Isnin, 13 Jun 2011

Persiapan kawin : OP, OV, Telecast, Kerusi, Meja, Cover & Scallop





Hye, bersua lagi kali ni. kehh kehh kehh. saya & parent baru balik meeting dengan Abg Halim. Hasilnya banyak yg dibincangkan. Alhamdulillah, semoga urusanku utk perkara lain dipermudahkan :). Ok, saya akan cerita details apa yg dibincangkan tadi ye. Saya tahu kamu2 semua xsabar nak tahu kan? bhahahhaha matik la perasan gile dah minah stoberi ni, bhahahahaha :P




Oh ye mesti kamu2 tertanye2 sape Abg Halim ni kan. Xpernah pon saya show off gambar dia. Ok2 ni nak tunjuk ni. Tengok, baik x saya? baik x? baik x? sungguh memahami anda semua, blurgghhhhh cik stoberi, tolong jangan berdrama ok? kami nak tengok muka Abg Halim. ok baiklah, demi kamu, saya cuba turutkan :)



Kejap nak godek laptop ni ada x gambar Abg Halim.



Bagi siapa yg xkenal lagi, abg halim ni OP masa saya tunang hari tu :)



ok ni diaaa Abg Halim :)



:: Kelassss kan Abg Halim ni. Abes baju dia melekat2 ranting2 kayu & daun kering semata2 nak dapatkan shoot terbaeeekkkkkkk utk saya ::


:: tengah shoot hantaran tunang :) ::


Tapi xnampaklah pulak muka penuh, sipi2 pon ok lah kan? bhahahahha
nak tahu lanjut, p FB dia, (LINK)

P/s : Kat FB dia ada photo montage & gambar masa saya tunang. P la tengok. Ceh sempat promote :p



ok baik to main topic, here we discuss :)


1) Videographer, Photographer & Telecast

- Photo : Cover nikah, malam berinai kecil (for persalinan) & bersanding
- Video : Cover nikah & bersanding





:: Screen putih impianku :) ::


- Pastu saya request nak telecast. Anda tahu telecast ni hape? Saya pon baru tahu special word ni tadi masa bincang, bhahahha. ok meh saya share ilmu ni. Telecast ni live video ye. Kan majlis saya di dewan. Masa saya & Incek Fauzy tiba di dewan nanti, akan di adakan live video. Means tetamu xperlu jungkit2 nak tengok pengantin diarak. Akan ada telecast yang akan record & tembak di screen puteh.



Buat masa ni screen puteh tu masih mencari. Harap2 ada. PA system & DJ dah confirm (later saya buat entry ni). Screen puteh ni terletak di kiri & kanan pelamin. Saya dah sketch kedudukan dewan, bilik pengantin. Alhamdulillah parent setuju. So nanti DJ akan bekerjasama dengan Abg telecast ni. Masa xditayangkan suasana live, DJ akan tunjuk gambar2 saya & Incek Fauzy sambil memutarkan lagu2 cinta / perkahwinan.



Tapi Abg Halim cakap nak buat telecast mmg buleh (Alhamdulillah), tapi keadaan Dewan Beringin xsesuai. Sebab dewan ni jenis dewan rekreasi. Tempat org main badminton la, hape la. So xde sportlight khas utk suppport telecast ni. Kalau dewan banquet, mmg ada sportlight khas. Tapi xpe, Abg Halim cakap nak buat memang buleh, tapi gambar dekat screen xberapa sharp la. Uhhhh saya dah agak dah benda ni akan berlaku. Yes, kita xleh nak plan yang perfectly akan jadi elok kan :)


:: Ke ada siapa2 ada screen ni? Tolong bagitau saya. PM pon buleh. Thanks ::


2) Kerusi, meja dan cover

- Nikah
Nikah akan dilakukan di rumah. So akan ada canopy & kerusi meja. Canopy pon buat syarat aje. Makannye di porch kang. Sama macam bertunang haritu. Rumah ni kan berbukit, xsesuai. So 2 meja akan diletakkan dekat porch rumah ni, lagi 2 meja dekat porch rumah seblah. Yes, 4 meja je. 1 meja 10 kerusi. 4 meja = 40 kerusi la ye.



N cukup ke 40 kerusi? kang belah Fauzy datang belas2 kereta, kawan saya lagi, sepupu2, jiran & etc? xpe, anda buleh makan dalam rumah andai ruang meja xcukup. Kami estimated masa nikah, jemputan will be 120-130 orang :) (including both side)



- Bersanding
Ayah estimated dewan beringin buleh memuatkan 300org termasuk kerusi meja. Jumlah dipersetujui Abg Halim sbb Abg Halim banyak kali shoot kat sana. Lagi pon 30 meja tu just nice la. Xsesak sangat. Lagipon ayah nak buat stall menu hujung dewan. Akan ada coffee corner for cendol, Kuih muih & bubur. Kiri & kanan dewan will be tempat amek makanan :) So kalau meja banyak sangat, sesak pulak kan. Hehe.



Atas nasihat Abg Halim, selalunya kenduri pertama, jemputan akan ramai. Contohnya kalau anda estimate 1 kad bersamaan 2 kepala (pasangan), tapi kalau kenduri pertama will be 3 or 4 kepala. Ini mengakibatkan makanan xcukup. So kena pandai estimate & budget makanan. Jangan sampai xcukup. Malu wehhh tuan rumah T_____T. tapi Abg Halim cakap normal if kenduri pertama, makanan xcukup. Sebab xde pengalaman lagi kan. Plus org akan datang since kenduri pertama kan. So semua nak datanglah kononnya. hehe. Ohh tu xpe, esok akan ada meeting dengan Catering pula. Ayah saya amek parent PEJA. Nak tolong kawan2 katanya. Lagipon ayah peja ni sekampung dengan ayah saya. Dah form 5 baru saya tahu, bhahahhaha

So :

Meja makan : 30 unit
kerusi makan : 300 unit
Meja stall : 3 unit
meja makan beradap : 3 unit
Kerusi makan beradap : 10 unit
meja for guest book : 1 unit




kerusi berserta dengan cover & ribbennya ye. Macam gambar dekat atas ni. Harga belum diputuskan lagi. Tadi order je nak hape. Bhahahaha. Sebab kerusi meja & canopy ni Abg Halim ade link dia. So xpelah, amek 1 tempat settle 2 benda :). Tapi rupanya Uncle kerusi meja ni jiran bawah ni je. Sebab haritu ternampak lori dia. Perasan lori dia ni masa tunang haritu. Kan dia nak pasang canopy. Ayah kate xpelah, nak tolong jiran :)


Saya? As long as parent setuju, saya ikot je. Bagi saya, keutamaan ibu bapa lagi penting. penat buat budget tapi ayah xikot pon ape N listkan :P

Meja potong kek pula Abg Halim kata selalunya pihak catering ada sediakan. Trolly ok, bukan meja. Comes together with pisau potong kek. Fushhh saya baru tahu tadi. B4 ni memang xtahu. Tips disini, kita kena tanya. Sebenarnya pihak catering ada je semua tu. Cuma bila kita xtanya, depa ingat kita xnak or dah ada. Walhal kita mmg xtahu ape je yang diaorg provide. Dalam kepala mesti fikir makanan aje kan? Catering = makanan. Hehehe. Ok xpe, tu esok akan discuss dengan pihak catering :)


3) Scallop
Scallop pula, akan pasang dekat canopy. Pastu mak request nak ada scallop di kiri & kanan dalam dewan. Abg Halim ok-kan aje, memang ada service tu, cuma scallop utk di dewan, jarang ada org buat. Biasalah mak ai, katanya nanti dewan xberseri., kosong aje.Yela mak, order lah lagi apa mak nak :) Mungkin disini saya dapat penuhi permintaan mak. Bukan soal scallop shj, soal doorgift, baju & etc. yela dulu kecik2 pandai mintak dekat mak kan, nak tu nak ini, tapi kali ni time mak pula minta. InsyaAllah saya akan cuba penuhi selagi saya masih bernafas :)



Setakat ni kami xputuskan lagi nak kaler apa utk scallop. Gambar atas ni macam manarik gak kaler scallop dia :)



Masa nikah saya pakai baju kaler cream. So xtau nak matchkan cream dengan ape utk scallop canopy di rumah.


Utk dewan pula, mak nak tengok sendiri kaler gold tu. Takut bukan gold betul tapi dark coklat.


So utk kaler scallop, kami KIV dulu. kata Abg Halim, awal lagi, buleh fikir. Asalkan dah booked, link dia akan noticed yang kita nak scallop for canopy & dewan. Cuma kaler je xtau lagi. Tu xpe, nanti akan discuss balik :)




Tadi kami just discuss & order je nak hape. Bahhahaha

Hoiii N, banyak betul budget kau main order je?

Saya pernah ajukan persoalan ni dekat ayah. Then ayah cakap :


"kita kena consider income dia diluar musim perkahwinan. Means kalau xde wedding, vendor ni xdelah income yang sekencang time wedding kan? Lagi satu biar niat kita nak tolong org, esp org melayu "


Ohhh Bahikklah bapak :)



So tadi kami discuss ajelah. InsyaAllah dalam minggu ni Abg Halim akan email saya quotation. After dapat email, mungkin saya akan bincang lagi dengan parent kot nak tambah ke, nak kurangkan mana2 item ke kan. setakat ni, apa yang saya listkan utk meeting dengan Abg Halim, dah bincang tadi. Tapi xtau la kot2 tertinggal mana2 kan.



Ingatkan tadi nak bayar deposit dah. Tapi since kami banyak nau order, Abg Halim pon kena bincang dulu dengan link dia. Kot2 buleh dapat diskaun lagi ke kan, ehem, ehem, hehehe. Lagipon nanti nak datang lagi ofis dia, nak discuss mana2 yang terkurang or nak tambah ke, then terus bayar deposit. xdelah 2x kerja kan :)



Tapi saya estimate mesti around .....*rahsia* bahahahhaha. Biasalah, tipikal budak akaun. Mesti pandai budgetnya berapa. bahahhaha. Tadi ayah siap bawak buku cek dah, nak bayar half. Tapi xjadi sebab tgu Abg Halim email saya quotation.


Oklah nanti saya bebel lagi eh, nak masuk tdo dah ni, esok pagi nak shopping barang hantaran & petang buat HIV test (dah booked). After test, kalau sempat, sambung shopping balik :)


Selamat malam dunia :)


- Strewberimanis
- 1.00 AM
- 14.06.2011, Tue



2 gambar mula2 entry milik saya. The rest credit to Incek Google :)



12 ulasan:

♥ Kasut Pink ♥ berkata...

Rajinnye cik stoberi tulis pjg2.. seronok bace.. Yang baju nikah cream tu, rasanye scallop warna ape pon msk kot. Warna oren macam dlm gambar tu pon ok rasanye..

StrewberiManis =) berkata...

kasut pink :

cik stoberi ni ade angin rajin & malas dia, bhahahah :P


ohh yeke, kita pon fikir macam tu sbb warna cream is standard. Senang nak matching :)

thanks for the idea ya :D

♥S@R@♥ berkata...

akak nak mkn cendol..hehe

Hidayati Farhan berkata...

aaaa, nk gak buat telecast lah. haha. tetbe jek. tp mesti budget naik kan nnt. uhuu.

alaaa, nape jumlah rasie. kudukut taw. ehehe. mmg kena rasiekan total kan, nnt org kate riak plak. pdhal niat nak share info je

ya, request saja apa yg awk mahu. its ur day :)

iedchan berkata...

tak nampak plak muka abg halim yek..hehe..nice2..wah idea banyk..tak saba nak tgk final die nnt mcm mane..

betul wane cream standard lagipun masuk ngan sume warna kulit kan..hehe:)

farrah isnanee berkata...

ney abg halim smkhc ea?senior kite an?hehehe....mcm2 dye wat an..bagos btol la..dpt special price ta?hehe....

asna cute berkata...

semakin byk dh proses bjalan lancar. baju sanding nikah semua dh ada? makeup semua? hehe byk kje btul nk kawin nie hehe

StrewberiManis =) berkata...

Sara :

buleh sayang
mam aje ape saje wedding n nanti
n belanja
hehehe :P

StrewberiManis =) berkata...

hidayati :

telecast tu mmg nak buat
impianlah tu kononye
bhahhaha

yes, sumtimes org salah anggap
nak share info, dikatakan riak
haiyaaaa mentaliti org skrg kan
tapi if nak tau sekian2 price,buleh PM saya :)

StrewberiManis =) berkata...

iedchan :

eh kite lagi xsabar nak tunggu detik tu
hubungan dah halal
bhahahahha gatai :P


yes, cream senang nak matching kan
kalau dah buntu kaler ape nak,
amek je cream
lagipon org Asia punya kulit buleh matching dengan cream, senang kan :)

StrewberiManis =) berkata...

nanee :

ha'ah abg halim yg ketua pengawas SMKHC, senior kita bape tahun ntah
xkira, malas, bhahahhaha


dia mmg bagus,wpon dia hanya buat photographer & videographer, tapi if kau request nak sekian2, dia akan carikan link &settlekan utk kau
sesetangah org xmau, tu kau cari sendiri, dia just bagi suggestion je *hampehhh*

StrewberiManis =) berkata...

asna :

fushhh ni bnyak gak la dah settle
sementara cuti ni kan, hehe

pakej kawin including baju, pelamin, makeup & etc dah settle dah, Alhamdulillah :D