Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Eidulfitri


Salam Eidulfitri
Maaf andai sepanjang tahun ini saya ada:

terkasar bahasa,
terlepas cakap,
membuat hati anda terguris,
atau seangkatan dengannya

mohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki ye :)





:: Kad rayaku yang pertama dan yang terakhir kot? HAHA :P ::



kepada yang balik kampung, drive safely
saya doakan perjalanan anda selamat pergi dan pulang



dan kepada yang tak balik kampung,
GIVE ME FIVE BEBEHHHH
HAHAHAHA



tak2, saya balik kampung juga, HAHA
cuma after solat sunat raya baru bertolak
tahun ni, seperti tahun2 lepas
balik utara dan selatan :)
kalau blog ini sunyi, faham2 la ye :D




:: Thanks Mira utk kad raya yang pertama dan terakhir ini. HAHAHA ::
Tang ucapan bawah tu yang xtahan. "X LAMA LAGI JADI PUAN HANNAH "
HAHAHA :D




kalau terserempak dengan saya dekat RnR ke, open house ke
tegur2 la yeh
kalau saya buat2 xingat tu,
sekehhhhhhh je kepala ni
banyak sangat minum SUP SEMUT
HAHAHAHA


:: Mira, pagi raya nanti N sms ucapan raya je eh? Tunggu tau. Sebab kedai semua dah tutup. Xsempat beli kad raya (alasann). HAHAHA ::


Again,
SALAM EIDULFITRI
MOHON AMPUN DAN MAAF ZAHIR BATIN :)


Ikhlas,

- strewberimanis
- Mon
- 4.30am



Nota Kaki :

Sayu je malam tadi malam terakhir terawih. Nak menitis air mata ini sewaktu imam memberikan salam terakhir. Ku doakan ku panjang umur agar dipertemukan dengan Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Aminnnn T____T




Jumaat, 26 Ogos 2011

Saya Perlukan...

  • Bateri laptop yang baru. Bateri lama dah terpecah 2. Hebat bukan cik stoberi? HAHA

  • Kain ela bercorakkan batik utk di guna pakai ketika konvo kelak <-jeling2 manja & kenyit mata dekat Incek Fauzy :P

  • Sandal baru. Sandal saya baru putus semalam. berderet kotak kasut kau dekat bonet kereta pon nak beli yang baru? Tak faham betul budak ni :P

  • Pakej SPA yang buleh urut2 badan ni. Agar lepas keluar je SPA, buleh study dengan aman. Xde masalah sakit belakang <- alasannnn :P

  • Jeans & Tshirt baru. Sebab yang lama semua dah gelebeh2. Saya xsuka pakai jeans with belt. Seksa peruttttt ok

  • Rehat secukupnya. Walaupon saya tau balik cuti ni terlebih-lebih rehat, tapi saya nak gak utilized kan masa cuti ini sebaik mungkin. Sebab naik cuti ni saya sibuk dengan class & trial exam. Most probably saya amek trial awal dari student ACCA UiTM yang lain. Ahhh later saya explain ye :)

  • Last sekali aku rasa aku BAKAL KENA PELEMPANG. HAHAHA. Banyak songeh sangat kan. Nak itu, nak ini. LEMPANG NAK? HAHAHA


Dahh saya nak turun dapo makan eskem vanila. Esok nak p JJ cari sandal. HAHAHA. If ayah bagi extra money, buleh beli jeans & T-Shirt :) Ehem2 :D *Ada bakal dapat pelempang ni kangggggg. HAHAHAHA




Nota Kaki :

Aku xrecover sepenuhnya lagi. Tapi sedang belajar utk menerima kenyataan. Thanks for those yang concern. Sayangggggg korang *hugsssss* Lappp ayaQ mata & hingus sebab terharu, HAHAHA



Khamis, 25 Ogos 2011

Berbuka Puasa Bersama Kawan Sekolah :)



Semalam berbuka dengan kawan sekolah menengah
hehhh saya ni, sejak balik cuti,
hari2 buka dekat luarrrrr kotttttt
tapi saya sukaaaa sangattt
sebab dapat jumpa kawan2 & bergosippppp
kehhh kehhh kehhhh


:: KIRI : Ain, Mira, Eila :) ::
:: KANAN : Izati, Farah, Nor :) ::



kami berbuka di NASI AYAM GEMAS
ehhh bukan sampai ke Gemas kami berbuka
hekkk hekkk
tapi dekat Gombak Prima bawah ni je
dekat pon dekat, jalan kaki pon buleh
tapi saya malas nak berjalan, bawak kereta jugakk
ehhh stoberi ni cakap putar belit
sekehhhhhh kang
HAHAHAHA :P



saya sampai lewat, saya suruh diorang orderkan dulu
sebab ni semua Huda punya pasallllllll
T__________T
dia ajak saya ke bazar dulu sebab kalau saya xde
dia kena jalan kaki ke sana
perghhhhhh nasib akak kau ni bertimbang rasa Huda oiiii
matikkk la puji diri lagi, HOHOHO :P



:: Hoiiii resit sapa jatuh masa bayar ni? Amek la wehhh. Tak baik buang merata. HAHA ::



Diorang semua amek set nasi ayam
tapi saya amek bihun sup
ape kes p Nasi Ayam Gemas, tapi makan bihun sup?
MUAHAHHAHA
dietttt bebehhh dietttttttttt :D
tu pon dah langgar pantang :D



ehem2, mereka kata saya dah kurussssss
berbeza sangat dengan waktu tunang dulu
ohhhh yessssss, i like :D


:: Mereka rakan sekelas saya Form 5. Most of them dah berjaya mengenggam segulung ijazah. TAHNIAH KORANG. Cuma Farah je, ada lagi 1 sem. Sabar eh Farah :) ::



nahhh gambar last skali gambar bersama
tapi gambar saya xde la eh
sebab saya yang amek gambar ni
hekkk hekkk hekkk


pastu Farah cakap,

"hannah, meh kita pulak amekkan. Mesti nak letak dalam blog kan"

" Ehhh xpe, memang xnak amek gambar kita pon :) "


makin dekat majlis, saya xsuka amek gambar sendiri sangat
ntah, maybe influence mak kot
sebab mak cakap nanti xde seri
ohhhhhh ok mak :)





Hi Hannah :)


Tengah Q beli roti john dekat bazar tadi tibe2 ada lelaki tegur saya..


" Hii Hannah "


Errr sapa panggil nama aku ni? Toleh2, xde pon yang aku kenal *bapakkkkk kejam gile :P


" Hannah, xingat kita ke "


" Sorry, x kot. Tapi muka macam kenal "

Kover line bahikkkkk punya. Nahhh Panggg sedass :P. Tapi muka mmg aku macam kenal. Very familiar


" Cuba teka, mesti ingat punya "

Ehh mamat ni, nak test memori aku ke? HAHAHAHA


" Sorry la, xingat nama (masa ni berharap dia salah orang. Munguk gile cik stoberi ni). Bagi clue nama buleh? "


" Tak buleh. Ingat sendiri " - Ewahhh2 lantak ko la, malas aku nak fikirrrr. Kerek dgn aku kan :P


"Ni apis la. Junior SMK Hillcrest. Ingat dah? "


" ooooo Apis adik kak fizah tu ke? "


" a'a. Buat apa sekarang blaaa blaaa blaaa "


HAHAHAHA. Matik2 nak salahkan dia silap orang. Agar aku buleh terlepas teka siapa dia. Eh aku nak beli roti john la. Bukan nak teka nama orang. HAHAHA


Apis, sorry gagal ingat nama awak tadi. Amboiiiii makin kacak eh sekarang. Seblah tu siapa? Ehem2 GF eh? Cunnnnn weiiiii. Sekali GF dia toleh kiri kanan, abes hidung aku kena libasannnn rambut lurusnya. HAHAHA.


Pis, kawin jangan lupe jemput eh :)




Rabu, 24 Ogos 2011

Bersemangat ke Shah Alam, tapi kereta rosak?



Semalam saya plan nak jumpa Aisyah, Ayie, Hawa di Shah Alam. Sebab nak pass & amek kuih raya. Masing2 ada order kan. So jumpa 1 tempat, pass, senang. Ingatkan nak jumpa dekat2 KL ni je. Malas nak ke Shah Alam. Tapi sebab ade budak rumah yang lain ada order gak. Kang kalau jumpe kat KL, kena patah balik ke Shah Alam. Kan dah 2x kerja tu. Baik terus jumpa kat Shah Alam. Tapi dah alang2 jumpe tu, buka puasa sama2 la, HEHE



Plannya, petang semalam saya amek Aisyah di opis dia
. Pastu gerak ke Shah Alam terus. Ayie dah smpai awal, saya suruh order menu dulu. Takut dah azan kang, menu still xdpt lagi. Tu pon jenuh ayie Call aku nak makan dekat mana T_____________T. Dah aku putuskan makan dekat Pizza je, pastu next issue came in. Nak order ape pulak. Haiyaaaaa kami ni memang masalah tang nak makan dekat mana, nak order ape. Dari 4tahun lepas mula2 sambung degree, beginilah peel kami :P Jangan turun peel ni dekat anak2 kita dah la ye. HAHAHA




Lepas dah amek Aisyah dekat opis dia, singgah rumah Abg Edy & Kak Farrah jap. Aisyah nak mandi & tukar baju. Lagipon awai lagi, baru pukul 5petang kot. Sambil tunggu Aisyah bersiap, saya gomol2 Aminul Faris, bakal menentuku, HAHAHAHA. Gambar minul? Errr xsempat capture. HAHA



Dan disinilah kejadian itu bermula...


Elok masuk kereta, start2, eh2, xleh la. Muka dah cuak tapi cover. HAHA. Try start lagi, xleh gak. Try lagi, xleh lagi. Ok dah, fed up try banyak kali macam xde hasil :P


Kata Aisyah, elok masuk parking, xleh start. Nasib baik jadi masa tengah parking kan. HUuuuuuu


terus call ayah..


Aku : Ayah, kereta xbuleh start *time ni dah cuak gile :P. Tapi suara maintain cover :P

Ayah : N kat mana ni? Maybe bateri kot. Cube try jumper dulu



:: Aku nak jump sendiri pon takut. Sebab ada karen hujung wayar. Meletop2 kooooo. Dasar penakut mmg xleh buat ape la kan, HAHAHA ::


Gigih Aisyah mintak tolong Abg Edy jump kan. HUHU. Dah jump lama sket, try start, xleh pulak. Jadi sama macam b4 jump. Maknanya bukan masalah bateri. Ayah cakap bateri tu sebab kereta tu mmg kena tukar bateri. Dah setahun lebih usianya.


Dah xleh start, saya call ayah balik..


Aku : Ayah, dah jump pon xleh la. Jadi sama macam b4 jump. Bila start, ia tendang balik. Bunyik "plukkk plukkk" bila paksa start


Ayah: blaaa blaaaa blaaa Spark plug kot. Ayah nak cakap pon xreti. Ayah suruh tengok wayar tu, wayar ni pon N xtau.



Time ni aku dah gelak sakannnn. Tau bawakkkkkk je eh. Wayar hape semua xtau :P


Ayah : N mintak tolong Abg Edy bagi gerakkan kereta tu je. Bila dah gerak, bawak balik kereta. Pakai Honda.



Ayah cakap tukar kereta sebab saya bising sebab takut dekat Shah Alam kang xleh start balik. Heyyyyy kereta pon belum buleh start lagi, ko dah fikir takut xleh start dekat Shah Alam. Plssssssssssssss la N, jangan fikir long term sangat buleh? HAHAHAHA



At last Abg Edy tanya nak dia carikan pomen or Ayah nak datang bawak Pomen sendiri. Sebab dia pon mati kutu xtau apa punca. Kena panggil pomen gak. Eh Abg Edy yang pro kereta pon give up, aku ape ntah lagi. Mula2 start kereta xleh, dah give up kottttttttt. HAHAHAHA



Maka kami ke Shah Alam pakai kereta Abg Edy, dan kereta saya tinggal di sana tunggu pomen baiki. Masa ni serba salah sangat nak guna kereta Abg Edy. Abg Edy suruh p pakai kereta dia dulu. Sebab kalau tgu pon, xtau bila buleh start. Time ni Aisyah dah angkat kuih raya. Tukar kereta. Aku? Pandang ke arah enjin kerata dengan harapan buleh start balik. HAHAHA



So ke Shah Alam, lalu NKVE. Nak kata jemmed tu xla, cuma banyak kereta & kereta bergerak. jangan xbergerak sudah. Lagi aku stress. HAHAHA. Elok exist tol, Dah azan maghrib. Xpe, kami cool. Xkalut pon sebab kami tak...........(sila isi sendiri. HAHAHA).. Terus menuju ke Pizza dekat pintu belakang UiTM. Mencari parking pon satu hal. Haaa hambek. Parking dekat Shell (seblah pizza) dan jalan sket :P






:: Ni je saya sempat capture. Gambar kami lupe nak capture sebab rancak sangat berborak. HAHA ::



Masuk pizza, mengagau cari table dorang. Tibe2 ada orang dok lambai2 tangan. Ehhh Aisyah, kita ada peminatttttt la. tuuuu fannn kita tuuuuuuuu. Panggggggg sedaassss. HAHAHA sempat lagi eh Kau N berangan. Tadi bukan main cuak kereta xleh start. HAHAHA




Makan2, gosip2, dongeng2 dan gelak2. HAHAHA. Aku rasa table kami PALING LAST bangun kottt. table lain dah kosong dah. Pekerja pizza dah kutip semua pinggan kotor dekat table. semua dah balik kekenyangan. HAHAHA. kami je xreti2 nak balik. HAHAHA. Pastu singgah rumah sewa jap. Hantar kuih raya yang budak2 rumah order.


Xcukup dongeng dekat pizza, sambung dekat rumah sewa pulak. memang minah bergosip la jawabnya. HAHAHA. Around 9.45malam, bertolak balik la kami... 10.30 malam sampai rumah Aisyah. Amek kereta. Kereta dah ok. Kata Abg Edy, Abg G.I (ntah camne ntah eja :p) ketuk2 spark plug pastu dah leh start.

Saya sampai rumah malam tadi pukul 11.20 malam. Penattttt tapi best. Baru xjumpa 3 bulan, macam2 cerita keluar. If 3 tahun??? Huuuuuuu

Ok, harini saya buka puasa di luar lagi. Dengan kawan2 sekolah. Dekat Gombak Prima bawah ni je :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


To :

Kak farrah & Abg Edy : Sorry N nyusahkan. Dah lambat nak ke spital. Huhuuu

Abg G. I & Abg Edy : Terima kasih banyak tengok2 kan kereta "aweks cun" ni. HAHAHA




Isnin, 22 Ogos 2011

Lemau


  • Buka buku. Nak study la kononya. Baca satu dua baris, tutup balik. Terus lompat naik katil. Sambung online.
  • Bancuh nescafe. Sebab nak stay up la malam ni. Minum seteguk 2, letak tepi. Tak ada mood nak abeskan. Membazir je.
  • Teringin nak makan chocolate dairy milk. Petang tadi start enjin, p beli. Tadi makan segigit dua, pastu terus tolak tepi. Biarkan bersama secawan nescafe :(
  • Buka diary. Check to-do-list nak buat cuti ni. Ingatkan nak buat yang PALING SIMPLE dulu sebagai warming up. At last, tutup balik diary, lompat naik atas katil, online. Tak ada mood nak mulakan T__________T
  • Tengah google cari sesuatu tadi. Dah dapat, pastu close balik window. Masih tak ada mood nak buat sesuatu.
  • Tengah baring2 tadi, hati tersentap. Maka, gugurah air mata ini dengan deras sekali. Ya, aku tak ada mood utk buat perkara diatas sebab .... (rahsia). Hati tak kuat nak menerimanya.


Akhir2 ini aku perasan air mataku sangat murah harganya. Mengalir tiap hari.
Wahai hati, bersabarlah..
dan kepada aku, JANGAN terlalu lemah. HADAPI UJIAN ini dengan tabah..
tiap hari sebelum tdo aku berjanji harini hari terakhir aku menangis..
tapi esok, gugur juga.. :(


Semoga harini benar2 hari terakhir air mata ini mengalir..


Oklah aku nak tdo since semuanya tak ada mood nak buat.
Selamat Malam dunia

*tutup lampu, tarek comforter, on air cond, peluk bantal kuat2 & ZzZzzzzZzzz*




p/s : Doakan aku ceria seperti dahuluuuuuuu




Ahad, 21 Ogos 2011

Pelbagai Plan Untuk IMPIAN ku itu :)


Plan A :

Perancangan awal kami. Percentage utk misi ini berjaya ialah 70%. Tapi jangan terburu-buru. Takut terkandas di pertengahan jalan. Jadi muncullah idea seterusnya :)

Credit to : Akmal :)


Plan B :

InsyaAllah dengan adanya plan ini, dengan izinNya, misi saya ini akan berjaya. Namun saya tidak meletak harapan yang tinggi. It must be a lit bit failure / frustration due to as a human being's mistake. So i will back up with another plan :)

Credit to : Eila & Mira :)


Plan C :

Jika ketiga-tiga plan ini bergabung, saya yakin misi saya akan berjaya dengan izinNya. Tapi nak sedapkan hati punya pasal kan, perahhhhhh otak fikir another plan :P

Credit to : Puan Salma :)




InsyaAllah jika plan ni berjaya, baru saya share disini eh. Masih terlalu awal utk diceritakan. Doakan yang terbaik agar plan ini berjalan dengan lancar dan saya dapat genggam apa yang saya impikan selama ini. Dan juga TIADA lagi air mata menemani tdo malamku :)


Ya-Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini dikala aku diuji sebegini...



p/s : Sebenarnya 3-3 plan ni really works. Cuma keadaan yang akan menentukan segalanya :)


Nota Kaki :

strewberimanis, kau KENA kuat. Bangun & berdiri di kaki sendiri!!!





Sabtu, 20 Ogos 2011

Terima Kasih Akmal :)

rentetan entri di bawah ini,
saya telah meng-SMS Akmal
kot2 dia buleh tolong bagi cadangan ke hape kan
:)


:: Inilah Akmal. Fewittttttt hidung mancung tu. Tapi sorry, not available. HAHAHA ::



Thanks marl for the great opinion
xterlintas di fikiranku nak buat camtu
otak ko memang hebatttttttttt la :)


:: Seorang sahabat yg sporting. AMAT bencikan pink. Tapi di hari pertunanganku, beliau sanggup beli T-Shirt pink yg baru. T-shirt pink yg pertama tu dibelinya. Gilaaa sporting. Thanks Marl! :) ::



Aku doakan planning ko menjadi
dan aku mahu ko sentiasa di sisi aku di hari kejadian
WAJIBBBBBBB!
sebelah kanan aku is Eila (my pengapit)
dan sebelah kiri aku ialah ko :)
*arahan ni marl :P



BTW thanks marl :)
malam ni aku buleh tdo dengan lena :D


Jumpa esok kita iftar bersama Eila, mira & errr siapa lagi eh?
BHAHAHAHAHAH



ok bai, nak tdo dengan lena

tdo tanpa ayaQ mata :)

kehhh kehhh :P

amboi berlagak naaa

lempang nak? :P



- strewberimanis
- 2 am
- 21. 08. 2011



Pengorbanan Terakhir



bersediakah aku berkorban?
berkorban utk sesuatu yg aku impikan semenjak 9 tahun lepas?
haruskah aku melepaskan ia pergi begitu sahaja?
ohhhhh hati, janganlah ada perasaan serba salah sebegini :(


Ya-Allah bantulah aku dengan memberi petunjukMu
T______________________________T


Nota Kaki :

Hati xkuat menerimanya. Tiap kali memikirkan, pasti air mata ini akan mengalir :(



Jumaat, 19 Ogos 2011

Nota Cinta Dari Ayie :P



Semalam after sahur, saya terus mandi
pastu dapat surat ini atas meja study :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



:: Ini tisu ok. Bukan kertas. HAHAHAHA ::


~N, Kita x mampu bertahan. Sori asek sshkn ko je, huhu. klu ko xtdo kan, boleh x gerak kita sblum or spls ko smyg subuh. mn2 yg ko snang la. Kte xkesah. Thanx N~




ni gara2 kami ada test before balik cuti
balik terawih dalam pukul 10 pm
pastu terus tdo sampai pkul 12 am
then stay la sampai ke pagi
study sampai lebammmmm
BHAHAHAHAHA



2hari lepas saya, ayie & hawe sahur dekat Mekdi sek 3
macam biasa, bangun tdo pukul 12 am,
*balik terawih terus tdo. letihhhhhhh kooo*
pastu study sket, nguap banyak, HAHAHAHA
pukul 3.30pagi start enjin p Mekdi
ohhhh ramai juga dekat Mekdi ek ;p



:: Ni senyum lapar ke senyum dapat keluar dari "kepompong" buku? :P ::


:: Set saya. Ni sahur ke mencekik ni? HAHAHAHA. Selama 15 hari puasa di Shah Alam, ni sahur PALING mahallll. BHAHAHAHA ::




Now saya ada di Gombak
cuti until 4 sept


kawan2 di Gombak
jom berbuka sama2 :)
aritu saya kat Shah Alam,
jenuh sms & call ajak berbuka kannnn


menangis hati ni ko tauuuuuu
sebab xdapat balik Gombak
kena amek test dulu
huuhuuuuuu



Nota Kaki :

Bila ntah nak start buat ape yg saya plan cuti ni

sungguh malas utk buat benda yang saya xsukaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(





Selasa, 16 Ogos 2011

Kembali :)


terasa lama betul tak coret sesuatu di sini
pehhhh *kesat2 dahi kejap :P



lately internet dekat rumah sewa ni xbuleh nak connet
jenuh call TM explain benda yang sama
xpelah xde tenet buat "sementara" waktu
kalau x, nak online je memanjang
xde nye nak study
HAHAHAHA



tapi sekarang dah ok la
heiiiii register tenet under nama aku
harus aku bising2 kalau xdapat nak connect
BHAHAHAHA :P



lusa saya akan pulang ke Gombak
cuti midterm 2 weeks
macam2 saya nak buat cuti ni
siap buat check list okehh :P
dok "HOLD" je sampai tunggu masa cuti
harap2 semuanya berjalan seperti yang dirancang
andai nasib xmenyelebahi saya,
saya yakin ada hikmah semua ini
*tahap malas nak fikir dah sebab jenuh berfikir sebelum ni :(


doakan yang terbaik utk saya ye :)


p/s : saya teringin nak makan eskim Baskin Robbin dengan Incek Fauzy T_____T




Jumaat, 5 Ogos 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANG :)


04.08.1986 - 04.08.2011

HAPPY BIRTHDAY yang ke 25 tahun SAYANG :)


walaupon dah lewat sehari,
tetap nak abadikan dekat blog ini :P


tapi dah wish directly tru phone la on that day :)


:: Curik Gambar dekat FB dia. Mintak izin ye sayang HEHE :P ::


1) Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki

2) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik

3) Semoga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa

4) Semoga mendapat kejayaan di dunia & di akhirat :)

5) Terima kasih sebab menjadi TUNANG, KEKASIH, PENDENGAR YANG SETIA, KAWAN yang perihatin kepada diri ini :P

6) Semoga dipermudahkan urusan utk menjalinkan hubungan yang halal & sah

7) Harap2 tahun ini tahun terakhir menyambut ulang tahun kelahiran sebagai status bujang ye Incek Fauzy :P



Eh kejap2, ini ucapan birthday ke ucapan ulang tahun hubungan? BHAHAHAHAH

sengal gile cik stoberi ni :P

Biasalah, tengah Rindu dekat Incek Fauzy T___________T

mungkin minggu lepas adalah pertemuan terakhir kami sebagai status Tunang

dan akan berjumpa kembali hujung tahun ini sebagai SUAMI ISTERI yang SAH :)


*mak pesan jangan jumpa nak dekat2 kawin ni. Xelok & xde seri masa kawin nanti*


ohhhhhhhhhhhh lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagiiiiii T____T

over gile. padahal belum kawin lagi, HAHA

*rindu tahap cipannnnnn*


p/s : Salute kepada pasangan yang dah kawin tapi tinggal berjauhan T____T



Isnin, 1 Ogos 2011

Bank Draft


minggu lepas tibe2 dapat short notice
kena prepare bank draft & documents required within 2days
giloooooo ko 2ari??
kelam kabut kami ke sana ke mari derrrrr
dah la petang tu ada discussion
dah elok bawak laptop,
sampai library, adapter meletop
pehhhh dugaan betulla :(
but nevermind, I treat it as EXPERIENCE :)
hambekkk ko, font besar aku kasik :P
perli ke hape ni cik stoberi oiii??
HAHAHAHA


:: Resit rasmi utk mintak official transcript ::



salah satu document si Mat Saleh (pihak UK) mahu ialah official academic transcrip
hey, kami ni fresh graduates, xkonvo lagi
so xdapat la official transcrip
konvo kang baru dapat



tapi dah nak urgent sangat kan, kena la bayar T______T
RM 10 & siap selama 5 hari waktu bekerja
weiiiii notice kata 2 hari je
semua yang nak transcrip ni, mintak URGENT
kesian staff Pusat Konvo kena kerja lebih :P
yela siap 5 hari, tapi kami mintak siap esoknya
Nasib baik batch ACCA saya 35orang je
semuanya dok serang Pusat Konvo
HAHAHAHA



pastu nak pula Surat Kelulusan Senat
pon sama, siap 5 hari waktu bekerja
Nasib saya dah buat masa awal2 register ACCA
sebab nak guna utk urusan JPA
selamat di situ



tapi ada je yang xapply lagi surat ni
yang dah apply pon, p mintak dalam bahasa melayu
kenalah buat yang lainnnnnn juga
ko gile ape pakai bahasa melayu
Mat Saleh sane mane fahammmm T______T
*saya memang request in English*



matikkkkk la kena maki dengan Staff Pusat Konvo
asek2 nak mintak urgent
ingat kami ni xde kje lain ke?
BHAHAHAHAHAH



:: Staff Bank Islam sedang proses borang saya :) ::


pastu nak buat bank draft pula
kan saya plan nak buat ari Isnin
tapi xjadi sebab ade program Titah Diraja
pastu nak buatlah ari selasa
tapi class sampai pukul 6 la pula
bank dah tutup mehhh
T__________________T



ok, tekad, nak buat ari rabu
abes class pukul 4, terus rushing ke bank Islam pula
*bank Islam ni dalam campus juga*
sampai je, mintak borang & isi cepat2
sebab bank tutup pukul 4.30ptg kan
pastu nak hand over borang ke kaunter,
ade staff bagitau sistem UK sampai pukul 4ptg waktu Malaysia je
Apsallah kau xbagitau masa aku mintak borang tadi wahai staff T_____T
bukannya dia xtau,
sebelum saya, ada je classmate yang lain buat Bank Draft juga
T___________T




again, kena datang esok pula T_____T
dah la esok nak kena submit bank draft & document required
masa ni, official transcript saya masih pending di Pusat Konvo
dorang tengah buat kottt


:: Ni lah rupe bank draft ye anak-anak. Saya pon first time tengok. Agak jakun, HAHAHA ::



dalam masa dok kalut buat bank draft & tgu official transcript siap,
saya p photostat dokumen yang lain & minta pengesahan
again, CTC kena dalam English juga sebab Mat Saleh xfaham kan
*CTC= Certified True Copy*
pastu lecturer yang buleh buat CTC pon xramai
ada pon, diorang xde di office
*xsemua lecturer buleh buat CTC*



pehhh again, dugaan lain pula menimpa
saya dah target, if xde lecturer yang buleh CTC,
saya nak p buat Oaths
lantak la sekali cop RM 5 sekali pon
dah xde masa dah ni T______T



nasib baik saya ada kereta sendiri
xmenyusahkan orang or penat turun naik bus T____*



Alhamdulillah tibe2 ada Staff UiTM yang ada Cop CTC ada di office
mintak dia sign kan je
selamat RM 5 sekali cop, BHAHAHAHAHA





Oh ye, masa saya buat bank draft ni,
exchange rate mahal sket
RM 1 = 4.9087 Pounds
utk registration fee je, 72 Pounds
campur caj bank la, komisen la, stamp duty la,
total up, RM 361.58
terus auto debit
xbayar cash


:: Harap2 dokumen2 ini Mat Saleh tu Faham. HAHAHA ::


tu baru registration fee ye anak2...
exemption fee & exam fee lain pula
tapi xpe, saya dah standby duit utk 2-2 fee tu
siap budget, 1 Pounds = RM 5.20 (max)
ni paling mahal la
exchange rate kan fluctuate everyday
so kalau 1 Pound = RM 5,
xla mengaggau nak cari duit kan :)

kita kena ada back up plan bebehhhhh :P



btw, SELAMAT BERBUKA KAWAN-KAWAN :)