Khamis, 29 Disember 2011

Kahwin : 2 Bulan Menjadi Isteri :)


*Macam biasa, entry lambat 2 hari. Buzy jadik housewife :P *



27.12.2011, genap 2 bulan usia perkahwinan ni
Syukur alhamdulillah :)


:: Menunggu saat diijab kabulkan :) ::

  • Terima kasih sayang sebab menerima diri ini seadanya.
  • Terima kasih mak ayah sebab masih memberikan dorongan & kata2 nasihat utk meneruskan ACCA
  • Terima kasih mak & abah mertua sebab memahami status N sebagai pelajar sepenuh masa. *weekdays saya di Shah Alam*
  • Terima kasih bebeks2 *anak saudara Incek husband* buat hati Mak Tam terhibur di kala stress menghadapi final. HAHAHAHA
  • Terima kasih kawan2 yang masih menghubungi saya bertanyakan khabar. Alhamdulillah saya ok saja :)
  • Terima kasih kepada sesiapa yang patut terima perkataan ini. HAHAHAHA :p


:: Seutas gelang tangan utk diriku selepas ijab & kabul dilafazkan :) ::

  • Setakat ni, apa saya masak, Incek husband makan je walaupon dia sangat cerewet tang makan. Apa saya makan, dia xmakan sangat. tapi apa dia makan, aku sebattttttt je. HAHAHAHAHAHA. Gemuk la aku lepas kawen neh. HUHU. Alhamdulillah, cerewet2 pon, dia masih makan lagi air tangan isterinya :). Siap bertambah-tambah kau. Berselera betul. yang, kita lawan nak sape paling gemuks? *cover xnak bagi nampak aku gemuk sorang :P
  • Sepanjang saya cuti sem ni, saya memang masak. Breakfast, lunch, tea time, & dinner. Alhamdulillah, saya punyai kekuatan utk masak *masa bujang saya jarang masak :P*. kadang2 saya rasa masa saya banyak abes di dapur je. HAHAHAHAH
  • Baru2 kawen aritu, saya memang duduk di rumah mertua (ada juga balik rumah parents saya. Gilir-gilir). Mak mertua x bagi saya tolong dia memasak. katanya Bik Mar ada. Saya kena naik bilik, study je sebab masa tu dah nak trial (lagi 1 paper saya xamek lagi) & final exam. Alhamdulillah, syukur punyai keluarga mertua yang memahami & Dia permudahkan urusan kami. Jadi, jangan takut utk berkahwin ketika sedang belajar. Asalkan bersedia utk pikul tanggungjawab. Ada orang sampai amek part time study & dalam masa yang sama ada 2 orang anak kecil. Buleh je abeskan study. Jadi, aku pon buleh! HAHAHAHA :P *Ape punya conclusion neh? HAHAHA :P
  • Sejak kawen ni kami kerap solat jemaah. Memang hari2 jemaah. Unless Incek husband di office or saya period. HAHAHA :P Hopefully aktiviti ini dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat saya...


~ Saya xharapkan hubungan ini kaya dengan wang ringgit. Tapi saya harapkan hubungan ini kaya dengan limpahan kasih sayang & keberkatan dariNya.

~ Semoga ikatan ni kekal selamanya :)

~ Sehingga ke harini, saya masih belajar utk mejadi isteri yang solehah. Belajar dan terus belajar tentang alam rumahtangga ini :)



Ok, jumpa next entry. Saya nak iron kemeja Incek husband. Bye! :)




Jumaat, 23 Disember 2011

Kahwin : Sijil Nikah & Kad Pintar Nikah



Siang tadi kami ke Pejabat Agama Daerah

utk amek Sijil kahwin yang original

dan ke Shah Alam buat kad pintar (kad akuan nikah)







Sebenarnya dah sebulan siap

tapi masa tu saya tengah sibuk dengan exam ACCA

Incek Husband kata saya cuti sem nanti baru amek

then terus buat kad pintar

sebab masa amek Sijil tu,

kena ada pasangan utk sign

xbuleh ada salah sorang je utk amek sijil nikah







Haishhhhh dah sebulan lebih bernikah,

baru nak amek Sijil :P

Kata Incek husband, xpe amek lambat pon

sebab mana2 kami p,

guna sijil salinan sementara

*valid only for 3 months*






Memang saya dah plan nak amek sijil nikah & buat kad pintar cuti sem neh

sebab senang, tengah cuti kan. Freeeeee memanjanggg

HAHAHAHA







kau tengok, inai dah separuh baru nak amek Sijil

gile ahhh HAHAHAHA

tapi tadi, mana2 kami berjalan,

mesti ada orang pandang saya atas (tgn) bawah (kaki)

tengok inai kot?

mesti dia berkata, Ohhhh pengantin baru nehh

HAHAHAHA





:: Berlatar belakangkan holder carta organisasi yang kosong :P ::







masa nak buat kad pintar,

dia mintak gambar saiz passport tau

kebetulan Incek Husband bawak extra gambar

terus mintak gambar dia dekat saya

*gambar dia dalam handbeg saya*







" Ayang, mana gambar abang? "



" Abang nak buat apa? Kan dah bagi dekat kaunter tadi? "



"Abang nak letak dekat holder neh. Kosong semacam je. Baik abang isikan "



" blurghhhhhhhhh, cukup ke gambar abang bawak neh? HAHAHAHA "







Rupanya holder belakang gambar kami *rujuk gambar atas* kosong

tu yang dia beriya nak isi

HAHAHAHAHAHAHA







Adoiiiii suamiku, cuti sem ni betul2 buat saya happy

asek nak gelak je bila bersama tersayang

Terima Kasih YaAllah atas nikmat kasih sayangMu ini :)










Nota kaki :



Malam ni tdo sorang T____T. Xdapat nak solat Isyak & Subuh berjemaah dengan Incek husband :(






Khamis, 22 Disember 2011

Convocation, Congratulation Puan Hannah :)


Ye ye saya tau anda semua nantikan gambar kawen saya. Malah saya telah dihujani dengan soklan yang bertubi-tubi.




" Hoiiiii Hannah, bila nak update blog? "



" Bila nak update pasal kawen? "



" Aku rindu nak baca blog kau. Bila nak update ni? "



" Hannah, dah kawen nanti teruskan menulis blog eh. Aku slalu baca nyuruk2 *silent readers :) "



" N, aku rindu kau. Sumpah! Jadi, sila update blog "



Baiklah sebenarnya banyak lagi kata2nya. Tapi tu je aku ingat buat masa sekarang. Maklumlah otak I dah cedera parah dek kerna ACCA. *xde kena mengena. HAHAHA




OK, aci tak saya update dari konvo dulu? Sebab gambar konvo yang dapat dulu. Gambar kawen masih giat mengumpulkannya. Nak tunggu dr OP, mmg berjanggut ah :P. Aci la eh. Sekurang-kurangnya ada juga cerita nak diupdate. Kang xpasal2 aku kena maki lagi bila nak update. HAHAHA :P






Sebelum tu, saya ceritakan konflik disebalik kisah konvo ni. Sebenarnya fakulti saya konvo 29okt. Sama tarikh dengan kenduri kawen sebelah perempuan. Saya ingatkan konvo hujung november or awal december (as per pervious convocation) tapi disebabkan intake degree sem ni diselaraskan masuk bulan september sebab nak sama dengan international U, jadi konvo sem ni di awalkan. Nak postpone kenduri, dewan dah booked, persiapan dah jalan. Tu pon saya mintak vendor kad kwen hold dulu. Tapi dah seminggu dok hold, pihak kami pulak tengah fikir macamana nak solve, at last saya berserah apa nak jadi. Pening ok nak fikir. Mana nak kejar dengan persiapan. Mana nak kejar dengan ACCA. Semua buat aku serabut. Ada yang cadangkan lepaskan saja konvo. Utamakan mana yang penting. eh kau tau x 9 tahun aku tunggu saat naik stage terima scroll? yes, aku post matrik. Xpernah konvo for diploma. Tu yang nak sangat detik itu. Tapi aku dah tersepit begini, tu yang aku pasrahT_____T.





Sampai keluarlah entry seperti ini,HAHAHA http://strewberimanis.blogspot.com/2011/08/lemau.html





Satu hari tu, saya discuss dengan member2 Gombak ini. Ada yang mencadangkan jalankan terus 2-2 hari bahagia ini. Dimana after konvo, terus pecut bersanding. Bunyik macam gila kan? Plus Akmal siap hulurkan bantuan utk mintak permohonan escot. Escot? yes, after saya turun stage amek scroll, terus escot ni bawakkan saya balik Gombak utk bersanding. Masa amek scroll saya dah siap pakai baju pengantin. Dak Amir, wartawan (sedara Incek Husband) akan ada di luar dewan konvo utk buat liputan & berita penuh akan disiarkan di dada newspaper esoknya. Dak Amir kata hot news neh kawen & konvo hari yang sama. Gila gempakkkkk ah. HAHAHAHA. Siap cakap dengan Incek husband nak famous tak gambar kau masuk paper esok? HAHAHAHA





Tapi mak ayah xnak sebab mak ayah nak standby dekat Dewan Beringin. If mak ayah letak paklong maklong dekat pintu dewan sekalipon sementara saya abes konvo, tetamu tetap cari tuan rumah. Mak ayah xnak. katanya kalau saya nak, pergilah, dia xnak pergi. Mana buleh konvo tanpa ibu bapa! saya mahu kongsikan kejayaan meraih segulung ijazah ini bersama mereka! Jadi, plan ini lebur begitu saja :P




Maka, muka aku jela yang asek keluar masuk pusat konvo. HAHA. Saya jumpa terus pegawai atasan & buat surat minta konvo dengan fakulti lain. Alhamdulillah permohonan saya terus berjaya belumpon sempat saya tulis surat *masa ni apply orally je*. Katanya xpernah ada kes seperti saya sepanjang UiTM ditubuhkan. Xpelah, biar aku catat sejarah. HAHAHA. Join dengan fakulti lain pon belasah jelah, janji dapat naik stage. HAHAHA. 4 tahun dah bersama kawan2, kali ini biarlah aku konvo bersama ibu bapa tersayang plus suami tercinta. HEHEHE. Yang kelakarnya, 4 tahun amek accountancy. Alih2 konvo dengan budak engineering. HAHAHA





Ohh ye, tarikh konvo dengan faculty engineering ialah sehari selepas kenduri sebelah lelaki, 31oct. tarikh itu juga, adik aku, farith, hari bergraduasinya di MRSM. Sorry farith mak ayah xdapat tengok kau sebab mak ayah dah penat dengan kenduri & xlarat nak travel ke MRSM kau. Xpelah, kau graduasi tamat form 5 je. Nanti belajar rajin2, masuk U, konvo tu nanti kami datang, InsyaAllah. Kadang kala kita kena mengalah utk dapatkan sesuatu. Belajar rajin2 okeh :) Aku tau kau sedih sebab xdapat nak kongsi kejayaan bersama mak ayah kan? *lap air mata sat :(*





Masa kenduri belah lelaki, saya dah start xsihat & demam2. So masa malam tu, saya berfikir, nak konvo ke x. Badan memang lemah gila ni. Panas gila suhu badan aku. At last mak mertua suruh p klinik & makan ubat, terus tdo. Xyah sibuk2 kemas rumah. Esoknya Bik Mar (maid) yang kemaskan. Alhamdulillah pagi konvo saya bangun tdo, dah kebah sket. Cuma sakit tekak & batuk2 la.




Eh panjang pulak aku cerita intro neh :P. Bahiklah, mari mulakan...



* Gambar saya sedikit pucat ye sebab demam. Make up? No, saya xsuka pakai make up. Cukuplah masa kenduri kawen neh muka aku "diconteng" begitu tebal sekali. Pehhhh lemasssss ok make up tebal2 neh :P



:: Dr Sahol : TAHNIAH Hannah! ::


:: Inai yang masih merah di jari menyambut scroll dari Dr Sahol :) ::


:: Family potrait yang xcukup korum :P ::



:: Husband and Wife ::



:: Incek Husband beli bunga sementara saya dalam dewan. Dia tunggu luar sebab xde pass masuk. Hanya 2 pass je utk ibu bapa. Dia bagi parents saya masuk sementara dia tunggu luar je. TQ sayang :) ::




:: Beg yang dia galas tu, ada laptop. Saya suruh online kalau dia boring menunggu. Online guna ID & password UiTM saya ::




:: OP yang lambat sampai sebab sesat. HAHAHA ::


:: Mereka betulkan setting camera sebelum saya keluar dari dewan ::


:: Ini tulisan akak yang jual bunga. Bukan tulisan Incek Husband :P ::



:: Incek Husband standby tepi dewan, tempat laluan graduan. Nak Suprisekan saya katanya sebab nak bagi bunga itu :) OP memang dah ada tepi dewan neh. Nak shoot saya keluar dr dewan :) ::

:: Xyah susah2 cari saya. Sebab memang xde pon kat situ. HAHAHA ::


:: Ehem2, tu, nampak x saya yang bertudung cream itu :) ::


:: tadaaaaaa, terperasan OP shoot gambar, terus senyum kemain lebau lagi. HAHAHA ::


:: Terima kasih sayang utk bunga ini :) ::


:: Husband & Wife utk hari ke-4. HEHEHE. Budak tecit depan tu pandang pelik je tangan & kaki saya. Sebab penuh inai! HAHAHAHA ::





:: Masa dalam dewan saya texted Incek husband cakap haus & lapar. Pagi tu xbreakfast sebab xde selera. Dia cakap ada belikan saya air mineral & mee goreng utk alas perut b4 makan ubat. tu yang keluar dewan, terus sambut huluran mesra dari Incek Husband & beliau bagi air. Terima kasih sayanggggg :) ::


*gila xsenonoh pengantin baru minum air sambil berdiri. Sila jangan contohi aku ye :P



:: Kemain payah lagi nak dapatkan backdrop ini. Ramai weiiii. Tu pon OP yang adjust, tu yang dapat bergambar dekat back drop ini. Terima kasih Faizul & kutik :) ::



:: 3 generasi graduan UiTM. Saya, ayah, Dr Sahol. Dulu Dr Sahol ini lecturer ayah. Now dah jadik VC UiTM kauuuu. Kelasssss. *kepal2 penumbuk sambil berazam utk jadi seperti beliau!*



:: Perempuan sebelah Incek Husband tu aku xtau siapa. Main masuk je dalam gambar. Bila tengok gambar neh, baru perasan. HAHAHA.


Awak, kalau awak terbaca entry ni, nak gambar bersama Dr Sahol, email saya okeh :)


:: Masa dalam dewan, ramai yang tanya saya baru kawen ke, sebab inai masih merah. HEHE. Aku iyekan jelah. Buat2 nak kawan. Maklumlah, xde kawan masa tu. Bdk enjin tu weiii. HAHAHA ::


:: Sesak & panas terik! tengok tu Faizul sampai kerut2 dahi :P ::







: Suka gambar neh sebab heels aku nampak sexy. HAHAHA :P ::


:: Outdoor photo shoot pula :) ::


:: Bergandingan menuju kejayaan :) ::


Abg, terima kasih utk segala2nya. Dan ijazah ini utk abg & ibu bapaku. Cukuplah kegembiraan dari kalian melihat ku berjaya mengenggam segulung ijazah, buatku bahagia :) ::




:: Berlatar belakangkan fakulti aku. Tinggi mana pon fakulti aku, lagi tinggi cita2 ku! :) ::


*Abaikan booth belakang tu. Ada jualan amal*




:: Baling mortar board sensorang je? Kesyiannnnnnnnnnnn. HAHAHAHA :P. Xpelah 4 tahun dah bersama mereka *ayat sedapkan hati, :P ::



Finally, terima kasih sayang utk hadiah konvo ini. Yumyyyy kek eskem BR. Walaupon demam2, aku bantai je. HAHAHA :P ::






Panjang pula entry neh. Ha, hambekkkkkkk :P






Alhamdulillah, 2-2 majlis selamat akhirnya :)



Alhamdulillah juga ku dapat abeskan degree ontime



*teringat susah payah zaman degree neh T___*










next convo (for ACCA) will be with hannah Jr kot? InsyaAllah, doa2kan ye :)




Khamis, 15 Disember 2011

Random


  • Kini saya pulang ke pangkuan suami setelah tamat exam ACCA. Cuti sem ini mahu menjadi surirumah sepenuh masa :)
  • Exam macammana? ok? No comment! Susah dolllll. Tibe2 timbul rasa menyesal amek ACCA nih. Sumpah susah weiii. Patutlah xramai yang amek. Sebab bisa mencederakan otak! Tapi bila fikir aku dah abes invest almost RM 5K utk ACCA ni (Registration, exemption & exam fee), tabah jelah, kuatkan semangat. Setiap kesusahan ada ganjarannya. Mana tau starting salary aku RM XK! Ahhh kau perasan! HAHAHA. Hidup kena ada misi <---- *coverline :P
  • 2 hari lepas aku borak dengan calon ACCA. Umur dia 30tahun. Dia cerita ada officemate dia amek paper P2 (paper aku amek 3 ari lepas), failed 4 kali. Sem ni kali ke 5 amek. Aku dengar, terus rasa, pehhhhhhh siotttt ah mamat nih, cuakkan aku je. Balik2 terus ngadu dekat Incek Husband. HAHAHA. Aku tekad setahun je aku amek ACCA neh. Pass ke x, aku nak kerja dulu sebab ACCA bagi tempoh 10 tahun utk completekan. Mungkin otak aku dah penat kot asek belajar je, xpernah kerja since SPM. 5tahun mengadap buku berturut2. Matrik, Degree, ACCA. Pehhh dashyattttt. Kesian otakkk i cedera parah. HAHAHAHA
  • Eh kepada yang nak amek ACCA tu, jangan xjadi amek pulak sebab aku asek dok kata susah. Exam ni utk ACCA ni memang tuff. Sebab dia nak bagi qualification utk siapa yang benar2 layak. Jadi siapa yang pass semua exam, kau memang QUALIFIED ACCOUNTANT!. Dan xhairanlah kalau employer sanggup bayar kau mahal sebab kau memang insan terpilih utk dapat pengiktirafan ni! :) Memang patutlah pon kan, otak dah cedera parah nak completekan ACCA ini, in return you will be pay more! :)
  • Sekarang Incek Husband sedang demam. Sejak kawen, kami kerap demam & bergilir-gilir xsihat. Mungkin terkejut dengan perubahan alam baru ini kot. Tapi alhamdulillah kami xdemam or xsihat serentak. At least salah seorang buleh jaga. Macam baru2 kawen aritu, saya demam teruk. Incek Husband yang jagakan saya. Sekarang, dia demam, saya yang jagakan pula :). Nasib baik dia demam teruk ini lepas saya abes exam. Alhamdulillah Dia permudahkan urusan kami.
  • Semalam kesihatan Incek husband makin teruk. Lepas isyak, saya suapkan ubat, letak kain basah dekat dahi, sapu vicks dekat leher, dada, belakang badan, & tapak kaki, pakaikan stokin, terus pagi ni rasa dah kebah sikit. Maybe kuasa sentuhan sang isteri kot? Pehhh kau neh N, lempanggg kang. HAHAHA. Incek husband kata saya treat dia macam baby :)
  • Sejak kawen, bila Incek husband nak pergi kerja, saya sediakan semuanya dari A-Z. Ubat gigi saya letakkan dekat berus gigi, seluar slack, baju kemeja, handphone, purse, jam semua saya letak atas katil. Nanti dia keluar bilik air, terus pakai. Deadorant, perfume semua saya letak dekat meja solek. Letak tepi sikit agar dia nampak & xlupe pakai. Maklumlah, barang aku je, penuh meja solek dia :P. Incek husband kata janganlah buat sampai teratur sebegini. Dia bukan baby. Reti amek semua itu. HAHAHA. Bukan pasal macam baby ke tak sayang. Tapi dah rasa itu tanggungjawab seorang isteri menjaga makan pakai suami :)
  • Buat masa ni saya xde masalah bangun pagi sebab dekat Shah Alam pon saya selalu bangun awal utk study. Kalau saya buleh solat, saya bangun sejam awal dari Incek husband utk mandi, siapkan breakfast & baru kejut Incek husband. Tapi kalau saya xleh solat, bangun 30min awal. Sementara dia mandi & solat subuh, saya turun dapor siapkan breakfast :)
  • Baiklah, saya nak menjalankan aktiviti mendobi. Harap2 arini matahari terik & kering baju2 kami. Lepastu nak p dobi hantar cadar & comforter. Nak basuh sendiri, tebal dollll. Buleh rosak motor spin washer machine neh. HAHAHA :P
  • Story pasal kawen? Later saya cerita bila dah dapat kumpulkan gambar2. Xbest cerita tanpa gambar :)



Sabtu, 10 Disember 2011

Final Exam



Akan kembali selepas final exam ACCA


doakan saya :)



Tue, 13.12.2011 : P2


Wed, 14.12.2011 : P1



P/S : Ada yang rindukan aku? KAH KAH KAH :P