Khamis, 16 Februari 2012

Perihal ACCA


Ehem, saya baru pulang dari berhoneymoon petang semalam. Masa tengah tunggu flight di Airport, saya online kejap. Ada readers mintak saya review pasal ACCA. Ok, since malam ni saya tengah free, saya bagi details ACCA ni seperti yang diminta. Beliau minta saya review tentang :

1) Di UiTM ada part time study utk ACCA
2) Fees
3) Total cost
4) Study Material


1) Study Mode.

Ya, di UiTM ada buat part time. Tak silap saya classnya seminggu sekali. Kalau anda amek 2 paper, seminggu 2 kali lah, Sabtu & Ahad. Tapi di UiTM, candidate yang buat part time, UiTM bagi amek 1 paper je. Sebab UiTM baru dapat Award Platinum, Universiti Bumiputra Pertama yang pertama kekalkan kecermelangan. Jadi, dia tak nak failure rate terlalu tinggi. Ye, dah dapat award, kenalah jaga standard kan. HEHE.* kalau anda nak amek 2 papers, maybe buleh tapi dengan budi bicara Ketua Program la :)


Same goes to full time study. 1 sem buleh amek 2 paper je. Sebab tu awal2 masa tengah register ACCA, saya nak amek 3 papers. Nak completekan 5 papers dalam masa setahun. Tapi polisi UiTM tak buleh, tu yang amek 2 papers je sem lepas. Maka, setahun setengahlah tempoh saya nak completekan ACCA ni.


Tapi tak pe, jangan tergopoh gapah. Amek 2 papers pon (for full time), saya rasa dah cukup heavy dah. Sebab saya sendiri dah mengalaminya. Nasib baik UiTM bulat polisi macam ni, kalau tak, lintang pukang hidup aku. HAHAHA. Cepat atau lambat completekan ACCA ni, jangan risau. ACCA bagi masa 10 tahun utk complete. kan lama 10 tahun tu :). Senior saya buat 1 paper je, pastu kerja. Dia kata nak dapatkan pengalaman & ACCA is quite costly (nnt saya review tang fees). Katanya buat apa nak completekan awal2, ACCA bagi 10tahun. Cayalah lu brooooo. HAHAHA


Tips disini, melalui senior saya, andai kata anda tak dapat completekan semua papers & nak rehatkan minda dengan bekerja dulu, gaji anda based on ACCA qualification. Bukannya degree. Itu benefit dia! Besar wooo gaji lepasan ACCA neh :)




2) Fees

Ok, tang fees ni nak telan ayaQ liur sat. HUHU. Saya mengaku memang mahal. Kadang saya sendiri terpikir, betul ke pilihan aku buat ni? Nak kerja dulu or terus sambung ACCA? Mahal sebab ia melibatkan mata wang asing. Dan kamu sendiri tau mata wang akan fluctuate every second. Dapat rate yang murah, kamu untung. Kalau tak, geget jari hujung bulan makan megi kerat dua. Ok tak lawak :P


Kamu lulusan bisness grad kan? Ye, memang betul, kalau bisness, tak dapat banyak exemption. Kalau lulusan accontancy (macam saya) dapat 9 exemption. Exemption tu apa? Ok meh tengok list paper yang harus dicompletekan dibawah ni :

# F1 Accountant in Business
# F2 Management Accounting
# F3 Financial Accounting

# F4 Corporate and Business Law
# F5 Performance Management

# F6 Taxation

# F7 Financial Reporting

# F8 Audit and Assurance
# F9 Financial Management

# P1 Governance, Risk & Ethics

# P2 Corporate Reporting

# P3 Business Analysis
# P4 Advanced Financial Management
# P5 Advanced Performance Management
# P6 Advanced Taxation

# P7 Advanced Audit and Assurance


Kalau lulusan accontancy, dapat full exemption 9 papers. Dari F1 until F9. Jadi, kena amek lagi 5 papers jela utk completekan ACCA. For those yang dari bisness, saya tak sure dapat berapa exemption. P1-P3 wajib amek. P4-P7 option, choose 2. Nak amek option, kena pass 3-3 paper wajib dahulu. MESTI. kalau dah pass, nak jump terus ke P7 pon tak per sebab every paper is not a pre-requisite paper.


Macam saya, sem ni saya amek P3 & P7. Nampak tak saya jump 3 paper? tak apa, tak salah :)


OK, back to fees, bila dah dapat exemption, jangan anda ingat ianya free ye :p. Kena bayar cuma tak perlu amek exam je. Gitu, faham tak? ;p. Fees yang perlu anda bear ialah,


-Annual subscription


Ini setahun sekali je. 77 Pounds. Fixed.
- Exemption & exam fee Knowledge level : 55 Pounds x 3 papers
Skill level : 69 Pounds x 6 papers
Essentials level : 81 Pounds x 5 papers


contoh kes saya, saya dapat full exemption 9 papers. jadi saya kena bayar exemption fees utk knowledge level & skill level. Dan sem ni saya amek 2 papers, hanya bayar 81 Pounds for EACH paper. kalau amek 2 paper, darab la 2. Haaaaa gitu. faham tak :)


Nilai Ponds yang saya bagi ni ialah early fee. Kalau lambat bayar (dia ada bagi due date), the fee will be different. Ia macam penalty pada kamu sebab lambat bayar la. Beza dia bukan 2, 3 Pounds. Tapi ada yang beza sampai 20 Pounds ok.



3) Total Cost

Since saya dapat 9 papers exemption, tinggi sket la kos saya. Huhu. Utk memudahkan awak faham, saya kirakan total cost bagi kes saya :



Annual Subscription : 77 Pounds x RM 5 = RM 385
Registration fee : 72 Pounds x RM 5 = RM 360
Exemption fee : 55 Pounds x RM 5 x 3 papers = RM 825
69 Pounds x RM 5 x 6 papers = RM 2, 070
Exam fee : 81 Pounds x RM 5 x 5 papers = RM 2, 025


Total fees kira sendirik :P


Ok, the rate RM 5 akan berubah ikut nilai mata wang semasa. Saya rasa paling mahal pon RM 5.20. Tapi based on my previous experience, rate around RM 4.70 - RM4.90. Tang ni saya rasa berbaloi sket la. Dulu nilai pound, 1 Pounds = RM 7. Ok, yang ni buleh pitam tak bangun2, HUHU.



4) Study material.

Yang ni saya beli di UiTM je. Ada ejen yang akan deal dengan UiTM. Mana mau order? Ok, beli di bilik persatuan Program Professioanal (APPACs). Buku2 ni memang international punya. Ia ada 4 jenis study material :

- text book
- exam kit (macam past year question tapi di bukukan)
- passcard (macam notes buku kecik.Mudah nak di bawaklah, gitu :) )
- Ntah,aku lupe.HAHAHA


saya memang study guna text book & exam kit. Passcard tu your own inisiative. Buleh je nak baca direct dari textbook. Cuma dia paste info2 yang penting ke dalam passcard. So that mana2 kamu pergi, senang nak baca. Tak perlulah baca text book yang sebeban tu :P Yang exam kit tu kalau tak nak beli pon buleh. Download past year question dari website ACCA. Cuma text tu jela kena beli. Last time text book saya beli around RM 110- RM 150. Bergantung pada publisher.


Dalam class pon lecturer guna 2 ni juga. text & kit. Tapi sesetangah lecturer dia bagi dia punya mind mapping. Tahu2 jela ACCA ni 100% exam. Chapter coverage pulak sampai 15 chapter ke atas. Setiap chapter banyak pulak pecahan dia. jadi, elok sangat la tu lecturer bagi mind mapping. Ohhh i like! HAHAHA



ok, saya rasa saya dah jawab persoalan awak. Kalau masih blur2, komen balik dekat entry ni. So that saya buleh jawab directly sebab saya tak jumpa link awak. Harap2 entry ini dapat membantu. Sekian :)




dah, saya nak turun buat milo suam. Baru lena tido malam ni. Kehhh kehh kehh



#Updated: Siapa nak bertanya, boleh terus call/whatsapp saya 012-976 9853 sebab bila dah bekerja ni jarang dapat buka blog. Update blog apatah lagi HAHAHAHA. 

Rasa bersalah bila sign in, tengok date orang komen nak bertanya, dah terlepassss jauh. Agaknya orang bertanya tu pun dah sem 3 ACCA HAHAHA (Rindu zaman nak berblog)


Sabtu, 11 Februari 2012

Honeymoon & Holiday :)


esok mahu berhoneymoon tapi barang xpacking lagi
seharian dok berjalan sakan
kehhh kehh kehh :P



esok flight petang
Incek Husband baru settlekan boarding pass
tapi saya? masih malas nak packing baju ;p
tapi checklist dah buat
camno tuh? :P
agak2 pejam mata sambil membayangkan tengah packing,
bukak2 mata je, beg dah tersedia depan mata
buleh tak macam tu?
ke aku yg buleh kena lempang?
kahhh kahhh kahhh


Khamis, 9 Februari 2012

Cuti


2 test dah selesai saya duduki
test yang menentukan kelayakkan dapat study grant
saya rasa, saya dah buat yang terbaik,
kita lihat & tunggu keputusannya :)



now cuti mid term 1 week
naik sem balik 20 feb 2012



sayang, jom honeymoon lagi :)
just to reward myself
*sebenarnya dah penat mengadap buku! :P
HIKK HIKK HIKK :)


Nota Kaki :

Ayie, jangan rindu aku. Aku cuti sat ja :P.
Selamat Belajar Menjahit :)


Khamis, 2 Februari 2012

Rumah kena pecah masuk



Speechless..


Semalam, rumah sewa di Shah Alam kena pecah masuk
2.2.12, mmg terbaikkkkk ah date tu T_________T
masa tu saya baru abes class, duk study di library
then Ayie SMS bagitau
ape lagi, terus kemas2, balik rumah lerrr


Almari saya paling teruk dia geledah
bersepah kotttt bilik
macam tongkang pecah
housemate yang lain tak ada barang yang hilang
except for saya, Ayie & Ayu


laptop 3 unit, cash & discman je sempat dia sambar
bilik2 lain macam xteruk sangat dia selongkar
Master bedroom la macam tongkanggggg dah


patutnya semalam saya ada class 4-6pm
tapi xpergi sebab settlekan police report & tukar padlock, tombol
around 5.30pm baru settle semuanya


trauma? maybe kot..
tapi tu awal2 je, muram gile muka masing2
petang2 sikit kami bantai gelak berjemaah sbb ade je lawakkkk
sampai housemate tanye,

"rumah ni macam xde kena pecah masuk jeeee "

wakakakakakaka

ape nak buat, hidup perlu di teruskan
sedih2 pon, bukan tentu dapat balik barang2 dicuri :P


Aisyah, Tikah, Lina, 4 tahun degree kita duk rumah tu, dalam duk berjaga,
Alhamdulillah xpernah kena pecah masuk
padahal sekeliling rumah ada je kes tiap hari
tapi nak jadi kan, kena time kami, huhu


Laptop saya tu beli guna duit JPA
sayanggg kot, Asset pertama saya miliki
Hoiiii pencurik, pulangkan balik Harta kerajaan tu!
HAHAHA *sempat lagi eh buat lawak ;p (saje nak sedapkan hati T___T)


discman tu Ayah bagi masa matrik.
quite a sentimental value for me
tapi dah kena curik, what to do :(
cash? Xsure around berapa..


Ayie & Ayu masing2 hilang laptop je...


*********************

btw, next week saya ada test
please pray for me :)
Ari ahad Incek Husband datang Shah Alam sebab minggu ni saya xbalik Gombak
Horeyyyyyyyy :)



8.2.2012 : P3

9.2.2012 : P7

ok bai, saya nak sambung study. Ni dekat lab library.
Laptop kan dah kena curik, camne nak online :P
nasib router dia xamek :P


Abg, nak laptop satuuuuuuuuuuuuu :P


Nota kaki :


Gambar ada dalam handphone. Kalau saya rajin nanti, saya buat full entry ye. Sekarang busy dengan test plus xde kemudahan nak online. Xkan nak transfer & upload gambar bagai dekat lab ni. Gilo le? :P