Isnin, 12 Mac 2012

Menantu Penakut :P


Ngehh Ngehh tajuk entry tu memang ditujukan dekat I pon. HAHA. Gile la aku ni, dah kawen pon masih takut2 dengan mertua. Padahal mertua sporting gile kottt. Kalau bercakap, kemain rock okeh. "aku kau" ye. Tapi saya xla bahasakan "aku kau" dengan mak mertua jugak. Kena sepak naye je. Amek exam ACCA kat spital la jawabnya. HAHAHA

*dengan menantu & anak2 semua mmg mak akan ber "aku kau" juga. Mula2 aku kekok jugak sebab dengan mak sendiri " Mak & N". Ntah la, maybe org melaka kot. Dah N ko jangan nak ngade2 xbiasalah ape la. Lempang kang tau la, dah kawen ni bawak2 la belajar adat belah mertua *selotep mulut* HAHAHA


Ceritanya begini..

*saya nak bercerita sebab ngantuk ngadap buku. Tengah study ni. Incek husband tau aku xfocus study abes ah. HAHA*


Jumaat lepas saya ada academic visit ke Ernst & Young (Big 4 Audit Firm). So khamis malam tu mmg saya xstudy sbb xde mood (boleh? HAHA). Jumaat pula after visit tu, terus balik Gombak. Again, malam tu xstudy juga sebab letih gile kottt. Dah 2 ari xsentuh buku. Risau memang risau sebab trial exam xlama dah ni. Aku mahu kekalkan prestasi sebab mahu dapat study grant by UiTM (nanti saya update). Hehe. Fikir punya fikir, baik tidur dulu, esok(sabtu) after subuh baru study. Baru freshhhhh :)


Pagi sabtu after buat breakfast & mam bersama Incek Husband, saya nak buat nescafe. Semangat study berkobar2 neh sebab 2 ari xsentuh buku! Heee. Sekali mak mertua call Incek Husband mahu ajak merewang rumah mak long di Ampang sebab esoknya (Ahad) ada kenduri Abg Aizam. Aku dengar terus, Adehhhhhh bila aku nak start study ni weiiiiii?? T__________T


Incek Husband perasan riak muka saya dah lain, terus cakap ;


" Arini kita tolong2 je, balik nanti ayg study eh. Nanti abg cakap dengan mak nak balik awal sebab ayg nak study. Abg temankan ayg study. Ok? "


Tak kan aku nak kata TAKKK kan, saya ni mana reti bantah kata Suami *muntahh* HAHAHA


Maka after zohor bersiap la kami ke rumah mak long di Ampang. Pehhhh jalan ke sana, susah jugak nak ingat. Sebab banyak sangat lorong kena masuk. Saya ingat bila sebut "Ampang" senang nak cari rumahnya, tapi tidakkkk sama sekali. Tapi sebab bukan saya yg drive, macam xamek kisah la sangat kan pasal jalan2 ni. HEHEHE


Rupa-rupanya merewang sampai ke pukul 1 pagi kauuuuuuuuuuuuu. Mana kata nak study tadi?? Incek husband dah serba salah. After isyak ada doa selamat. Xkan nak cabot macam tu kan. Tapi sebelum tu saya xtau pon ada majlis doa selamat. Ingatkan merewang SAHAJA.


Dari ke petang Incek Fauzy memotong daging lembu. Saya & mak mertua kupas bawang, kentang, cili & bahan basah yg lain.. End up pukul 1pagi sampai rumah & pukul 2pagi baru mata ni lelap. Penat koooooo. Dahlah jalan gila punya jammed. weekend, plus tengah cuti sekolah, lagi la jammed T____________T


Masa pillow talk before tdo, Incek Husband dah pesan siap2. Esok (ahad) saya xperlu datang kenduri. Duduk rumah study. Siap study terus balik Shah Alam. Lagipon petang tu saya dah tolong2 merewang. So xla macam saya xdatang LANGSUNG kenduri maklong ni. Mula2 saya macam upset jugak sebab tempat saya disisi suami. Mana dia pergi, saya kena ikot since weekdays saya di Shah Alam, ini masanya utk kami bersama. Tapi dah Incek husband kata macam tu, saya mmg xpergi kenduri la.. Dalam masa yg sama, saya mahu study sbb trial dah xlama dah neh..


Pagi ahad after kami breakfast & saya salam Incek Husband di gate, saya naik bilik study utk study. Finally after 3 ari xsentuh buku, baru pagi tu bukak beg buku. Penat aku bawak dari Shah Alam tau. HAHAHA. Padahal bukan saya yang kendong, tapi kereta saya yg bawakan. Hoverrrr. HAHAHA. Ini first time saya xsentuh buku 3 ari berturut-turut tau. Yes, saya memang jenis akan bawak balik buku bila pulang bercuti. Memang tabiat since dari matrik :)


Tengah syok study, dapat SMS Incek husband ;


" Semakin ramai org bertanya dimana org rumah abg "


Glurppppp!!

Sumpah saya rasa serba salah sangat. tengah2 org sibok kenduri kawenlah ko nak study bagai. Tapi malam tu saya ada cakap dengan Incek husband yang saya serba salah.

Serba salah dekat mak mertua kalau x p kenduri *xbersama disisi suami*

Serba salah dekat Maklong sebab xdatang..

Serba salah dekat diri sendiri sebab dah 3 ari xstudy..


Saya reply :


" Mak marah x ayg xp kenduri? " Masa ni gila punya berdebar okehhhh

" Abg cakap ayg nak study pastu mak diam je "

" Ayg takutlah if mak marah tapi mak xbagitau abg :( "


Saya noticed, mak mertua saya jenis nak anak & menantu dia SENTIASA bersama. Bermakna, mana ada suami, kena ada isteri.


saya tahu Incek husband mau saya ikot dia, tapi dalam masa yg sama, dia xnak saya "lupakan" terus buku. Ye, sejak kawen ni, saya perasan dia mesti akan pastikan saya tetap akan study walau balik hujung minggu. Masa tengah dinner kan, mesti tanya dah banyak ke cover utk study arini. Alhamdulillah saya punyai lelaki bergelar suami yg sentiasa menyokong saya :) Saya kan FULL TIME student. hehe. Tapi xla bermakna tiap jam kena mengadap buku. hehh ko neh :p


Pastu Incek husband xreply. Saya syak maybe dia sibuk menolong angkat2 pinggan kotor ke hape ke. So saya sambung study dengan amanya. HAHAHA


xsemene-mene, saya rasa serba salah gila. Apsal aku ni self fish sangat nak study bagai? kenduri ni kan sekali je. Time ni la nak jumpa sedara-mara belah Incek husband (b4 ni dah pernah jumpa sebab Incek husband bawak balik kg dia).

Siapa yg dah kawen & masih belajar secara full time, akan faham perasaan saya..

terus siap2 mengemas barang saya, iron baju bagai. Pastu turun bawah cari kad kawen mak long. Mak long ada bagi kad jemputan dekat parents saya tapi parents saya xdapat datang sebab Ayah ada reunion kawan2 sekolah dia di utara.


Masa tenung peta tu aku macam, urghhhhhh nape saya xdapat bayangkan jalan ke rumah maklong ni? Padahal semalam (sabtu) ada datang. Itulah first time saya ke rumah mak long. Ahhh tu lah kau, semalam masa Incek husband drive, saya x take note langsung. Reason, bukan saya yg drive & kalau nak datang lagi, mesti dengan Incek Husband kan. saya naik bilik, bersiap & capai kunci kereta. Gamble!


Masuk DUKE & exit di Ampang. Saya drive berdasarkan apa saya lihat di sekeliling masa datang semalam. Masa ni rasa menyesal gila sbb amek mudah. Bawak kad kawen pon xmembantu sebab peta dia macam xdetails. Dah la jalan ke rumah mak long banyak simpang. Terus, belok kanan, belok kiri, ada jambatan, kiri lagi, ok ko masuk longkang. HAHAHA. Xla aku xmasuk longkang pon. Saja nak bagi gambaran betapa banyak simpang ke rumah maklong T_____________T


Finally saya sampai & park depan kereta Incek Husband. TAHNIAHHHHHH Puan stoberi! Tak sesat langsung ok!. Saya pon terkejut dengan kebolehan diri sendiri. :P


terus call Incek Husband tapi xberangkat. Maybe tengah sibuk or bising, xdengar bunyik phone kot. Saya saja call sebab nak tau dia dekat lokasi mana. Senang terus menuju je. Nak bikin suprise kan. HAHA. Kang kalau dia nampak saya mengagau cari dia, kantoi ah. HAHA


Dari jauh saya dah aim Incek husband dekat stall cendol. Terus menerpa. Dia terkejut wehhhhh.

" Ayg datang dengan sapa? "

Saya diam & hanya mampu tersenyum sambil tunjuk kunci kereta :)


" Ayg tau jalan eh? Kata xnak datang, nak study?Ayg dah mam? Jom kita mam blaa blaa...."


"Ayg nak jumpa mak dulu. Nak tunjuk muka. Abg tau x ayg jadik berani drive walau xtau jalan sebab ayg TAKUT dengan mak "


" *gelak* apalah ayg ni. Mak xmarahlah, abg dah cakap ayg nak study. Balik minggu ini xstudy lagi. Kejap lagi nak balik Shah Alam dah "


Terus jumpa mak & mak terkejut :)


" Fauzy amek ko ke td? "


" xla, datang sendiri sbb takut mak marah *sengih*"


"alahhhh ko ni. Dah makan? Ajak Fauzy makan skali.. blaaa blaaa "


HAHAHAHA mak mertua ok je, aku yg hover penakut xsudah :P


sebelum makan, saya salam dengan sedara2 Incek husband & akak2 iparku :)

ramai yg terkejut saya datang sendiri sbb b4 tu diaorang dah noticed yg saya xdtg :P


Akak2 ipar cakap :


" terrrerlah N boleh sampai sini. Dah la baru kwen, xpernah sampai sini lagi. Kak Liza datang sini 13 kali, 13 kali sesat. Sampai arini xdapat hafal jalan sebab nak ke sini agak susah. Banyak simpang "

Kak aida pon cakap saya terer leh sampai sini..


Saya? TERER sebab saya takutttttttttttt *cakap dalam hati jelah. HAHAHHA*


pastu makan dengan Incek husband, borak2 jap dengan sedara2 belah suami, rest, solat zohor & terus balik Shah Alam :)


oleh kerana saya banyak xstudy lagi, ahad malam isnin saya berjaga. tdo 3 jam je kottt..


hasilnya class semalam (isnin), aku gila punya mengantuk. Macam dah nak terciumm meja dalam class! Gile punya sibuk on weekend sampai xsempat study. So, PADAN MUKA aku. kalau dengar cakap Incek husband, mesti xjadik macam ni. tapi kalau xdatang kenduri jugak, mesti aku rasa serba salah sampai ke saat ini kan? HAHAHA


xpe, setiap kejadian ada hikmahnya :)

Yang penting sekarang aku dah xtakut dengan mak mertua :)



Nota Kaki :

Saya malas la nak update pasal rumah sewa kena pecah masuk. Sebab malu nak tunjuk bilik ai. kehhh kehhh kehh :P



2 ulasan:

naimahisemaail berkata...

hehe...comel la puan stoberi neh..apepun aku sentiasa berbangga dengan kamu anne! bukan sikit pengorbanan yg perlu ko hadapi utk sume ni..tapi insyaAllah kebahagiaan dan pertlgn Allah akn sntiasa ada utk kamu anne sygku!hehe..study rerajin keyh..hehe...jdn takut2 dgn mak lageee..

♥S@R@♥ berkata...

hehe..akak pun sama takut ng mak mertua..