Khamis, 30 Jun 2011

Tanpa Keberanian, Perasaan Tak Bermakna (?)



Eh tajuk entry saya ubah suai dari Movie Soal Hati
suka suki haku je kan ;p
sepatutnya :

" Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna "


ni kononnya tanpa keberanian upload gambar Incek Fauzy cedera,
Perasaan cinta tak bermakna!
Kahh Kahh Kahhhh
munguk gile Cik Stoberi malam2 ni :P


:: Beberapa jam selepas kejadian. Baru pulang dari klinik ::



ni pic masa Incek Fauzy mms saya
maunye haku xterkejut hampir terlepas handset
air mata darah melelehhhhhhhhh derrrr
mata pon dah sepet sebelah kesan lebam T_____T
kening tu pecah sket
glurppppp teruk kan? T______T



haku xtau la lutut kawan dia tu spesis apa
tajam gile ke? sampai teruk begini
meh sini nak cek sket lutut tu bro
HAHAHAHAHA



:: ari pertama bekerja setelah MC 2 hari. Sehari dok rumah, lagi sehari teman saya check up. HAHAHA ::


ni pic semalam dekat ofis
selepas 4 hari berlalu, lebam masih kelihatan
tapi pakej dengan kaler dark pepel
HUHUHU



selama ni main bola xde pula teruk sebegini
ni first time kottttttt
betullah kata mak,
masa bertunang ni darah sangat manis & senang mengalir
kadangkala kata org tua ada betulnya kan :)




Kelihatan mataku semakin pulih dari kecederaan. Alhamdulillah.. Keadaan ini hampir membunuh karier bolasepak ku.. FYI, ni kena masa main bola. Aku dive on tackle, then opponent lompat & hit aku punya mata dengan menggunakan lututnya. Akibatnya, kening pecah, bawah mata aku pun same. Mujur soket mata aku je bengkak. Masa mula2 doc cek, dia siap bagi surat untuk hospital sebab takut ada darah beku dalam kepala. Tapi simptom pening, muntah dan susah nak tido aku tak kena. Malam tu aku lena je tido.. Alhamdulillah.. ~~ Incek Fauzy



saya copy paste status Incek Fauzy di FB
eh N kau ada FB ke?
sejak bila ada FB ni? xbgtau pon?
tak2, aku log in FB Incek Fauzy
Kahhh Kahhhhh Kahhhhhh :p



yes, saya xde FB, pinjam FB Incek Tunang aje
nasib Incek Fauzy sporting kasik pinjam FB dia :P
tapi tiap kali log in, saya mintak permission dulu :)
xla di kira menceroboh kan
kehh kehh kehh:P



btw, semoga cepat sembuh sayang :)
bayangkan mata sebegini teman saya buat check up
gila machoooo ahhh!
fewitttttttt ;p


nota kaki :

jika perhatikan, kedudukan lebam gambar 1 dan gambar 2 adalah berbeza sebab Incek fauzy capture by using secondary camera pada handset kot. Sebab tu nama company & nama Incek Fauzy pada uniform tu terbalik kan? :)



Selasa, 28 Jun 2011

Penulisan yang Begitu Dalam Maksudnya :)




"To be honest, I really love to see allllll young married couples! Including my brother's fiance. Walaupun abang aku tu dah bangka, but her fiance is still so young and not even graduated yet. But alhamdulillah, with all the blessings they managed to get engaged, and now can't hardly wait (peh pandai2 aku) for their big day in this coming October insya Allah "



~ Ahaaaa sengih sorang2 aku baca blog bakal adik iparku ini :)

~ Mudakah saya? HAHAHHA *silajanganjeles :P

~ Saje bold kan tulisan itu utk menonjolkan makna tersembunyi :P



Nota Kaki :

Jirah, Kak N minta izin copy-paste ayat ni. HEHEHE



Semoga Cepat Sembuh Sayang :)



terima kasih sayang sebab teman amek result x-ray :)
terima kasih juga sebab teman buat medical check up (",)
terima kasih xterhingga sebab menemani diri ini :D



semalam & harini Incek Fauzy MC sebab mata lebam
ntah macamana time main bola terkena lutut kawan dia
katanya kawan tu xsengaja
lebam bengkak2 sampai bleeding
kening pun pecah
saya tengok gambar yg di MMS pon gerun
hampir2 terlepas HS T___________T
*aku ni mmg penakut, xlayak jd Dr. Huhu



tapi saya terharu mata lebam pon still menemani saya
bayangkan mata lebam, bengkak,
relax je teman saya tadi
saya pesan suruh pakai spec hitam
takut kena cahaya matahari, ia sakit berdenyut2
tapi Incek Fauzy kata xsakit pon bila kena cahaya
siap buka spek lagi masa saya tgh buat medical check up
hanya pakai spec bila driving aje



tadi saya suapkan ubat bengkak
tetibe feeling jadik DR
HAHAHHA sila muntah :P
hopefully bengkak & lebam makin surut dgn suapan kasih sayang ini
boooooooo HAHAHAHA



tadi takut gak saya tengok keadaan mata dia
lebam, bengkak, ada kesan darah sket2 dekat kening yg pecah tu
pastu kelopak mata & bawah mata kaler dark pepel
lebam kaw2 la huhu



heh, mesti ada org fikir haku tumbuk Incek Fauzy ke?
yela org sekeliling tgk semacam aje tadi
HAHAHAHA
lantak la org nak kata ape kan
yang penting kita tahu hujung pangkal :)



bayangkan mata sebegitu teman saya ke sana ke mari tadi
walau org pandang semacam,
Incek Fauzy tetap buat macam biasa
terima kasih sayang :)
love u so muchhh *errr tetibe :P



saya tunjuk gambar yg di MMS dekat mak ayah
mak kata org tengah darah manis ni memang begini
darah senang nak mengalir T____T
pastu kejap2 mak tanya mata Incek Fauzy dah ok ke?
aiii mak, lebih sayang bakal menantu nampak?
HAHAHAHA



kawan2, doakan Incek Fauzy cepat sembuh eh :D



Nota Kaki :

xberani nak upload gambar Incek Fauzy MMS, Huhu


Ahad, 26 Jun 2011

Persiapan Kawin : Doorgift 1




Eh macam dah lama xbuat entry pasal persiapan kan? :)
bukan xde buat, memang ada
malah tiap2 hari ada je benda nak dibuat
cuma saya xceritakan disini :)
tambah pulak saya dapat panggilan ACCA kurang lagi 3 minggu
so 2 persiapan bergabungggggg
pastu saya MELETOPPPP
bhahahahhaa
xdela, joke aje :p



ok malam ni saya tengah ada mood rajin
jadi, marilah saya berkongsi dengan anda
cewahhhh baik pulak haku :P


2minggu lepas kami ke show room Coklat Beryl's :)


:: Show room coklat Beryl's ::


Mula2 saya plan & survey, nak bagi coklat je as doorgift. Alaaa yang coklat bar tu. Pastu lekat TQ sticker yang diorder khas tertulis :

Terima kasih daripada Hannah & Fauzy sekeluarga blaaa blaa

Pastu lekatkan bunga sket dengan menggunakan glue gun. Xpayah letak dalam paper beg la. Jimat disitu. Punya la nak cut cost kan. Biasalah, tipikal budak akaun. HAHAHA Yela bila saya fikir2 balik, paper beg je dah bape posen or ringgit. Coklat lagi. Pastu Mak nak letak bahulu la, kerepek2 la. Telur rebus la (ni wajib. Mak kata xde telur rebus, kenduri macam xde seri. Lagipon org tua2 cakap bagi telur ni lambang kesuburan. Tang tu, Wallahualam) Kalau total up semua tu, mau RM 3 or RM 4 seunit. Kalau 2,000 unit dah bape kan?



:: Hye lembuuu *tetibe. HAHAHA ::


:: Itu mak & Farith :) ::


Masa di show room ni, kami dah finalized nak coklat yang mana. Setelah dibincang2, if kami beli 2,000 unit, akan dpt price 50%. Ibarat beli 1,000 dapat 2,000 unit. Murah bukan? :) Casing coklat pula, dari Beryl's juga. RM0.30 seunit. Harga ni dah fixed. Tak leh murah dah. Tapi xpe, bagi saya murah dah tu. Dari beli paper beg la, bahulu la, kerepek2 la, kan? HAHAHA :P Like i was mention just now :P



:: Coklat pilihan Mak. Xpayah nak fikir nak wrap macam mana. Ia dah siap di-wrap. Cute kan? :) ::



Xlama lepas tu Mak ubah fikiran. Memang bab2 doorgift ni saya serah bulat2 dekat Mak. Bukannya saya lepas tangan gitu je. Tak2, tapi saya masih ambil tahu. Cuma pemilihan doorgift saya bagi mak buat pilihan. Sebab ni berkait rapat dengan taste golongan orang2 tua. Kan kenduri kawin ni ramai kawan2 parent kita yang datang. Same goes to kad kawin. Saya bagi ayah buat pemilihan & keputusan sebab ayah lebih memahami tang kad2 ni. Yela yg nak membaca kad kawen kita nanti mostly org tua. Kang font kecik sangat, tulisan bersambung-sambung sangat, org tua nak membaca pon susah kan? kita yang muda ni lain la, asal buleh tulisan yang sambung2 tu la yang nak dipilih. Lawa bukan? Seni & kretippp tu. HAHAHA



:: Xpon yang dalam mug ni. Pon menjadi pilihan mak :) ::


Mak kata nak bagi coklat buleh, tapi time nikah aje. Sebab time nikah jemputan xramai. Kita buleh control coklat tu agar xcair. Time kenduri kan volume banyak. kang main tindih2 atas meja doorgift, takut coklat cair & rosak serta hilang bentuk asal. Haaa sudah, kalau mak dah kata gitu, maknanya doorgift masa kenduri nanti kena kasi selain coklat la. Time ni saya dah xsedap hati dah. Bukan apa, nak fikir nak bagi doorgift ni pon pening kepala gak ok. Macam fikir nak theme ape utk kenduri nanti. 2-2 ni buat aku serabut. HAHAHA. Pastu nak fikir doorgift lain, sure take time. Masa cuti saya semakin singkat. Haaaaa takut sangat xsempat nak finalized doorgift before saya balik Shah Alam :P



:: hasil rembatan before balik. harus beli okeh :p ::


Dah mak kata gitu, xleh la nak place order kan? balik fikir dulu. Haaaa take time lagi. Nak fikir utk doorgift kenduri lagi, kalau dah 2, 3 item, perlu paper beg pula. Pastu time nikah xkan nak bagi coklat aje? means 2-2 doorgift ni xde telur rebus. Haiyaaaaaa buat lagi serabut la. Kang aku bagi telur rebus balut dengan tisu aje kang. Style orang dulu2. Klasik sket kan? HAHAHA. Maka, pencarian doorgift coklat adalah GAGAL ok. Tapi saya xnak pulang dengan tangan kosong. lagi buat hati sedih & kecewa. tapi saya beli coklat stoberi. HEHEHE :P. Coklat doorgift xdpt finalized, kau yg over eh N :P


:: coklat ni lah mak nak bagi masa nikah. Mak panggil coklat bunjut. Dah bunyik macam sup bunjut adabi la pulak. HAHAHA. Dah siap2 wrap. Senang. Xbyk kje dah. HEHEHE ::


:: Ihikkkk nilah coklat ai rembat. Sedappp yuuu. 2 ari je ai ngadap, terus licinnnnn :P ::


lepas balik dari shoowroom tu, terus diam pasal doorgift kejap. Bukanlah terus diam menyepi aje. masih berfikir nak bagi ape as doorgift. Kami Uruskan kerusi meja, OP, OV, telecast, PA system & catering dulu. Then tibalah hari selasa & rabu minggu lepas ayah & mak cuti lagi. Jadi saya plan nak survey doorgift pula. Tambahan pula masa ni saya dah dapat offer ACCA, takut xsempat finalized. Target saya HARUS finalized before saya balik. Sebab bagi saya doorgift ni main item selain butik pengantin dan catering. Lain2 macam bungga manggar ke, pakaian family ke, tu kemudian pon xpe. Yang penting MAIN ITEM MESTI CONFIRM before saya balik. Saya betul2 risau benda ni T______T






:: Errr kantoi date di situ. Ah biarlah. HEHE. Theme gold kan. So tulisan pon kaler gold juga :) ::

:: Dalam box ini akan di isi telur rebus & sweet ::



Atas nasihat Aunty Tiney, kami ke Jalan Pasar. Eh ke Jalan Pudu? Confius sudah. HAHAHAHA. Hari rabu kami ke sana just place order dulu. Kami order bekas doorgift sahaja. Semalam kami kesana lagi, utk booked kad kawen pula. Nanti saya buat entry lain pasal kad kawen eh. So semalam masa ke sana, bekas doorgift yang kami place order hari rabu sedang dicetak. Cepat bukan? HAHAHA.


:: Ni bekas cupcakes ::


Bekas doorgift ni adalah custom made & bagi saya harga agak murah. Pulak tu owner dia melayu. lagi lah ayah suka kan. HEHE.



Setakat ni dah confirm utk tetamu dewasa & sebelah lelaki, akan bagi sweet, telur rebus & cupcakes. 3 items ni akan dimasukkan dalam paper beg yang dicetak khas ada gambar saya & Incek Fauzy berserta ucapan "terima kasih dari hannah & Fauzy sekeluarga " dan sedikit corak. Paper beg ni macam lunch box. Alaaaa macam box set breakfast Mc'D tu. haaa lebih kurang la. Box ni baru place order semalam. Dah siap nanti, saya upload eh :)



Manakala utk kids, akan dapat sweet. Bekas utk kids, kami order bekas yang bercorakkan kids & warnanya lebih kepada warna ceria. Kata kids kan? Haruslah yang ceria, HEHE. Bekas ni pon ada ucapan "terima kasih dari Hannah & Fauzy sekeluarga" dan baru place order semalam. Dah siap nanti saya upload :)



Pendek kata semua bekas doorgift saya nanti memang akan ada hot stamping nama saya & Incek Fauzy. Custom made. Ohhh i like :D


:: Saya dapat RM0.70/pc. Bagi saya murahlah sebab kotak ni simple yet exclusive then saya buleh custom made dengan mencetak nama saya & Incek Fauzy ::

:: 2-2 bekas ni, saya bawak balik. Yang lain2 masih xsiap dilipat lagi. Within 2 weeks InsyaAllah dapat ::


Manakala doorgift utk nikah pula, surah yasin & bunga telur. Surah Yasin ni memang custom made juga. Cover depan yasin pakai kain jenis velvet dan hot stamping nama saya & Incek Fauzy serta date nikah. Surah yasin ni dimasukkan dalam casing khas yang ada tetingkap. So akan nampak la cover depan yasin. Ni xsiap lagi. Masih dicetak. Dah siap nanti saya upload eh :P




Oh ye ingat x entry yang saya cerita saya order sticker TQ taq, vendor ni cas sampai RM 1 k? If xingat, klik ENTRY INI. Saya just tanya harga dengan kedai yang saya order box ni. If order 2,000 unit, harga jatuh dalam RM 0.18 seunit. Mean if 2,000, baru RM 360. yang saya p minggu lepas tu, sampai RM 1k. Beza betul tu hargaaa. Siottttttttttt x? Rasanya xde kottt sticker sampai RM 1K. perghhhhh rasa nak lempang2 org tu pon ada. Agak2 la nak tipu pon. Sticker ni sama macam kau print kad kawen. lagi banyak kau print, harga jatuh lagi murah la. Bukan kes kad kawen sahaja. ni saya bagi contoh. Secara logiknya if beli banyak, lagi murah. Ni x, dia bagi alasan saya order banyak unit la, harga karbon mahal la. Weiiiii kalau kau print sekali jalan, lagi murah kot. Kau tau x term ECONOMIC OF SCALE itu hape? haaa tengok, budak akaun dah mula bukak kitab dia :p


:: Overall overview cupcakes's box :) ::



Jadi, xde sticker TQ taq, Just print & hot stamping terus dekat box. Xbanyak kerja nak melekat-lekatkan sticker ni kan? :)



Oh ye, siapa2 nak tahu kedai ni dekat mana, bgtau saya eh. Saya bagi details dia. Kedai ni kedai melayu, harga pon murah. Beli materials direct from supplier. Xpakai org tengah. Sebab tu harga dia murah :) Kedai ni bukan sahaja jual bekas doorgift & kad kawen. Jual anything related with printing. Diairy pon buleh okeh :)



Berkenaan borang nikah, Incek Fauzy masih mengisi. Lepas dia isi, dia akan bagi pihak perempuan pula. Kami sama mukim. Jadi xada masalah. Senang sikit urusan. Sebenarnya nak hantar cop dah di pejabat agama before saya balik Shah Alam. Tapi masih awal. Katanya at least 3 bulan sebelum majlis. Borang nikah valid hanya 3 bulan sahaja. Nak cop awal2 xde hal. Buleh je. Tapi bila sampai date nak nikah tu, dah xvalid la. Sebab ia valid 3 bulan je HEHE :P



InsyaAllah dalam minggu ni, akak ni akan email saya draft kad kawen. Once ayah & Incek Fauzy setuju & xbanyak error yg perlu ammend, terus print. Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan :D





Nota Kaki :

1) Siang td keluar dengan Nanee, Peja, Aeen & Nana. Nana kata saya dah kurusssssss. Hoyehhhh :D

2) Macam dah lama xbuat entry review pasal majlis tunang kan? Haiyaaaaa semuanya pending :P




Khamis, 23 Jun 2011

Jelas Sungguh Sifat Penakut Saya:P



malam tadi tibe2 terfikir
kurang dari 2 minggu saya akan register ACCA
Ayie & Hawa pon dapat sambung profesional
tapi diaorg amek CIMA
CIMA register 18july
2minggu selepas saya



persoalan disini,
TAKKAN SAYA TINGGAL SORANG2 DI RUMAH SEWA?
hoiiiiii sumpah aku takut wehhhhhhhh :(
xmungkin Ayie & Hawa nak balik Shah Alam seawal 6 july
T______________________________T



hoi N, tolonglah jadik berani sket
umur dah 23tahun, hujung tahun ni nak kawen dah
tapi penakottttttt yang hamattttt :(



ajak kawan2 yang amek ACCA tdo di rumah sewa?
yes, itu misiku selama ini
memang dah target la kononnye dari awal :)
sekalinya rakan yg di "aim" itu xdpt tawaran
urghhhhhhhhhhhhhhhhhh :(
xpe2, fikir positif :P



NEXT, *hamboiiii next terus :P
ajak kawan2 lain yg amek ACCA juga tdo di rumah sewa?
tapi ramai yg ulang alek dr rumah masing2
sebab diorang switch to "part-time mode"
depa dah kerja maaaaa
aku ni je tdo makan selama 2 bulan nih
HAHAHAHA
ok2, plan ni xbuleh pakaiiiiii :P



NEXT, ehem2, Alia, tdo rumah sewa N buleh?
tempat keje Alia dekat je kan dengan umah sewa N?
N register ACCA 7 july
if Alia nak, By 6 July N balik Shah Alam
rumah tu xde org pon
kami ber-3 je yang sewa
HEHEHEHEHE



tapi if Alia xnak, xpelah, N ade NEXT plan
HAHAHAHHAHA
org penakut ni dah standby banyak plan okehhhh :P



N akan ulang alek Gombak - Shah Alam sampai Hawa & Ayie balik Shah Alam
Saya xseberani anda nak tinggal rumah sewa sorang2
penakuttttttttttttttttttttttt :(
HUHUHU



actually rumah sewa tu xdelah kes hape2 yg mengarut
cuma saya ni imaginasi tinggi sket
bila dah dok sorang2,
mulalah fikir bukan2 :P




ohhooooo bersedialah utk kos petrol & tol selama ulang alek niii
fushhhhhh kesat2 dahi kejap :P



Cik Stoberi Kembali



Ahaa cik stoberi dah ok
HAHAHA :P
actually malam tu jugak dah ok
i kejap je nak merajuk2 ni
asal dapat "luah" dgn airmata, ok la tu
HAHAHA
hati tisuuuuuu sket haku ni :P



semalam kononya nak buat checkup
tapi malas nak keluar rumah
penat je ayah tinggalkan duet suruh buat chekup
menggong jugak cik stoberi ni ek
HAHAHHA



saya baru balek dari Hosp Selayang
buat checkup kat sane
result X-Ray dapat esok kot



ok saya nak keluar kejap
amek gambar saiz passport & photostat salinan sijil2
esok terus sahkan, amek result X-Ray di Hosp Selayang
2 minggu lagi register ACCA
hoyehhhhhh :)



balik kang saya update lagi yoo
Ahkak Sara sayang, tunggu N ye
neno neno kan tadi
hikk hikk hikk :P




errr mana pulak Mak Ayah letak Borang J (income tax form) dia ni?
semalam dah pesan suruh bawak balik rumah T____T
haiya
*pelik haku nak reg ACCA pon nak tgk borang J parent? huhu



Selasa, 21 Jun 2011

Blog ini Akan Sunyi Seketika. Izinkan Saya Menenangkan Fikiran T___________T



Susah kan nak puaskan hati semua orang? T___T
tapi perlu ke kita dahulukan perasaan orang?
then diri sendiri ni makan hati?
itu pon kalau dia hargai pengorbanan kitalah
kalau x, makannnnnn hati lagi la T___________T
ke dia dengki dengan saya?
sampai sanggup buat macam tu?
Astagfirullahalazimmm, hape aku fikir bukan2 nih?



ntahla, saya selalu begini
utamakan perasaan org
tapi diri sendiri merana & tersepit :(
xpelah, yang penting ALLAH tahu niat saya :)



sebelum touch pad laptop ni "banjir",
lebih baik saya berundur diri :(
ni pon dah beberapa titik air mata menitisssssssss T___________________T



esok saya buat medical check up utk smbg ACCA ni
dan juga melengkapkan beberapa keperluan lain
sape nak teman haku?
angkat kaki tinggi2 :p
haaa tinggi lagi, tinggiiiiiii lagi
ok, saje buat lawak bodoh hiburkan hati ni :P



InsyaAllah saya kembali setelah "HATI" ini tenang
sungguh xterduga ianya jadi sebegini :(



belog ini akan kembali sunyi untuk beberapa hari
izinkan saya merehatkan fikiran & meraih kekuatan dalaman
saya JANJI, saya akan KEMBALI :)
bila tu, xpasti, hanya DIA yang mengetahui
ke hanya beberapa jam?
xsmp 24jam, dah ade entry baru?
HAHAHA





Isnin, 20 Jun 2011

Celebrate Kejayaan Saya :)



ok, ni kisah jumaat 2 minggu lepas ye
HAHA dah basi la weiiiii N :P
biarlah, haku nak abadikan dalam belog stoberimanis ini :)



:: Sorry gambar gegar la. Huda la ni sergah aku dari belakang. Terkejut gile lalu menekan button "capture" dengan segera. HAHAHA ::





kami makan dekat bawah ni je
MALAYA STEAMBOAT
ni our first trial
sebab kedai ni baru je bukak :)



Ayah malas nak p jauh2 sebab penat baru balek kerja
so saya decide makan dekat area Gombak Prima ni je
ikotkan hati nak makan ciken chop dekat Kg Baru
bapakkkk demand kau nih N
HAHAHA
xpelah, layan steamboat jela malam2 ni



Ohh ye ni makan2 sempena saya dapat result final sem yg cemerlang
at the same time, dapat offer ACCA
so celebrate skali la hikssss :)
tapi saya & huda je ade dekat rumah ni
siblings yg lain xbalik
xpela, xperlu celebrate pon xpe
dapat offer ACCA pon saya dah happy sangat
disamping dpt result yg cemerlang :)
Terima kasih Ya-Allah :D




:: Mak saya tengah pilih bahan yg hendak distimkan :)


sebenarnya saya xbernafsu sangat nak makan
sebab dah makan dekat OU masa give up carik barang hantaran saya nak xde
HAHAHAHA
xexpect pon nak makan luar malam tu
kalau tahu, baik xyah makan
JIMAT duit hakuuuuuuuu ;p



:: Pak Haji makan dengan chopstik lalu menimbulkan kejelesan terhadap Huda. HAHAHA ::



Ohh ye, steambot ni jenis buffet
kau makan banyak mana pon, harga fixed

Adults: RM 23
kids : RM 10



agak rugi masa tu kami dah kenyang
alaaa bukan kenyang gile sampai nak baca sokkabar pon xlarat angkat mata :P
tapi xbernafsu sangat nak makan
so rugi la makan sikit tapi bayar agak mahal kan



xpe ayah, lepas ni kita jangan makan 2 hari,
pastu kita serbu pulun makan sampai nak muntahhhh
ok?? HAHAHHA munguk gile teori aku ni :P



:: Fewitttt, gadis ni nak try buat ABC. tapi cari suis on ia xjumpa. Buleh? Mampuss kena gelak dengan huda. Xpe kau huda, aku ingat gelakkan setan kau tu. HAHAHHAHA ::




:: Ni la hasil ABC cinonet aku. HAHAHHA. Nak buat tinggi2 feeling macam dekat kedai, tapi cuak nak picit suis "ON" lagi. Buleh tahan kuat gile munyik mesin ni. Kedai seblah pon buleh dengar kot? HAHAHHA ::





:: Huda sibok nak pakai chopstik. Dia teruja sebab ayah makan pakai chopstik, smooth je, xde kekok2. Tapi dia, pehhh, baru kepit udang, dah terjatuh. Nasib jatuh dalam periuk stim ni. HAHAHAH tula huda, bantai gelakkan aku tadi kan :P ::




:: Saya cuti ni, berjaya train Huda turun 7KG. Mau rahsianya? TUNGGUUUUU. HAHAHA. Aritu saya janji nak share tips saya turun 12KG kan? haa, tgu eh, sebab cuti ni saya bedal makan, naik balik berat. HAHAHA. Tgu dapat balik berat 44KG, saya share. Sebab nak capture picture perubahan. barulah korang percaya & yakin kan :) ::



:: Gile khusyukkkk tu makan. Manalah berat xnaik, HAHAHA ::






selain ada makanan jenis stim,
ada juga desert spt ABC & ais krim
serta menu heavy spt nasi goreng, kotiaw goreng, mee goreng
nasi putih berlauk pon ade
tapi lauk ape, saya xtengok
sebab heavy sgt la
saya xsangup tambahkan kekenyangan dgn hanya "melihat" menu2 heavy :P




so saya makan yg stimboat & desert sahaja
eh semua ni layan diri eh
kau amek ape yg kau nak
agak2 dah kenyang,
p kaunter, bayar, balik
mudah kan :)


ye saya rasa berat badan saya kembali naik :P
cuti ni asek makannnnnn aje
ape yg saya xdpt belasah masa diet di shah alam,
time ni la aku belasah dengan rakussssssnya
plus di Gombak ni, saya xleh nak diet sgt
huda akan hulurrrrrr makanan



:: Ni lah saya punya. Hikssss :). Eh jangan tertipu dengan berkata :

Eh N, sikitnya kau makan?

yes, mmg sikit sbb tu dah round ke 4. HAHAHAHA


wehh, mangkuk dia kecik je, saya amek sket2, baru makan *cover :P




Blurpppppppp Alhamdulillah
keyang dah ni, Hiksss
jom balik, dah malammmmm :D



Terima kasih Ya-Allah :D
Terima Kasih Mak Ayah :)



Alhamdulillah :)


Terima kasih Ya-Allah kabulkan doa yang ku pohon ini :)




*sila click gambar utk dptkan tumbesaran yg chantekkk macam saya. Errr(?) ::




kurang dari 3minggu lagi, ku kembali menyandang gelaran sebagai PELAJAR :)
tapi kali ini pelajar dalam bidang profesional, ACCA
Syukur, impian saya mahu sambung ACCA seusai tamat degree terlaksana :D
doakan saya dapat abeskan 5-5 paper ini secepat mungkin ye
saya masih dalam perbincangan mahu amek 2 paper or 3 paper utk 1st sem :)



buat rakan2 seperjuangan yang gagal menerima tawaran ni,
aku nasihatkan, buatlah surat rayuan
sebab kau dah lepas 1st selection (interview)
jadi, nama kau memang ada dalam sistem tapi kuota dah cukup
tu yang kau xditerima sambung profesional
kot2 ada candidate yang tarik diri,
so adalah kekosongan kan? :)



tadi staff UiTM bagitau saya, pemegang biasiswa JPA semasa degree,
automatik disambung penajaan jika sambung profesional
jika berita itu benar, ALHAMDULILLAH rezeki saya lagi :)
terima kasih Ya-Allah di atas NIKMATMU ini :D
*akan check balik dgn JPA.



Ahad, 19 Jun 2011

Persiapan Kawin : Cik Stoberi Penat T__T



Punca kepenatan yang melampau :


1) Minggu ni terasa betul kepenatan. Siang malam ke sana kemari menyetelkan persiapan kawen saya. Walhal kendurinya hujung tahun. Persiapan macam bulan depan je nak nikahnyaaaaa :P. Well, saya jenis tak suka buat last min. Satu lagi hujung bulan ni or awal bulan depan saya nak balik Shah Alam menyambung course profesional, ACCA. Saya risau xsempat nak "lari" balik Gombak utk buat persiapan.



2) Selasa baru2 ni, kan saya ada HIV test. Before & after test tu, memang kami shopping barang hantaran. Tapi sempat beli barang Incek Fauzy je. Sebab saya memang nak utamakan barang dia dulu. Dia kerja, xkan nak saje2 amek cuti semata-mata beli barang hantaran? barang saya ni bila2 buleh beli. Asal free & rajin, capai kunci kereta, terus p kedai. Saya cuti kan, punyai masa yang banyak :) Selesai HIV test, kami ke OU, cari barang saya pula. Tapi xde yang berkenan pon T_____T. Tu yang plan MINGGU ini kena JUGA beli barang hantaran saya :P Maka terciptalah plan ke OU dengan Huda esoknya :) Tapi kena tunggu minah tu balik sekolah dululah baru ke OU :P



3) Dek kerana service ketika buat HIV test macam ^&()$#@!), plus sebelum HIV test meneman Incek Fauzy cari barang dia, after HIV ke OU pula, pastu ke OU balik dengan tangan kosong sebab xde barang saya yang berkenan :(, Terus otomatik rasa penatttttt sangat. Sampai saya nak cancelkan appoitment dengan pihak catering malam tu. Nasib baik saya take a nap around 30min after magrb. Pastu terus cargas & buleh jumpe pihak catering. Siap buleh update blog lagi lepas balik tu :P. Mata cerah maaa.. :P



4) Siang keluar cari barang, malam jumpa vendor. Ini pon sumpah penat juga. Siang dah ke sana ke mari atas jalan yang jammed, plus cari2 barang yang saya nak tapi xde, perghhhhh rasa nak bakarrrrr je OU tu. Kesal sebab saya bukanlah jenis high taste. Tapi barang2 yang dicari jenis terlampau vouge & xberkenan T_____T.



5) Puas merayau keluar masuk butik di OU, saya TERJUMPA handbeg yang PALING simple & terus berkenan sangat. Berapa harganya, saya sanggup bayar. Saya budget mesti murah aje sebab designnya pon simple aje :) Sampai macamtu sekali saya punya semangat yang hampir giveup . Sebab dah xlarat nak keluar masuk kedai2 yang jual handbeg T____T. Sampai2 rumah, Mak pula xberkenan. Katanya HANDBEG ELLE saya yang digunakan utk membuat hantaran adalah agak besar. Xsesuai nak letak dalam dulang. Mak, ni dah abes 'simple' N cari. Yang lain mostly jenis besar gabak, talinya macam besi2 berangkai ibarat rantai beskal (bukan yang jenis kulit). HANDBEG ELLE ini je yang abesssss simple dah. Tapi Mak xberkenan. katanya handbeg hantaran selalunya kecil, tali halusssss. Ohhh itu pesen, LANGSUNG xjumpa di OU. Buleh bayang x punya besar OU tu, handbeg tali halus xde. Saya pon memang mencari jenis itu. Finally LEBURlah RMXXX+- Handbeg ELLE saya tu. Mak kata if ada yang lain, belilah yang lain sementara ada masa lagi T________________T. *Nanti nak pujuk2 mak supaya mak berkenannnnnnnnn handbeg ini. So saya xperlu beli yg lain :p



6) Kasut pula, saya rembat heels CHARLES & KEITH. Semua kedai kasut dekat OU tu, saya dah masuk. 1 pon xberkenan sebab SATU : terlampau vouge. DUA : saya xberkenan, TIGA : xde ke heel yang simple tapi ade tali dekat belakang tumit sebagai sokongan? Semuanya jenis "selipar yang bertumit" sebab xde tali dekat belakang yang menampakkan "sedikit" formal. Uhhhh sumpah give up cari heels. Tapi dalam pada mencari heels, ada jugaklah terembat sandal. KAHH KAHH KAHH



7) Cari perfume pon rumit jugak T____T. Saya berkenan jenis bau strewberi SAHAJA. Yang lain2, KURANG lah. Finally saya jumpa perfume bau strewberi memang kaw2 la bau dia. Kau sembur harini, 3 hari kot bertahan? HAHA sumpah kuat gile bau dia. Slalunya bau jenis fruitty (strewberi) ni, bau dia soft2 je, baru best. Tapi ini dah kuat gile sampai promoter tu baru sembur dekat kertas testing tu tapi aku xcium sendiri kertas tu, AKU PON DAH NAK PENGSAN T______T. Saya syak perfume ini mengandungi kadar alkohol yang tinggi. Bila ditanya, YES. Alkohol dia bape % ntah, lupe, tapi banyak la. Xsilap saya kadar alkohol yang diluluskan oleh JAKIM is 0.01%. Saya ingat2 lupa, baru ni JAKIM putuskan. Betulkan saya eh if saya silap kadar % yg diluluskan itu :)



8) Maka pencarian perfume sebagai hantaran gagal dicari di OU. Dahla keluar masuk banyak kedai perfume, bila dah jumpa yang jenis bau strewberi, xberkenan pula. Saya was-was adakah alkohol perfume itu buleh dibawa solat. Saya call ayah masa tu, ayah cakap alkohol ada 2 jenis. Alkohol bahan organic & chemical. 2-2 jenis ini ada yang buleh dibawa solat & diputuskan oleh JAKIM baru2 ini. Tapi nak mengenalpasti sejauh mana jenis alkohol yang digunakan, itu agak payah sebab xdinyatakan dibelakang kotak perfume. Kata ayah, kalau dah was2 or buleh elak, baiklah dielakkan T_____T Ok, gagal lagi misi mencari kesemua barang hantaran saya pada hari tersebut.



9) Ohh ye purse hantaran saya "pakai amek aje dengan memilih sambil tutup sebelah mata" setelah berkenan. Sebab dah xlarat nak survey setiap kedai purse di OU T_____T. Mostly jenis ala2 besar gabakkkkk seperti Mak Datin, xpon jenis fancy2 seperti purse di zaman remaja. Ahhhh tak berkenan langsung haku 2 jenis purse macamni. Penat kau tau x nak shopping ni. Sebab saya bukan jenis kaki shopping & taste saya begitu simple. Tapi pelik, simple2 pon, masih xdapat nak penuhi kehendakku yang simple ini T_____T. Finally saya masuk balik BUTIK ELLE setelah dah masuk tadi beli hadbeg. Tapi masuk kali ini amek purse, belek2 sket, terus bayar. Nasib Mak berkenan. If x, lebur lagi RMXXX+- haku :(



10) Setelah penat di OU, kami (saya & huda) terus pecut ke Wangsa Walk pulak. HAHA. Sebab semalamnya, kami dah ke Wangsa Walk & JJ. Survey barang2 hantaran. If berkenan, terus beli. Malas nak ke OU sebab malas nak drive sampai ke sana. HAHA. Sekalinya xde pon barang2 yang saya berkenan. Cuma ada perfume strewberi FREE alkohol. Mulanya saya xnak beli lagi sebab plan kalau xde yang berkenan, esok ke OU je. Sana kan banyak shop. kau pilih je nak masuk shop mana compared dengan Wangsa Walk yang shopnya xsebanyak OU. So perception saya mesti OU lagi banyak choice :). Tapi dah saya xyakin dengan perfume dekat OU tu, terpaksalah berpatah balik ke Wangsa Walk. HEHE. Perfume strewberi ni mmg FREE alkohol. Saya yakin. Sebab bau dia "tak setajam" bau perfume tadi dimana kau sembur harini, tahan selama 3 hari. HAHA. Oh ye, before beli perfume tu, saya dah study sket brand & ingredient perfume ni melalui handphone saya. nak online, xbalik rumah kan. Terus ke Wangsa Walk dari OU. HEHE. So online tru HS aje la. Saat2 "genting" ni, kita gunakan kemudahan yang ada agar xterkeluar dari landasan syarak :) Yes, diluluskan oleh JAKIM :)



OK semua barang hantaran saya dah complete. Kecuali gelang as batal air sembahyang. Tu nanti beli kemudian. Sebab tunggu HABIB buat sales lagi. Sales mid year aritu TERLEPAS. HAHA. Ohh satu lagi handbeg. Mak kata kalau ada yang lagi kecil, beli. handbeg ELLE tu bukanlah besar gabak sampai kau buleh bawak beg itu ke kuliah. HAHA, tapi dia agak lebar sedikit. Tak tinggi & kurus macam mak nak. Tali dia pon cuma GEMUK sikit aje. Alaaaa saya rasa muat je letak atas dulang. malah xdelah besar sangat. Saya rasa handbeg saya yang INI lagi besar tau. sumbat botol susu & pampers anak pon muat okeh. Anak? yes, beli 1 bandbeg yg buleh digunapakai dalam tempoh yg panjang & lama. kang beli kecik sangat, dah ada anak nanti kena tukar handbeg lain. Dahla saya ni jenis xsuka shopping handbeg2. sandal xpe. HAHA ;p



11) 2ari lepas Abg Halim email saya quotation. Tunjuk dekat ayah, ayah tengok total amount je, terus kata 'oklah tuuu'. Since saya ni jenis details nak mampos, saya check balik apa yang saya tulis masa meeting dengan Abg Halim, takut dia tertinggal or saya rasa perlu utk tambah after meeting dengan catering (saya xsempat blogkan pasal catering lagi. Later eh? PROMISE :) Nak update after balik meeting tu tapi badan dah penat. So masuk tdo ajelah :P ) yes, saya re-type balik apa2 yg dah dibincangkan masa meeting. Macam tulis yang proper balik la. If dah finalized, saya akan print 2 copies. Satu vendor pegang, satu lagi saya pegang. Sebab nak ingatkan vendor2 tu apa yg perlu dia supply masa kenduri kelak. Saya risau ada yang xcukup contohnya order kerusi 300units, dapat 200units ke. ohhh mintak simpang la. Ye saya tau mesti dia ada copy checklist seperti tercatit di quotation. Tapi saya nak INGATkan lagi sekali bagi pihak saya. Saya betul2 risau, sebab ini kenduri sulung. Kata org2 yang dah berpegalaman, kenduri sulung ini buleh jadi macam2. Contoh paling simple saya bagi eh, masa meeting, mintak sediakan pisau potong kek & amount sewa pisau tu dah masuk dalam bil. tapi masa hari kenduri, pisaunya xde. Alasan, TERLUPA. sebab tu saya sediakan checklist & bagi dekat vendor. before barang2 sampai sini, tick satu2. Manual sket eh. HAHA. Since aku ni jenis begitu teliti, amat bagus sekali saya buat checklist sebegini. tapi saya xjanji dapat buat 100%. Yela xsemua yang kita plan akan menjadi. Atleast kita prepare or halang dari jadi benda yang x diingini :P



11) Ohh kad kawin saya design masih belum direview oleh ayah. Xpela, tu to do list bulan July punya :P



12) Tadi nak order sticker utk dilekatkan di kotak doorgiift. "terima kasih dari Hannah & Fauzy sekerluarga n blaaa blaaaa serta di masukkan corak sikit". Tapi bila ditanya total harga, Rm1,095. Hoiiiiiiiii sticker hape kau jual ni sampai RM1k ni? Jangan nak tipu aku eh? Aku dah survey harga kedai kau tu jugak minggu lepas. SA tu kata dalam RM 200 ++. Sampai lebih dr double kau mark up? Siotttt gile. Terus cancel. Padan muka kau. Elok2 dapat rezeki RM200++, tapi kau menipu sampai markup lebih dr double, terus xde rezeki. Tulah, menipu lagi, Tuhan dah tunjukkan balasan cashhhhh lagi tu. Tak faham dengan mentaliti org sekarang. Dapat job yg banyak, terus mata tu tunjuk simbol RM. Niat kita nak tolong org melayu, tapi dia sendiri tikam kita. Haishhhhhh dunia akhir zaman beginilah T____T. Akhirnya petang tadi kami keluar sia2 je. Duk umah layan cekodok pisang & Air Teh O panas lagi sedap.



13) Malam tadi saya tdo pukul 5 pagi. Siapkan folio Huda. Aku xtau lah aku ni jenis akak yang lemah lembut sampai kena buli dengan adik2 ke? HAHA. Nasib baik cuti ni saya bawak balik printer saya. Buleh terus print folio dia. Printer ayah bukan xleh guna, tapi saya xinstall dekat laptop ini. So leceh nak instal2 balik ni. Saya berani buatkan folio Huda sebab isinya de kaitan sangat dengan subject PMR. Just general konowledge. tu yang saya berani buat. If x, kau buatlah Huda. Aku bagi guide je. HAHA. Saya tengah buat malam tadi, dia tdo dekat katil saya. Bertuahhhhh punya adik. HAHA. Tapi saya suruh dia buatkan neslo panas before buat folio dia. Dia buatkan okeh. Terkedek2 turun dapor masak air. Auwwww terasa dimanjakan oleh adik pulak. HAHA. Pastu tadi saya mintak tolong dia buatkan neslo lagi. Dia buat okeh. Auuuwwwwwwwww :P



14) Minggu lepas Farith mintak saya carikan info kerja khusus dia di internet. Then emailkan dekat dia. Katanya dia TERLAMPAU banyak aktiviti sampai xsempat nak online cari bahan. Kalau saya dah cari bahan, dia balik bilik, proceed jela. Eh tapi sampai sekarang ini saya xcari lagi. HAHA. HAku ini memang kena buli dengan adik2 oh. KAH KAH KAH. Tapi serius, dia dekat MRSM tu, ntah aktiviti apa dia join. balik Gombak, hitam legam dah macammm bontot kuali. HAHAHA *tumpang lalu pehhh. HAHAHA



15) Saya janji dengan mak nak kemas rumah, tapi dek kerana TERLAMPAU penat, saya telah memujuk ayah amek maid hanya utk beberapa hari. Ayah setuju & InsyaAllah esok maid akan tdo di rumah ini sehingga kerja mengemas siap. Ayah target 3ari. Sampai hari rabu. Sebab 2 buah rumah kan nak mengemas. rumah ini & rumah sebelah. Tapi if siap awal, maid buleh balik awal :) *Maid ni ex maid kami :)



16) Tadi Yasin dah siap cat bilik pengantin. Pinkkkkk tau, auwwwww suke2 :). Lepas ni buleh letak barang2 kawin di bilik pengantin. Dah naik semak bilik bujang saya ni. lepas beli, letak dekat penjuru bilik ni T____T



17) Esok & lusa mak ayah cuti. Katanya nak survey set sofa utk diletakkan di rumah sebelah. & survey set perabot bilik pengantin. Ohhhh maka esok akan penat balik T____T. Baru nak rest :(



18) Jumaat malam 2 ari lepas, kan result sem 8 keluar. Mak Ayah balik kerja, terus bagitau. Dan2 tu Ayah ajak makan luar utk meraikan saya. Ohh pasal ni saya update later eh. Sebab HARUS abadikan dalam belog ini. TERIMA KASIH mak ayah :)



18) Point terakhir is, dah 3x beli neslo, mamak tu silap. Order neslo, dapat milo. Caitttt. Hoiiii N,Ni pon point penat gak ke? ohhh mestiii okeh. bila dah penat, konon feeling & hilang penatlah bila minum neslo, tapi hampehhhh. terus jerit panggil huda buatkan neslo :P Siap ugut dia, xnak buat neslo aku, aku xnak buat folio kau :P



ok dah, xde nak bebel lagi. Ni pon dah panjanggggggggggggg kot. Haaaa hambek, 3 hari xupdate kan. Bacalah puas2, kot2 lepas ni lagi 3 hari baru saya update ke kan. HAHAHA



Sorry saya malas nak amek gambar handbeg, purse, heels & perfume. Alasan? Kepenatan yg melampau jugak kot? HAHAHA



P/s : Nasib baik barang2 ini utk hantaran. kalau x, memang saya sanggup or lebih rela xshopping. Tapi xkan nak bagi 3 dulang aje kan? Sireh, gelang & mas kawen. 3-3 ni wajib. melalui pembacaan saya, 3-3 ni xdikira dalam bilangan dulang. Sebab benda ASAS & WAJIB. Tapi xkan nak bagi 3 balas 1? pihak saya bagi sireh aje? Sumpah klakarrrrrrrrrr weh. So baik saya PAKSAkan diri utk shopping utk kali ini. Ini pon dah hazabbbbb. HUHU.


Alhamdulillah, setakat ini selesai 65.9% persiapan. hamboiiii siap ada decimal lagi tu. well, tipikal budak akaun :P




-strewberimanis

- 3.30 AM, Mon



Khamis, 16 Jun 2011

Alhamdulillah, Result Dah Keluar. Saya Pass with Flying Colours ::




Eh malam tadi saya cek email before tdo

rupenya UiTM dah sent result malam tadi
so malam td tdo haku adalah sangat lena sebab xperlu cuak2 :P


:: Titik tolak permulaan saya amek Kos akaun. Cikgu Normah (yg tengah) sanggup buat home tuition utk saya. Dan dengan semangat beliau, kini tamatlah degree akaun saya selama 4tahun. Kos yg dulu saya sangat BENCI :(. InsyaAllah saya akan teruskan amanah beliau yg mahukan saya amek ACCA. Terimakasih cikgu atas doa & sokongan semasa saya di matrik & U ::

:: Gambar adalah 7tahun lepas ye, 2004 :P ::




Result? Alhamdulillah semua pas with flying colours :)
xsangka result sebegini
lain dari apa yg saya jangkakan
ohhhhh terima kasih YaAllah




sem lepas memang saya xputus2 berdoa & buat solat hajat
yee, cuba anda tanya student akaun part 8
subjectnya sangat heavy T____T
especially ppaer FAR 600, Puiiiiii bapakk susah weiii
nangis? dalam sebulan tu, mesti ada sekali 2 saya nangis :P
sumpahhh susah weeeiiiii
Alhamdulillah pengorbanan saya selama ini berbaloi :)


:: Mak ayah, terima kasih utk segala2nya. Dari segi financial support or non financial. Xterucap dek kata2. Terima kasih juga utk bangun tdo pagi awal utk buat solat hajat utk anakanda mu ini (saya nangis2 call mak ayah sebab saya xyakin nak amek final T____T ). Terima kasih sangat2. N mintak maaf kadangkala xdapat balik Gombak dalam sebulan sebab sibuk siapkan report & asgmnt. Kadangkala hujung minggu ada programme. Xdapat nak lari balik Gombak. Terima kasih sebab sanggup datang ke Shah Alam sebab N rindu nak salam tangan Mak Ayah T______T *sebakkkkkkkkkkkk dah ni :(( ::



teringat sem lepas tak cukup tdo
teringat pagi2 buta pukul 2, 3 pagi stay up buat report :(
teringat letak note tepi bantal sebab nak studylah kononnya before tdo :P
teringat hujung minggu ada jeee prog sampai xsempat siapkan asgmnt T__T
teringat bila musim test & final, mata macam panda :((
teringat mak ayah di gombak sebab xdpt balik gombak T___T
teringat tunang tercinta walaupon saya xdpt SMS dia sangat :(
teringat masa tdo & makan saya yg xmenentu :(



ohhhhh sebenarnya banyak lagi
tak TER-ingat dibuatnya



tp, Alhamdulillah semuanya berakhir :)
4tahun degree (8sem), saya dapat abeskan ontime!
seperti yg saya target, saya xnak extend
sebab saya ada plan saya, nak abeskan ACCA before umur 25tahun :)
4thn amek degree, saya xde repeat mana2 paper
pass with only first sitting :)
TAHNIAH diriku & alhamdulillah




:: Eh gambar dia pon nak masukkkkkkkkkkk jugak. Xnak kalah :P ::


dulu2 masa sem 1 degree, saya selalu fikir "macamana if aku ada repeat paper? "
gile kan, baru sem 1 dah fikir bukan2
padahal ada lagi 7 sem menanti :P



N, susah ke amek akaun ni?
yes, MEMANG susah pada mulanya
dulu masa after PMR,
saya memang xnak amek akaun stream
xtaulah nape perception saya masa tu akaun sgt susah
padahal belum try lagi
perghhhh pengaruh darah muda kot?
maklumlah nak membesar time tu :P
tapi Alhamdulillah saya dapat A1 for subject akaun masa SPM :)


:: Anugerah Pelajar apa ntah. Lupe. Masa ni Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2006. Incek Fauzy xdpt datang sebab dia di Melaka, siapkan project sem dia. Seminggu lepas majlis ni, saya terus register matrik di Perlis :) ::



Aritu p ofis ayah
staff ayah tanya saya susah ke amek akaun?
sebab dulu dia ade amek, FAILED memanjang
pastu dia tukar course lain
again, mcm saya cakap sebelum ni,
lain org lain cara studynya
maybe org tu cepat pick up sebab dia cepat absorb kan :)



oh 4 tahun amek degree ni, macam2 saya hadapi
jatuh bangun itu lumrah
menangis & gembira itu satu motivasi bagi saya
TERLALU banyak saya hadapi
dan juga mengajar saya erti kehidupan sebenar :)



errr dah xtau nak bebel ape
speechless sebab saya dah grad
xperlu risau apa2, aku failed ke? kena repeat paper ke sem depan?
if repeat, abeslah ACCA aku, plan delayed :(



but now, ALHAMDULILLAH berakhir sudah 4tahun degree ku :)
lepas ni tunggu surat konvo jelah
YEAYYYYYYYYYYYYYYYY :D



terima kasih juga kepada yg support saya directly or indirectly
ok, xtau nak bebel apa, layan gambar je eh :)


:: Xlupe juga Incek Fauzy tersayang sebab sentiasa bagi kata2 semangat & dorongan. Kadangkala saya giveup & down, tapi beliau sentiasa bagi motovasi. Terima Kasih sayang. 4tahun dibumi UiTM, beliaulah tulang belakang kekuatan saya selepas ibu bapa saya ::




:: Dan juga housemate tercinta. Terima kasih bersama aku 4 tahun ini. Kadangkala saya xfaham, merekalah yg mengajar saya. Sedih, gembira kami lalui bersama. Banyak yg kami lalui bersama. Tak tertulis disini. Terima kasih sayang utk apa yg kalian lakukan utk aku selama 4 tahun kita bersama & menyewa di rumah En Nizam. Bhahahhaha :P ::



:: Pensyarah2 sem 8. Terima kasih di atas ilmu yg di curahkan & saya minta ilmu ini dihalalkan :) ::


ok babai, nak bersiap ke OU :)



Esok Result Exam Keluar :)


haritu dengar rumours mengatakan esok, 17.6.2011,
akan keluar result for degree / master / phd level
*diploma level dah keluar result a few weeks ago
saya macam xnak caya sebab nanti penat tgu & buat hati berdebar
yela cuak dah 1 hal, pastu tgu2 xde pon keluarnya?
xke buat perasaan kau serabut?
bhahahha
biar dah confirm keluar, baru saya cek dekat portal
sbb bila dah confirm keluar, mesti yg lain dok sebok2 sms or YM
sibok je eh nak kepochi2 result kite :P
perghhhhhh tension guweee :P



suddenly tadi saya tergerak hati nak bukak student portal
ye betul, esok result keluar pukul 9pagi T_____T
will be sent through email to all student
perghhhhhhhh T______T
tetibe tangan & kaki sejuk sampai ke muka pon sejuk
padahal air cond bilik ni xbuka lagi T_____T






:: Meja study dekat rumah Gombak ni. Berselerak sket sbb bila saya dekat Shah Alam, Huda mmg guna meja ni utk dia study. So brg2 dia pon ada dekat meja nih ::


:: Eh ni la bilik bujang saya sekarang. PINK kan? :) ::



me? bapakkkkkkk cuak weiiiiiii
terus teringat part 8 punya paper
sumpah susah & gila punya heavy
pastu teringat cara2 saya jawab exam
betul ke haku jawab ape yg soklan nak?
bhahahahhaha dan2 time ni nak ingat semua balik kan :P




:: Meja study saya di rumah sewa Shah Alam nunnnnn. Ni je area saya. Depan tu tempat tikah, housemate saya. Tu tuuuu nampak x handset dia? HAHA. Tepi kanan tu mini dustbin, note stand (ada koala bear tu), jam (yg besi bergelung2 tu) & kismis TOK GURU saya punya :) ::


:: Ohh ye, meja study kami ni jenis meja makan yg utk 8 org punya. Tu yang area saya kecik je. Sebab duduk mengadap2. If xfaham senang nak tanya. xyah bangun, jalan2. Dasar PEMALAS eh kau ni N. HAHA. Tapi if camni, lagi rasa friendly. Dah macam home tuition zaman saya UPSR plak. HAHAHA :P ::




Hopefully result saya ok
andai diberi peluang, memang nak DL lagiiiiii
kehh kehh :)
doakan saya ye kawan2 :)



ok, sebelum lagi sejuk 1 badan ni,
plus cuak sampai mata xleh pejam,
baik saya masuk tdo dulu sementara ada rasa2 mengantuk ni
bhahahhahaha



bye, jumpe esok, esok saya update lagi
errr tapi esok macam nak p OU lagi, cari barang hantaran saya
well, minggu ni sibuk buat preparation la
*ke buat2 sibuk sbb takut result nak keluar dah? HAHA :P



p/s : malam ni xyah on air cond kot? sbb dah "semulajadi" kesejukkan ni ;p. Pehhhh penangan result nak kuar ni mmg terbaekkkkk ah :P