Ahad, 26 Jun 2011

Persiapan Kawin : Doorgift 1




Eh macam dah lama xbuat entry pasal persiapan kan? :)
bukan xde buat, memang ada
malah tiap2 hari ada je benda nak dibuat
cuma saya xceritakan disini :)
tambah pulak saya dapat panggilan ACCA kurang lagi 3 minggu
so 2 persiapan bergabungggggg
pastu saya MELETOPPPP
bhahahahhaa
xdela, joke aje :p



ok malam ni saya tengah ada mood rajin
jadi, marilah saya berkongsi dengan anda
cewahhhh baik pulak haku :P


2minggu lepas kami ke show room Coklat Beryl's :)


:: Show room coklat Beryl's ::


Mula2 saya plan & survey, nak bagi coklat je as doorgift. Alaaa yang coklat bar tu. Pastu lekat TQ sticker yang diorder khas tertulis :

Terima kasih daripada Hannah & Fauzy sekeluarga blaaa blaa

Pastu lekatkan bunga sket dengan menggunakan glue gun. Xpayah letak dalam paper beg la. Jimat disitu. Punya la nak cut cost kan. Biasalah, tipikal budak akaun. HAHAHA Yela bila saya fikir2 balik, paper beg je dah bape posen or ringgit. Coklat lagi. Pastu Mak nak letak bahulu la, kerepek2 la. Telur rebus la (ni wajib. Mak kata xde telur rebus, kenduri macam xde seri. Lagipon org tua2 cakap bagi telur ni lambang kesuburan. Tang tu, Wallahualam) Kalau total up semua tu, mau RM 3 or RM 4 seunit. Kalau 2,000 unit dah bape kan?



:: Hye lembuuu *tetibe. HAHAHA ::


:: Itu mak & Farith :) ::


Masa di show room ni, kami dah finalized nak coklat yang mana. Setelah dibincang2, if kami beli 2,000 unit, akan dpt price 50%. Ibarat beli 1,000 dapat 2,000 unit. Murah bukan? :) Casing coklat pula, dari Beryl's juga. RM0.30 seunit. Harga ni dah fixed. Tak leh murah dah. Tapi xpe, bagi saya murah dah tu. Dari beli paper beg la, bahulu la, kerepek2 la, kan? HAHAHA :P Like i was mention just now :P



:: Coklat pilihan Mak. Xpayah nak fikir nak wrap macam mana. Ia dah siap di-wrap. Cute kan? :) ::



Xlama lepas tu Mak ubah fikiran. Memang bab2 doorgift ni saya serah bulat2 dekat Mak. Bukannya saya lepas tangan gitu je. Tak2, tapi saya masih ambil tahu. Cuma pemilihan doorgift saya bagi mak buat pilihan. Sebab ni berkait rapat dengan taste golongan orang2 tua. Kan kenduri kawin ni ramai kawan2 parent kita yang datang. Same goes to kad kawin. Saya bagi ayah buat pemilihan & keputusan sebab ayah lebih memahami tang kad2 ni. Yela yg nak membaca kad kawen kita nanti mostly org tua. Kang font kecik sangat, tulisan bersambung-sambung sangat, org tua nak membaca pon susah kan? kita yang muda ni lain la, asal buleh tulisan yang sambung2 tu la yang nak dipilih. Lawa bukan? Seni & kretippp tu. HAHAHA



:: Xpon yang dalam mug ni. Pon menjadi pilihan mak :) ::


Mak kata nak bagi coklat buleh, tapi time nikah aje. Sebab time nikah jemputan xramai. Kita buleh control coklat tu agar xcair. Time kenduri kan volume banyak. kang main tindih2 atas meja doorgift, takut coklat cair & rosak serta hilang bentuk asal. Haaa sudah, kalau mak dah kata gitu, maknanya doorgift masa kenduri nanti kena kasi selain coklat la. Time ni saya dah xsedap hati dah. Bukan apa, nak fikir nak bagi doorgift ni pon pening kepala gak ok. Macam fikir nak theme ape utk kenduri nanti. 2-2 ni buat aku serabut. HAHAHA. Pastu nak fikir doorgift lain, sure take time. Masa cuti saya semakin singkat. Haaaaa takut sangat xsempat nak finalized doorgift before saya balik Shah Alam :P



:: hasil rembatan before balik. harus beli okeh :p ::


Dah mak kata gitu, xleh la nak place order kan? balik fikir dulu. Haaaa take time lagi. Nak fikir utk doorgift kenduri lagi, kalau dah 2, 3 item, perlu paper beg pula. Pastu time nikah xkan nak bagi coklat aje? means 2-2 doorgift ni xde telur rebus. Haiyaaaaaa buat lagi serabut la. Kang aku bagi telur rebus balut dengan tisu aje kang. Style orang dulu2. Klasik sket kan? HAHAHA. Maka, pencarian doorgift coklat adalah GAGAL ok. Tapi saya xnak pulang dengan tangan kosong. lagi buat hati sedih & kecewa. tapi saya beli coklat stoberi. HEHEHE :P. Coklat doorgift xdpt finalized, kau yg over eh N :P


:: coklat ni lah mak nak bagi masa nikah. Mak panggil coklat bunjut. Dah bunyik macam sup bunjut adabi la pulak. HAHAHA. Dah siap2 wrap. Senang. Xbyk kje dah. HEHEHE ::


:: Ihikkkk nilah coklat ai rembat. Sedappp yuuu. 2 ari je ai ngadap, terus licinnnnn :P ::


lepas balik dari shoowroom tu, terus diam pasal doorgift kejap. Bukanlah terus diam menyepi aje. masih berfikir nak bagi ape as doorgift. Kami Uruskan kerusi meja, OP, OV, telecast, PA system & catering dulu. Then tibalah hari selasa & rabu minggu lepas ayah & mak cuti lagi. Jadi saya plan nak survey doorgift pula. Tambahan pula masa ni saya dah dapat offer ACCA, takut xsempat finalized. Target saya HARUS finalized before saya balik. Sebab bagi saya doorgift ni main item selain butik pengantin dan catering. Lain2 macam bungga manggar ke, pakaian family ke, tu kemudian pon xpe. Yang penting MAIN ITEM MESTI CONFIRM before saya balik. Saya betul2 risau benda ni T______T






:: Errr kantoi date di situ. Ah biarlah. HEHE. Theme gold kan. So tulisan pon kaler gold juga :) ::

:: Dalam box ini akan di isi telur rebus & sweet ::



Atas nasihat Aunty Tiney, kami ke Jalan Pasar. Eh ke Jalan Pudu? Confius sudah. HAHAHAHA. Hari rabu kami ke sana just place order dulu. Kami order bekas doorgift sahaja. Semalam kami kesana lagi, utk booked kad kawen pula. Nanti saya buat entry lain pasal kad kawen eh. So semalam masa ke sana, bekas doorgift yang kami place order hari rabu sedang dicetak. Cepat bukan? HAHAHA.


:: Ni bekas cupcakes ::


Bekas doorgift ni adalah custom made & bagi saya harga agak murah. Pulak tu owner dia melayu. lagi lah ayah suka kan. HEHE.



Setakat ni dah confirm utk tetamu dewasa & sebelah lelaki, akan bagi sweet, telur rebus & cupcakes. 3 items ni akan dimasukkan dalam paper beg yang dicetak khas ada gambar saya & Incek Fauzy berserta ucapan "terima kasih dari hannah & Fauzy sekeluarga " dan sedikit corak. Paper beg ni macam lunch box. Alaaaa macam box set breakfast Mc'D tu. haaa lebih kurang la. Box ni baru place order semalam. Dah siap nanti, saya upload eh :)



Manakala utk kids, akan dapat sweet. Bekas utk kids, kami order bekas yang bercorakkan kids & warnanya lebih kepada warna ceria. Kata kids kan? Haruslah yang ceria, HEHE. Bekas ni pon ada ucapan "terima kasih dari Hannah & Fauzy sekeluarga" dan baru place order semalam. Dah siap nanti saya upload :)



Pendek kata semua bekas doorgift saya nanti memang akan ada hot stamping nama saya & Incek Fauzy. Custom made. Ohhh i like :D


:: Saya dapat RM0.70/pc. Bagi saya murahlah sebab kotak ni simple yet exclusive then saya buleh custom made dengan mencetak nama saya & Incek Fauzy ::

:: 2-2 bekas ni, saya bawak balik. Yang lain2 masih xsiap dilipat lagi. Within 2 weeks InsyaAllah dapat ::


Manakala doorgift utk nikah pula, surah yasin & bunga telur. Surah Yasin ni memang custom made juga. Cover depan yasin pakai kain jenis velvet dan hot stamping nama saya & Incek Fauzy serta date nikah. Surah yasin ni dimasukkan dalam casing khas yang ada tetingkap. So akan nampak la cover depan yasin. Ni xsiap lagi. Masih dicetak. Dah siap nanti saya upload eh :P




Oh ye ingat x entry yang saya cerita saya order sticker TQ taq, vendor ni cas sampai RM 1 k? If xingat, klik ENTRY INI. Saya just tanya harga dengan kedai yang saya order box ni. If order 2,000 unit, harga jatuh dalam RM 0.18 seunit. Mean if 2,000, baru RM 360. yang saya p minggu lepas tu, sampai RM 1k. Beza betul tu hargaaa. Siottttttttttt x? Rasanya xde kottt sticker sampai RM 1K. perghhhhh rasa nak lempang2 org tu pon ada. Agak2 la nak tipu pon. Sticker ni sama macam kau print kad kawen. lagi banyak kau print, harga jatuh lagi murah la. Bukan kes kad kawen sahaja. ni saya bagi contoh. Secara logiknya if beli banyak, lagi murah. Ni x, dia bagi alasan saya order banyak unit la, harga karbon mahal la. Weiiiii kalau kau print sekali jalan, lagi murah kot. Kau tau x term ECONOMIC OF SCALE itu hape? haaa tengok, budak akaun dah mula bukak kitab dia :p


:: Overall overview cupcakes's box :) ::



Jadi, xde sticker TQ taq, Just print & hot stamping terus dekat box. Xbanyak kerja nak melekat-lekatkan sticker ni kan? :)



Oh ye, siapa2 nak tahu kedai ni dekat mana, bgtau saya eh. Saya bagi details dia. Kedai ni kedai melayu, harga pon murah. Beli materials direct from supplier. Xpakai org tengah. Sebab tu harga dia murah :) Kedai ni bukan sahaja jual bekas doorgift & kad kawen. Jual anything related with printing. Diairy pon buleh okeh :)



Berkenaan borang nikah, Incek Fauzy masih mengisi. Lepas dia isi, dia akan bagi pihak perempuan pula. Kami sama mukim. Jadi xada masalah. Senang sikit urusan. Sebenarnya nak hantar cop dah di pejabat agama before saya balik Shah Alam. Tapi masih awal. Katanya at least 3 bulan sebelum majlis. Borang nikah valid hanya 3 bulan sahaja. Nak cop awal2 xde hal. Buleh je. Tapi bila sampai date nak nikah tu, dah xvalid la. Sebab ia valid 3 bulan je HEHE :P



InsyaAllah dalam minggu ni, akak ni akan email saya draft kad kawen. Once ayah & Incek Fauzy setuju & xbanyak error yg perlu ammend, terus print. Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan :D





Nota Kaki :

1) Siang td keluar dengan Nanee, Peja, Aeen & Nana. Nana kata saya dah kurusssssss. Hoyehhhh :D

2) Macam dah lama xbuat entry review pasal majlis tunang kan? Haiyaaaaa semuanya pending :P




26 ulasan:

Hidayati Farhan berkata...

awakkk, sgt lame carik kilang beryls tu. plish plish plish, bole tlg dropkan alamat dia dkt komen or emel or fb saye x? tq awk

suka tgk kotak dgn tulisan gold tu. skang mata da rambang pulak. hahaha

nurayunni berkata...

dear..tempah kat mane door gift yg ade name tue?leh bgi link x?

pRincESs_N berkata...

wahh..x lame jekk lg tuh..sonoknyaa...

shiqin ghazali berkata...

29 oct ke?? mcm dh dkat jerk. egt kn hjung thun tu bln 12 ke.. hahax..

Aeen berkata...

wah...doorgift ko da setel ek...huhu

farrah isnanee berkata...

aik?nota kaki je ke?hahahahaha..full version tade?muehehe...

beb!sy arap awk simpan utk sy ye doorgift dr pihak awk!time nikah awk pown ta dpt dtg...tp kalo sy dtg awl sehari awk kasi doorgift jugak ea?

tp insyaAllah sy bole ikot menghantar awk...sbb sy balik sbtu malam la awk...so ahd 2 bole la ikot awk tau..tau..tau?hehehehe

farrah isnanee berkata...

aik?nota kaki je ke?hahahahaha..full version tade?muehehe...

beb!sy arap awk simpan utk sy ye doorgift dr pihak awk!time nikah awk pown ta dpt dtg...tp kalo sy dtg awl sehari awk kasi doorgift jugak ea?

tp insyaAllah sy bole ikot menghantar awk...sbb sy balik sbtu malam la awk...so ahd 2 bole la ikot awk tau..tau..tau?hehehehe

iedchan berkata...

nak tau kat ne beryls ni ekk..wah2..beshnye..

Eazy Izzuddin berkata...

tak lama dah...
wah oct?
bulan lahir ku hehe
xD

jgn lupa jemput2 :P

♥S@R@♥ berkata...

wahhh seronoknyeee...

date tu dah confirm ke?.. senang nak ingt majlis N coz besday akk bulan 10..hehe..
kalau akk bersalin awal bulan 9..leh la akk dtg majlis N bawa baby..hehe

mahalnye order sticker sampai 1k.. akk dulu ratus2 jew..

StrewberiManis =) berkata...

hidayati :

ok, i dah letak details dekat ur komen box :)

hope will help u :D

StrewberiManis =) berkata...

nurayuni :

tempah dekat jalan pudu
kejap, i bagi details dekat ur komen eh

StrewberiManis =) berkata...

princess N :

tula, dah xlama kan
kalut gak ni buat preparation
HAHAHA

StrewberiManis =) berkata...

shiqin :

yup, 29.10.11
xlama dah kan
aku saje je cakap hujung thn dekat entry2 lepas
sebab bulan 10 mmg hujung thn pon
HAHAHAH :P

StrewberiManis =) berkata...

aeen :

a'a alhamdulillah dah settle
selagi xsettle, risau wooo
aku dah la nak balik S.A
huhu

StrewberiManis =) berkata...

nanee :


full version?
tgu gambar dr cik peja
dia capture gile byk kan
HAHHAA

aku update pon xde pic,
xbest gak
hehe

kau mmg, aku tunang xdtg gak
cetttt, xpe, aku kwn memahami :P
buleh je nak datang belah fauzy
kira teman aku la,
xla aku segan
HAHAHHA

StrewberiManis =) berkata...

iedchan :

dekat jalan imbi
tu show room dia
p la sane, buleh try coklat mana kita nak :)

jap, kita drop adress ia dekat ur komen box eh :D

StrewberiManis =) berkata...

eh hehehe, pasti jemput kamu
jgn risau :)

di bulan harijadi kamu,
saya belanja makan ok?
HAHAHA

StrewberiManis =) berkata...

sara:

insyaAllah confirm
cuma date nikah aje xconfirm lagi
sbb xhantar borang nikah lagi kan
tp xpe, n nikah ari khamis
xde masalah kot
if hari jumaat, maybe payah sket la
ramai nak nikah ari jumaat :)


yeayyyy akak datang eh dgn baby
buleh ceom2 sampai baby lemasss
geram sgt kan, hehehe


tula, mahal gile kan sticker tu
n pon budger dlm 2,3 ratus je
ni smp 1k
giloooo betul
nasib xbeli
HAHAH

farrah isnanee berkata...

persoalan gift utk aku ta jwb lagi...huhuhu.....yela peja capture byk tp pkai camera aku!!hahaha...aku da upload kt fb la pown..kt cni tade mase lagi na story la...huhuhu

StrewberiManis =) berkata...

nanee :

ye2, aku lupe nak jawab
HAHAHHA
pasti aku bagi doorgift tu walau ko jauhhhhhh di sabahh
sebuah negeri di bawah bayu
HAHAHAHA


eh banyak capture pakai camera ko eh?
nanti upload la kat sni
buleh aku copy gambar tuh :P
aku xde fb la
kejammmmm nih
HAHAHHA

Tanpa Nama berkata...

As slm.

Sy nk tya kt mn awk tempah surah yassin 2? blh emailkan add k ipah1110@gmail.com

Thanks

Natasya berkata...

Salam...terjumpa blog awak..bole pm sy di fizajim@yahoo.com tuk details kilang beryls n kedai tempah box yg comel tuh skali? Thanx

Fatin Nadhirah berkata...

Hi awak, boleh tau kotak awk yg gold tu n cupcake box tu tempah d kedai mn, specific. TQ

StrewberiManis =) berkata...

Natasya :

saya dah email kamu..
dapat x?

StrewberiManis =) berkata...

Fatin :

Ni saya coyy paste detail dia eh :)

Firma Kreatif SDN BHD

Address : No 14, Jalan Kancil, Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA


Telephone : +603 2145 2340

Fax : +603 2145 2340

Email : firma_kreatif@hotmail.com


Zaidi Endut +6017 983 0301 @ Asma'Madihah +6019 232 5332


Blog :http://firmakreatif.blogspot.com