Isnin, 26 September 2011

Persiapan kawin : 29 Hari ke Lafaz Itu



sudah 3 minggu berturut2 saya balik Gombak
dan pulang semula ke Shah Alam tengah malam
harus pulang semula sebab hari Isnin class pukul 8 pagi
nak gerak dari Gombak takut jammed
dah la pagi tu class 4 jam
kalau tertinggal, nasib ko la
memang rugiiiiiii sangat2
ko belajar sendiri la jawabnya
HAHAHHAHA



mak mertua marah saya balik shah alam lewat malam
dah la drive sorang2
katanya nak dekat2 majlis ini takut ada apa2 terjadi
terima kasih mak sebab menyayangi bakal menantumu ini
terharuuuuu huhuhu
tapi nak buat macam mana, saya kesuntukkan masa
meh nak tengok diary aku
bertapa padatnyaaaaaa jadualku nak dekat2 majlis ini
huuuuuuuuuuuuuuu



ok, bebel banyak pon xguna
meh layan persiapan sebulan sebelum majlis :)


:: Sedang menulis jemputan kad kawen utk rakan2ku ::


:: Round pertama utk jemputan kawan2 saya ::



:: Kami order kad kawen sekali dengan pihak lelaki. Jadi Mak & Incek Fauzy sedang kira kad utk di beri ke bahagian lelaki. Kad ni fresh lagi weh. Baru bawak turun dari kereta. Kan saya cerita dekat entry lepas saya gamble ke Jalan Pudu sorang2 sebab nak amek kad kawen. HEHEHE ::



:: Para pembantu yang tolong gamkan kad kawen. Terima kasih Huda & Sarah. Sila turun ke dapor utk bancuh milo sendiri sebagai tanda terima kasih. WAKAKAKAKA :P ::



:: Minggu lepas minggu edarkan kad kawen utk para pensyarah. Puan Himmah xnak saya jumpa dia officenya. Tapi dia ajak minum di luar sekali. Pehhhhh gila sporting. Terima kasih Puan! Tapi time tu saya puasa. Jadi borak2 jela. HOHO :) :




:: Fitting baju utk kenduri sebelah lelaki ::



:: Ke jalan TAR menemani Mak Aji cari kelengkapan ::




:: Ohhh kantoi sudah baju family suit utk sebelah saya nanti. Lupa pulak nak suruh Mak AJi "nyorokkan" kejap masa saya capture gambar nih. HAHAHAHA ::


:: Ke SOGO pula. Mencari bedsheet bilik pengantin ::



:: Sempat rembat laundry basket ini. geram sebab ia kaler pink. HAHAHAHA ::



:: Mini dustbin yang di rembat juga di SOGO sebab ia sangat comel & cute. HAHAHA ::



:: Pak Haji sedang lengkapkan borang kawen. ::

masa pihak laki antar borang utk minta kelulusan dari Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Othman tengok nama wali pihak perempuan. Terus dia tanya dekat Incek Fauzy.



" Ni Yusoff pengerusi surau fasa 7 tu ke? "

" A'a ustaz "

" Dan nak kawen dah anak dia "

saya? WOWWW power gila ustaz ni buleh kenal ayah aku walaupon hanya nama di atas borang. HAHA



:: Set perabot di bilik pengantin. Masih lagi undecided nak yang mana. Rambang mata ni wehhh. HAHAHA ::



:: Saya suka almari jenis slide. Nampak kemas. Tapi almari ia sangat2 nipis. Pakai playwood je. Xnak ah, xtahan lama. For short term, yes, it can be use. But not for long term. Saya mencari perabot yang solid kayu. Memang tahan lama. HOHO ::


:: yang ni pon smart gak. Katil dia xde kaki. Jenis macam dekat hotel. Almari dia dah cun, slide tu. tapi jenis playwood la. Nipis sangat2. Pastu material kepala katil tu dari PVC. Uh, again, can be use only for short time.Hoii, buntu weh pilih set perabot ni. Semua xkena. HAHAHA ::



:: Tapi bukan lah jenis macam ni pilihan saya. HAHAHA. Mak kata macam opera cina daaaa. HAHAHA :P ::



Asal balik Gombak, saya akan singgah RnR Sg Buloh beli BR. Masa tengah tunggu order, ada staff ni bagitau staff yang tengah buat shake saya


" Weh, sat lagi kau letak Choc rice tau. Akak ni memang akan add choc rice "


Aku terdengar lalu senyum2 dan bersuara dekat staff tu



" Eh mana tau saya nak add choc rice? "

"dan biasa dah dengan order akak. Masuk2 je tadi dah buleh agak akak nak apa "

saya? KAHHHH KAHHHH KAHHHHH

" Selalu nampak akak singgah dekat sini. Memang slalu travel ke? Ni baru balik kerja eh? " <---- sebab saya pakai baju kurung.


kerja? HAHAHAHAHAHA
saya belajar lagi dik oiiii :P


:: Jemput minum. HOHO ::



:: Sambung edar kad kawen di sekolah menengah. Cikgu2 jumpa saya rata2 akan peluk saya. Katanya xsangka saya di tahap ini dan sering bagi contoh saya dekat anak murid dia. Ohhh cikgu, jangan lah begini. Saya segannnnnnnnnnnn T_____________T


Adik2, akak biasa2 je. Jangan menaruh harapan sangat ye. HAHAHA
*kes takut mereka over expectation terhadap saya :P



:: Gegar rumah Cikgu Normah pula sebab call2, xdapat pon. Tukar nombor xbagitau eh cikgu. Nasib baik ingatan saya masih kuat. Masih ingat rumah cikgu. HAHAHA ::



Fewitttt, Cikgu Normah sedang buat air utk saya

"Hannah, awak nak tea ke nescafe? "

nescafe la cikgu. Saya ngantuk ni. Lepas ni nak mengedar kad kawen lagi. HAHAHA



:: Ke sekolah rendah pula. Tapi xbanyak buleh edar sebab banyak cikgu2 lama dah pindah T____________T ::



:: Aunty Tiney sedang membelek hantaran utk di beri kepada Incek Fauzy. Dia nak tengok barang dulu b4 fikir idea nak menggubah macammana ::


:: Inilah ghoper bilik pengantin saya nanti. Dan penuh dengan barang2. Ni set katil xsampai lagi. Barang2 yang lain ada di bilik tetamu bawah. Dah merata2 dah barang kawen. HAHAHA ::





Alhamdulillah, persiapan banyak yang dah siap
cuma tinggal benda nak buat dekat2 hari kejadian je
seperti rebus telur & masuk dlm bekasnya
racik daun pandan n etc



WOW lagi 29 hari weiiii
ok sekarang aku dah start nerves
padahal bukan aku yang lafazkan akad nikah
huhuhu :P



dah 3 bulan xdating2 dengan Incek Fauzy
rinduuuuu weiiiii
lately kami hanya jumpa kejap2 sebab nak uruskan hal kawen
macam borang nikah, fitting baju
nak jumpa saje2 memang TAK la kan
tunggu hujung bulan depan bila dah sah
WOWW sumpah seronok!
xsabar tunggu ke detik tu
errr tadi kata nerves?
HAHAHAHA :P



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nnti kawen guna wali nasab la ek ?