Khamis, 9 Jun 2011

Persiapan Kawin : Pengapit Perempuan


Dulu2 kan, masa sekolah rendah, saya kongsi2 cerita dengan best friend saya ni, nama dia NAIMAH. Perghhhh dulu sumpah asek berkepit je dengan dia. Siang di sekolah, malam sambung bergayut. Pastu ayah geram anak dia ni xstudy asek bergayut je, maka telefon rumah kena kunci & handset kena tarik. (Dulu pakai handset on weekend je. Weekdays ayah simpan. Nak UPSR weiii. Bapak pon risau :P)



Eh kejap, tadi kata nak cerita pasal Naimah tetibe cerita pasal bergayut :P. Ok, biasalah kalau dah dekat sekolah pon jumpe, pastu malam pon bergayut, abes semua cerita nak bagitau. Sampai 1 tahap xtau nak cerita apa :P



Maka saya cerita dengan Naimah :

" Naimah, nanti kalau aku kawen, kau jadik pengapit eh? Kan kita dah janji nak kawan sampai bile2 "



gedik x darjah 6 dah cerita pasal kawen2? Bhahahahha, Naimah, kau ingat lagi x? :P



:: Fewwwitt, Ni lah Naimah. Cun kan. Errr sorry dia single but xavailable :P ::

:: Sorry Naimah, aku curik gambar dekat FB kau. Aku rasa gambar ni paling cunnnnnn ::



Naimah on kan saje. Oklah maksudnya tu. Beliau bersetuju. Masa tu mati2 saya nak kawan dengan dia sampai bila2, sebab dia adalah kawan yang sgt supportive. Bayangkan masa saya Form 3, saya ada masalah, nangis sampai lebam2 mata, then naimah sanggup call handset saya. Kami engaged around 3hours (masa ni naimah sek lain, so xjumpa la di sek). 1month later kami xcall or xmsj. sbb Naimah kata parents dia mengamuk gara2 bil tel rumah & handset ayah dia melambung (ada gak dia call saya pakai HS ayah dia).



time ni sumpah saya terharu plus rasa serba salah sangat. And now, saya harini adalah hasil semangat & nasihat dari Naimah. Thanks dear, aku turut doakan yang terbaik buat kau & harap hubungan ini tak terputus. hanya ajal yang memisahkan kita. Aku janji!! T____T



Ehhh ehhh apsal saya cerita pasal Naimah ni lelebih? Ingatkan nak buat intro je sape Naimah ni. Bahahahhaah :P



Maka masa saya bertunang haritu, Naimah ingatkan saya :

" N, kau ingat x dulu kita pernah janji kalau kau kawen, aku jadik pengapit & aku kawen, kau jadi pengapit. Ingat x? "



Ingat ohh. Xmungkin aku lupa sayangggggggggggggggg :)



tup2, blaaa blaaa blaaa....... Kita merancang, hanya Allah yg menentukan



Dulu saya plan nak kwen after saya dapat degree (dah konvo). Means masa tu Naimah pon dah grad juga lah kan. Sekalinya tempoh kami grad berbeda.



Sebab saya post matrik. Abes matrik setahun, terus masuk degree 4 tahun. Straight away. No gap2



Naimah pula, diploma 3tahun then degree 2 tahun. Now dia ada lagi 1 sem tapi masuk bulan 9 ni sebab semua U akan diselaraskan masuk bulan 9 sbb nak bagi sama dengan International U (U di luar negara also) means kalau dekat Malaysia tgh sem, maka U luar negara pon sama. Selaras kan tu. Tapi saya difahamkan ni post degree sahaja. Diploma masih macam biasa, xde perubahan



maksudnya naimah terkandas dek kerana pelarasan sesama U. Kalau x, masa saya kawen nanti InsyaAllah dia dah grad, tapi tulah, kita merancang, DIA yang menentukan segalanya :)



Bila saya cek student portal, nak tengok takwim semester baru, masa saya kawen nanti, Naimah dah masuk study. Sipi2 nak midterm dah. YA-Allah, xsanggupnya haku nak suruh dia ponteng clas & jadi my pengapit



So setelah seminggu berfikir, antara janji yg dahulu sama2 setuju & demi masa depan Naimah, saya cari org lain as my pengapit



Saya xnak ganggu pelajaran dia plus saya xnak dia penat balik Gombak jadi pengapit then rushing balik Shah Alam (dia UiTM shah alam juga) sambung study. NOOOO NOOOO. BIG NO. FULLSTOP



Ain, sorry kalau aku dah langgar janji kita. Tapi aku nak buat yg terbaik agar xganggu pelajaran kau. kau dah last sem, final year, Sure busy dengan asgmnt & project. Focus tu dulu eh. Wedding aku ni xde ape pon. Asal kau datang, aku dah hargai sgt. Even kalau kau xdpt datang, aku hanya pohon doa kau mengiringi kebahgiaan rumahtangga kami.



Ohh ye masa saya khabarkan saya nak bertunang dengan Incek Fauzy, dia memang suka & eksited sgt. Memang dia nak datang & saya tgu kedatangan dia. Tapi again, DIA yang menentukan segalanya. Masa hari saya bertunang, Naimah dalam tempoh rawatan. Kakinya terbakar dek kerana gas memasak meletop dan terkena kakinya. Melecur jugalah. Mujur xde ape2 yg teruk. Saya dpt tau Naimah kena tahan di Hosp Selayang beberapa hari. Saya tahu pon sbb tgk FB dia.



Aku tau ain, mesti kau xnak aku risau kan? Sbb tu kau xnak bgtau aku. Masa tu aku terkejut sangat & aku doa kau cepat sembuh. Againn, aku hanya pohon doa kau mengiringi majlis pertunangan aku walaupon kau xdpt dtg. T___T



Dan pengapit saya nanti will be......



:: Mak, mak macam rappers lah. Yoo yoo yaa aaa auuu. Mak Aji baca ni matik haku hehehe :P ::


EILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


yes, dia juga jadik pengapit masa bertunang aritu :)
InsyaAllah akan jadi pengapit for bersanding & bertandang kelak :)




:: Sentiasa bersama saya di hari bertunang haritu ::


:: Dan juga sanggup batalkan event beliau for my E-Day. Thanks dear, Mmmmmuahhhhh *tetibe :P ::



:: Serta pandai melayan tetamu ketika saya sebuk dengan photograher yg mahukan aksi candid. *Ok ni tipu. Haku yg gila bergambar :P ::



:: Serta membetulkan agar saya tampil elok di mata tetamu spt betul2kan veil, betulkan baju supaya tak nampak lemak2 yg tersentil :P dan juga apa sahaja asalkan demi saya. See Eila tgh setting payung. Nampak x kepala dia tu? :P Thanks Eila. Luv u banyak2 :)


baju pengapit utk Eila dah beli minggu lepas
InsyaAllah saya bagi dekat dia kang
asal nak bagi, asek lupe je
plus Eila bz skng, banyak event katanya
balik kerja dah malam



saya ni malam2, xreti nak kacau org
kot2 org tu nak berehat ke kan :)



btw thanks kalian berdua :)



Naimah, walau kau xdpt jd pengapit,aku mahu kau ada di majlis nikah, sanding, tandang
sebab aku tetap nak impikan impian kau nak ada disampingku masa aku kawen :)



For Eila, thanks sebab setuju jd pengapit lagi :D
nanti N bagi kain satin & lace for baju pengapit ok
nanti p tempah sendiri :)



again, thanks Naimah
aku bangga punya sahabat seperti kau
dan xkan ada yang buleh ganti tempat kau di hati aku
kau TERLALU baik bagi aku


Terima kasih Ya-Allah temukan sahabat sebaik ini buatku :)




15 ulasan:

CikYuzz berkata...

Wah..syahdunye...

StrewberiManis =) berkata...

cik Yuzz :

tu baru sket je, hehe

r3d lollip0p ♥ berkata...

semoga semuanya bjalan lancar dear.~ :)

StrewberiManis =) berkata...

red :

Amin, mudah2an :)

naimah berkata...

serta merta aku terkena demam merah... (muke aku lebam merah xhenti2) akibat membaca blogmu.... :)) time kaceh anne...don't worry..hehe bukan ko langgar janji la..hm..mungkin mmg dah kena jadi begini..lagipun i lg suke jd tetamu VIP u..hehe..yg penting majlis tu berjalan dengan baik..hehe aku sentiasa menyupport mu dari belakang! Our memories will always be my sweetest memory in my life..and there is no one would able to replace a friend like u..love u!

♥S@R@♥ berkata...

terharu i baca..

tiba2 teringat bestpren akk gak..

masa akk kahwin dia jd pengapit, tp bila time dia nak khwn akk lak xleh dtg coz time tu ngah tunggu hr nak bersalin..sobsob

NOIN berkata...

weh2 aku kenal naimah, cuba tanye die kenal aku tak? hahaha

tak sabar nak tunggu ko kwen :D

StrewberiManis =) berkata...

naimah :

speechless baca komen ko

*kesat hingus & air mata sat*

errr masih speechless :(

only these 2 sentences could be the best way to interpret my feeling

" KITA KAWAN SAMPAI BILA2 EH? "

" XKAN ADA TEMAN BAIK YG BULEH GANTI TEMPAT KO "


sayang kau ainnnnnn *hugggg*


*speechlessssssssssssssssssss T____T

StrewberiManis =) berkata...

sara :

sedih kan akak
kita nak juga buat yg terbaik utk bestfren kite
same as they do so for us
tapi kita merancang, DIA yg menentukan :)
pasti ada hikmah disebalik kejadian ini :D

StrewberiManis =) berkata...

NOIN :

ha ah sbb dia kan sek agama dgn kita juga
mesti dia kenal ko :)


errr sabar2, lambat lagi kotttt
tapi si bakal pengantin ni pon xsabar jugak sebenarnya
bhahahhaha :P

iedchan berkata...

wah2..betul2 pengapit idaman tu..hehe

StrewberiManis =) berkata...

iedchan :

nak 2-2 ni jadi pengapit kite buleh x? :D

kaoru kasuga mizutani berkata...

salam N!!

eila baru baca entry neh.. :)
sangat syahdu mahdu! tetiba rasa nak terburai aer mata pon ada.. maklumlah.. kalao citer pasal kawan lama2, sure sedeyh kan,, especially yang kite rapat..

N, eila pasti ada disamping N! insyaAllah akan sehabes baek mengendalikan debaran gemuruh jiwa raga di majlis akad nikah dan hari persandingan di Dewan Beringin. :P

Sayang N! dan plok banyak2!

N, 17 Julai hari merisik Eila dr pihak lelaki.. :) insyaAllah akan mengakhiri zaman bujang by next year.. N.. nak jadi pengapet ke?? bhaahahaha.. :P

Sayang N banyak2! banyak juga story neh.. we should catch up 1 day..

I love u more!

StrewberiManis =) berkata...

Eila :

salam dear :)

yeayyy Eila kembali berblogging :)

sedihkan, n yg hadapi, lagi sedih tau uhukkk uhukk T___T

thanks dear, N tahu Eila buleh buat yg terbaik. masa tunang pon hilang sket neves2 ni bila Eila jadik pengapit. Thanks dear *speechless*


ya ka dear? Alhamdulillah, xlama dah tu, mesti bdebar kan? bila majlis bertunangnya? ke terus nikah je by next year? Eila, seriously n sgt HAPPY. Rasa nak menitik AyaQ mata ni. xsangka kawan sek membesar sama2 di hillcrest & matrik dah nak kawen. Yeayyyyy :)


n doakan yg terbaik utk eila & semoga dipermudahkan segalanya :) sukanya n, xsangka sgt2m weeeeeee


jadik pengapit? buleh je, bagi date awal2 takut clash dgn programme n ke kan, hehe


yes, we should catch up 1 day, eeee byk nih nak story dengan eila :)

sayang eila, luv u, *hug ketat2, xnak lepas :D

NOIN berkata...

eyh ko satu sekolah agama ngan aku ke? . alamak nape aku tak ko penah sekolah agama dengan aku ni T_____T