Khamis, 22 Disember 2011

Convocation, Congratulation Puan Hannah :)


Ye ye saya tau anda semua nantikan gambar kawen saya. Malah saya telah dihujani dengan soklan yang bertubi-tubi.




" Hoiiiii Hannah, bila nak update blog? "



" Bila nak update pasal kawen? "



" Aku rindu nak baca blog kau. Bila nak update ni? "



" Hannah, dah kawen nanti teruskan menulis blog eh. Aku slalu baca nyuruk2 *silent readers :) "



" N, aku rindu kau. Sumpah! Jadi, sila update blog "



Baiklah sebenarnya banyak lagi kata2nya. Tapi tu je aku ingat buat masa sekarang. Maklumlah otak I dah cedera parah dek kerna ACCA. *xde kena mengena. HAHAHA




OK, aci tak saya update dari konvo dulu? Sebab gambar konvo yang dapat dulu. Gambar kawen masih giat mengumpulkannya. Nak tunggu dr OP, mmg berjanggut ah :P. Aci la eh. Sekurang-kurangnya ada juga cerita nak diupdate. Kang xpasal2 aku kena maki lagi bila nak update. HAHAHA :P






Sebelum tu, saya ceritakan konflik disebalik kisah konvo ni. Sebenarnya fakulti saya konvo 29okt. Sama tarikh dengan kenduri kawen sebelah perempuan. Saya ingatkan konvo hujung november or awal december (as per pervious convocation) tapi disebabkan intake degree sem ni diselaraskan masuk bulan september sebab nak sama dengan international U, jadi konvo sem ni di awalkan. Nak postpone kenduri, dewan dah booked, persiapan dah jalan. Tu pon saya mintak vendor kad kwen hold dulu. Tapi dah seminggu dok hold, pihak kami pulak tengah fikir macamana nak solve, at last saya berserah apa nak jadi. Pening ok nak fikir. Mana nak kejar dengan persiapan. Mana nak kejar dengan ACCA. Semua buat aku serabut. Ada yang cadangkan lepaskan saja konvo. Utamakan mana yang penting. eh kau tau x 9 tahun aku tunggu saat naik stage terima scroll? yes, aku post matrik. Xpernah konvo for diploma. Tu yang nak sangat detik itu. Tapi aku dah tersepit begini, tu yang aku pasrahT_____T.





Sampai keluarlah entry seperti ini,HAHAHA http://strewberimanis.blogspot.com/2011/08/lemau.html





Satu hari tu, saya discuss dengan member2 Gombak ini. Ada yang mencadangkan jalankan terus 2-2 hari bahagia ini. Dimana after konvo, terus pecut bersanding. Bunyik macam gila kan? Plus Akmal siap hulurkan bantuan utk mintak permohonan escot. Escot? yes, after saya turun stage amek scroll, terus escot ni bawakkan saya balik Gombak utk bersanding. Masa amek scroll saya dah siap pakai baju pengantin. Dak Amir, wartawan (sedara Incek Husband) akan ada di luar dewan konvo utk buat liputan & berita penuh akan disiarkan di dada newspaper esoknya. Dak Amir kata hot news neh kawen & konvo hari yang sama. Gila gempakkkkk ah. HAHAHAHA. Siap cakap dengan Incek husband nak famous tak gambar kau masuk paper esok? HAHAHAHA





Tapi mak ayah xnak sebab mak ayah nak standby dekat Dewan Beringin. If mak ayah letak paklong maklong dekat pintu dewan sekalipon sementara saya abes konvo, tetamu tetap cari tuan rumah. Mak ayah xnak. katanya kalau saya nak, pergilah, dia xnak pergi. Mana buleh konvo tanpa ibu bapa! saya mahu kongsikan kejayaan meraih segulung ijazah ini bersama mereka! Jadi, plan ini lebur begitu saja :P




Maka, muka aku jela yang asek keluar masuk pusat konvo. HAHA. Saya jumpa terus pegawai atasan & buat surat minta konvo dengan fakulti lain. Alhamdulillah permohonan saya terus berjaya belumpon sempat saya tulis surat *masa ni apply orally je*. Katanya xpernah ada kes seperti saya sepanjang UiTM ditubuhkan. Xpelah, biar aku catat sejarah. HAHAHA. Join dengan fakulti lain pon belasah jelah, janji dapat naik stage. HAHAHA. 4 tahun dah bersama kawan2, kali ini biarlah aku konvo bersama ibu bapa tersayang plus suami tercinta. HEHEHE. Yang kelakarnya, 4 tahun amek accountancy. Alih2 konvo dengan budak engineering. HAHAHA





Ohh ye, tarikh konvo dengan faculty engineering ialah sehari selepas kenduri sebelah lelaki, 31oct. tarikh itu juga, adik aku, farith, hari bergraduasinya di MRSM. Sorry farith mak ayah xdapat tengok kau sebab mak ayah dah penat dengan kenduri & xlarat nak travel ke MRSM kau. Xpelah, kau graduasi tamat form 5 je. Nanti belajar rajin2, masuk U, konvo tu nanti kami datang, InsyaAllah. Kadang kala kita kena mengalah utk dapatkan sesuatu. Belajar rajin2 okeh :) Aku tau kau sedih sebab xdapat nak kongsi kejayaan bersama mak ayah kan? *lap air mata sat :(*





Masa kenduri belah lelaki, saya dah start xsihat & demam2. So masa malam tu, saya berfikir, nak konvo ke x. Badan memang lemah gila ni. Panas gila suhu badan aku. At last mak mertua suruh p klinik & makan ubat, terus tdo. Xyah sibuk2 kemas rumah. Esoknya Bik Mar (maid) yang kemaskan. Alhamdulillah pagi konvo saya bangun tdo, dah kebah sket. Cuma sakit tekak & batuk2 la.




Eh panjang pulak aku cerita intro neh :P. Bahiklah, mari mulakan...



* Gambar saya sedikit pucat ye sebab demam. Make up? No, saya xsuka pakai make up. Cukuplah masa kenduri kawen neh muka aku "diconteng" begitu tebal sekali. Pehhhh lemasssss ok make up tebal2 neh :P



:: Dr Sahol : TAHNIAH Hannah! ::


:: Inai yang masih merah di jari menyambut scroll dari Dr Sahol :) ::


:: Family potrait yang xcukup korum :P ::



:: Husband and Wife ::



:: Incek Husband beli bunga sementara saya dalam dewan. Dia tunggu luar sebab xde pass masuk. Hanya 2 pass je utk ibu bapa. Dia bagi parents saya masuk sementara dia tunggu luar je. TQ sayang :) ::




:: Beg yang dia galas tu, ada laptop. Saya suruh online kalau dia boring menunggu. Online guna ID & password UiTM saya ::




:: OP yang lambat sampai sebab sesat. HAHAHA ::


:: Mereka betulkan setting camera sebelum saya keluar dari dewan ::


:: Ini tulisan akak yang jual bunga. Bukan tulisan Incek Husband :P ::



:: Incek Husband standby tepi dewan, tempat laluan graduan. Nak Suprisekan saya katanya sebab nak bagi bunga itu :) OP memang dah ada tepi dewan neh. Nak shoot saya keluar dr dewan :) ::

:: Xyah susah2 cari saya. Sebab memang xde pon kat situ. HAHAHA ::


:: Ehem2, tu, nampak x saya yang bertudung cream itu :) ::


:: tadaaaaaa, terperasan OP shoot gambar, terus senyum kemain lebau lagi. HAHAHA ::


:: Terima kasih sayang utk bunga ini :) ::


:: Husband & Wife utk hari ke-4. HEHEHE. Budak tecit depan tu pandang pelik je tangan & kaki saya. Sebab penuh inai! HAHAHAHA ::





:: Masa dalam dewan saya texted Incek husband cakap haus & lapar. Pagi tu xbreakfast sebab xde selera. Dia cakap ada belikan saya air mineral & mee goreng utk alas perut b4 makan ubat. tu yang keluar dewan, terus sambut huluran mesra dari Incek Husband & beliau bagi air. Terima kasih sayanggggg :) ::


*gila xsenonoh pengantin baru minum air sambil berdiri. Sila jangan contohi aku ye :P



:: Kemain payah lagi nak dapatkan backdrop ini. Ramai weiiii. Tu pon OP yang adjust, tu yang dapat bergambar dekat back drop ini. Terima kasih Faizul & kutik :) ::



:: 3 generasi graduan UiTM. Saya, ayah, Dr Sahol. Dulu Dr Sahol ini lecturer ayah. Now dah jadik VC UiTM kauuuu. Kelasssss. *kepal2 penumbuk sambil berazam utk jadi seperti beliau!*



:: Perempuan sebelah Incek Husband tu aku xtau siapa. Main masuk je dalam gambar. Bila tengok gambar neh, baru perasan. HAHAHA.


Awak, kalau awak terbaca entry ni, nak gambar bersama Dr Sahol, email saya okeh :)


:: Masa dalam dewan, ramai yang tanya saya baru kawen ke, sebab inai masih merah. HEHE. Aku iyekan jelah. Buat2 nak kawan. Maklumlah, xde kawan masa tu. Bdk enjin tu weiii. HAHAHA ::


:: Sesak & panas terik! tengok tu Faizul sampai kerut2 dahi :P ::







: Suka gambar neh sebab heels aku nampak sexy. HAHAHA :P ::


:: Outdoor photo shoot pula :) ::


:: Bergandingan menuju kejayaan :) ::


Abg, terima kasih utk segala2nya. Dan ijazah ini utk abg & ibu bapaku. Cukuplah kegembiraan dari kalian melihat ku berjaya mengenggam segulung ijazah, buatku bahagia :) ::




:: Berlatar belakangkan fakulti aku. Tinggi mana pon fakulti aku, lagi tinggi cita2 ku! :) ::


*Abaikan booth belakang tu. Ada jualan amal*




:: Baling mortar board sensorang je? Kesyiannnnnnnnnnnn. HAHAHAHA :P. Xpelah 4 tahun dah bersama mereka *ayat sedapkan hati, :P ::



Finally, terima kasih sayang utk hadiah konvo ini. Yumyyyy kek eskem BR. Walaupon demam2, aku bantai je. HAHAHA :P ::






Panjang pula entry neh. Ha, hambekkkkkkk :P






Alhamdulillah, 2-2 majlis selamat akhirnya :)



Alhamdulillah juga ku dapat abeskan degree ontime



*teringat susah payah zaman degree neh T___*










next convo (for ACCA) will be with hannah Jr kot? InsyaAllah, doa2kan ye :)




5 ulasan:

Aeen berkata...

tahniah puan hannah....:D

♥S@R@♥ berkata...

perantin berkonvo la..hehe
sweet2..

Tahniah ea ;)

StrewberiManis =) berkata...

aeen :

Tq Puan Aeen :)

StrewberiManis =) berkata...

sara :

Hikkk hikkk
jangan la cakap gitu,
kita malluwwwww
Auwwwww
HAHAHAHA

TQ kak :)
N doakan akak dapat abeskan degree akak juga ye :)

NurIzza berkata...

TAHNIAH PUAN!!!!