dah feeling2 gambar kawen mesti lawa! HAHAHAH. Berbaloi RM120 ku :) ::


Akhirnya siap berinai pukul 2 pagi kotttt. Kesian Kak Alia balik lewat. HAHAHA. Nasib baik dia duk Sri Gombak juga. Cuma lain fasa je dengan saya. Saya fasa 7, dia fasa 9. HEHE. Malam tu saya x tdo dekat bilik pengantin sebab takut inai kena dekat cadar. HAHAHA. Jadi saya tdo merata. Kat mana ntah saya tdo, lupe :P


Esoknya, 27.10.2011, hari yg dinanti-nantikan. Majlis pernikahan saya selepas Isyak. Dinikahkan sediri oleh ayah saya sendiri dalam keadaan penuh PILU & KESEDIHAN...

Bersambunggg....


Nota Kaki :

Trial exam dah abes. Masa utk Honeymoon. Yeayyyyy! TQ sayang utk percutian ini. Rasa otak ni lega sket penat2 ngadap buku, ganjarannya p bercuti. Terapi otak namanya tu. HAHAHA.



Khamis, 3 Mei 2012

Kahwin : 26.10.2011, Sehari Sebelum Majlis Nikah (1)



Ok, harini saya nak update pasal perkahwinan saya. Dah setengah tahun kawen baru nak update ke? HAHAHA. Saya buzy la lately T____*. Tunggu softcopy dr OP 2 bulan. Lagi 4 bulan haku busy. Jadik genaplah 6 bulan baru nak update. *PANGGGGGG* HAHAHAHA :P


Entry ni & seterusnya akan menunaikan permintaan classmate ACCA yg mintak saya update gambar2 kawen. Diaorg mintak bawak album ke class. Memang xdapatlah. Berat dollll. HAHAHA. Tapi ada segelintir yg dapat tengok album kawen sbb diorang tengok dekat kereta saya. Saya simpan dalam bonet & sanggup tu ikot saya sampai ke car park! HAHAHA. 


                                             ~~~~~~~~~~~~~


Saya ceritakan ikot flow eh. Dari persiapan, majlis & selepas. Sementara otak saya masih buleh recall balik, saya ceritakan. Saya kawen masa saya sem 1 ACCA (sem lepas). Mesti ada yg tanya buleh ke belajar & pikul tanggungjawab dalam 1 masa? Standard la tu, saya pon naik penat nak menjawab. Ada lagi laser, siap cakap :

        
" Apsal nak belajar tinggi2, degree kau dah ade, pointer pon cantek. Ke dapur jugak tempat kau nanti "   ~~~ ok, ini siot. Mau aku tenyeh2 cili dekat mulut tu.


Saya buat keputusan nak sambung ACCA after date & persiapan kawen dah jalan. Dan saya xrasa menyesal sambung ACCA dan InsyaAllah hujung tahun ni saya bakal abeskan ACCA. Doakan saya dapat abeskan ontime ye :)


Masa daftar ACCA, dapat takwim semester. Saya cek, date saya nikah jatuh masa tengah trial exam. Fushhh panik jap. Fikir2, bincang dengan family, saya decide nak teruskan jugak ACCA. Tak nak quit walaupon ada mencadangkan suruh quit sbb saya dah ada degree dan suruh saya sambung balik ACCA after kawen. hamboiiii banyak chantek kau? HAHAHA. TAK NAK! Aku nak teruskan juga ACCA :)


Then, saya jumpa lecturer personally. Saya mintak amek trial exam awal. So that saya buleh cuti kawen lama. Sebab after trial, cuti sem 1 minggu. Kalau amek trial awal, xyah susah2 nak pk nak study & saya buleh cuti kawen up to 3 weeks. Mana kau nak dapat cuti kawen 3 weeks? Paling koman pon org cuti 2 weeks ;p


Atas sebab2 xbuleh elak, saya dapat amek 1 paper je. Lagi 1 paper, lecturer tu kasik cuti kawen dulu. Naik cuti baru amek trial (TQ Puan Mira). Trial ni bukan ape sangat. Xnak amek pon buleh. Purposenya adalah utk dapatkan feeling before amek final exam & salah satu kriteria utk study grant. Kalau perform, dapat grant. Tak perform, kau bayar sendiri exam fee. HAHAHA. 


Dipendekkan cerita, saya amek trial exam P1, 2days before akad nikah. Gila x? Saya xrasa gila but saya enjoy! Saya sukakan life yg mencabar & xsuka life yg statik :) After pulun trial P1, esoknya baru saya balik Gombak sebab pagi tu masih ada hal di Shah Alam.


Jadi, entry ni saya akan cerita kejadian 26.10.2011, sehari sebelum nikah :). Makkkkkk aih, panjang gila mukadimahnya :P



                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Pagi 26.10.2011, saya ada appointment treatment SPA. Manjakan badan setelah penat buat persiapan kawen & pulun study for trial exam. Saya amek pakej SPA yang ada semuanya. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Full pakej. Puas hati aku dapat manjakan badan! Harga belakang kira :P

Pening gak Kak Elly (owner SPA) nak aturkan appointment dengan saya sebab seminggu before tu mmg saya really busy gila. HAHAHA. 

Saya cakap dengan dia, nak senang, buat semua treatment on 26.10.2011 except for facial. saya dah buat seminggu awal sebab facial kena buat awal2 sebab nanti muka merah2 kesan picit2 jerawat. Tapi tu ikot jenis kulit muka. Muka saya tak bengkak2 or lebam kesan facial pon :)





:: Manicure ::


Pakej saya amek:


1) Manicure
2) Pedicure
3) Facial
4) Body Massage (basic)
5) Hot stone body massage
6) Jakuzi
7) Sauna
8) Mandi bunga
9) Facial (massage face)


Semua sekali dalam RM300 lebih kot. Saya lupa price :P






Sedap gila kot badan after buat SPA ni. Rasa badan makin ringan & bertenaga! Terus lupa semalam aku gila punya pulun utk trial sampai ngantuk2 study :P






Masa tengah buat SPA ni, ada gak sampai tertdo2 aku buatnya. Ngantuk wehhh! Lagipon esoknya nak nikah. Xleh ngantuk2. HAHAHAHA. Part massage tu sedap. Sampai terbelahak aku dibuatnya. Badan banyak gila angin!. Siap je, terus rasa ringan gila badan. 


Facial pon, aku tdo gak kot. Sedap sangat dia godek2 muka aku. Xsakit langsung sbb facial stage ni utk urut2 je. Heavy facial dah buat minggu lepas. Masa buat manicure & pedicure pon aku tdo gak kot? Ntah, pendek kata semuanya masa treatment aku tdo. Sedap sangat wehhhh dapat manjakan badan! :P Rasa satu ganjaran yg bermakna utk badan aku. HAHAHA



:: Mandi bunga ::


Masa tengah buat treatment, ada gak staff situ bagi saya tips rumahtangga. Dan aku applykannya. Hasilnya sangatlahhhhhh umphhhhhh sekali. HAHAHAHA. Mau tips itu? email saya HAHAHA



:: Panjang gila Q! ::


Petang pula saya bergegas amek jubah konvo pula. Konvo saya adalah sehari after majlis bertandang. Konvo dengan fakulti enjin. 4 tahun amek akaun, keluar2, grad enjin? HAHAHA. 4hari sebelumnya, pusat konvo call saya suruh amek jubah on rabu petang. Saya ni jenis kes khas dimana date konvo saya clash dengan date majlis resepsi (nanti saya cerita details masa buat entry konvo ye)


sampai2 je DATC, gila panjang Q. Masa ni hujan turun lebat gile kotttt. saya Q macam biasa, dah 30min Q, xgerak2 pon Q ni? Sama je kedudukan asal saya 30min yang lalu..


tengok2 jam, dah 3.30petang. Haishhh xbuleh jadi ni. Petang ni ada appointment dengan butik pengantin, nak amek baju & fitting for last time. If longgar, mintak fitkan lagi *masa ni yakin gila aku makin mengecut. HAHAHA. Buktinya, yes, mmg longgar pon. Nanti saya cerita part amek baju ye :) Banyak la pulak nak masuk bawah 1 entry :P


Then saya jumpa pak gad yg jaga Q, saya mintak budi bicara nak potong Q sebab saya nak balik Gombak after amek jubah. Malam ni ada majlis berinai & esok saya nak nikah. Dia terus bagi laluan utk saya. Cewahhhhhh tibe2 feeling VIP youuuuuuu :P.


Saya selesai amek jubah dalam masa 10min je after deal dgn pak gad & staff. Siap wish TAHNIAH lagi. HAHAHAHA *thank you :) *


:: Jubah dalam beg pepel tu. Baju2 yang bergantung tu saya dah siap2 iron. Nak pakai masa tengah make up nanti ::



After selesai amek jubah di DATC, saya terus pecut balik Gombak. Ada lagi 2 urusan penting menanti. Amek baju & berinai...


Bersambunggggg.......

Nota kaki :

Ada yg email saya mintak tips macamana buleh kuat sambung ACCA & dah kawen. Siap jadikan saya as diaorg punya idola & mentor. Cetttt. HAHAHA.

Kpd adik2 yg nak kwen & sambung ACCA, saya AMAT galakkan sambung. Kawen BUKAN penghalang. Jgn terikut dgn kata2 org, dah kawen, dapur jugak tempat kita. NO! Itu adalah tanggungjawab. Tanggungjawab & karier is two different things. Jom ramaikan Malay dalam professional ini :)