Rabu, 9 Mei 2012

Kahwin : 26.10.2011, Sehari Sebelum Majlis Nikah (2)


Ok, sambung entry sebelum ni..

After abes buat SPA & amek jubah konvo, saya terus pecut balik Gombak..
tak fikir benda lain, cuma fikir amek baju & berinai..
punyalah tak sabar nak kahwin. HAHAHA :P


Oh ye, masa buat massage kan, Staff tu kata badan saya lembut macam atlet gimnastik tu
Aku? gelak gileeee kot. Xsangka ada org kata badan saya lembut HAHAHA :P
sebabnya masa dia urut, dia kata kulit saya lembut, macam baby
senang nak urut kulit jenis saya ni. Dia lipatkan kaki saya, saya ikot je..
setengah org, dah terkocoh2 "aduhhh aduhhh". HAHAHA


Ok, baik to main story, balik je Gombak, saya balik rumah dulu. Solat Asar. Lepas solat baru  ke butik amek baju. Masa ni saya SMS Incek Husband suruh ke butik juga utk test baju...


:: Abaikan muka penat saya tu. Last week fully busy. This week, Mon, prepare for trial exam. Tue, trial exam. Wed, SPA & amek jubah. Thu, Nikah. Cukup buat badan aku yg lembik ini bertambah lembik :P


Seperti yg dijangkakan, mmg baju LONGGAR. Saya xtaulah tailor tu maybe besarkan setengah inci dari ukuran sepatutnya or badan saya mengecut. Tapi kalau nak kata tailor tu besarkan sikit, xkan setengah inci pon  kesannya AMAT ketara? Saya syak saya diet habis-habisan utk minggu terakhir bergelar anak dara ini. HAHAHAH..

Penat buat persiapan plus stress trial exam, mampu buat saya tak berselera tengok makanan. Akhirnya baju saya LONGGAR gileeee kot. HAHAHAHA. 


 :: Incek Husband sedang try baju majlis resepsi ::

 :: Arghhhhhh Incek Husband suka buat muka penyet macam tu tau. HAHAHA. Kami try baju je. crown2 xyah la. Bukannya crown pon buleh gemuk or kurus. HAHAHA. Tudung mmg butik bagi tudung awning. Tapi saya xpakai. Saya pakai tudung bawal sendiri :) ::


Masa ni Incek Husband masih xsihat. Demam. Suara  pun terketar2 sebab sakit tekak. Asal cakap banyak sikit, batuk. Haishhhhh saya risau dia xbuleh sebut akad nikah dengan lancar mlm esoknya. Ya-Allah, permudahkanlah urusan kami...

 :: Barang sewaan kami ::

 :: checklist dari butik. Sama macam checklist saya. Bermakna tak ada baju / aksesori yg tertinggal ::

Ok, checked, dah buleh kawen! YEAYYYYYYY :P 

 :: Baju nikah, baju majlis resepsi & baju persalinan ::

:: Asalnya kain ni nak buat baju nikah. Tapi ada sebab xbuleh elak, saya jadikan baju ni as baju konvo :) ::


After selesai urusan di butik, saya balik rumah. Masa tu dah nak dekat magrib kot. Then sampai2 rumah, ada team tengah pasang mini pelamin & hias bilik pengantin. Saya amek pakej yg sama dengan butik baju tadi. Malas nak deal dengan banyak tangan. Takut kaler tone xsama. Dah jadik party harik jadik budak2.So colourful! HAHAHA

 :: Keadaan bilik lepas di hias. Tapi tak bukak lampu tepi katil nunn ::

 :: okay, dah bukak lampu. Lagi seblah xnampak la pulak :) ::

:: Cupcakes 1st batch, 500pcs. Another 3 batch baked on esoknya :) ::

 Pastu saya ke rumah aunty Tini. Jiran saya merangkap wedding planner saya. Dia yg tolong gubahkan hantaran, buat cupcakes for doorgift majlis resepsi, kek kahwin dll. Pendek kata beliau sangat membantu kami!. Maklumlah ini kali pertama family kami buat kenduri kawen. Alhamdulillah, dapat jiran yg very helpful. Thanks a lot Aunty Tini & Family :) ::

:: In the making of cupcakes :) ::

:: Errr  again, lupe nak bukak lampu. HAHAHA ::

Turun2 bawah, mini pelamin dah siap pasang. Mini pelamin ini just for akad nikah. Simbolik kepada rumah ini adanya kenduri kahwin. Sebab saya bersanding di dewan. Pelamin semua dekat dewan. Kang kosng je rumah without pelamin, macam dull la pulak. Kang org tanya;

" Eh, rumah ni macam xde kenduri kawen je" HAHAHAHA

Sepanjang petang ni, ada kawan saya datang. Datang lepak & tolong2 mana yg patut. Since banyak yg dah settle, kami duk borak jela. HAHAHA. 

Masa magrib, saya mandi & solat. Rasa xpercaya esoknya saya akan dinikahkan dan tamatlah riwayat sebagai anak dara. Kehhh kehhh kehhhh. Masa ni mulah lah feeling pengantin baru sebab saya duduk sorang dalam bilik pengantin, siap dihias, sejuk air cond, wangi (ada freshener yg automatic spray within 25min tuuu), Fushhhh indahnya perasaan ini! Tibe2 rasa, cepatlah masa berlaluuuuuuu. HAHAHAHA *PANGGGG*

:: Abaikan kotak2 belakang tu. Nak di bawa ke dewan. Abaikan juga seluar katak tu :P ::

Lepas maghrib, kawan2 saya makin ramai datang. Saya layankan jela sebab saya berinai after Isyak. Solat siap2 senang. Lepas pakai inai, buleh terus Bummmmmm ZZzzzZzzz. HAHAHA. Kak Alia sampai pon dah dekat pukul 10mlm. Sangat cantikkkk la tu. Ada masa saya layan kawan2 saya :)

Masa Kak Alia datang, tengah pakaikan inai dekat kaki, Kak Erny, MUA saya call, cakap dia dah nak sampai rumah saya, cuma xtau lorong mana. Aikkkk bila pulak dia buat appointment nak jumpa ni? Nasib baik mlm ni tu saya free. 

Dia cuma nak discuss harga add makeup sebab saya add  make up di dewan *later saya cerita di entry majlis resepsi*. Sambil2 tu dia tgh mencari rumah saya supaya xsesat esoknya. Ohhhhhh. HEHEHE.

Jadi, mlm tu perbincangan make up sambil berinai la jawabnya. Kaki & Tangan julur ke depan, muka paling ke kiri sebab nak discuss dengan kak Erny. HAHAHA. Lenguh plus lemas ok duk statik selama 4 jam ni. Saya dah biasa bergerak & busy buat kerja. Bila duduk saja macam ni, saya cepat bosan..


Saya amek inai yg segera. Inai dari India. Mmg gelap kalernya. Cantik. Jari saya sampai hitam2. Tapi dah kata inai segera, macamana dia datang, macam tu la dia pergi. So, saya SMS Shima (sedara) mintak tolong maksu(Mak dia) bawakkan inai dari rumah dia. Rumah dia ada pokok inai daun. Merah memang merah la, kata inai pokok.  Tapi saya standby je. In case esoknya kaler inai segera ini turun kaler oren, saya topup dengan inai daun.. Saya mahukan inai saya merah2 oren. Barulah gambar kawen lawa! :)


:: Hasilnya. Sangat merah! Suka sangat. Masa ni dah feeling2 gambar kawen mesti lawa! HAHAHAH. Berbaloi RM120 ku :) ::


Akhirnya siap berinai pukul 2 pagi kotttt. Kesian Kak Alia balik lewat. HAHAHA. Nasib baik dia duk Sri Gombak juga. Cuma lain fasa je dengan saya. Saya fasa 7, dia fasa 9. HEHE. Malam tu saya x tdo dekat bilik pengantin sebab takut inai kena dekat cadar. HAHAHA. Jadi saya tdo merata. Kat mana ntah saya tdo, lupe :P


Esoknya, 27.10.2011, hari yg dinanti-nantikan. Majlis pernikahan saya selepas Isyak. Dinikahkan sediri oleh ayah saya sendiri dalam keadaan penuh PILU & KESEDIHAN...

Bersambunggg....


Nota Kaki :

Trial exam dah abes. Masa utk Honeymoon. Yeayyyyy! TQ sayang utk percutian ini. Rasa otak ni lega sket penat2 ngadap buku, ganjarannya p bercuti. Terapi otak namanya tu. HAHAHA.



Tiada ulasan: