Ahad, 16 September 2012

Kahwin : Majlis Akad Nikah, 27.10.2011


Ok, dah 11 bulan nikah baru nak upload gambar kan. Gile sengal Puan Stoberi ni :P
kalau dah pregnant masa tu, tinggal masa nak masuk labour room je :P

rasanya masih tak ketinggalan saya nak update entry nikah ni
since ramai my friends yang dah tahap nak tarek rambut saya HAHA
sebab asal dorang tanya " Bila nak update? "
mesti saya jawab " nantilah, aku sibuk " ~ Ntah ape yang sibuk xtau la :P
so, doploh kali jumpa, doploh kali persoalan & jawapan yg sama
tu yg macam nak tarek rambut haku. HAHAHA


Bahiklah, mari mulakan. Tapi ada beberapa point saya nak highlightkan :

1) Entry ni penuh dengan gambar. Saya malas nak buat by part sebab akan tahu lepas ni akan xada masa juga. Nanti kena tarek rambut lagi, gugur ah rambut haku siapa nak ganti? HAHAHA

2) Ada gambar saya rotate, tapi bila upload sini, jadi macam xrotate. jadi, sila bersedia utk telengkan kepala. HAHA :P

3) saya ada konflik dgn MUA sbb dia nak cukur kening saya, tapi saya xnak. Last2, dia lukis dan kemaskan je. Seolah-olah macam cukur, tapi tak. Sebab kening saya halus. Senang nak mengaburi mata orang. HAHAHA

Ok, meh start.... Biarkan gambar bercerita ye..


saya di-makeup-kan seawal selepas maghrib sebab akan dinikahkan selepas Isyak 

Smart kan inai saya. OP saya kata kemas & warna dia naik dalam gambar & album. Sangat cun! :) Suka sangat


kening saya macam cukur kan? Tapi sebenarnya MUA hanya lukis & kemaskan je :)


Gambar tunang as wallpaper. 1.1.2011. 10 bulan je bertunang :)


Tudung bawal ni saya punya. Memang standby nak pakai bawal. butik ada bagi tudung awning tapi saya tak nak pakai. 

perasan tak baju saya besar? Macam globong sket. Saya diet gila2 punya. Sampai dah fitting baju 2weeks b4 majlis, baju still besar :P

kan, nampak tu besar? MUA saya pinkan dekat belakang. Adalah dalam 3inci. Dah pin pon nampak besar sket gak sbb saya mintak xnak pinkan fit2

muka gembira akan dinikahkan! tapi kejap lagi banjir dalam rumah T______T





Ayah nak nikahkan sendiri. Dengan lafaz nikah ini, tepat 9.32 malam 27.10.2011, saya sah menjadi isteri kepada Incek husband. Gembira dalam sedih kau! :)

Masa ni happy lagi, tapi start je saksi kata SAH,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Drummmmmm, ayaq mata mula mengalir. saya cuba tahan, tapi tak terdayaaaaaaaaa.
Air mata pertama setelah sah bergelar suami isteri

ingatkan lepas baca doa, dah cool down, tapi ai kan hati tisu.
bila ayah buat ucapan dia,hujan lagiiiiiiiii T________T


tak tahan dengan pesanan ayah. Sedih sangat
saya tahu, ayah mesti sedih nak lepaskan anak perempuan sulung dia
saya nampak raut wajah ayah agak sebak, muka merah tapi air mata xturun
tapi mak, dah sedu sedan dah...
saya ni xleh tengok org nangis, akan nangis juga
T____________T

Mak ayah, walaupon N dah kawen, N tetap anak kalian.
N tetap akan menjenguk kalian
kalau buleh, nak duduk je sekali dengan Mak ayah sebab sedih nak berpisah
T__________T

Antara pesanan ayah yang sempat saya dengar tadi melalui video :


Kepada anakanda Nur Hannah, ayah iaitu saya dan Mak telah mendidik yang termampu untuk anakanda dan kami harapkan apa yang telah dibekalkan selama ini jadikan ia sebagai panduan & tauladan menjalani hidup baru & mulai saat ini ayahanda secara rasminya menyerahkan hak penjagaan kepada anakanda Fauzy, & mulai saat ini, taatlah kepada anakanda Fauzy selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak & dalam masa yang sama, hormatilah kami, kedua ibu, kedua bapa.


Sebelum ini, ada seorang ibu bapa, sekarang ada dua ibu bapa, & hormatilah kami & hormatilah juga org tua, guru2, para pendidik, InsyaAllah hidup akan berjaya & akhir sekali pesanan ayahanda, walau sibuk sekali manapun, jangan lupa/ tinggalkan solat. Itulah senjata terakhir yang kita ada di zaman akhir zaman ini. dengan solat & berdoa kepada Allah SWT, kita akan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.


Pesanan yang ringkas dan padat. Tapi cukup bermakna bagi saya. 

InsyaAllah ayah, N pegang pesan ayah sehingga nafas terakhir N. terima kasih selama 23 tahun ini mendidik N dengan penuh kasih sayang & cukup segalanya. N bersyukur adanya ayah mak yang N kagumi selama ini. InsyaAllah, Mak Ayah adalah role model terbaik utk N!

*tengah taip ni pon saya sebak & dah menitik pon air mata atas keyboard ini. Sedih sangat

tengok, tengah setting nak bergambar dekat mini pelamin pon menangis lagi T____T

Eh patutnya b4 gambar ini gambar penyerahan mas kahwin. Saya lupa nak upload. HAHA


kucupan pertama yang halal. kini dialah imamku. Terima kasih Ya-Allah

After 8years, kini SAH sebaga suami isteri :)

ntah apa Incek husband cakap dengan mak, mak sebak lalu menangis. Saya dekat sebelah nak meleleh. tak pikir dah make up rosak ke tak sebab dah banyak kali ayaQ mata menitik. HAHA


Abg Halim kata, masa dia edit video, dorang pon nangis bila dengan ucapan Ayah & Incek Husband. katanya kami client pertama  buatkan dorang menangis masa tengah edit video. HAHAHA

tak leh nak pandang mak. Sebab mak nangis beriya, jadi saya pon akan menangis bila tengok mak nangis T______T

rosak aihhhhh make up den. HAHA. Yang pakai tudung pink tu, BFF saya. Hai Naimah :). Dialah sepatutnya jadik pengapit saya tapi tak jadi..

Lovely housemate. Thanks for coming sayang :) Dari Shah Alam datang sampai tersesat ke Pasar Borong Selayang. HAHAHA

Parents saya. Sayang Mak Ayah! :)

mertua saya :)

salam dengan parents bila tetamu semua dah bersurai sebab ayah saya susah nak tengok dia free. So, Abg Halim (OP) suruh salam mana yang ada dulu.


Ayah sebak sampai tak mampu nak kata apa2 T____*
Ayah tak cakap apa2 lagi, tapi saya yang banjir dulu T______________________T






gadis kimono yang kekok nak lentik2 kan jari. HAHA. Mujur OP saya bagi guide. Thanks Abg Halim! :)




kejap, nak tengok gambar PALING AYU tak?
HAHAHAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 terimalah seadanya :D
.
.
.
.
.
.







kes sayang nak buang make up after selesai majlis nikah. HAHAHA.
lepas capture gambar ni, jenuh tenyeh muka dengan wet tissue 2 pack!
xsangka MUA ni 'conteng' muka aku begitu dasyat sekali T_______*

tapi kan, lawa kan make up dia. Saya suka :)



Alhamdulillah selesai majlis nikah dalam suasana yang sederhana tapi meriah..
terima kasih pada yang sudi hadir pada malam nikah
Maaf kalau tak terlayan. Sesungguhnya kekurangan datangnya dari diri saya sendiri

harap kalian doakan rumahtangga kami ini kekal sehingga ke syurga
dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah...



p/s : ada masa nanti saya update majlis resepsi & bertandang pula ya...

ok, saya ada keja nak buat kejap.. jumpa lagi next entry :)






4 ulasan:

naimahisemaail berkata...

Salam Anne..selamat ulangtahun perkahwinan per-1 yang bakal menyusul..tahniah kalini sambut aidilfitri and ulangtahun bertiga kan?kan? ;).. ak sebak baca tang amanat ayah mu tu.. haish.. insyaallah aku yakin poji akan bimbing and jadi imam yang baik untuk ko n family..u'll always be a good daughter, wife and mother!

StrewberiManis =) berkata...

Naimah :

salam ain :)

terima kasih atas ucapan in advance kamu tu
terharuuuuu beb! :)

InsyaAllah, doakan yang terbaik utk kami & rumahtangga kami ye..

rindu la kat ko. Lama kot xjumpa T______*

zuaza berkata...

hi puan ann..lme x dgr cte..pekhabar skrg..bile nk ade bdk kcik..:)

StrewberiManis =) berkata...

zua :

Hye :)

sibuk la, tu yg lama xdgr cite kihhh kihhh

Alhamdulillah sihat je
budak kecik? Otw kot. HAHAHA