Ahad, 30 Oktober 2011

Persiapan kawin : Jemput Datang ke Kenduri Saya Ye :)



*Sticky post entry. Entry baru dekat bawah ye :) *


Sekali lagi saya wakilkan blog ini utk menjemput anda semua
saya insan biasa, takut ada tertinggal nama anda masa edarkan kad kawen
jemput datang ye kawan2 :)


Mohon maaf sekiranya tidak berkesempatan untuk menjemput dengan menghantar kad, telefon ataupun bertemu. Pada masa ini saya merujuk kepada apa yang saya ada seperti buku telefon, alamat email, list YM, FB dan juga apa yang masih dalam ingatan saya. Laman web ini adalah sebahagian daripada kaedah jemputan yang saya buat bagi mereka yang diluar capaian saya. Dengan ini saya wakilkan laman ini sebagai pengantara antara kita. Kepada yang mengenali diri ini, jemput hadir ya. ~ Pinjam ayat Incek Fauzy dekat Website kami :P








Koordinat GPS : 3.240011,101.699013


Kita bertemu 29 oct ni ye :)



Jumaat, 28 Oktober 2011

Kahwin : Alhamdullilah, Sah Menjadi Seorang Isteri



Alhamdulillah selamat bergelar isteri kepada Incek Fauzy
sayu hati ni pabila ayah berikan pesanan sebaik sahaja sah
pesanan terakhir seorang bapa nak melepaskan anak perempuan dia
yes, memang saya menangis saat itu T_______T
siapa yang datang malam tadi pasti nampak
auuuuu malu pulak dah besaQ2 ni nangis depan orang :P



semalam ialah magribku yang terakhir as anak dara
magrib semalam juga Incek Fauzy Khatam Al-Quran
Ya-Allah sempurna sungguh perancanganMu
InsyaAllah saya update kemudian ye


ok, saya nak solat asar
malam ni nak setting di dewan & rehearsal sekali
Mohon didoakan agar rumahtangga ini kekal hingga ke syurga :)


Jemput datang esok ye kawan2 :)



Jumaat, 21 Oktober 2011

Persiapan Kawin : Undangan ke Majlis Perkahwinanku



*sticky mode entry. Entry baru dibawah ye*




Saya dengan rendah diri ingin menjemput kalian semua termasuk kawan2 alam maya, silent readers n etc ke majlis perkahwinan saya yang di adakan pada 29.10.2011.



Bagi sesiapa mahukan kad kahwin, sila tinggalkan nama penuh & alamat terkini anda pada ruangan komen entry ini utk saya poskan kad kahwin. Tapi saya tak akan publish komen tersebut utk tujuan keselamatan :)



Tapi bagi sesiapa yang mahu datang hari nikah pon buleh. Kot2 kenduri tak leh datang ke kan :) Email saya ( hannahyusoff@gmail.com ) utk saya bagi alamat rumah sebab saya nikah di rumah. Kenduri di dewan. Jadi alamat rumah tak ada di kad kahwen. HEHEHE



Heahhhh hopefully can meet u all in the real world! :) Tak sabarnyaaaaa :D
Ayuhhh, jemput datang ye kalian. Jangan segan2! :D







Nota Kaki :

Haiyyyaaaaa xleh upload gambar kad kahwin la pulak! Xpe, later saya upload



Khamis, 20 Oktober 2011

Persiapan Kawin : Dugaan Seminggu Sebelum Majlis



1) Dah 2 minggu saya demam on off. Dah p klinik tapi Dr Kata xde apa2 T____________T


2) Incek Fauzy juga tengah demam. Langsung xkeluar suara. Sakit tekak katanya. Ya-Allah risaunya dia xbuleh nak lafazkan akad nanti T___________T


3) Petang semalam saya balik Gombak dan balik semula ke Shah Alam malam tadi jugak. Balik sebab amek Bank Draft. ACCA return balik Bank draft saya. (kawan2 yang lain pon kena return juga) Xtau apsal. Kena kumpulkan segera sebab UiTM akan re-post back *bank draft sebelum ni pon UiTM yang post.* Sampai2 Shah Alam dah tengah malam. Makan ubat terus pengsan sampai pagi tadi. Nasib baik xleh solat. Dapat bangun lambat sejam HUHU. Masa tengah drive pon saya dah melayang. Pening weiiiiiii


4) Baju sanding saya terpaksa tukar sebab xde saiz. Ingatkan dah fitting, ok, ngam la tu, tapi still nampak meleret. Haishhhhh beginilah ye jadi orang renek. HAHAHA. Jadi terpaksa tukar baju lain. Tapi masih lagi kaler Gold seperti kaler tema yang dirancang. Cuma tone kaler Gold je lain :)


5) Dek kerana saya tukar baju sanding yang lain, baju pengapit perempuan yang saya belikan pon, Eila xdapat nak pakai. Sebab tone kaler kami sama. Nanti tenggelam la pengantin kan. HAHAHA. Eila, amek jela baju tu. Buat baju utk tunang nanti ye. HEHEHE.


6) Saya balik Gombak malam nikah. Sebab ari rabu depan nak amek jubah konvo. Petang pula ade appointment SPA. Abes buat SPA baru pecut balik Gombak.



Dah, tu je yang saya ingat setakat ni. Sebenarnya banyak lagi, tapi malas nak fikir. Banyak benda yang lebih penting harus diberi perhatian.




Kawan2, doakan kami sihat & dipermudahkan segalanya *_____T


* lagi 6 hari ke lafaz itu.....*



Ahad, 16 Oktober 2011

Kahwin : Hadiah Kawin Dari Pensyarah :)



Hadiah kawinku in advance
Terima kasih Cik June :)



:: Macam tau2 je theme kaler Gold :P ::



:: kenapa no 10? Sebab nama saya adalah no 10 dari list kedatangan. Heeee terharu Cik June masih lagi ingat no saya even saya ini ex student dia tahun 2010. Dah setahun berlalu :)





:: TQ again Mis June. Sampai mati saya akan ingat pesanan Cik June! T____T ::



Sabtu, 15 Oktober 2011

Persiapan kawin : 11 Hari ke Lafaz Itu


Malam tadi ada perbincangan bersama jiran tetangga
berkenaan kenduri saya kelak
lagi 11 hari ok
fuiyoooo terus rasa berdebar weiiii
HAHAHAHA




:: tertonggeng2 aku bukak carpet besar pagi tu. HAHAHA ::


Pak Haji telah meng-assign-kan tugas kepada muslimin & muslimat
Terasa hutang budi dekat mereka
terima kasih makcik pakcik :)


:: Kasut sape la tu. HAHAHA :P ::


Lepas perbincangan mestilah ada makan2 sikit kan
semua tu aku masak yeee
ok, aku tipu, HAHAHAHA :P


:: Rumah sebelah pula memang penuh dengan doorgift ::


Huda ajak kawan2 dia tolong lipatkan kotak doorgift
kan sekarang PMR dah abes
budak2 tu datang tolong buat persiapan
syiokkkkk ah budak2 tu, tolong saje2 je
tapi dapat upah & makan minum diberi sekali
camtu aku pon nak ah
HAHAHAHAHAH



Malam tadi budak2 ni tido rumah saya
tdo di bilik pengantin ok
nasib baik set perabot baru sampai petang tadi
HAHAHAHAHA



diaorg eksited nak menolong katanya
siap tanya saya bila nak masukkan candy dalam bekas
bagos2, aku xperlu risau pasal doorgift dah
sebab banyak tangan yang sudi menolong :)


:: Besau betul cincin tu Kak Nur. HEHE ::


then ke butik pengantin discuss dekorasi pelamin, bilik pengantin
pastu terus bayar outstanding balance
lega sket banyak vendor dah bayar full amount :)
tapi yang sakitnya duit mengalir macam air terjun ahhh
HAHAHAHAHA



Oh ye saya mintak extra make up utk outdoor nanti
means b4 or after acara potong kek, saya akan solat zohor dulu
then baru make up lain utk outdoor
sakit sikit la kena add utk kos make up pula
sebab dalam pakej hanya provide make up bersanding 1x je



xpelah, rela invest kos make up daripada melepas pahala solat zuhur
yela hari kenduri nanti sure sibuk
tambah pula saya buat di dewan
pukul 12.30 dah berarak
jadi saya xnak qada` solat semata2 sayangkan make up
lebih SAYANGKAN fadhilat solat zohor :)
kesian Incek Fauzy awal2 dah kena tanggung dosaku HUHU



Eh ex B2B, korang solat zohor aritu macamana?
siapa yang kg jauh tu, boleh jamak
xde masalah pon
saya ni stakat Gombak je, mileage pon xsampai 2 marhalah
memang xleh Jamak la kan, HEHE



bagi yang period pon best la korang eh
sah2 memang xleh solat kan
Heeeee

Ex B2B, share la pengalaman korang solat zohor :)





Rabu, 12 Oktober 2011

Persiapan Kawin : Kad Kawin 2



Ok Seperti yang dijanjikan,
saya nak review kad kawen pilihan saya :)





:: Bahagian depan Kad ::



:: Siap ada partition tu. Dah macam file dah. HAHAHA ::



:: Saje letak gambar sebab ruangan tu nampak kosong la pulak. Belakang jemputan belah perempuan ada peta lokasi belah Perempuan. Nampak sangat kosongnya kalau xletak gambar. Jadi letak jela. HAHAHA ::




:: Close up. Macam xcaye name aku yang tertera dekat kad tu :P ::



Siapa nak kad, sila tinggalkan nama penuh & alamat terkini ye
jangan risau, saya xkan publish komen tersebut :)


Ohhhh lagi 14 hari ke lafaz itu
Dupppp Dapppp Duppp Dapppp



Nota Kaki :


1) Sorry lama xupdate. Saya demam & kekangan masa


2) Malam tadi dinner dengan kawan lama. Dia kata saya NAMPAK KETARA KURUSNYA. HAYOOOOOOOOOOOOOOOOOO :P



Sabtu, 1 Oktober 2011

Stress Punya Pasal :P


" Ayie, aku stress la. Macam nak muntah dah ni tengok buku :( "


" Kita pon. Rasa xada mood je bila nak study. Padahal xngantuk blaaa blaaa " :P


" Aku nak tengok wayang ah. Nak alihkan mata dari buku kejap. Cari hiburan la kononnya. Ko nak ikot? "


" Nakkkkkk N. Bila ko nak p? Blaaaa Blaaa "


Terus tutup buku & bersiap ke Mid Valley:P
on the spot ko terus start enjin :P
KAHHH KAHHH KAHHH


:: Ayie, xpe kan aku crop muka aku? Tengok separuh badan saya dah la ye. Muka? Tunggu majlis kelak :P ::




Kalau x, Ayie nak p dengan BF dia, tapi BF dia balik kg
saya pula mmg TAK KAN dating dengan Incek Fauzy sehingga ke lafaz itu
jadi aku dating berdua dengan Ayie la jawabnya
HAHAHAHA




plan nak tengok movie Johny English
tapi dah sold out pula yang pukul 1 punya
ada pon pukul 4.30petang
xnak ah, pukul bape nak balik kang



jadi, bertukar la plan tengok cite katun 3D
sumpah best gila weiiiii
comel2 je The Smurfs ni
rasa nak bela seekor dua ke kan
HAHAHAHA :P




Ayie, thanks teman aku tengok movie :)
lepas ni kalau ko stress, jangan pendam
*ayie ni jenis pendam. Kena pandai korek rahsia dari dia*
bagitau aku, nescaya aku ajak ko tengok wayang :P



Rupanya Ayie dah plan nak ajak saya tengok movie
tapi takot nak ajak saya
katanya saya khusyuk study, takut nak ganggu



padahal aku PAKSA / BUAT2 study sebab tengok Ayie study ok je
xde pon stress macam aku
eloklah tu, 2 x 5 WAKAKAKA



Ayie, nasib baik aku offer ko tengok wayang :P
kalau x, sampai sudah 2-2 macam nak telan buku kan :P



b4 balik nak window shopping la kononnya
tapi hampehhhh
laju je sebat barang & terus bayar
KAHHH KAHHH KAHHH




Nota Kaki :

Dulu asal aku stress je, Mesti Incek Fauzy datang Shah Alam bawak aku jalan2. Alihkan mata dari buku sat. Now xleh la kan. Dalam tempoh "berpantang dari berjumpa". Uh, sabar2, lagi 24 hari ke lafaz ijab kabul. Lepas tu ko nak berkepit 24jam, lantak ko la N. HAHAHA