Ahad, 29 Januari 2012

27.01.2012



Masih mampu mengucapkan ulang bulan kepada pasangan
walaupon suara terketar2 menahan sakit tekak
Terima sayang!
Sungguh ayg terharu tau? :)






p/s : Sekejap je masa berlalu. Kini sudah 3 bulan ku bergelar isteri. Ya-Allah, panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurgaMu & titipkan rasa sayang di antara kami :)



Sabtu, 28 Januari 2012

Hampir Pulih


Saya rasa saya dah sihat & buleh melakukan rutin harian seperti biasa. Tak seperti keadaan hari khamis. Terbaring lesu je. Sungguh, hari khamis tu memang saya terbaring je. Kepala ni gila punya pening. Badan panas xyah cakap la, buleh goreng telur sebiji dua kottt. Muntah? Perit tekak ni asek muntah je. Memang dasyat la keadaan saya ari khamis tu. Lemah sesangattttt lemah. Padahal demam je kot? Ntah mana saya dapat kekuatan, capai kunci kereta, drive ke klinik UiTM dengan keadaan macam tu. Balik2 sampai rumah, elok jejak masuk rumah, muntahhhhhhhhh lagi. Lemah wei, ketarrrrrr kepala lutut ni. Dah makan pon xterdaya, muntah berlambak2, mana kau nak dapat tenaga? Tell Me, Tell Me, tu yang aku terbaring je. Plus Doktor bagi ubat semua stok ubat mengantuk. Lagi ligan tdo je keja aku. HAHAHA. Bangun2 tengok jam, lambat lagi rupanya Incek Husband nak amek T_____T. Pastu sambung tdo balik :P


Hari khamis mmg Dr bagi saya MC. Dia suruh rehat & tdo. Siap xbagi saya p class. HAHAHA. Sebab katanya punca aku demam ni, sebab aku xcukup tdo. Tu yang bagi ubat stok mengantuk. Cettt! HAHAHAHA. What ever la Dr, as long as demam saya cepat kebah, saya xkesah. Sebab next week saya ada test ni.



Hari Khamis adalah hari selebet aku. HAHAHA. Percaya x, masa Incek Husband sampai, saya xtukar baju pon, pakai baju tdo yang sememangnya tengah pakai, capai tudung & sweater. Gila selebet! HAHAHA. Aku memang xlarat nak berdiri lama2 tukar baju. Kemas baju pon main letak je dalam beg. Xbuleh nak bongkok sangat. Nanti pening lagi teruk bila bendalir turun bahagian kepala. Incek Husband amek barang2, aku pegang bantal buat alas dalam kereta, terus balik ke Gombak. Dalam kereta kejap2 terlelap juga la. Sampai rumah, Incek Husband monitor makan ubat & siap2 tdo. Pakaikan saya stokin, selimutkan saya & letakkan kain lembap dekat dahi. Macam baby auwwwww :P. Heh, hari khamis kerja aku asek tdo je ok. Rasa bengap pulak otak ni tdo lama2 T_______T


Harini, saya rasa dah ok sket, Incek husband pulak demam. Heh, penyakit berjangkitkah? :P. Terus cancelkan planning kami nak ke Ipoh minggu ni. Dah 2-2 xsihat kan, nak berjalan hapenya. muntah dalam kereta jawabnya kang. HAHAHA


"Abg ingat nak jaga ayg sbb ayg xsihat. Tapi ni tengok2 ayg yg jaga abg "


"Xpelah sayang. Ayg sakit pregnant esok2, kot2 sickness terlampau teruk ke, abg la yg jaga ayg. Ayg yakin mesti ayg terbaring lesu time tu. Sebab ayg kan antibodi lemah. Demam sikit dah xlarat nak p class" *air mata dah mengalir dah time ni. Aku kan hati tisu :P

"Ayg jgn cakap macam tu, sakit ni kan penghapus dosa blaaaa blaaa "

Hikkssss :P



Sekarang saya tengah study sorang2. Incek Husband ada program dekat Masjid Melawati. Tengah malam kang baru balik. Study bertemankan air kelapa & air yakult yang dia belikan tadi la jawabnya :P

Sayang, cepatlah balik................ Jgn lupa Air 100plus ayg :)



Nota Kaki :

Heidi, sorry N xdapat p cls. Xtau kenapa tbe2 demam. Padahal sebelum tu dah set time nak p cls sama2 pukul berapa. Kesian Heidi p cls sorang2 kan. Heeeee mesti rindu kita kan? HAHAHA. Esok N p cls macam biasa :) Pukul 7.30pg N amek Heidi depan Jakel eh. Macam biasa :)






Khamis, 26 Januari 2012

Menunggu


Arini saya demam & seharian xp class T___________________T

Ketika ini, Saya sedang menunggu Incek Husband datang amek

Dan kereta saya akan ditinggalkan di Shah Alam

Saya nak balik, tapi xlarat nak drive T______T

Pagi tadi p klinik UiTM pon menggigil-gigil kaki ni nak pijak pedal

pastu benti kejap tepi jalan sebab kepala melayang

Gila gamble! Nasib baik xada apa2 yg buruk berlaku. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur



Saya pon xtau kenapa demam tibe2 ni

Tapi pagi tadi lagi dasyat, bangun2 tido, terus muntah T___________T



Tadi Ayie tanya saya :


" N, kenapa ko tibe2 demam teruk ni? Semalam ok je. Pembawakkan budak kot? "

GLUPPPPPPP!!


OK bai, aku xnak jawab soklan tu, aku nak sambung rehat. Kejap lagi Incek husband datang tapi barang xkemas lagi. Bagus! :P






Ahad, 22 Januari 2012

Baucar Buku



Buku P3 ( Business Analysis) RM 180
Buku P7 ( Advanced Audit & Assurance) RM 180

Total, RM 360


So, RM 200 guna baucar
RM 160 guna cash


:: Siapa student UiTM, buleh dapatkan baucar di Zon Kewangan Fakulti masing2 ye :) ::



kalau tak, RM 360 pakai cash *pengsan*
ni baru buku je ye. exam fee semua mak nenek xtermasuk lagi
zaman degree pon xsemahal begini
huhu



Ape2 pon, dengan adanya baucar ini, lega sket
Alhamdulillah, untung jadi student yek
banyak privilege ko buleh gain
kalau tengok wayang, cube tunjuk student card ko
confirm dapat diskaun :P
camtu sampai bebila aku nak jadik studentla :P



jelessssss dengan Ayie & Hawa
sebab depa siap shopping sakan dekat bookstore sbb nak utilise baucar
amek klip kertas yg comel, highlighter yg warna warni, ring2 n etc
jadik Orang Kaya Baru derrrr
HAHAHAHA





Alhamdulillah dengan rezekiMu ini :)



Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Malam



Sebelum tdo, kami akan salam & minta maaf utk sepanjang salah silap hari ini
*mmg sebelum bertunang lagi Incek Husband ajar buat begini*
dan akan dibalas dengan kucupannya didahiku :)
lalu ditariknya comforter agar menutupi badanku
supaya tidak kesejukkan ditengah malam dek kerna air cond
terima kasih sayang atas keperihatinanmu :)


************


Ya-Allah, Titipkanlah rasa sayang dihati kami
agar dapat terus beribadat kepadaMu
sungguh, aku bertuah dipertemukan insan ini dalam hidupku
insan yang akan membawa & memimpinku ke SyurgaMu kelak, InsyaAllah



semoga malam ini adalah malam yang panjang buat kami :)
Selamat Malam Dunia!




Khamis, 19 Januari 2012

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar


Ni aktiviti masa cuti sem baru2 ni ye :)


:: Steady gileee ok masak kulit kuih ni. Padahal jantung dupppp dapppp dupppp dapppp sebab Mak mertua ada kat depan dapur masak neh. HAHAHAHA :P ::



:: Lepas tu tukar pula, mak mertua masak kulitnya, saya gulung. Incek Husband request nak inti gula. Xnak kelapa. Ohhh bahiklah sayang. Isterimu ini TAK PERNAH tolak permintaanmu *muntahhhhh, HAHAHA :P ::

p/s : jgn tanya tau mana kami beli "tudung pink" ni kat mana. HAHAHA

yes, sila jgn gelakkan saya. Dah kawen pon masih pakai t-shirt cartoon. Saya memang banyak koleksi t-shirt Disney. Mickey mouse la, Pooh la,katak la. Sampai Incek husband pon gelak tengok t-shirt2 saya. Hehh dia ni. Pukkkk kang :p

until now, saya masih xreti pakai kain batik dirumah mertua
kalau reti, mesti dah macam perempuan melayu terakhir kan?
*muntahhhh ijoooo la :P

:: Rupanya senang je buat kuih ni. Hehe. Mak, bila kita nak buat kuih koci pula :) ::
*dah makin kamceng dengan mak mertua di dapur :)


:: Close up. Gini ye cara gulung dia :) ::

:: Saya buat banyak sebab hantar dekat parents saya sikit. Ewahhhhh macam xpercaya je aku yang masak kuih nih :) ::


:: Ok dah siap. Sedia utk dibahammmmm. HAHAHHA. Licinnnnnnn ok kuih ni. Mesti sedap kan air tangan Puan stoberi kita ni. * Okkkk muntahhhhh lagi. HAHAHHA




saya panggil kuih ni kuih ketayap.
xtau la tang mana kuih ni pakai ketayap (songkok)
HAHAHHAHA



Tapi family mertua panggil kuih dadar
mungkin sebab kulit dia masak seperti telur dadar kot? *aku agak la
anda panggil kuih apa?



btw, seronok rupenya masak2 ni
kalau saya tau, masa anak dara lagi rajin masak
HAHAHAHA
Mak, bila kita nak buat kuih2 yang lain pula?
Mak mertua saya ni pandai masak ok
tanya je masak ape, gerenti buleh
cuba tanya aku? hampehhhh la jawabnya
HAHAHAHA



sekarang saya dah pandai masak :) *Ehem2 :P
tapi,masih belajar tentang alam rumahtangga ini
Incek Husband kata xpe xpandai masak pon
janji ada NIAT nak BELAJAR masak
tu yang ari2 eksited nak try menu baru
sampai Incek Husband makan pon bertambah-tambahhhh :)
seronok je saya tengok dia berselera :)
bila berselera,tu yang eksited nak masak
end up, masa aku banyak abes dekat dapur je
sebab dok try , menu baru
HAHAHAHHAA



Eh, aku post entry makanan, aku sendiri yang laparrrrr
padahal pukul 5pagi tadi dah sahur
Gurlpppppppp!
*tengok jam, bila nak buka puase :p




Nota Kaki :

Hujung minggu ni Honeymoon lagi. Yahooooooo! Saya cuti 6 hari ok :)


Isnin, 16 Januari 2012

Rindu Moment Bersama



~ Rindu nak siap2kan Incek Husband

~ Rindu nak tengok Incek Husband bersiap ke office

~ Rindu nak buatkan Incek Husband breakfast

~ Rindu saat Incek Husband pergi & pulang dari kerja
*saya salam tangan dia & beliau akan kucup dahi saya. Auwwwww :p*

~ Rindu nak jadik suri rumah sepenuh masa lagi. Bila nak cuti sem neh? :P




Arghhhhh pendek kata setiap detik saya rindu perkara bersama kami lakukan!

T____________________T


:: Rindu dekat pemilik baju neh. HAHAHA :P ::


Cepatlah hari Khamis
Sebab hari Jumaat aku tak ada class
Kahhhhh Kahhhhh Kahhhh


Sayang, Jom p holidayyyy :)
Kita Honeymoon lagik :)
* Ntah berapa kali dah p honeymoon neh :P*




Nota Kaki :

Errr ramai suruh aku update life after kahwen ni secara kencang. Adoiiiiii tengokla nanti. Aku dah start sem la. Busy kotttt. Ni pon rasa macam nak tutup blog. Boleh? HAHAHA *Matik kena lempang dengan best friend aku, Cik Naimah kita, hikkk hikkk. Tumpang lalu Ain :P



Isnin, 9 Januari 2012

Geng Marhaban






Cuti sem baru2 ni saya join Mak p Marbahan

isi masa terluang la kononnya :p

Macam xpercaya sejak kawen ni aku join aktiviti mak2. HAHAHA

Dulu kemain malas :p





  • Dulu xsuka memasak, Sekarang, tetiap hari nak try menu baru :)


  • Dulu xsuka join marbahan, nampak mcm utk org berumur. Sekarang aku yang gila nak join :)




Haishhhh ini semua sebab dah kawen, aura kawen kononnya :P. Dah masuk kategori mak2. HEHE. Betulla kata org, sebelum kawen, gila babeng punya malas nak buat itu ini. Tapi after kawen, kita akan rela utk membuat sesuatu yang kita xsuka. Kannn Kannn Kannn. Ini namanya tekanan semulajadi HEHEHE





InsyaAllah saya akan terus mempelajari ilmu rumahtangga ini. Semoga ianya terus subur sesubur ikatan cinta kami. Ewwahhhh Kau neh N. HAHAHA





Ok, saya nak bersiap p class :)





Wallpaper

wallpaper MacBook Incek Husband






ni gambar masa Honeymoon :)

tak sangka pulak dia buat wallpaper. hikk hikkk :D









Ahad, 8 Januari 2012

Diari Hari Ini


  1. Daftar subjek di fakulti
  2. Urusan di Pejabat Pos
  3. Transfer money
  4. Buat debit card
  5. Amek kad pintar nikah
  6. Mengemas rumah sewa

Sekarang aku dah start sakit pinggang. Menyental tak ingat kan, hambek ko N! Ni saya baru lepas mandi & online kejap sementara tunggu washer mashine siap basuh baju2 aku. HEHE

Malam kang nak iron semua baju kurung saya. kang nak p class senang. Pilih je nak pakai baju ape :)




Rabu, 4 Januari 2012

24 Tahun.



3 jan 2012, genap 24 tahun aku masih bernafas di bumi Allah ini


Alhamdulillah.. :)






Tapi tahun ini pertama kalinya aku menyambut sebagai isteri. Rasa lain gila ok. Malam 3 jan, Incek husband wish gila babeng punya lawak. Sumpah saya nak gelak bila ingat balik. Rugi xrekod detik peristiwa lucu tu. HAHAHA.



Hajat dihari ulang tahunku? Ehem2, mana buleh bagitau. Rahsiaaaaaaa HAHAHA *panggg doploh das :P Cuma saya berdoa dipanjangkan umur agar SEMPAT membalas jasa ibu bapa saya & terus menjadi isteri solehah buat suami tercinta :)



Tiada sambutan berunsurkan kek dihari lahirku sebab aku dah muak makan kek. Cuma aku mengidam (mengidam?) nak makan char koteaw special (Incek Husband kata sedap & terkenal area Gombak). Tapi hampa sebab kedainya tutup. Sampai sekarang aku masih teringin. HUHU




p/s :



1) terima kasih pada yang wish :)


2) Happy Birthday kepada diri sendirik. HAHAHA