Sabtu, 18 Ogos 2012

Ramadhan yang Pertama..





  • Ramadhan yang pertama sebagai suami isteri yang sah dan halal.
  • Ramadhan yang pertama dapat berpuasa penuh, Alhamdulillah. (penuh? Aikk? ;p)
  • Ramadhan yang pertama dapat solat terawikh penuh, Syukur nikmat.
  • Ramadhan yang pertama masakkan sahur dan berbuka utk Incek Husband
  • Ramadhan yang pertama khatamkan Al-Quran *b4 ni mesti xabes 7 juzuk sbb period seminggu. HAHA
  • Ramadhan yang pertama bermarathon mencari Lailatul-Qadar. Sungguh2 mencari sampai demam seminggu! HAHA

*..dan banyak lagi tapi malas nak taip! haha :P


Ya-Allah, ku harap ini bukanlah ramadhan yang PERTAMA dan TERAKHIR (sbg suami isteri) buatku. Panjangkanlah umurku agar dapat bertemu dengan ramadhan berikutnya. 

Tapi andai telah tersurat umurku tidak panjang, angkatlah darjat segala ibadatku selama ini Ya-Allah. Amin.


P/S :
1) Tahun ni saya rasa ramadhan sangat singkat. Apakah tanda dunia hampir kiamat? 

2) Esok insyaAllah akan menyambut Syawal di rumah mertua dulu. Alaaa rumah kami dekat. tengahhari kang nak balik umah parents saya pon buleh. HEHE

3) Tahun ni baju raya kami re-cycle baju nikah & baju nak-pakai-masa-tunang-tapi tak-jadi-pakai. HAHA. Plus saya up lagi 2 jubah & 2 blouse. Jadi, baju raya saya 6 pasang! Wohoooooooo :D

4) Sekarang pukul 1.15pagi. Saya nak iron baju raya sat. Baju melayu Incek husband dah iron, tapi saya punya belum lagi! HAHAA




2 ulasan:

Mimi Ariff berkata...

Dah cmfm dah ni hihi

StrewberiManis =) berkata...

Mimi :

eh2 confirm ape pulak ni mie? :D