Ahad, 22 Mei 2011

Kematian sahabat baik Incek Fauzy semalam. Al- Fatihah


Alhamdulillah kami dah selesai kursus kahwin :)
tercapai hajat saya nak ke kursus ni bersama
sebab bila merajuk ke hape nanti kan,
salah sorang dari kami akan cakap
" ingat tak ustaz/ah kursus kawen aritu cakap ape?? "

time tu mesti tak jadi nak merajuk lama2 hehe

yang bestnya, bila penceramah cakap :

"Tahniah & selamat pengantin baru serta selamat menempuh alam perkahwinan bagi bakal2 pengantin di sini harini"



tibe2 rasa, wuhuuuuuu dah dewasa rupenya aku ni
ingatkan di alam remaja lagi :P
punyelah tak sedarrr diri kan :P


eh2 ni nak cerite sket,
masa penceramah tu bagi talk,
saya jeling2 la Incek Fauzy
*tempat L & P dipisahkan
nak tengok dia focus ke tak kan,
sekalinya saat saya jeling dia,
dia pon menjelingggggg saya



whatttt??? HAHAHHAA
sumpahhh segan gile
mesti dia pon fikir macam saya
nak tengok saya focus ke x
hahahaha ;p



xpelah sayang, ilmu itu kita praktikkan bersama eh nanti
banyak ilmu kami dapat sepenjang berkursus 2 hari ni
tips2 pon ade yooo :)


Ok, itu just intro sahaja
dalam kepala saya lebih focus kematian sahabat Incek fauzy semalam
Al - Fatihah
begini al-kisahnya..




SABTU, 21.05.2011 ;

1) Petang semalam masa saya jeling2 Incek Fauzy (mcm saya ckp td, nak tgk dia focus tak :P ), tibe2 Incek Fauzy tunjuk handset. Saya macam peliklah kan, muka dia pula serius. tak fikir panjang, terus capai handbeg tepi kerusi, amek handset.


2) Ye, Incek Fauzy SMS saya. " Faizul call, Sopi meninggal.! " * Faizul & Sopi adalah rakan Incek fauzy dari Kecik. membesar sama2. so mmg akrab la kan


3) Dalam tempoh ini, saya kerap jeling dia, byk org call dia, mungkin kawan2 dia nak khabarkan tentang kematian arwah


4) Saya cuma reply, "Sabar sayang, nak abes dah ni, setengah jam je lagi. Abes kursus ni kita terus p ziarah eh " ~~ Saya tak buleh nak SMS sgt, sebab saya duduk barisan depan sekali. Apa plak penceramah kata nanti kan & saya tak suka ber-SMS dalam majlis ilmu. Nampak macam xsopan.


5) Then Incek fauzy reply " tak buleh nak focus ". Ye saya faham. Jika saya di tempat beliau, pasti air mata ni sudah mengalir & mintak pulang dengan bersyarat. Dalam otak ni asek fikir "aku nak balik, nak ziarah arwah "


6) Even 30min, masa begitu lambat berlalu. Ya-Allah, cepatkanlah masa. Saya xsanggup tengok Incek Fauzy keadaan begini. Asek tekup muka & jawab call T____T. Dalam masa yg sama, saya cekalkan hati salin tips2 & butir kata dari penceramah. Ye, kata2 ini tak ada dalam buku yg kita dapat masa kursus kawin tu eh. So bonus di sini jika saya dapat salin & aplikasinya kelak.


7) Tamat je slot terakhir, majlis bersurai. Sambung esok (read : arini) pula. Petang tu ada makan2 sket. Kuih & air kotak. Incek Fauzy terus capai 2 plastik, saya & dia punya (dah siap packing)


8) memandangkan abes 5.30petang, saya plan solat asar dulu, baru balik. Tapi saya hanya merancang, DIA yang menentukan, MasyaAllah hujan lebat sangat. Siap petir & guruh bagai. Jalan pon dah dinaiki air T___T. Satu je saya berdoa ketika itu, redakanlah hujan secepat mungkin sebab Incek fauzy mahu segera ke hospital selayang.


9) Hujan tetap lebat & kilat sambung menyambung. 30min menunggu, jam menghampiri 6petang. Tiada tanda utk hujan berhenti. Incek Fauzy terus berlari ke kereta & amek saya di depan ofis pejabat agama. ada bumbung kan depan tu. Ya-Allah selamatkan tunangku ini T___T. time ni dah sebak dah, demi sahabat, Incek Fauzy tetap redah hujan yang sangat lebat walaupon secara logiknya, arwah tak mungkin hidup kembali.


10) Alhamdulillah dah selamat masuk kereta. Keluar dari kawasan pejabat agama, air mula naik di bahu jalan dan menyebabkan jalan sedikit sesak. Berkali2 saya ingatkan Incek Fauzy, jgn drive laju, hujan ni, jalan licin. lagi satu jaga jarak dengan kereta depan. Saya ingatkan begini bukanlah bermaksud selama ni Incek Fauzy drive melulu. Tapi saya risau otak dia xleh nak focus masa drive, asek teringat arwah kawan baiknya.


11) Hujan tetap lebat. Tiada tanda nak berhenti or reda. Then Incek Fauzy benti dekat Petronas. Nak solat asar. tapi parking full. ketika itu kereta memang banyakkkk gila berhenti. Then singgah shell pula. 2x berhenti di shell, penuh juga. Ya-Allah, kuatnya dugaan mu ini T__T. tapi saya tak mengeluh. tetap pasrah dan yakin ada hikmahnya.


12) Incek Fauzy terus nekad solat dekat hospital saja. daripada buang masa keluar masuk petrol station tapi tak dapat berhenti solat jugak, baik teruskan pejalanan dimana di hosp nanti dah tentu ada surau.


13) Sampai hospital around 6.45ptg. Kami parking di bahagian kecemasan. then terus jalan mencari surau. Masa ni hujan lagi tau. memang tak berhenti dari tadi. then kami solat asar menghampiri pukul 7mlm. Ya-Allah, andai nyawaku dicabut ketika ini, 1 tanggungjawab wajib kepadaNya saya tak laksanakan lagi. T___T


14) Masa ni level surau memang dah sunyi. Waktu melawat dah abes. Then saya terberenti depan surau. saya TAKUT. ye saya TAKUT. Andai diberi kebenaran, saya nak solat dengan Incek Fauzy T___T


15) surau lelaki sebelah je, hanya di pisahkan dengan kain langsir. Sebelum berpisah, Incek Fauzy ingatkan saya jaga handbeg masa solat. Letak dekat depan. tapi bukan itu saya fikir. saya fikir saya takuttttttt sgt. sebab malam tadi saya mimpi hantu :( (dah basuh kaki before tdo tapi mimpi jugak. huhu)


16) Saya cakap dengan Incek Fauzy, kalau dengar saya jerit kuat2, terus datang tempat perempuan tau. Sampai macam tu sekali saya punya takut. Pastu saya dengar bunyi air di tempat laki. Ohhh Incek Fauzy tengah amek wudhu'. then seusai saya wudhu' saya terdengar bacaan Fatihah oleh incek Fauzy. Sungguh merdu bacaanya. Ya-Allah, xsabarnya saya nak solat bersama dengannya :)


17) Abes solat, Incek Fauzy tengah engaged. Tersilap unit ni. Bukan di wad biasa or wad kecemasan. Atas nasihat kawan dia, kami amek balik kereta & ke unit forensik. Di sana, kereta jenazah dah sedia & keluarga dan sahabat handai sudah menunggu.


18) Kami terus ke bilik mayat. dan saya hanya masuk sampai di pintu bilik mayat. Incek Fauzy masuk & tengok arwah (ada sahabat yang bukakan kain utk Incek Fauzy tgk)


19) Saya tak pasti punca sebenar kematian. sebab parents arwah tak mahu buat post mortem. Di katakan arwah ade tournament futsal. Tak sampai 5min di padang, sesak nafas then rebah dgn sendirinya. Mungkin dah ajalnya disitu. Sungguh mudah arwah pergi. Tak sakit & menderita, pergi begitu sahaja..


20 ) then 7.45malam kami beransur pulang. Sebab jenazah akan di bawa pulang ke Gombak utk di mandikan, dikafankan & disolatkan. kemudian ke Bentong utk dikebumikan di sana. Malam td jugak bertolak ke Bentong & selamat dikebumikan sekitar 2pagi tadi..


21) Malam tu, Incek fauzy ada call saya yang dia dah otw ke Bentong. dan kursus esok, (arini) dia mungkin tak dapat hadir & dia minta saya pergi sendiri esoknya. Masa tu dia dah call ustazah JAIS maklumkan perkara ini & bulan depan Incek Fauzy diminta attend slot utk hari ke 2 jela..


22) Saya berdoa agar kawan dia yg drive kereta Incek Fauzy. At least Incek fauzy tak penat sgt & buleh attend kursus macam biasa. *masih berharap utk ke kursus bersama T___T*


23 ) First time saya tengok Incek Fauzy murung sebegini. Memang muka beliau serius abes la. tanya sepatah, jawab sepatah. Tapi saya tak tanya soklan bertalu-talu. Lagi menyerabutkan fikiran Incek Fauzy kang..




AHAD, 22.05.2011 ;


1) Pagi tadi saya ke pajabat agama dihantar oleh ayah. Nak drive sendiri, saya pening. semalam bertalu2 kena hujan.


2) Pagi ini saya kejutkan Incek Fauzy bangun subuh seperti biasa. Masa saya bangun td, ada SMS dari Incek Fauzy pukul 4.41pg. menyatakan dia dah sampai Gombak kembali & nak tdo. Andai di beri kekuatan utk hadir, dia akan pergi kursus.


3) Elok Incek Fauzy masuk dewan ceramah, penceramah pon masuk. Ya-Allah cantik & sungguh sempurna perancanganmu. Saya risau Incek Fauzy masuk lewat 15min selepas ceramah bermula. If gini, kena mengulang balik slot itu. Ini memang undang2 dari pejabat agama..


4) Tadi saya tetap jeling2 Incek Fauzy seperti semalam. Tapi Incek Fauzy nampak sedikit mengantuk. Asek menguap sahaja. Mungkin kepenatan dari semalam. Yela pulang dari hosp, Incek Fauzy bersedia di masjid utk urusan mandi, kafan & solat jenazah. pastu terus ke Bentong utk pengebumian & pulang ke Gombak kembali seusai kebumi. Mujur pergi balik dari Bentong bukan Incek Fauzy yang drive. Bersyukur sangat Dia kabulkan doa saya. Terima kasih yaAllah :)


5) Abes slot pagi tadi, saya hulurkan gula2. Standby kot2 Incek Fauzy mengantuk lagikan. hehe. Sungguh, kat sini saya dapat tengok kesungguhan Incek Fauzy menghadiri kursus walaupon ustazah JAIS dah maklum perkara ini & mintak Incek Fauzy datang bulan depan sebagai ulangan slot yg tertinggal. Terima Kasih sayang sebab berkorban demi masa depan kita bersama T___T


6) Akhirnya, Alhamdulillah kami tamat kursus pra perkahwinan walaupun terdapatnya dugaan & ujian dariNya. Mungkin Incek Fauzy cuti rabu ini, utk booking HIV test di klinik kerajaan. dah ditetapkan tarikh test, baru kami buleh teruskan utk isi borang nikah pula. Syukur YaAllah dengan nikmat kau berikan ini. Semoga urusan kami dipermudahkan segala2nya



*Al-Fatihah utk arwah Saufi. Moga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman & dilapangkan kuburnya. (Arwah berusia 24thn, tua setahun dari saya)




Esok Incek Fauzy kerja seperti biasa. Saya nasihatkan minta cuti sahaja andai badan tak larat sgtt2, tapi Incek Fauzy ni kategori pekerja terbilangggggg. Demam teruk pon xnak MC (ni MIL bagitau). Sayang cuti katanya. Haishhhh sayang ni, abes tu annual leave nak di gunakan bila? Cuti Kawen memang company bagi. Tak usik annual leave. Dan sehingga kini, sudah hampir pertengahan tahun, cutinya masih berbaki 18hari...



Nota Kaki :

Pengalaman pertama berhadapan tengok jenazah di bilik mayat. Ketar lutut ini T__T. Semoga tahap keimanan & ketaqwaan kita padaNya makin bertambah dari sehari ke sehari. Aminnnn :)



6 ulasan:

Fiza Hamzah berkata...

Hana,tersentuh sgt hati aku bila baca entry kau ni..andai jodoh aku berada kat dunia ni kan..aku mintak sgt jodoh yg boleh membimbing aku ke arah yg benar ke jln Tuhan dan tak pernah berputus asa untuk mendidik aku..T__T

ape2 pon korang sgt sweet okay..!!

tak sia2 aku dgr cerita poji dr kau diwaktu masa dahulu...chewah..

untuk arwah kawan poji,salam takzia dan semoga beliau di tempatkan di kalangan org yg beriman..al-fatihah..

shiqin ghazali berkata...

harap encik tunang leh tabahkan diri..
takziah..
ann... sgguh cekal kamu..

StrewberiManis =) berkata...

peja :

Aminnn, andai dah tertulis jodoh utk kau,
pasti ade :)

eh2 dulu masa sek cinta monyet je
dah abes sek baru serius :P
*malunya kau masih ingt cerita lama :P*

Aminnn, sama2 kita berdoa utk arwah ye

StrewberiManis =) berkata...

shiqin :

uhukkk2 den xcekal sebenarnya
lembik sangat2
tapi bila berhadapan sebegini,
tiba2 ada kekuatan dariNya :)

thanks :)

farrah isnanee berkata...

beb!!sgt tacen ok ngn entry ney!!sadis gyle!!betapa bertuahnye kau berkenalan ngn poji...dan semoga kekal ke akhir hayat beb!!dan aku tau poji org yg kuat semangat kn?pape pown salam takziah utk yg telah tiada...

StrewberiManis =) berkata...

nanee :

kan, sgt touching kan
aku yg mengalaminya ni ketaQ lutut ni tau T____T
tapi aku yakin ada hikmah semua ni :)

thanks dear, doakan yg terbaik utk kami eh :D

thanks juga atas ucapan :D