Ahad, 31 Oktober 2010

Aktiviti Hujung Minggu : Air Terjun Sg Tekala, Semenyih




Hasil perbincangan trainee2 Audit dept,
maka terhasillah proposal yang tak berapa proper ini
tapi bagi saya bukan proposal kot
"conteng-conteng" aje
hahaha ;p
tak caye eh?
meh tengok ni
.
.
.
.
.


:: Di scan oleh Lin (Realiti hidup). Saya mintak aje dekat dia ;p ::

:: Sila klik untuk dapatkan tumbesaran yang gojes ;p ::



Gile sengal ah diaorang ini
nak gelak aje bile tengok paper ni
kelakarrrrrrrrr sangat
siapa yang pernah tengok Audit report or pernah prepare audit report,
tahu lah kenape yang saya cakap kelakar ni


ok, meh cek satu2

1) "proposal" ini di sediakan oleh realiti hidup

2) Di tambah tulisan oleh para peserta yang lain

3) nampak tak tulisan "DRAFT FOR DISCUSSION" yang tulis secara menyenget tu?
ok, kalau nak bagi draft audit report dekat client, kena ade water mark tulisan tu.
sebab tak nak client salah guna draft. yela report tak finalize lagi kan

so, "proposal" ni pon si Noli bantai nak tulis watermark
weeeiiiii siapa nak salah guna "proposal" tak menjadi ni???
tak complete langsungggggggggg
hahahha ;p


masa ni diorang plan,
saya tengah busy tau
ye, minggu lepas saya busy sket
so masa diaorang discuss, saya dengar2 macam tu je


sekalinye diorang pass kertas tu untuk bagi tengok
ishhhh haku tengah busy dowwwww
tak siap kje aku, matik la kena panggil dengan bos lagi
dah la masa tu bos baru intercom panggil masuk bilik dia
adusssss :(


semua yang dah tengok, akan sign
ha, semua nak "by" "by" kan,
"approved by"
"prepared by"
"agreed by"


meh sni haku nak tulis "by" ape

"by by" (read : bye bye)
hahahahha
*sila rujuk yang saya bulatkan


"rejected by"
next proposal pls!
hahaha

p/s : sign saya tu, bukan sign sebenar. saya tengah bz masa tu. malas nak sign yang proper ;p



ada lagi yang buatkan saya nak gelak
tapi malas pula nak taip
badan tengah penat main air ni
alasannnn hahah ;p




balik kerja semalam gamble p Giant cari bahan nak masak






now kami baru balek petang tadi
sumpah penatttttttttt
siapa kata main air tak penat?
penat weiiiiii


sampai rumah, mandi, solat, ngaji,
pastu ke JJ sat ;p
saya beli ini,
ehem,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






:: Again, Mint choc chip menjadi pojaan hatiku. perisa lain tak ngam dengan tekak ;p ::




ok, saya nak makan eskem ni jap
pastu nak buat kerja
esok bos nak review kerja saya ini
adoiiiiii ;(


nanti dah dapat pic dari Tiyah, saya update pasal kami di Air terjun ye :)

wait n see :)




Update : saya dah dapat softcopy pic dari Tiyah. Nanti saya update ye. Now ade kje sket :)



Khamis, 28 Oktober 2010

Hentikan Production? Siapa Dapat Jawab?

:: Credit to google ::



Kenapa pihak The Body Shop hentikan production perfume ni ha?
hentikan sementara or selamanya?
siapa dapat jawab?
Frustnya saya T__T





kalau saya tahu begini,
saya beli stock banyak2
Hahaha ;p




kata promoter tu, dah 6months di hentikan
baru minggu lepas saya tahu
sebab perfume ni saya dah nak abes
last saya beli, saya beli 3 botol sekali gus
sebab malas nak keluar membeli
tu yang tahan lama sampai dah hentikan 6months pon haku tak tahu
hahaha ;p




lepas ni mesti Incek Fauzy tak dapat bau strewberi lagi :(
tak ada lagi bau sweet bila kami keluar bersama :(
urghhhhhhh





Nota kaki :

siang tadi odit di kilang client bersama 5 oditor yang lain. Penattttttt sangat. Minggu ni terasa betul bebanan kerja. Semua nak urgent. Letih haku



Selasa, 26 Oktober 2010

All in One


1 ) Hampir halfday semalam.

~ Semalam saya ada kerja di Luar ( Taman Melawati, KL ). Siap aja kerja, dapat call dari Ayie. Katanya blackout di office. Bos bagi balik pukul 1. Yeayyyyyyyyyyy. Haha. Saya yang dah memang dekat Taman Melawati which is sangat dekat dengan Gombak, terus plan nak balik Gombak aje. Kata dah dekat kan. Petang2 sket or malam kang baru balik Shah Alam. Tapi, masa saya tengah drive, Ayie call balik. Katanya electric dah ada. Boss panggil masuk balik. Ha??? punahh plan haku! haha. Tapi saya singgah rumah (Gombak) kejap untuk lunch & solat zuhur. Ingatkan nak lunch dengan Incek Fauzy. Tapi beliau busy. Sedihhhh *pasrahhhh T_T




2 ) Tengok movie dengan housemate

~ 2malam lepas saya & housemate tengok movie "Cuti-cuti cinta". Sumpah kelakar ok!. saya asek gelak aje dari awal cerita hingga abes. Semput dibuatnye. Memang berbaloi la saya tengok cerita melayu malam tu. Gatai nak tengok wayang sangat, kami hampir terlepas masa untuk collect tiket. Rushing ok! Balik kerja, mandi, rest, buka puasa (saya & Ayie puasa), solat maghrib, dongeng2 dengan housemate, solat isyak, THEN BARU BERSIAP. Haha ;p. Dalam kereta baru risau sempat amek tiket ke tak. sebab kalau tak amek ticket 45min b4 cerita start, if ada orang ramai nak tengok cerita tu, pihak TGV akan JUAL tiket kita dekat orang. ini memang polisi diaorang. Pernah terjadi dekat saya masa nak tengok wayang dengan Incek Fauzy. Penat2 Q nak collect tiket, sampai kaunter, dia cakap dah JUAL. maunye tak nangis aku! dah la cerita best. Memang saya nak tengok sangat2. Jenuh Incek Fauzy nak kena pujuk ;p





3 ) Berjumpa dengan Alia

~ Alia tu blogger gak ye. Ni first time saya jumpa blogger. Mula2 macam tak nak jumpa lagi sebab saya takutttt nak jumpa orang. hahaha. Buleh tak bagi alsan gitu? ;p Masa alia YM saya petang semalam, terus kata OK bila nak jumpa. Pastu saya terus fikir eh saya ni betul ke nak jumpe blogger? Which is saya tak pernah pon jumpa dia sebelum ni, hanya kenal di alam maya. Kami jumpa di Pizza dekat pintu belakang UiTM. Kesian Alia sebab park kereta area Pusat Komersial. Kena jalan kaki sket la. Saya? Ngam2 dekat pintu masuk pizza. Kalau buleh parking dalam pizza, dah lama saya parking di situ. Hahaha over gila!. Abes je makan2, saya hantar Alia dekat tempat parking kereta dia. Bahaya kot malam2 dia jalan kaki sorang2. Masa tu pukul 10lebih. Bila Alia dah masuk kereta dia, baru saya jalan. Risau kot2 apa2 jadi kan, atleast saya buleh tolong. tapi tolong jerit je ah. Haku ni pon penakut ;p Thanks dear sebab sudi keluar tadi, nanti kita keluar tengok movie pulak eh :)


:: Masa tunggu Alia pusing2 cari parking, saya capture pic dulu. Haha ;p ::



:: tadaaaaaaaaa, ni la Alia :) ::



4 ) Jiran pengsan sabtu lepas.

~ Masa saya balik Gombak sabtu lepas, saya siap2 nak p pasar malam dengan huda. Misi mencari ice blanded. hahaha. keluar2 rumah, Mak kata Ayah Adib (saya lupa nama pakcik tu) pengsan. Saya pon macam terkejut la kan, b4 p pasar malam tu, saya singgah rumah dia kejap. Alaaaa, selang 4 buah rumah dari rumah saya tu. Ramai la jiran yang datang. Pastu ada Aunty ni tegur saya " Lama lagi ke praktikel? Lama aunty tak jumpa kamu" dussshhh kena sebijik! hahaha See, asal kau balik Gombak aje, mesti lepak rumah. Cuba2 lah keluar rumah melawat jiran. Kau balik pon, jiran tak dapat trace ;p. Oh ye keadaan Ayah Adib stabil aja. Now dekat Hospital Selayang. Saya tak pasti dah keluar ke belum. Lupa nak tanya mak masa mak call pagi tadi :)






5 ) Teringin nak makan burger king dengan Incek Fauzy


~ Kan minggu lepas saya balik Gombak. Saya cadang nak makan burger king dengan dia. Tapi tak jadi sebab, err tak perlu kot nyatakan disini. So impian saya tu terbang begitu saja. Masa saya balik Shah Alam, saya singgah kejap RnR Sg Buloh. Makan burger king. teringinnnn sangat! tapi saya makan sorang aje. Gembira dalam sedih saya ketika itu. Gembira sebab dapat makan burger king yang saya idamkan. Sedih sebab saya makan sorang tanpa Incek Fauzy disisi. Menangis di hati la jawabnyaaa :(




6 ) Wishlist terlaksana

~ Ingat lagi tak entry ini, jap2, bagi saya sengih sorang2 kejap ;p. Ye, saya dah dapat beli. Cuma Gadget2 (digicam & handset), saya hold dulu. sebab saya tak survey lagi nak beli yang mana. Terima kasih ayah sebab bagi cash untuk N shopping :). Saya tak pernah rasa happy macam ni bila shopping tau. Sebab asal saya nak beli je, mesti fikir banyak kali, tapi kali ini tidakkkk lagi. Apa saya listkan, memang saya beli. weiiiii dapat cash ok. kalau pakai duet haku, haram jadah nak beli2 semua ni. Baik saya simpan dalam ASB. Hahaha. oh ye tadi Incek Fauzy SMS saya. dia dah beli Blackberry (BB) tiba2 jeles & rasa nak curik BB dia. hahaha ;p. Saya baru aje kejutkan Incek Fauzy bangun solat subuh. Tau tak dia kata apa masa call tu?


" Sayang yang pertama call abang pakai handphone baru ini "

Whatttt? Saja bikin haku jelesss. Memang semangat untuk curi BB dia membara-baraaaaaaaa. hahaha


Update : Incek Fauzy telah menukar dari BB kepada Nokia model ape ntah (lupe la. dia ade bagitau tadi ;p) selepas beberapa jam beli BB. Nasib baik tokei kedai handset tu dia kenal. Suka suki aje nak tukar. Dari tukar BB kepada Nokia, baik amek 2-2. Bagi haku 1. HAHAHAHA



7 ) Cameraman pertunangan saya

~ Saya sedang mencari cameraman untuk hari pertunangan saya. Baru ni saya dapat cameraman yang masih lagi available tarikh tersebut. Tapi harganya, bagi saya agak mahal la. So kami ( saya & parents) masih undecided. Mak kata ok aje. tapi bagi saya macam mahal la. Ke harga dia memang standard gitu? Siapa2 readers / silent readers saya yang ada contact dengan cameraman, tak pun anda sendiri adalah cameraman, sila email saya the price for the package (if any) at,

hannahyusoff@gmail.com


TQ



8 ) Makan2 untuk staff2 & trainee2 Audit dept

~ Harini saya ada makan2 di GM Beriani House, Subang bagi meraikan staf2 yang lahir pada bulan XXX (tak tahu. Hahaha). Kira celebrate birthday secara lump sum la. tak silap saya 3 bulan sekali. tapi saya tak sure bulan apa. Hahaha. Then nak meraikan trainee2 yang bakal tamatkan latihan amalinya pada hujung bulan depan, 30nov2010. Ohh terasa kejap sangat praktikel. Rasa tak nak masuk part 8 (last sem) Hahaha.



9 ) Pergi Fakulti

~ Semalam saya p fakulti. Nak amek buku log. yes, buku log saya dah nak abesss. laaa, kata trainee gemilang. mesti la banyak kerja saya buat. Pastu semua kerja nak tulis dalam log book tu. hahaha. Ok sekarang saya sedang cuak menanti pensyarah datang untuk evaluate kami (trainee2). Sebab takut dapat pensyarah yang tak sporting! hahaha :p









Ahad, 24 Oktober 2010

NAHAS kau Hannah!

uishhhh ada orang YM saya
mintak update
yolah2, saya update ni ;p



haaa cuak tak title kali ni?
hoho ;p



last week saya tergerak hati nak buka email informal saya
sepanjang practical ni, saya jarang buka email ni
sebab saya deal dengan client pon pakai email formal



bila dah bukak email informal ni,
tiba2 saya terkejut sebab
ia adalah email U.G.U.T.A.N



email ini dari siapa?
siapa yang berani ugut saya yang penakut ini?
*saja kecikkan font tu. bagi orang tak tahu saya ni tak la penakut sangat ;p
hahaha ;p
ok, mari kita lihat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

saya copy-paste balik email beliau

*********************************************************************


To:strewberi_gurl@yahoo.com

hannah..!!

opss..sorry..patutnye aku bg salam..akum..knal aku x..?peja lor..aku tgk blog ko..dh nak tung awak ye..tp xinfom pon..klau tunang ni xajak..nahas awk hannah..watever it is..aku sgt merindui ko sgt2..aku rse aku ade jempot ko time open hse umah aku..tp xde pon btg hidung ko..sedih rsenye..:(
ko xde kat fb..so xleh nak bmesre ngn ko..klau aku nye emel ni pon ko xrply gak ...lg nahas ko hana..
hahahaha..i miss u damn much la..
ko xbes study agi ke..?
ade kat gombak ke skrg or still kat shah alam..
really miss u..
dah byk kali aku ckp rindu..koo rse aku da angau sgt ke..?hahaha..
reply emel k..
i be waiting...

lots of miss,
PEJA


**********************************************************************************

ok, siapa dapat kira berapa banyak perkataan NAHAS?
hahaha
saya baca email tu pon sambil tahan gelak walapon hati sangat cuakkkk
sebab saya yakin Peja email dah lama



matik la haku kalau jumpa dia dekat Gombak kang
matikk kena siku dengan dia
hahaha ;p



oh ye, peja ni kawan saya masa sek men
after results SPM keluar, masing2 bawak haluan sendiri
sangat jarang berjumpa walaupon kami duduk di Gombak



Peja, sorry aku tak datang open house kau
aku kerja that day
nanti kita hang out together ye
eh pesal aku reply email dia kat sini?
hahaha ;p


ok saya nak makan rojak buah sat
pastu nak reply email dia
harus reply sebelum keadaan aku bertambah N.A.H.A.S
hahaha ;p




:: Peja yang belah kanan nunnnn. Berbaju kurung kuning. Ni aje pic Peja yang saya ada. Lama ok saya tak jumpe dia. tak silap saya ni pic masa form 5 (2005). saya yakin sekarang peja sangat lawaaaaaaaaaaa. Sebab haritu saya terjumpa facebook dia (saya sign in guna akaun Incek Fauzy. Saya kan tak ada fb. hahaha ;p ), profile pic dia sangatttttt lawa. Peja, aku rindu kauuuu T__T ::



Khamis, 21 Oktober 2010

strewberi manes -VS- strewberi masam

tadi dekat office saya gerammmm grrrrrrrr
sebab akaun client tak balance
bila tak balance,
susahla nak Audit
satu kerja haku nak bagi balancekan dulu before audit
akhirnya kerja saya menjadi lambat
saya target petang tadi nak prepare audit report
tapi petang tadi baru dapat balancekan figure
hahaha ;p




pastu saya tulis status dekat YM saya begini :


" Hanya kerana figure tak balance, haku rasa nak telannnn Yat (sebab dia duduk depan aku :P ) "



saya tak jangka yang Yat akan baca status saya dekat YM dia
sebab dia pun tengah busy meng-audit
sebok benor saya tengok dia tadi



tapiiiiiiii tibe2 Noli & Yat sengih2
haku pon macam pelik la kan
pastu Noli cakap :



" N, kau baca status YM Yat "





haku pon ape lagi la kan,
terus bacaaaaa
tau dia tulis apa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Hanya kerana mengantuk, aku teringin nak makan strewberi yang masammmm "


kurang hajorrrr kau Yat
perliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nama blog aku la tu
sengal ah kau ni ;p



ok, biar gambar pula berbicara ek
gambar selepas akaun dapat balance ;p



:: Strewberi masam -VS- Strewberi manes ;p ::



:: Dah kuar sket2 perangai sengal time ni ;p ::


:: Dah tak ada kerja, amek tepon, pastu buat aksi sengal ;p. eh time ni after 5.30pm ok. tu yang berani main2 telefon. takut gak if client call tapi recept tak dapat sambung. Engaged. Haha ::



:: Masa ni tengah tunggu ayie solat. saya ingat nak panaskan enjin kereta dulu. Ayie turun kang, terus jalan. Tapi ber-fotogedikssss luar ofis pula ;p ::




ok sekarang saya dah tak geram2
sebab figure dah balance
pastu esok buleh prepare audit report
yeayyyyyy :)



yat, Thanks gembirakan hatiku
kalau kau terus diam tadi,
memang haku telannnnn ko ;p
hahaha ;p


Thanks juga dekat Noli
sebab cek working saya
kot2 la tak balance sebab saya salah key in ke hapa kan
tapi tetap tak balance
hahahah
tak ape, usaha kau menyemak working aku, aku suka :)




ok dah, saya nak iron baju kurung sebanyak yang mampu
sebab kalau saya balik Gombak minggu ni,
tak sempat nak iron
tapi saya masih lagi undecided nak balik Gombak ke tak :)



Rabu, 20 Oktober 2010

Wishlist Bulan Ini, Bulan Depan & Bulan Lagi Depan ;p

saya rasa sekarang saya perlukan "treatment" untuk diri ini
saya rasa stress sangat since last week
bebanan kerja yang tak pernah surut T__T
now saya rasa down gile!




Nak text Incek Fauzy keluar sama2,
now dia tengah busy
baru dapat big projek
projek yang selama ini ditunggu2
so bila dapat, haruslah dia suka
saya sebagai bakal tunang, sangat memahami beliau
panggggggg perasan eh kau N
hahaha ;p




saya rasa macam lama tak shopping
sungguh tau
macam2 saya nak beli sekarang ni
tapi asal nak beli je,
mula la berkira-kira




nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
nak beli ke tak nak
alih2 tak beli pon
hahaha ;p




tengok tu, banyak kali saya taip "nak beli ke tak nak"
tu nak menunjukkan saya fikir banyak kali before beli
tula padahnye jadik budak akaun
sangat berkira2
hahaha ;p





saya nak beli :

1) Blouse / T-shirt long slive

2) Jeans

3) sandal

4) Handset baru yang maha canggih ada GPS supaya haku tak sesat lagi ;p

5) Nak buat sauna, massage, pedicure, manicure

6) Kain ela
(saya teringin nak buat baju kurung lagi. padahal raya baru ni saya tempah 5 pasang kotttt)

7) Digital Camera
(banyak pic dalam blog ni adalah dari handset saya yang kualiti gambarnye agak kureng)



ok cukup, saya rasa ini jela kot saya nak beli
kang saya list banyak2,
pastu tak dapat, haku jugak yang down lagi
hahaha ;p




sekarang haku kena buat muka tembok dekat Dr Jannah
untuk derma kilat supaya saya dapat beli barangan di atas
hahaha ;p



Jannah, aku tau kau beli banyakkkkkkkkkk barang untuk huda
eh ni Mak kata eh
Mak baru call aku dekat ofis tadi ;p




:: perisa stoberi & mixed fruits menjadi pojaan hatiku ;p ::


now lidah saya tengah kena ulser
kata orang, "mata ikan"
ntah mana term tu dapat, haku pon tak tahu
kalau "mata Incek Fauzy",
rela haku kena selalu
hahahaha ;p




ohh ye berikutan terkena ulser,
selera makan saya agak terbantut
sebab gile punya pedih bila terkena makanan
rela tak makan supaya tak sakit ;p



so Incek Fauzy suruh minum yogurt macam pic above
katanya elok untuk "menggantikan" makanan since saya tak nak makan





ok fine, muka aku jela masuk kedai belakang ni beli yogurt
if haku tak minum, dia datang Shah Alam semata2 untuk belikan
as i said above, now dia tengah busy
saya tak nak susahkan dia
kalau dia tak busy, memang taktik haku tak nak minum
supaya dia datang Shah Alam, pastu buleh jumpe ;p



panjang pula saya bebel kali ni ;p
dah2, saya nak iron tudung pastu nak tdo awal malam ni
gile punya ngantuk dekat ofis tadi
tula, malam tadi orang tdo, kau gayut sampai nangis2 ;p


eh lagi satu nak bagitau ni,
jangan bagitau orang lain tau
janji ye?
hahahaha sengal la kau ni N ;p
masa mandi tadi i perasan rambut i dah panjanglah
wehuuuuuuuu :)




Selasa, 19 Oktober 2010

20.10.2010 (20102010)

Tarikh yang sungguh indah buat saya
malam tadi hampir 3jam 10min kami bergayut
mengimbau kenangan silam bersama



air mataku menitis tatkala cerita lama dibuka
sungguh. sungguh hati ini tak kuat nak menerimanya T__T
*cry T__T



asal dibuka cerita lama, pasti air mata ini akan mengiringinya
akhirnya jam 4pagi saya tdo bersama airmata yang tak abes dirembes lagi
YaAllah kuatnya dugaanmu ini
ku pasti ada hikmah disebaliknya



walau apa terjadi,
sudah 5tahun kita menjalinkan hubungan persahabatan
dalam tempoh ni, kamu adalah yang terbaik pernah saya jumpa
saya ingin kamu terus menjadi T.E.M.A.N B.A.I.K saya sampai ke akhir hayatku!



thanks for being such a G.O.O.D friend to me
saya bangga menjadi kawan kamu :)





Nota Kaki : Pengalaman lampau banyak mengajar saya erti kehidupan


Isnin, 18 Oktober 2010

Tahniah Along :)



sabtu lepas saya attend weeding kak Long (akak Boy)
after kerja, saya gerak dari office
saya p dengan Ayie, Yat & Noli
Lin tak dapat join sebab ade hal :)


Kuar2 office, cari pump station dulu
haku takut sesat pastu tak cukup minyak!
pastu reramai kena tolak kereta
hahaha ;p
after isi minyak, solat zuhur di Petronas area Puchong


:: If i not mistaken, 2-2 mempelai ini adalah tentera ::


kan haku dah cakap, mesti sesat punya!
haha ;p
tapi tak la sesat mana pon
saya exit awal sangat
so, ikot jalan dalam la jawabnya


at last Boy call, dia cakap masuk balik Highway & exit di Putrajaya
heh kalau ada GPS kan bagus
ayahhhhhhh nak GPS & Handset
aicehhhh dan2 aje ;p


:: Berarak bawah pedang ok before bersanding ::


Aisyah, aku teringat dekat kau bila Boy cakap Kak Long berarak bawah pedang :)



kami sampai lewat
around 3:15pm
Boy datang pick up dekat main gate UPM
saya follow jela
gila la, nasib dia pick up
kalau tak, memang tak sampai la jawabnye T__T
sebab memang ke dalam sikit dewan ni
patut la bila saya google,
google pon tak dapat baca



:: ok, ni pakai capture pakai handset saya. So kualiti tu agak kurang sket. Tu pasal SAYA CROP separuh badan saya! Hahaha. Yat, sorry, gambar kau aku TER-crop semuaaaaaaa. Hahaha. Ala, alang2 brader tu capture, nampak baju ko aje. Muka tak nampak pon. T__T ::


:: Boy yang baju purple tu ::




Ehem2, part ni yang best nak cerita ;p
masa dah sampai dekat dewan,
ade abg guard yang jaga parking tau
dia tutup wooo jalan nak masuk parking dengan kon kaler oren tu
kalau tetamu, dia tak bagi masuk parking khas
parking khas ni tempat pengatin & sedara mara parking



pastu Boy nak masuk la kan
sebab dia kan adik pengantin
pastu dia tunjuk2 kereta saya dekat abg guard tu
ohh faham la saya, saya dapat parking special okkkk :)
*senyum sampai lenguh pipi ;p
buleh bayang tak, saya parking memang betul2 depan dewan
kotak parking yang ke 2 :)
jalan beberapa langkah je, dah masuk dewan :)



thanks boy sebab bagi perkhidmatan special utk kami :)
*terharu


:: With Qaseh Sayang. Acah aje. Nama dia Qaseh ape ntah. Kazen Boy kot (Boy, betulkan if N salah) Comel kan. Macam Aunty N. Errr apakah? Hahaha ;p ::



:: Saya dapat 2 goodies bag. Kata Boy, Bagi dekat bakal tunang 1. Thanks boy :) ::



:: Last but not least, C.O.N.G.R.A.T.E.S kak Long & Abg aizat. Moga kekal hingga ke akhir hayat ::




Nota kaki :

1) Kata2 Ummi, Along & Angah buat saya sebak & terharu T__T. Terlalu peribadi untuk diceritakan disini. Mungkin Saya & Family Boy lebih merasai & memahaminya :)


2) Angah, takziah atas kematian bakal ibu mertua pada hari ke 2 pertunangan angah. Be strong ok. Semoga tabah menghadapinya


3) Boy, if dah dapat softcopy pic2 kami dari official photograper, email N eh. Banyak wooo diorang tembak pic kami. Kami salam parents boy & pengantin kena tembak, jalan nak amek makanan kena tembak, atas pelamin pon kena tembak gak! ahhh banyak lagi la kena tembak! fushhh Tibe2 feeling ade pertalian dengan keluarga pengantin. Hahaha ;p



Jumaat, 15 Oktober 2010

Persiapan Bertunang Part 1

ok kita bersua kembali
sekarang pukul 12.56pagi
saya meng-0nline sambil makan burger
tadi beli dekat Pasar Malam Padang Jawa
balik2 kerja terus p sane
angkut Noli, Yat & Ayie sekali :)


ohh ye, di pasar malam tadi
saya jumpe kawan masa sek menengah ( Syukri )
xsangka dia masih buleh recognize saya!


" Eh ni Hannah Kan? "


dulu kami tak pernah bersua muka & bercakap
segannnnnn weiiii
dia tu science stream
pandai pon pandaiiiii
top student ok
pastu ade jawatan tertinggi dalam lembaga pengawas sekolah
apo la ade dekat saya ni kan
tu yang saya feeling2 segan :P



kejap, nak 1, 2 kali geget burger
ok dah Hahaha ;p


ok sambung balik
melalut pula ;p




berkenaan barang pertunangan saya,
saya rasa Aunty Tni tak start buat apa2 lagi
for the time being, dia just collect idea dulu
2hari lepas dia SMS saya
bagitau yang dia dah dapat idea nak gubah macamana
& akan start membeli barang dalam masa terdekat ni :)
wahhhhh excitednya saya!
tak sabar nak tolong2 buat hantaran :D


cakap pasal hantaran,
kami decide nak bagi manisan
barang seperti kasut ke, handbeg ke,
tu bagi masa akad nikah


masa merisik haritu,
kedua orang tua kami dah putuskan hantaran bertunang nanti 7 berbalas 9


Oh ye, pasal baju bertunang yang saya tempah 2 weeks ago,
saya cancel atas beberapa faktor
nasib baik butik tu tak potong lagi kain tu
so, Mak Ayah telah pilih pakej warna pilihan hati saya!
warna baju is Pink & white :)
the mini pelamin also pink & white plus baby blue as a minor color :)



kami amek pakej ni sebab rasa agak berbaloiiii
tau tak, dalam pakej yang saya amek ni ada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
K.A.S.U.T


:: kasut inilah bakal saya pakai nanti ::


saya tak pernah jumpe lagi pakej bertunang yang ada kasut
slalunye masa nikah & bersanding aje kan dapat kasut
ni bertunang weiiiii



mula2 saya macam tak nak amek kasut
gile hape bertunang nak pakai kasut
sarung cincin aje kot


tapi since kasut tu termasuk dalam pakej,
ko amek ke, ko tak amek ke, harga tetap sama :)
(kasut bawah kategori aksesori)

pastu akak tu cakap :


" pakai kasut ni masa U keluar rumah, nak iring rombongan laki balik after majlis selesai "


meh nak share dengan korang
saya amek pakej bertunang ni di :



D' Ratu Bridal house
[link]
*Kak nur, mintak izin link ye :)


pakej yang ditawarkan pon memang menarik
kami jadi rambang mata nak pilih yang mana ;p




pakej saya amek incude :

1) Baju

2) Tudung

3) Veil

4) kasut

5) Aksesori

6) Mini Pelamin

7 ) 1x Make up



berkenanan tarikh pula,
InsyaAllah kami sepakat bertunang pada 1 Jan 2011


tiap kali solat saya, saya berdoa
agar hubungan 7 tahun ni berakhir dengan ikatan yang sah dan halal
doakan yang terbaik untuk kami juga ye :)



btw, minggu ni saya tak balik Gombak
esok (sabtu) saya kerja
tapi tak buat kerja kot
esok ada meeting Audit dept
katanya meeting besar2an Audit dept :)



sebab utama minggu lepas saya balik Gombak adalah sebab :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Road tax mati dowwwww
ngam2 saya balik sabtu lepas 9oct
hahaha



Thanks Ayah sebab bayarkan Road tax ini
lusa ( 17oct ), saya dah buat appointment nak service aircond kereta
hanya flushing aje
tukar minyak air cond
heh, saya baru tahu air cond pon ade minyak juga ;p
thanks again Ayah sebab bayarkan duit service :)



Nota Kaki :

InsyaAllah saya akan update persiapan pertunangan saya jika ada apa2 progress. Mungkin dengan pengalaman ini, orang di luar sana buleh
buat sebagai rujukan :)

Rabu, 13 Oktober 2010

Short Update : Keadaan Diri Sekarang

semalam saya demam lalat
(nama jenis demam haku reka. Harap maklum ;p )
hahahha macamana tu demam lalat?
ia macam dalam badan panas tapi luar sejuk ye ;p
mengigil2 haku dibuatnya tau
muka saya semalam gila punye merah!
mata pon merah sebab dalam mata panas
dah macam HULK versi merah ;p
ohh ok, sila jangan bayangkan
saya tahu itu sangattt hodoh :P




sampai satu tahap, saya buat kerja,
blurrrrr aje screen laptop ni
saya decide nak halfday aje
memang tak larattt
otak pon tak leh fikir :(




SEKALINYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
*baca dengan mood sedih ok ;p
client call nak Audit report dia hari ini juga (read : semalam)
what ever it is, before 5pm mesti email dekat dia!
what????
haku ni baru plan nak halfday
tiba2 dapat 'tekanan' begitu, saya cancel aje la :(
sedih. memang sedih :(




atas tanggungjawab yang telah diamanahkan,
saya korbankan masa lunch hour saya demi menyiapkan report
gila punye stress ok!
bayangkan otak tak leh fikir, badan lemah
tapi saya gigih buat juga





alhamdulillah by 4pm, saya dah email kepadanya
balik kerja semalam, saya mandi, solat magrib, ngaji sket
pastu saya makan ubat, tampal koyok, letak tuala basah di dahi
then terus tdooooooooooo
ye, saya memang tak larat sangattt2 :(




saya terjaga bila Encik Fauzy call
ntah pukul berapa saya tak perasan
saya cerita dekat dia sampai nangis2
sampai decide dah kawin nanti tak nak kerja :p
gila lemah saya rasa masa tu!
abes gayut saya sambung tdo balik
pening sangat :(




saya bangun pukul 5am, solat Isyak
gile tak?
hahahha
sila jangan contohi saya ;p
kalau meninggal masa tdo, tak tahulah apa "status" saya
sebab dalam Islam dah cakap,
b4 tdo pastikan kita dah solat & minta maaf sesama manusia dan juga padaNya




Alhamdulillah bangun pagi ni saya agak fresh
masa tdo, saya kebahkan badan
bagi cepat berpeluh
cepat sikit sihat :)



semalam saya cakap dengan ayie
kalau saya MC esok (read : harini),
bawak la kereta saya p kerja
kunci dalam handbeg saya
tapi kita merancang, DIA yang menentukan
Alhamdulillah saya dah sihat
Syukur padaMu Ya Allah :)



btw, Thanks to Lin
sebab tolong saya prepare correspondence
sayang ah kau
pagi esok aku buatkan breakfast utk kau eh :)



Nota Kaki :

Makin hari makin mengerti kehidupan apabila sudah bekerja. Terutamanya kehidupan sebagai Auditor! Fushhhhhh *sambil kesat peluh di dahi ;p



Ahad, 10 Oktober 2010

Kerana Penat, Saya Tertido dalam Wayang :P

Sengal tak title entry kali ni?
ye ye, anda tak silap baca :P
gini la jadinya kalau jadi trainee yang berjaya lagi gemilang
ok, jangan lempang saya
hahaha ;p


:: Kachak gile zac efron! ::


malam Jumaat saya tengok wayang dengan housemate
Kak Tasha (officemate) pon nak join
ok, tak apelah, kami tak booked tiket wayang lagi kan
decide punya decide,
cerita tu start pukul 11 malam
kena collect tiket b4 pukul 10.15malam



masa magrib tu, saya dah ngantuk sangat
letih pun ye
macam dah tak larat nak buka mata T___T
sebabnya 3hari berturut2 saya masuk tdo lewat
saya siapkan Audit report
dekat office pon gigih nak siapkan
dalam hati, asek pk " matikk la kalau tak sempat siapkan "



dah 3ari tdo tak cukup, mestilah I gile punya ngantuk!
janji dah janji dengan dorang nak tengok wayang
nak kansel, rasa serbe salah pula
ok, layan je ahh ;p

:: Budak moyok sebab eskem yang dia nak dah abes :P ::

dah collect tiket, ade lagi 45min b4 movie start
uh, ape nak buat ni??
tinggggg dapat idea :P



jalan2 sambil mencekik eskem baskin robbins :P
uh lama tak makan eskem ni dengan Encik Fauzy
rindu gile moment2 bersama tersayang T___T



:: Nasib baik Chocolate mint ada. Tak abes lagi. Kalau habis, mesti haku jadi moyok macam budak gambar atas ni :P ::



:: Happy kembali bila eskem perisa lain, "ngam" dengan tekak dia :p ::



ohh ye, saya tak la terus tdo dari awal movie sampai abes
gile hape camtu
baik I tdo aje dekat rumah
lagi selesa ;p



saya cuma terlena 2 3 minit aje
gituuuuuuuuuu ye ;)
bangun2, terus segar
terus semangat nak tengok cite tu


eh zac efron tu gile punya kachak okkkk
slalu tengok dia dalam cite high school musical aje
ni dalam movie yang matang
perghhhhh bisa menjulingkan mataku ;p


abes cite pukul 1pagi
terus balik rumah
tapi dekat simpang belakang ni ada road block pula
nasib lepas :)
muka2 kami semua muka baik kot?
hahahha ;p


esok pagi Madi pulangkan kereta saya
terus balik Gombak
tapi singgah RnR Sg Buloh kejap
beli shake Baskin Robbins (BR)
2 hari telan BR
rasa puassssssssssss gila! :)



After magrib, saya & huda ke JJ wangsa maju
beli barang saya & baju ayah
Ayah Outstation ke Sabah pula
flight pukul 6.30petang td
bangun2 pagi tadi, mak dah sokkk sekkk sokkk sekk
Uishhhh aku ni, tengok orang nangis, loooomah sket
mesti nak joinnn
kang tau2 air mataku turut mengalirrrrr
ni lah payahnye berjiwa lembut
sket2 nak nangis, sket2 nak nangis
pangggg kang ;p




dah alang2 pergi JJ,
saya cari hadiah utk kakak BOY
sabtu depan kendurinye
uishhhh tak tahulah sampai ke tak
campur sesat, lauk2 dah abes kot?
hahahhaa ;p
ye, i kerja sabtu depan
after kerja baru gerak ke knduri Akak boy :)



pasal hantaran pertunangan?
bersambungggg... :)



Nota Kaki : Masa Madi pulangkan kereta saya, Madi tanya :

" N, kereta ni memang kuat minyak eh? "


Hahaha nak tergelak haku! yep, memang kuat minyak pon. Mana kau pergi bawak GF kau? milage sampai 200 lebih dowwwww


Khamis, 7 Oktober 2010

Breakfast Saya Pagi Ni :)

harini saya breakfast ayam goreng McD
pagi2 dah makan yang pedasssssssssssss
mau sakit perut kejap lagi ni
hahahaha ;p


Actually saya beli set ayam McD spicy ni semalam
beli dengan Mc Flurry Oreo
kenkonon untuk dinner la
tapi balik kerja gile punya panas terik tau
bahang sangat rasanya
so saya bantai Mc Flurry sahaja
hahahaha


Ayamnye saya tak sempat makan
saya tdo awal malam tu
penattttttttttttttttttt sangat dekat office T____T
tu yang carry forward makan pagi ni
cepat2 masukkan dalam microwave
nak panaskan
hahahaha


ok, sekarang saya sudah kenyang
nak buat kerja ni :)


oh ye, malam ni tengok wayang dengan housemate
saya balik Gombak pagi esok
sebab parents tak ada di rumah
ayah den ade kerja skett di Singapore
so, mak & huda ikot sekali
huda buleh bantai ponteng sekolah sebab nak ikot
gila la kau ni!
rumah pon tak ada orang kan,
gilee hape haku nak tinggal rumah sensorang
haku ni penakot ;p

:: Ni lah Madi :) Macam saya pernah cakap di entry yang lepas, Ilmu Madi ni luas wooo. Kau tanya ape aje, sure dia jawab. Untung GF dia! ::



lagipon, si Madi nak pinjam kereta saya
ntah mana dia nak bawak GF dia
merayu macam terdesak sangat masa dia call malam tadi
adusss, saya ni jenis cepat kasihan
so, saya bagi jela dia pinjam kereta
esok pagi dia hantar dekat rumah sewa saya



Madi, aku ingat janji kau malam tadi
jangan lupe ye
hahahaha ;p



Nota Kaki : Rindu nak makan Burger King (dekat tepi highway nak ke UIA ) dengan Encik Fauzy T____T



Rabu, 6 Oktober 2010

Makan2 di Rumah Audit Manager :)

Ok, memandangkan raya dah sampai ke penghujungnya
mari kita penuhi undangan ke rumah terbuka
makan sampai lebam
pastu bagai nak mati haku kena diet balik
tula, makan tak hingat donia
sendiri padan muka
hahahah :P



oh ye, gambar adalah kurang berkualiti
sebab saya hanya pakai camera handpon 2 mega pixel sahaja
ye, handphone i handphone cikaii
dah la handphone cikai,
bateri pulak dah takbley standby lama
gila kasihan!
hahaha
tapi tak ape, I pasrah T__T




ntah bila laaaaaaaaa dapat handphone canggih ek
sebab saya macam segan sikit nak bergambar pakai digicam
kalau pakai handphone,
kita buleh berlakon tengah taip msg ke kan
padahal tengah cari best angle nak shoot
baekkkkkkkkkk punye lakonan :P





:: Barisan trainee2 Audit dept yang sengal. Suka sakat senior2. Hahaha. Kata senior, tak pernah ada trainee yang peel macam kami. Haha maaflah, kami memang begini. Tak dapat nak sorok peragai sebenar. Tak hipokrit. Hahaha ::



:: Kak Ton yang pakai baju kurung oren tu. Siapa kata Kak Ton yang pakai baju purple plain tu, memang siap la dia! Nak kena ni. Haha. Kak Ton ialah Audit Manager merangkap Group leader saya ::



makan2 ni masa lunch hour semalam
rumah Kak Ton (Audit Manager) dekat aje dengan office
lepas makan, saya balik office kejap
pastu p office client di Puchong Permai dengan Kak Sa'a
then terus balik rumah
sebab dari office client pon dah lewat kan
terus balik rumah aje la :)


eh layan gambar jela eh
saya malas nak taip
otak tengah fikir kerjaaa kerjaaaa kerjaaaa
minggu depan client nak draft audit report
tak tahu sempat siapkan ke tak
*nangis T__T
ok, saya cuba yang terbaik!
ye, saya trainee terbilang :P
*silaJanganLempangSaya :P



:: Mereka datang awal ke rumah kak ton untuk tolong2. Saya? di"kuarantinkan" di office untuk menyiapkan audit report. Nak tolong2 jugaaaaaaaaaa :( ::


:: Chef2 yang masak spageti. Haku nak masak spageti memang tak reti! *sila baca laju2. macam pantun 2 kerat la pulak. Hahahah :P ::









:: Ni saya punya. banyak? tak tak. Anda tertipu. Kuah dia aje yang banyak. Saja saya ambil banyakkkk :) ::


:: Lelaki makan di luar sahaja. Gila cool bagi laluan perempuan makan dekat dalam! Macam ni la baru sentiasa handsem! hahaha:D ::



:: Semua staff MNZWAJA (HQ) datang.

Audit dept
Tax dept
Account dept
Secretary dept
Admin dept
Technical dept



M.E.R.I.A.H sangat dalam kumpul2 macam ni walau masa suntuk!
lepas makan cepat2 balik office
kang client datang office or call, tak ada orang pula



masa tengah makan kan, ada client call handset Kak Ton
dia tanya kenapa call office tak dapat??
receptionist tak jawab pon?
terketar2 Kak Ton nak jawab!
hahahaha ;p



BTW, thanks Kak Ton bagi makan
sedap gila makanan
kenyang saya :)



saya jatuh cinta dengan environment di MNZWAJA!
terlalu banyak kenangan manis di sini :D



OK, sekarang pukul 2.11pagi
saya nak sambung mengodit
matikkk la kalau tak sempat siapkan :(
YaAllah permudahkanlah segala urusanku


Nota Kaki : Minggu ni balik Gombak :)