Ahad, 4 September 2011

8 Tahun. Alhamdulillah


* Entry lewat due to mode raya sakan. HAHA *



30.08.2003 yang lalu ialah detik perkenalan kami
kami x ada istilah "COUPLE" dalam hubungan
tak pernah declare la bahasa mudahnye
teman tapi mesra gitukkk
hehehe :)



dan sekarang sudah 8 tahun kami berkawan
rasa macam baruuuuuuu je kenal kan sayang :)



terima kasih sayang sudi menerima diri ini seadanya
kadang kala saya merajuk xtentu pasal, dialah yang memujuk :)
kadang kala saya teringin sesuatu, dialah yang mencari sampai dapat :)
kadang kala saya down, dialah membakar semangat saya :)



dann semuanya dialah segalanya
Syukur YaAllah aku dipertemukan insan sebegini :)
terasa hidup kian lengkap :)
dan kini sedang menghitung hari utk di ijab kabulkan :D




2004.
- gambar di-edit oleh Incek Fauzy -
- saya xde softcopy gambar ni. Capture terus dari album kami ;p -



Masa anniversary year 1, saya form 4 tau. Gila kan baru form 4 dah menggatal nak mampus. HAHA. Masa ni saya xbagitau mak ayah lagi dah ade teman tapi mesra. Kau gila? Kalau nak try kena pelangkung try la bagitau. HAHA. Ayah saya bukanlah jenis garang gila. Tapi saya ni jenis penakut. Kalau saya berani sket ntah2 lepas SPM ayah bagi kawen terus kot? BHAHAHAHA



Actually kami kenal seminggu sebelum saya nak PMR. Masa tu Incek Fauzy tengah trial SPM. Bila ingat balik, xpercaya saya jatuh cinta sebegitu muda! HAHA. Tapi saya xamek serius sebab terpengaruh dengan kata2 "cinta di bangku sekolah hanya cinta monyet" :P




2005.
-di-edit oleh Incek Fauzy juga. Setiap tahun mesti ada gambar kami yang di-editnya :)


Masa ni saya nak amek SPM. Incek Fauzy pula di Melaka. Sambung study. Bermula di sinilah hubungan kami makin erat. Sebab saya dah rasa lain macam. Benarlah cinta itu buta! HAHAHA. Dan statement cinta monet di bangku sekolah adalah xbenar! Amek kau, dah jatuh cinta, semua benda xbetul. Kau sorang yang betul. HAHAHA. Tengah syokkkkkk bercintalah katakan. HAHA



Tapi kami xmacam pasangan yang lain ye. Kami jarang jumpa. Saya cuti, dia xcuti. Dia cuti, saya xcuti. Cuti sekolah kan xsama dengan cuti U dia. Jadi handset jadi penghubung kami :). 4 bulan xjumpa, itu adalah biasa. Malah ade je sampai 5, 6 bulan kami xjumpa. Sebab masing2 faham keadaan masing2. Kredit tu xyah cakap la, saya ade credit, dia xde. Dia ade credit, saya xde. Gitu lah ye. Dah la susah jumpa. Credit pon xslalu ade. Well, saya kan budak sekolah lagi masa tu. HAHA. Memang cabaran betullah masa ni :)




2006.
- Saya di matrik. Incek Fauzy tahun akhir -
-Gambar ini masih lagi di-edit oleh Incek Fauzy. Tiap tahun mesti dapat punyaaaa :) -
- Apsal rambut tu cacak semacam je sayang?Mana rambut belah tengah? HUHU -



After SPM saya duduk rumah sementara tunggu result. Amek lesen kereta je. Kerja part time? MALAS! sebab nanti dah syok pengang duit, saya xnak sambung study. Gila punya alasan! HAHA. Bila dah keluar result tu, saya dapat anugerah pelajar cemerlang SPM 2005. Masa ni saya dah nekad nak panggil Incek Fauzy datang hari anugerah. Sebab beliau lah saya dapat merangkul anugerah itu. Nak raikan bersama :). Sambil2 tu buleh kenalkan dekat Mak Ayah. HAHAHA. Mesti Mak Ayah xde nak marah2 sampai pelangkung kan. HAHA. Lagi satu sebab Incek Fauzy membakar semangat saya ketika amek SPM. Tapi malangnya beliau ada project utk final year. Jadi, xdapatlah nak raikan bersama T____________________T



Xpelah, seminggu lepas hari anugerah, saya terus register matrik di Perlis. Masa ni dugaan lagi. Incek Fauzy xnak topup sebab nak simpan duit. Nak guna utk project final year dia. Jadi 4, 5 bulan kami xberhubung. Saya di utara semenanjung. Incek fauzy di Melaka. Cinta Utara selatan kau! HAHA. Xpelah, saya study macam biasa. Nak balik minggu, jauh dol! Buat sakit badan je. Jadi saya balik hanya pada cuti sem. Memang time ni jarak hubungan makin jauh. Kalau xsetia tu, fushhhh xtau nak cakap. Padahal xde pon declare ape2. Feeling dah macam orang declare :P HAHAHA



Tapi kalau dah jodoh xkemana kan? Masa saya last day di Matrik, family saya datang nak amek saya. Lepas tu kami jalan2 ke Padang Besar. Dah alang2 sampai ceruk utara kan. Lepas ni bila lagi ntah nak jejak sana :). Tapi masa tu, Family Incek Fauzy juga ada di Padang Besar! Masa tu diaorang saje2 p rumah Abg Pil (abg atas Incek Fauzy) di kedah. Dah alang2 sampai di utara, singgah la kejap Padang Besar. Kan, kalau dah jodoh, xkemana. Masa ni saya happy sangat :). Rasa nak p depan2 Incek Fauzy. Tatap muka dia puas2. HAHA. Yelah setahun di Matrik, kami x contact sangat. Rindu weiiiiii!



nak tegur dekat2, takut dengan Mak Bapak masing2. HAHAHA. Jadi kami hanya lambai dari jauh je. HAHAHA. Xsilapnya mak Incek Fauzy dah tau Incek Fauzy ada kekasih. Cuma mak ayah saya je xtau lagi. Mantap kan saya simpan rahsia? HAHA


Dan saya meninggalkan zaman matrik dengan penuh kegembiraan. Kalau orang kata matrik sangat susah. Saya berjaya buktikan statement itu adalah tidak benar! Saya melangkah keluar bumi matrik Perlis dengan pointer first class. Thanks sayang utk kata2 semangat :) Masa ni dah cukup yakin, kalau Incek Fauzy datang rumah, mesti mak ayah xmarah. HAHAHA






2007.
-Saya first year degree. Incek fauzy pula dah start kerja-


Abes matrik, saya cuti 2, 3 bulan kot? Ntah la, lupe. HAHA. Pastu dapat sambung degree di UiTM Shah Alam. Masa ni kan, nak kenalkan dekat mak ayah. Tapi saya macam takut2 lagi. Gila la, penakut nak mamposss. HAHA. Tapi saya nekad, siapa lelaki pertama datang rumah saya, dialah yang saya terima (masa ni ada kawan dengan lelaki yang lain). Xlama lepas tu, Incek Fauzy datang rumah. Sebab ada kenduri doa selamat mak ayah saya nak p Haji or datang beraya. Saya lupe. Sebab diary saya ada dekat Gombak. HAHA. Kan, kalau dah jodoh itu, memang xkemana. Cuma lambat atau cepat aja :)




2008.
-Abaikan jerawat stress dekat tengah2 dahi tu eh. HAHA-
- Gemuk gila aku time ni. Pipi macam tengah kulum biji doryan.HAHAHA-
-start thn ni xde dah gambar di-edit. HAHAHA-



Sepanjang saya amek degree, kami jarang berjumpa. Again, hanya contact melalui handset je. Mungkin berbeza karier kot. Saya belajar, Incek Fauzy dah kerja. Lain tau 2 karier ni. Xsama. Tapi saya xamek serius pon. Cuma jaga2 dalam hubungan la. Again, macam tahun2 lepas, kami jarang berjumpa. Ntah la, maybe dari awal2 kenal, kami dah "mengadap" jarang jumpa, so bila jarang berjumpa, kami jadi biasa. Cuma bila dapat bersama. Memang kami hargai sangat2 :)






2009.

Apa yang saya nampak, sepanjang amek degree ni, bila saya stress je. Incek Fauzy mesti akan usaha datang Shah Alam. Especially masa nak final. Kau cakap je stress, esok pagi dia ada kat Shah Alam dah. HAHA. Ada satu hari tu, saya demam. saya ni kalau dah sakit sikitttt je, faham2 la. Lembik nak mampossss. Tibe2 Incek Fauzy datang Shah Alam bawak p klinik. Pastu suapkan saya makan. Sebab before tu ape saya makan, mesti muntah balik. Gila punya lembik kan? HAHAHA. Thanks sayang sebab amek berat :)




2010.

Setelah 7 tahun bercinta tanpa pengetahun ibu bapa, saya nekad nak bagitau. HAHA. Ape nak buat, penakut punya pasalll. Huhu. Pada 5 mac 2010, saya bagitau mak ayah tentang hubungan kami dan pada hujung tahun ini rombongan lelaki akan datang utk merisik. Kau tengok, gila punya penakut. Dah nak merisik baru nak bagitau mak ayah. HAHAHA. Kalau mak ayah xterima macam mana? Huuuuu seriau!


tapi masa saya bagitau kan, mak ayah macam relax je. Sebab mak ayah dah tau siapa Incek fauzy. Diaorang ternampak gambar Incek Fauzy dalam album saya. Errrr kantoi. HAHAHA. Xmantap la saya simpan rahsia kalau macam nih. HAHAHA. Tapi mak ayah xmarah pon. Siap cakap dah besar ni, bukan lagi nak mengongkong, marah2 anak. Alaaaa Mak Ayah, nape xbagitau awal2? kalau tahu, lepas SPM dah buleh kawen tau. Pangggggg doploh pat juta das. Gatalll nak mamposss eh? HHAHAHAHA





2011.
-gambar pada hari kami bertunang, 1.1.11-


Sebenarnya kami rancang nak bertunang lepas saya konvo degree. Tapi kita yang merancang, DIA yang menentukan, masa saya final year degree kami bertunang. Alhamdulillah sudah 8 tahun kami bersama. Ramai kawan2 sekolah xpercaya kami masih lagi bersama & sudah bertunang. Ye, kami berjaya buktikan statement "cinta monyet di bangku sekolah tidak kekal" adalah xbenar :)



Dan sekarang saya sudah berjaya mengenggam segulung ijazah. Dan akan konvo InsyaAllah bulan depan. Terima kasih sayang memberikan kata2 semangat. Ya, masa degree ni, saya agak down. Xtau la apsal. Susah kot? Maybe :P



InsyaAllah saya konvo nanti bersama suami tersayang & inai yang masih merah dijari :)



Dulu susah nak berhubung sebab xde credit kan? Sekarang? Cukup hujung bulan bersedialah bil handset sampai rumah. HAHAHA. Dan no handset kami adalah seblah2 :)



InsyaAllah kurang dari 2 bulan kami akan diijab kabulkan. Hubungan selama 8 tahun ini akan berakhir dengan hubungan yang sah & halal. Saya harap lepas ni, saya dapat bersama disisi suami. Biarlah 8 tahun bercinta ini buleh kira dengan jari berapa kali kami berjumpa, tapi biarlah lepas kawin ni kami sentiasa bersama.



Terima kasih Ya-Allah atas nikmatmu ini. Terima kasih kekasih kerna sudi terima diri ini seadanya :)







8 ulasan:

nurayunni berkata...

terharu bace cerita nie..sweet la korng..

alia iman berkata...

Congratz dear...

Saya mmg stuju xde istilah cinta monyet je kt bangku skolah...


Im happpy for your happy ending story..tetibe rindu lak zaman sekolah ngn arwah.. he gave me really sweet moments until the day he left me forever..

Semalam sebelum balik kl..alia singgah pusara arwah..kali ni bicara panjang skali..n N dear...do u remember what day is today?? hari ni hari lahir arwah yg ke 26...kejap je masa berlalu..kenal dia ms umur 16 tahun..smlm mak abah arwah peluk alia lama smbil cakap..syg kena move on..mak abah tetap anggap alia anak mak abah...

rasa mau pecah x dada??

anyway N...menghargai dia selagi terdaya..alia baca kisah n buat alia pun nak rewind balik zaman cinta cintun dlu...


Selamat Hari Raya N...
Maaf Zahir Batin,,,

Fragile Heart...
Alia

pRincESs_N berkata...

N yg 5 tawon trase lame..apetah lg 8 tahun..congratz yunk...kawen jgn lupe jemput yer..

StrewberiManis =) berkata...

nurayunni :

TQ dear
auwwwww malu ai tau
kahhh kahh kahh :P

StrewberiManis =) berkata...

Alia :

yes, cinta zaman sekolah sangat indah
tapi kena pandai manage la
jangan 24jam nak bercinta je kan
hehe


Alia, raya baru2 ni, N balik ipoh
p beraya rumah sedara
pastu mmg lalu bandar ipoh yang ada signboard "FAIR PARK"
terus ayaQ mata ni bergenang
until now n masih xpercaya apa yang berlaku
wpon n hanya kawan siber je dengan arwah, rasa sedih sangat,
apatah lagi alia yang pernah menyemai cinta bersama arwah!
tabahkan hati ye dear
n tau perasaan alia
huhu


btw Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Sayang :)

StrewberiManis =) berkata...

princess N :

tapi kenapa 8 tahun kita rasa mcm kejap je?
*pangggg doploh kali. HAHAHA

Thanks dear.
pasti jemput punya princess N datang kenduri kita :D

NOIN berkata...

Terharu aku bace hannah. nak menitik air mata ni. air mata heppi la. hehe

semoga hahagia sampai syurga ek. kau kawen raya haji ke??? tak sabar nak pegi. aku pon jaoh dekat sebelah matrik ko ni ha. sintok. haha :P

Tahniah and selamat settlekan urusan kawen yer :)

StrewberiManis =) berkata...

NOIN :

Ain, ape nih, ayaQ mata ko mengalir sampai shah alam ni ha
HAHAHAHA
eh2 kiding je ;p

Aku kawen bulan depan, InsyaAllah
nanti aku pos kad ye
tengah kumpul alamat nih
datang tau nanti
nak hug ko lama2
sebab dah lama xborak2 dengan ko
rinduuuuuuuu T___________T