Khamis, 27 Disember 2012

30weeks : Beli barang Baby :)


Alhamdulillah harini genap 30weeks. Lagi 10weeks nak jumpa si budak tecik ni yang aktif sesangat lately. HAHA. Sekarangkan, dah start kena kira pergerakkan beybee, bermula 9pg-9malam. mesti kena cukup 10kali. Tak cukup, kena terus p hospital. Tapi saya rasa lebih kottt. Start je Dr suh start kira masa last check up, makin aktif pulak si kecik ni kick2. Herot berot perut Bonda nih tau, hehe ;p

Haishhhh indah betul perasaan ketika preggy ni. Saya rasa seronok. Rasa tak puas dah kendong selama 30weeks. Rasa macam baru je buat UPT, HAHA. 

Oh, since dah nak almost 30weeks, last weeks kami p shopping barang beybee. Semuanya saya rasa nak beli tau sebab comel sangat2 bila pegang barang2 beybee ni. Comel tak terkata! Main angkat, belek, masuk trolley, bayar, pastu gigil dekat kaunter sbb total amount semua barang beybee almost RM1k. hambekkkk ko, shopping tak ingat kan :P

Kami beli yang basic je dulu. Yang betul2 nak pakai masa pantang. Baby cot beli kemudian sbb masa dalam pantang nanti beybee akan tdo sebelah kami. same goes to stroller, tak kan masa pantang kau dah nak ukur jalan kan, kena beduk dengan Mak sia2 je, HAHAHA.




Cap pilihan Incek husband. Dia kata comel sangat
eh aku ingat aku je yang over bab2 comel ni,
sekali dia pon sama, HAHA


Mittens & booties pon Incek husband pilih
semua yang comel2 dia sapu letak dalam trolley. HAHA

Ni belom abes shopping lagi ye,
KAHH KAHHH
banyak gile kot kiteorang beli
yela tak ada barang beybee lagi kan,
so semuanya kena beli baru

Muka ada banyak senyum walaupon poket melecettt.
HAHA

balik2 rumah, keluarkan semua barang,
pehhhh inilah hasilnya :D
banyak jugak yang kami beli
ingatkan tak cukup, tapi lebih dari cukup dah kot

saya berpantang di rumah Mak saya
ada maid yang akan jaga
kemungkinan juga nenek saya akan datang juga tengok2 saya
bukan dia jaga, tapi dia cuma pantau jela
mana boleh makan, mana tak boleh n etc
gituuuu...ni kan cucu sulung mak saya
jadi mungkin mak tak berapa biasa lagi :)

Botol susu kami beli tak banyak mana pon
sebab aritu saya p breastfeeding talk
Dr tu kata, botol baby pakai selama 3 bulan sahaja
pastu buang sbb baby boleh kena kanser
same goes to puting, hanya utk 1 bulan je
take note ye kawan2 :)

minggu lepas saya dah start mendobi semua baju beybee
comel je bila basuh, sidai & lipat baju dia
kadang aku rasa tangan aku lagi besar mengembang dari baju2 beybee
HAHA



Sepanjang lipat ni, asek senyum jeeeee
comel sangat baju2 beybee ni,
geram sungguh aihh aku :P

Semalam saya dah sediakan beg hospital
walaupon lagi 10weeks,
mana tau kuasa Tuhan, turun tanda nak bersalin,
tak ke haru baru nak packing baju semua?
Prepare awal2 ni, much more better la
lepas ni leh prepare mental & fizikal nak menyambut orang baru
InsyaAllah, moga2 dipermudahkan :)

tempat berpantang pon kami dah setting. Saya akan pantang dalam bilik bawah. Mak tak kasi pantang atas dalam bilik kami sebab katanya banyak turun naik tangga, bahaya. Orang pantang kena duduk banyak berehat. Hadoiii tak tau la aku pantang nanti macamana. Mesti bosan gila duduk sesaje. Tak produktif rasanya. Tapi demi kesihatan, aku cuba PAKSAkan diri :P


Eh dok sibuk sediakan barang beybee, barang pantang aku tak beli pon lagi, KAHHH KAHHH. Haritu nak beli right after beli barang beybee sbb malas nak kuar banyak kali, Incek husband kan tengah sibuk, susah nak ada masa terluang. Baru nak siap2 beli set berpantang saya, ada orang call nak mintak tolong Incek husband. Adoiiii tak apelah sayang, p la tolong pakcik tu dulu, ayang bukannya nak bersalin esok lusa dah *sedapkan hati*. Hujung minggu ni kot nak p beli, tu pon kalau dia free la. Ikotkan hati, nak je saya p sendiri tapi Mak mertua tak bagi. Katanya dah sarat2 ni, jangan keseorangan. kang jadi apa2, susah. Ohhh bahiklah Emak :)


Doakan saya selamat & dipermudahkan segalanya eh. takut pulak dah hujung2 ni. Walaupon lagi 10weeks, pejam celik pejam celik dah sampai masanya kena sorong ke Labor room. HAHA. Sekarang ni saya masih study lagi nak bersalin dekat mana. Tapi setelah di short listed, pilihan kami ialah :

1) Gombak Medical Centre (GMC)
2) Hospital Selayang


masing2 ada kelebihan & keburukkan. Tapi sakit bersalin sama je, kat mana pon kau bersalin, sakit tetap sama. Adoiiii confius mak. HAHA




3 ulasan:

Aeen berkata...

baby gurgurl ek anne....hehehe....best kan beli brg baby...best jgk kuar duit...hahaahah....mase 1st time basuh bju bby syok je kn...serius aku rindu gila moment time pregnant ni..huhu..

StrewberiManis =) berkata...

most probably gurl kot :)

tau xpe, comel je barang2 baby. Geram! rasa asek la nak membeli. Semua yang comel2 aku rasa nak capai. HAHA

cenderamata dari hati berkata...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

maaf tumpang iklan

(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)