Rabu, 28 September 2011

Persiapan Kawin : Website Khas Kami :)


satu kejutan oleh Incek Fauzy kepadaku
katanya dicipta khas utk saya & nak tunjuk dekat anak2 :P
ohhooo, soooo sweeet sayang :D
TERIMA KASIH INCEK TUNANG :)



web ni baru je develop
bermakna, masih lagi mahu diedit & ditambah :)
Ayuh, mari kita ke web itu :D


http://www.tunas.com.my/walimah/



buleh klik tab dekat atas penjuru kiri web utk lebih details
oh ye, lupa nak bagitau
kata2 tentang saya, semua Incek Fauzy yang tulis
aritu dia ada minta
tapi saya busy sampai lupa
at last, dia yang tulis sendiri
Sorry sayang :P



Isnin, 26 September 2011

Persiapan kawin : 29 Hari ke Lafaz Itu



sudah 3 minggu berturut2 saya balik Gombak
dan pulang semula ke Shah Alam tengah malam
harus pulang semula sebab hari Isnin class pukul 8 pagi
nak gerak dari Gombak takut jammed
dah la pagi tu class 4 jam
kalau tertinggal, nasib ko la
memang rugiiiiiii sangat2
ko belajar sendiri la jawabnya
HAHAHHAHA



mak mertua marah saya balik shah alam lewat malam
dah la drive sorang2
katanya nak dekat2 majlis ini takut ada apa2 terjadi
terima kasih mak sebab menyayangi bakal menantumu ini
terharuuuuu huhuhu
tapi nak buat macam mana, saya kesuntukkan masa
meh nak tengok diary aku
bertapa padatnyaaaaaa jadualku nak dekat2 majlis ini
huuuuuuuuuuuuuuu



ok, bebel banyak pon xguna
meh layan persiapan sebulan sebelum majlis :)


:: Sedang menulis jemputan kad kawen utk rakan2ku ::


:: Round pertama utk jemputan kawan2 saya ::



:: Kami order kad kawen sekali dengan pihak lelaki. Jadi Mak & Incek Fauzy sedang kira kad utk di beri ke bahagian lelaki. Kad ni fresh lagi weh. Baru bawak turun dari kereta. Kan saya cerita dekat entry lepas saya gamble ke Jalan Pudu sorang2 sebab nak amek kad kawen. HEHEHE ::



:: Para pembantu yang tolong gamkan kad kawen. Terima kasih Huda & Sarah. Sila turun ke dapor utk bancuh milo sendiri sebagai tanda terima kasih. WAKAKAKAKA :P ::



:: Minggu lepas minggu edarkan kad kawen utk para pensyarah. Puan Himmah xnak saya jumpa dia officenya. Tapi dia ajak minum di luar sekali. Pehhhhh gila sporting. Terima kasih Puan! Tapi time tu saya puasa. Jadi borak2 jela. HOHO :) :




:: Fitting baju utk kenduri sebelah lelaki ::



:: Ke jalan TAR menemani Mak Aji cari kelengkapan ::




:: Ohhh kantoi sudah baju family suit utk sebelah saya nanti. Lupa pulak nak suruh Mak AJi "nyorokkan" kejap masa saya capture gambar nih. HAHAHAHA ::


:: Ke SOGO pula. Mencari bedsheet bilik pengantin ::



:: Sempat rembat laundry basket ini. geram sebab ia kaler pink. HAHAHAHA ::



:: Mini dustbin yang di rembat juga di SOGO sebab ia sangat comel & cute. HAHAHA ::



:: Pak Haji sedang lengkapkan borang kawen. ::

masa pihak laki antar borang utk minta kelulusan dari Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Othman tengok nama wali pihak perempuan. Terus dia tanya dekat Incek Fauzy.



" Ni Yusoff pengerusi surau fasa 7 tu ke? "

" A'a ustaz "

" Dan nak kawen dah anak dia "

saya? WOWWW power gila ustaz ni buleh kenal ayah aku walaupon hanya nama di atas borang. HAHA



:: Set perabot di bilik pengantin. Masih lagi undecided nak yang mana. Rambang mata ni wehhh. HAHAHA ::



:: Saya suka almari jenis slide. Nampak kemas. Tapi almari ia sangat2 nipis. Pakai playwood je. Xnak ah, xtahan lama. For short term, yes, it can be use. But not for long term. Saya mencari perabot yang solid kayu. Memang tahan lama. HOHO ::


:: yang ni pon smart gak. Katil dia xde kaki. Jenis macam dekat hotel. Almari dia dah cun, slide tu. tapi jenis playwood la. Nipis sangat2. Pastu material kepala katil tu dari PVC. Uh, again, can be use only for short time.Hoii, buntu weh pilih set perabot ni. Semua xkena. HAHAHA ::



:: Tapi bukan lah jenis macam ni pilihan saya. HAHAHA. Mak kata macam opera cina daaaa. HAHAHA :P ::



Asal balik Gombak, saya akan singgah RnR Sg Buloh beli BR. Masa tengah tunggu order, ada staff ni bagitau staff yang tengah buat shake saya


" Weh, sat lagi kau letak Choc rice tau. Akak ni memang akan add choc rice "


Aku terdengar lalu senyum2 dan bersuara dekat staff tu



" Eh mana tau saya nak add choc rice? "

"dan biasa dah dengan order akak. Masuk2 je tadi dah buleh agak akak nak apa "

saya? KAHHHH KAHHHH KAHHHHH

" Selalu nampak akak singgah dekat sini. Memang slalu travel ke? Ni baru balik kerja eh? " <---- sebab saya pakai baju kurung.


kerja? HAHAHAHAHAHA
saya belajar lagi dik oiiii :P


:: Jemput minum. HOHO ::



:: Sambung edar kad kawen di sekolah menengah. Cikgu2 jumpa saya rata2 akan peluk saya. Katanya xsangka saya di tahap ini dan sering bagi contoh saya dekat anak murid dia. Ohhh cikgu, jangan lah begini. Saya segannnnnnnnnnnn T_____________T


Adik2, akak biasa2 je. Jangan menaruh harapan sangat ye. HAHAHA
*kes takut mereka over expectation terhadap saya :P



:: Gegar rumah Cikgu Normah pula sebab call2, xdapat pon. Tukar nombor xbagitau eh cikgu. Nasib baik ingatan saya masih kuat. Masih ingat rumah cikgu. HAHAHA ::



Fewitttt, Cikgu Normah sedang buat air utk saya

"Hannah, awak nak tea ke nescafe? "

nescafe la cikgu. Saya ngantuk ni. Lepas ni nak mengedar kad kawen lagi. HAHAHA



:: Ke sekolah rendah pula. Tapi xbanyak buleh edar sebab banyak cikgu2 lama dah pindah T____________T ::



:: Aunty Tiney sedang membelek hantaran utk di beri kepada Incek Fauzy. Dia nak tengok barang dulu b4 fikir idea nak menggubah macammana ::


:: Inilah ghoper bilik pengantin saya nanti. Dan penuh dengan barang2. Ni set katil xsampai lagi. Barang2 yang lain ada di bilik tetamu bawah. Dah merata2 dah barang kawen. HAHAHA ::





Alhamdulillah, persiapan banyak yang dah siap
cuma tinggal benda nak buat dekat2 hari kejadian je
seperti rebus telur & masuk dlm bekasnya
racik daun pandan n etc



WOW lagi 29 hari weiiii
ok sekarang aku dah start nerves
padahal bukan aku yang lafazkan akad nikah
huhuhu :P



dah 3 bulan xdating2 dengan Incek Fauzy
rinduuuuu weiiiii
lately kami hanya jumpa kejap2 sebab nak uruskan hal kawen
macam borang nikah, fitting baju
nak jumpa saje2 memang TAK la kan
tunggu hujung bulan depan bila dah sah
WOWW sumpah seronok!
xsabar tunggu ke detik tu
errr tadi kata nerves?
HAHAHAHA :P



Sabtu, 24 September 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU AEEN & JOE. Dan Aku Menjadi Bidan Terjun Mereka :)


ini kejadian siang tadi
aku menjadi bidan terjun
utk membawa pengantin ke dewan
gilaaaaa la, last min punya keputusan :)



tapi yg kelakaunya,
bakal pengantin membawa pengantin ke dewan
camno tu??
HAHAHAHA
xpe, aura ko aeen dapatlah aku resap sket :P


:: Aeen tengah bersiap di rumah. Sila abaikan handbeg saya bawah tu ye :P ::



:: nilah si pengantin yang bakal pengantin (aku la tu :P) bawa ke dewan :P ::



:: Eh patutnya gambar ni dulu. Ahh biarlah :P. OK ni dah bersiap. Bersedia utk ke dewan pula :) ::



:: Bersama pengapit. Ko nerves ye peja? :p ::





TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU AEEN & JOE

semoga cinta suci ini kekal hinggal ke syurga :)




ok sekarang aeen dah lepas,
bermakna hari bahagiaku makin dekat
sekarang aku pula yang nerves
T______________T






Nota Kaki :

1) Gambar kami bersama aeen di pelamin & meja beradap ada dekat camera member yang lain :)

2) Banyak jumpa kawan2 sekolah masa ni, apa lagi, aku sibok mengedar kad kawen lah! HAHAHA :P



Sabtu, 17 September 2011

Hari Sabtu, Harini Memenatkan T____T


1) Ke Selayang, edar kad kawen.


:: Pak Haji punya style kalau menulis atau makan, mesti buka spec mata :) ::


2) kenduri kawen di Selayang.


:: Awal kot kami sampai kenduri ni. Ngam2 pukul 12 baru melangkah masuk. Memang datang awal sebab banyak lagi tempat nak menyinggah :) ::


3) Singgah rumah kawan ayah, sambung edar kad kawen.


:: Baby comel berusia 5 hari. Pipi lembut macam aku (?) kahhh kahh kahhh ::



:: 2nd baby. Comel gila. Mak dia muda oh. umur 28tahun, anak dah 3. Yang sulung 5 tahun ::


kawan ayah ni dapat anak sedara 2 sekali gus
pehhh bes gila ada baby nih :)



4) Ke Rawang. Kenduri Kak Aimi :)



gambar pengantin lupa nak capture.
HAHAHA
nih gambar semalam
masa beli hadiah dekat JJ
saya bagi iron je
nak bagi pinggan mangkuk bagai
mesti dah ramai yang bagi kan :)

:: Kak Aimi & Suami. Eh Kak Aimi, N curik gambar nih dekat FB akak sebab nampak comel la korang. Lentok kepala tu macam lebih kurang sama je :) Mintak izin ye curik gambar nih. HEHEHE ::


Kak Aimi, tahniah & Selamat Pengantin Baru
semoga kekal hingga ke akhir hayat :)



hujung bulan ni kak Aimi balik German
maybe xsempat datang wedding saya
uhukkk uhukkk


5) Ke rumah kawan ayah. Sambung edar kad kawen lagi :P



:: Aloo bangla comel perut (?) HEHE :P ::


:: Pak Haji tersandar kepenatan sebab jammed teruk dekat rawang, sangkut dekat sejam! ::



Pakcik Jasni ni sempoi gila
aritu masa tengah outdoor gambar tunang,
dia ternampak saya
pelik jugak la macamana dia buleh perasan
satu, jarak jauh. saya di dalam taman, dia lalu di jalan tepi taman
dua, dah makeup bagai, mesti lain kan


pastu terus call ayah saya


" Sop, arini anak kau bertunang ke? Aku nampak anak kau nih "

ayah? glurpppp jela
HAHAHAHA
sebab ayah xajak dia

yela masa tunang hanya kawan2 saya, jiran terdekat & sedara2 je jemput
kawan2 mak ayah tunggu kenduri esok :P



6) Open house Puan Namiyah.

Nih xde gambar sebab saya malas nak capture, sampai pon dah lewat kan sebab sangkut jammed dekat Rawang nunn. Eh dekat rumah ni, saya jumpa Mak Azrin. Gigih saya kejar mak dia nak mintak no fon Azrin! Lantak la orang kata apahal minah ni nak tahan orang balik? Dia bukan tuan rumah pon. HAHA. Saya ni kalau nak sesuatu, saya akan usaha sampai dapat lantak la orang nak kata apa. HAHAHA. Azrin ni kawan lama saya masa sek rendah. baru2 ni saya ada try call no dia sebab nak mintak alamat nak edar kad kawen. Tapi xdapat dihubungi. Maybe dah tukar no kot. Tu yang gigih kejar mak dia! :)


Azrin pon tengah menghitung hari. InsyaAllah bulan 12 ni bergelar suami orang. Tahniah Azrin. dalam diam eh ko!


InsyaAllah aku datang kenduri belah ko kang. Belah perempuan xdapat datang sebab aku tengah exam :)

Azrin, aku tunggu hadiah kawen peti sejuk dari koooooooooooooooooooooo. HAHAHAHA :P


7) Finally, ke rumah Peja :)


:: Amek ko, ber-canopy tuuuu :) ::


kat sini saya jumpa ramai kawan sekolah menengah
kalau bawak turun kad kawen, buleh terus bagi
tapi kad tinggal dalam kereta
sebab x expect pon akan jumpa kawan2 lama
kami sampai pon dah nak maghrib
so budget kami ni kira orang last2 yang datang la
HAHAHA



tapi xpe, saya amek no fon dorang
nanti text mintak adress je :)


:: Open house style catering. Faham? HEHEHE :P ::


masa salam2 dekat kawan sekolah
diorang teruja tengok saya dah kurus
siap raba2 nak rasa kenipisan lemak aku
siotttttt gila, amek kesempatan eh
HAHAHAHA


mimie, aku reply sms ko jap lagi eh
ko mintak tips kurus aku kan tadi
hehehe :)



ohh ye makanan dia sumpah sedap gila
tapi xdapat nak rasa semua makanan
perut nak meletoppp dol
6 rumah dah kami menyinggah
HAHAHAHA



Peja, parents aku kata confirm amek parents ko as caterer wedding aku nanti
xyah food test
depa dah cukup puas hati!
ko nampak x dorang betul2 percayakan parents ko?
HAHAHAHA



dan lepas magrib tadi saya terus tumbanggggggg
HAHAHAHA
nih baru bangun



ok babai, nak turun dapo bancuh nescape

N, ko nak study ke?
siap nescape bagai kan
Kahhh kahhh kahhhh



xla, aku nak tulis jemputan dekat kad kawen ni
semalam pukul 3pagi saya tdo sebab tulis jemputan kawan2 saya
penat tapi enjoy! :)



siang kang nak ke Jalan TAR
teman mak beli tudung & kelengkapan kawen yang lain :)



eh banyak pulak aku membebel entry kali ni
HAHAHAHA,




Jumaat, 16 September 2011

Merisik Setahun yang Lalu :)



Sekejap betul masa berlalu
tarikh harini pada tahun lepas,
saya dirisik oleh keluarga Incek Fauzy
rasa macam tak percaya hubungan kami sudah ke tahap ini
teringat dulu2 masih mentah utk bercinta
maklumlah, bercinta di zaman sekolah :P



tempoh risik nak ke bertunang xlama
3 bulan lebih gitu
risik 16.09.10
tunang 01.01.11
:)

OK, mari kita flash back peristiwa setahun yang lalu :)


:: montel2 jariku ni ek. HAHAHA ::


:: Ketibaan keluarga Incek Fauzy. Xramai yang ikot. Hanya 2 kereta. ::

Capture dari tingkap bilik mak ayah nih. Maklumlah kena duduk atas dalam bilik sampai perbincangan selesai. Kejap2 aku bertenggek dekat tangga (tetamu xnampak la) sebab nak dengar perbincangan. Dalam masa yang sama cuak gila babeng dol. Sambil tu terdetik bila ayah nak panggil aku turun nih? HAHAHA :P



:: Tu dia, siap datang bawak hamper! Kami? xde bagi apa2 pon. Jamu kuih raya (mmg tengah raya masa ni) & bihun sup je. HEHE :P ::



:: Bakal mak mertua yang sangat pandai memasak. Xsabar nak berguru :) ::


:: Perbincangan oleh kedua belah pihak :) ::



:: Incek Fauzy buhsan. Nampak tu dia tengah engaged. Dia call saya. Saya masa ni dekat tingkap bilik mak ayah ni. Tengok je dia dari atas. Tapi dia xtau pon. Saya xnak bagitau. HAHAHA. Incek Fauzy kata dia xtau nak buat apa. Nak masuk sah2 la xbuleh kan :P. Dia siap balik dulu la, baring2, jalan2 la. maklumlah rumah kami kan dekat :P. Memang lama betul perbincangan ::





:: Xlama lepas tu mak ayah panggil Incek Fauzy masuk utk makan. pastu borak2 kejap, rombongan minta diri utk pulang :) ::



Text Color

:: yes, aku dapat hamper. Ko ada? *sambil kembang2 kan idong* HAHAHA burok betul perangai :P ::



16.09.10, saya bergelar risikkan orang :P


**********************


Ok mahu bersiap nak fitting baju utk majlis bertandang
heh arini saya & Incek Fauzy masing2 busy buat persiapan
bahang perkahwinan makin terasa!! :D
Ya-Allah semoga dipermudahkan segalanya :D