Selasa, 31 Ogos 2010

Temperature Naik. Apa reaksi anda?

Haiyohhh tak tahu nak start cerita macamana
until now masih lagi mengigil ketakutan
huhu
*kuat N, Kuattttttt N :))



Petang tadi saya bertolak balik Shah Alam
memang plan nak berbuka dekat rumah sewa
kalau balik lewat, leceh pula



Masa saya lalu Damansara, dah start hujan renyai2
then bila masuk tol sungai buloh,
saya tergerak hati nak masuk lorong tunai
sebab lorong Touch n Go ramai pula
agaknya 1 kereta sangkut touch2 tak lepas,
tu yang beratur panjang
tak apalah, saya masuk lorong tunai aje




masuk highway, hujan gila punya lebat
dengan kilat petir bagai
memang tak nampak jalan
blurrrr aje





tak ape, saya teruskan perjalanan
drive slow2, duduk lane tengah
saya kuatkan radio, nyanyi sorang2
gila kasihan kan?
hahhaha ;p
yela saya sorang aja
tak ade teman berborak
melalak sorang2 la saya dalam kereta tu
hehehe



pastu dekat exit mana ntah,
saya dengar bunyi "psttttttTtTtTtttt"
macam bunyi sayap lebah lah
ok, sila bayangkan eh ;p


saya slowkan radio, still berbunyikk
saya off kejap wiper, still bunyik
heh, kenapa ni???
saya off aircond, bunyikkk jugakk
arghhhhh acik tensionnnnnn
dah la bunyik tu menakutkan

saya buat biasa aje, terus drive dalam ketakutan
time ni tiba2 tangan sejuk, tapi air cond dah start panas
aikkk pehal pulak ni??
ok tak apa, saya drive aje
lagi 6KM nak exit di tol bukit raja


tiba-tiba saya tergerak hati nak jeling dashboard
sekalinya,
MMMAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
jarum temperature dah hampir warna merah
pandang depan, dah berasap sikit2
saya kurangkan kelajuan,nyusur ke kiri
kereta laju gila ok lane belah kiri
dah sama laju dengan lane kanan



agak2 tempat saya berenti tu selamat, saya berenti
matikan enjin, kasi sejuk dulu
Fushhhhh masa ni saya dah mengigil ketakutan
nak nangis dah
sumpahh takut gila
dengan hujan lebat, kilat, petir
MasyaAllah, saya redha diuji sebegini di bulan mulia ini






:: Memasang signal kecemasan adalah penting bila anda berada di tepi jalan. Takut2 orang tak nampak, abes kena sondollll ::


first 5min, saya blur
apa nak buat
nak keluar bukak bonet aksi cepat sejuk,
kat luar tu haa tengah hujan kilat petir
kang mati pulak disambar petir
tak apalah, duduk dalam kereta

tapi gila bapakkk bosan
enjin tabley start ok
radio hape semua tak buleh on

then dah cool sket, saya call ayah

"Ayah, kereta berasappppp. Temperature dah sampai tempat merah tu"

"ye ke? Air kering kot? Tapi baru ni ayah tengok, ok lagi "

"N kat mana ni?"

"tepi highway, 4KM lagi nak exit tol"

" N keluar kereta, kan ada box telefon tu dekat tepi2 divider , haa , call PLUS"

"dah cari, kotak tu memang tak ada tepi highway ni. N nak call PLUS pon tak tahu macamana"

"tak ape, N duduk diam2 dalam kereta. Ayah callkan PLUS. Kalau ada trak nak tarik kereta, jangan bagi. Kunci pintu. "

" ok, nanti call n balik cepat2. n tengah takut ni "

:: belakang tiket nilah ade no bantuan. Syukur sangat saya masuk lorong tunai :) ::

Tiba2...

Tinggggg

saya terpandang tiket transit
belakang tu ada no plus
ada hikmah tadi saya tak masuk lorong touch N go
Syukur Ya-Allah
saya call
mintak tolong hantarkan bantuan
sebenarnya buleh aje tambah air sendiri
tapi saya takut & tak yakin
tambah pula, dari kereta berasap tadi, saya punya menggigil2
so, better PLUS yang buatkan


:: Hujan. Saya nak wipe cermin pon tak buleh. Langsung tak buleh start enjin ;( ::



capai handset, call PLUS

"Hello buleh saya bantu?"

" Hello selamat petang, buleh tolong hantarkan bantuan kepada saya? "

"Cik Dimana?

"saya di KM 2, dari Sg Buloh menghala ke Bukit Raja"

"Ok, apa masalah kereta CIk? "

"temperature naik"

"ohh ok, no plat kereta Cik, kereta jenis apa & warna apa"

"blaaa blaaa blaaa"

"ok cik, 20-30min, peronda akan sampai"

"thanks"

:: Nampak tak kereta peronda? ::


hape nak buat ni 20-30 min?
saya sambung melalak
hahahaha
pastu treler lalu, bergoyang kereta oh
ishhh dorang ni, tengah hujan pon, bawak laju2
banyak kali oh kereta bergoyang



Time ni saya dah cuak
andai kata saya kena langgar dengan lori,
pastu tercampak tengah jalan,
pulak tu kereta tengah laju,
macamna???

tak pun temperature tak turun2
pastu kereta meletop
haaa macam mana??
haku ni memang imaginasi tinggi sket ;p


saya capai purse, amek cash, simpan dalam poket
andai kate kereta meletop,
memang haku lari dulu ;p


memang tak kisah dah laptop, handbeg dalam bonet
semua tu tak penting
yang penting nyawa
memang imaginasi tinggi betul ;p



tak lama lepas tu, peronda datang
siap ketuk2 cermin ok
cuak haku nak bukak
yela wei, kereta peronda belakang kereta saya
depan pulak, kereta polis
saya macam dikepung
ahhhh tak nak bukak pintuuuuuuuu
takutttttt ;p


bila polis tu buat simbol telefon,
baru saya faham & bukak pintu
maknanya "tadi ada call bantuan kan?"
haaa gitu la ;p


dia cek2 kereta, tambah air, start enjin balik,
okkkkk
buleh jalan dah ;)
tapi banyak gila ok dia tambah air


borak2 dengan polis tu,
dia explain itu ini,
then saya masuk balik kereta
buleh jalan


then masa dah exit tol,
saya tengok temperature naik juga
saya off aircond, dia turun pelan2
then bila dah ok, saya on balik aircond,
cepat gileee dia naik balik
heh saya memang tak yakin nak drive
tak apa, drive pelan2,
nak sampai rumah sewa dah ni


Alhamdulillah saya selamat sampai rumah
saya call ayah
cerita semuanya
ayah terkejut sebab saya kata air keringgggg kontang
sebab baru ni ayah ada cek, penuh lagi
ayah dah syak, mesti bocor


baru ini saya bagitau ayah aircond kereta tak sejuk
dah bocor ni, maybe ade kaitan dengan radiater
memang kena tukar la
adehhhhh, macamna saya nak p kerja esok
nak drive, memang dah ketaQ2
cuakkk weiiii


fikir punya fikir,
saya decide hantar bengkel aje
esok saya EL
yang tumpang saya ke office (Ayie, Abid, Noli & Yat),
saya minta tolong Lin
kalau saya pergi kerja juga,
jadi 6orang pula 1 kereta
lebih muatan plak
dah la nak raya2 ni,
polis banyak meronda
silap2 kena saman pula


tak apelah, biar saya EL
nanti saya sorang ganti
tak payah la yang tumpang saya pon kena ganti cuti juga


malam ni saya balik
ayah amek after dia balik terawih
sekarang pukul 11:37mlm
dalam pukul 12 lebih kang kot ayah sampai
petang esok saya balik ke Shah Alam balik
itu pon kalau kereta siap esoklah
kalau tak siap juga, saya EL 2hari
huhu





Oh ya, kos saya panggil peronda tadi ialah F.R.E.E
sebab saya masih dalam highway lagi
tak exit lagi
so, masih lagi tanggungjawab dorang


kepada sesiapa yang tak ada no PLUS,
meh amek ni ;)
sebelum ni saya tak ada no PLUS
bila dah jadi macamni,
baru tau betapa pentingnya ade no PLUS
ada hikmah sungguh saya tak masuk lorong touch n Go tadi ;)

ni ha no plus,
1-800-88-0000
sila save dalam handset masing2 ;)


ni kali ke2 saya diuji sebegini diatas jalan
haritu break kaki tak cengkam,
kali ini pula pasal temperature

saya yakin, bila jadinya benda ni
saya lebih berani
kalau tak, sampai ke sudah saya penakutttt ;p

Moral of the story,
cek keadaan kenderaan anda b4 mulakan perjalanan

&

sila minta maaf dengan insan yang anda sakitkan hati beliau
kot2 la Allah nak balas perbuatan anda, memang cash Dia bagi
huhu
*sebab saya merajuk dengan En Fauzy. Tunggu2 dia tak pujuk pon. Lagi la haku merajuk ;p


oklah saya nak bersiap
kejap lagi ayah datang
ayah dah bertolak dah pon
kang tup2 dah ade bawah rumah ni ;)



Ahad, 29 Ogos 2010

27.08.2010, saya diragut ketika mahu ke bazar ramadhan

Taip entry sambil mengunyah kerepek En Fauzy bagi
masa jumpa Mak pak mertua 2 hari lepas,
dia bawak kerepek2 ni
saya la yang bakal mengunyah kesemua kerepek2 tersebut :P



OK, 2hari tak update,
macam2 perkara nak dikongsikan bersama
tapi kali ni 1 cerita dulu je ok?
esok2 saya share another story
sebab malam ni saya harus tdo awal
esok kerja maaaa
janji dengan client nak jumpa pukul 10am
*now saya di Gombak



Entry pasal En Fauzy datang ke rumah saya,
saya akan update later eh
tiba2 nak share pasal saya diragut ini dulu :)


OK, after En Fauzy pulang,
saya dengan huda bersiap2 ke bazar
kami pergi naik kereta
saya saja park kereta jauh sikit dari tapak bazar
sebab saya malas nak bersesak2 bila balik nanti
tapi tak adalah park jauh mana pon
cuma hanya perlu menyeberangi jalan saja ;)


lepas kunci kereta,
saya borak2 dengan huda
huda ada disebelah kanan saya
kami berjalan, bertentangan arus
Errr faham kan?


saya kepit purse saya disebelah lengan kanan saya
yakni, di sebelah dalam la kan
sebab belah kiri saya ialah bahu jalan
masa ni kami tak lintas jalan lagi untuk ke bazar

:: Lakonan semula. saya kepit purse beginilah. tapi dengan lengan kanan ::


masa kami berjalan, kereta MyVi sedang reverse
so kereta belakang tu berhenti la kan sebab MyVi tu tengah reverse
sekalinya, datang motor arah bertentangan saya
ZaaaappppppPPppp amek purse dari lengan kanan saya


MasyaAllah saya tergamam
kelu di bahu jalan
Huda cuit saya,


" eh N, purse kau tuuu "

saya geleng sedikit kepala. Seolah-olah tak percaya apa yang berlaku

Saya mimpi ke?

Sungguh saya tergamammmm



saya terdengar ada kereta disitu honk2
dan menjerit2 "hoiiiiiiiiiiiiiii"
mungkin saja nak bagi peragut itu larikan diri dengan segera
saya? masih lagi dengan keadaan tergamam ;(



memandangkan purse saya agak panjang,
Mungkin peragut tu dapat pegang yang hujung2 aje
dengan kelajuan motor yang kawan dia bawak,
menjadikan agak sukar untuk dibawa lari


dan akhirnya purse saya jatuh di bahu jalan
betul2 dihujung kaki kiri saya
Syukur Ya-Allah
Mungkin ada hikmah purse saya jatuh kembali
dan saya bersyukur sangat purse saya tak sempat diragut
hanya sempat "dicuitt" sahaja



after purse saya jatuh,
peragut itu terus memecut
cuak agaknya
sebab kejadian ini betul2 depan bazar
andai kata peragut itu gigih nak amek purse saya yang jatuh,
sudah tentu dah dikepung oleh orang ramai & RELA
*bazar rumah saya ini ada pasukan RELA yang control lalu lintas & menjaga keamanan bazar



:: Nampak tak yang saya colorkan puteh dalam bulatan? disinilah purse saya jatuh kembali ::



masa purse saya jatuh balik tu pon,
saya tergamam
kaku di bahu jalan



selalunye baca paper kes orang lain
kali ini jadi pada diri sendiri



Alhamdullilah saya ok
tak cedera hapa pon
cuma agak "terkejut" sedikit
benar2 tak percaya dengan apa yang berlaku



balik rumah, huda yang cerita dekat Mak Ayah
saya kaku. terdiam
langsung tak bukak mulut



lepas letak kunci kereta di meja kunci,
saya naik bilik
tukar baju & bersiap untuk berbuka
malam tu saya terawih tak khusyuk ;(
asek terpikir apa jadi kalau saya tak ada purse?
macam mana dengan kad2 bank dalam tu?
macam mana dengan item berharga yang lain?
macam mana??? macam mana????????
* saya tak hirau langsung pasal cash. sebab cash memang tak banyak



Alhamdulillah saya ok saja
tak cedera, diseret, ditetak n etc



Sungguh, masa saya taip entry ini,
saya masih tak percaya
saya diragut ke?
kejadian ni hanya mimpi atau benar2 berlaku?



Esoknya saya keluar dengan huda,
saya hanya menbawa duet, lesen & mycard sahaja
serik untuk membawa purse
masih trauma ;(



saya pelik, di bulan mulia ini pon masih nak meragut?
berani pula tu meragut betul2 depan tapak bazar
masa orang tengak sesak2
sekali imbas, 2-2 peragut itu adalah budak melayu. masih bersekolah kottt



Tak tahulah hapa nak jadi dengan dunia sekarangg...



Kawan2, mohon jasa baik untuk mendoakan kawan saya yang
sedang bertarung nyawa di ICU HKL
beliau sakit jangkitan kuman pada paru-paru


InsyaAllah kalau tak ada aral,
esok after kerja,
saya melawat beliau



pagi tadi diadakan bacaan Yasin di surau sini
tadi, before Isyak, diadakan solat hajat pula


mudah2an beliau dipermudahkan olehNya
sama2lah kita berdoa yang terbaik untuk beliau
Aminnnn..





Khamis, 26 Ogos 2010

Saya berada di Gombak selama 5hari ;)

Alhamdulillah saya selamat sampai Gombak
Esok kan cuti Nuzul Quran
so, ramai yang pakat balik rumah masing2 eh
yela bersahur & berbuka dengan family
kenangan manis sungguh ;)



tadi masa saya balik kerja,
jalan sikit punya lenganggggg ok
syorgaaaa gila meh :)
pergi bazar pon lengangggg
pastu dah sampai rumah sewa,
parkingnya pon banyak lagi
saya turun terawih pon sunyi aje blok saya ni
selalunya dengar la jugak suara gelak2 ke hape kan
eh dorang ni,
mesti dah cabutttt awal
ganti class awal2, pastu arini tak ada class ;p
*flat saya ni ramai student UiTM
tak aciiii oh
saya pukul 4.30pm baru buleh balikkkkkk T___T




after terawih tadi, baru saya balik Gombak
sekarang pukul 11.58malam,
baru saja sampai Gombak ;)




Hari Isnin 30hb, office tak cuti
so, kena datang jugalah kerja
kang banyak cuti kang,
banyak pula gantinya
malas ah nak ganti2 ni
hoho ;p




Tapi Isnin ni saya ade kerja luar di KL
InsyaAllah kalau siap cepat,
saya masuk office balik
pagi tu saya bertolak dari Gombak la
tak payahlah saya balik Shah Alam Ahad ni :)
tapi kalau siap lambat,
saya balik Gombak balik la
tak kuasa saya balik Shah Alam balik
jammed ok
sangat buang masa
lagi pon esoknya, cuti merdeka kan ;)
1st sept baru masuk office ;)



oh ye, esok adalah hari bakal tunang berjumpa parents
Cuakkkkkkk gileee
macamana kalau tiba2 parents tak restu?
Ahhh serabut2 ;(
apa2 pon, saya akan update later pasal ini ye =)





:: Nahhh gambar setepek. Ni gambar pagi tadi. Ohhh ok, disini ada beberapa pesanan.

PERTAMA: sila abaikan jerawat saya di dahi tu ;p

KEDUA : Sila abaikan wajah kebosanan penumpang di belakang saya ;p. ( masa ni tengah tunggu Yat & Noli )

KETIGA : Sila jangan percaya dengah kecerahan kulit saya ;p. Ni matahari pagi betul2 depan saya. Memang silau sangat2. tu yang saya pakai spec.



SEKIAN, HARAP MAKLUM ;p



Ahad, 22 Ogos 2010

Sudah tiba masanya memberitahu kepada orang tua ;)

Tarikh : 27th August 2010

Tempat : Taman Sri Gombak

Misi : Membawa Bakal Tunang berjumpa Mak Ayah

Perasaan : Sangat berdebarrrr
*BF nak jumpa parents, saya yang gelabah! hoverr u ;p






Doakan yang terbaik untuk kami ya kawan2 ;)



Rabu, 18 Ogos 2010

Menu Sahur =)




:: Mushroom sup cicah roti. Perghhhhhhh sumpah sedap =) ::


Sahur pagi tadi :


1) Mushroom soup
*Belik 3 in 1 ajeee ;p

2) Roti gardenia

3) Secawan nescafe
*agar buleh meng-odit dengan tenang tanpa mengantuk2 ;p

4) Kurma

5) Air masak


Ok, itu saja menu aku
simple aja aku sahur
tapi ko tengok la nanti
mesti tak lamaaaaaa ;p
busan kot asek sahur makan yang sama aje
sok2 aku tukar menu lain ;p




Nota Kaki : Sudah 2minggu tak makan nasi. Ohhh "detik itu" semakin hampir. Risauuuu baju tak muattt (=.=)


Isnin, 16 Ogos 2010

Puasa belum seminggu lagi, aku dah plan cuti raya nak berapa hari. Hahaha ;p

Haduihhhh malas sungguh la nak update
ada ubat tak untuk rajin update?
haik? nak update pon malas ka?
siap ubat-ubat bagai?
hahahaha ;p



ohh, sorry la kepada yang bukak blog ni,
asek entry lama je
entry baru tak muncul-muncul ;p
terima kasih juga setia bukak blog ni
sebab aku cek readers, still ada
thanks a lottttt =)



ok, panjang pulak intro aku
ni baru nak masuk topicnye
ehemmm ehemmmm ;p



seperti yang sedia maklum,
trainee tak ada cuti okkkk
*sila baca dengan nada sadis sekali ;(
kalau kau MC ke, EL ke, AL ke,
W.A.J.I.B ganti balik
ini bukan policy company
but requirement by MOHE
*MOHE= Ministry of Higher Education
memang dia nak kau praktikel ngam-ngam 6 bulan




sebab tu aku malas nak MC kalau sakit sikit2
kalau larat, aku still p kerja
azabbbbb ok kalau nak ganti balik cuti
orang lain dah relax duduk dekat rumah after praktikel,
dah ready masuk part 8 (last sem),
haku ni terkedek2 p kerja
sedih kotttttttttt



lagipon hujung tahun ni ada "plan" la
kalau aku ganti2 kerja ni,
macam "terganggu" sket la
tu yang aku malas nak cuti




tapinyaaaaaaaaaaaaaaaa
memang dah tertulis kot aku kena apply cuti juga
sebab raya nanti, cuti 2 3 hari je kot?
*tak sure sebab tak naik memo lagi
so, dah memang tradisi family aku balik utara selatan,
akan makan masa yang panjang jugalah
mau nye seminggu bercuti raya
pulak tu, lepas raya pon ada "plan" juga,
kasi ruang la untuk "plan" ini
hahahhaha ;p


yes, aku nak apply cuti s.e.m.i.n.g.g.u
lantakkk la kena ganti nanti
tapi aku harap2 ganti2 tu dimansuhkan
kot2 la naik memo
budak2 trainee tak payah ganti cuti
wahhhh syorgaaaaaaaa gile weh ;p


Nota Kaki :

1) Dah praktikel ni, baru aku tahu erti penat bekerja dengan penat belajar.
Penat bekerja lagi penat ok!




2) Susahnye mencari duet.
Mak ayah, terima kasih membesarkan N 22tahun di dunia ini. Tak ternilai jasa & pergorbananmu ;(




3) Otak aku makin berkarat weiiii.
Tak tahu lah masuk part 8 kang.
Confirm bluurrrr je nanti seminggu 2 awal sem.
Dah praktikel ni, tak guna dah sistem exam oriented (test, quiz, final & etc).
Haritu buat banci. sepatutnye 15min aje jawabnye. Aku & Ayie bantai jawab sampai sejam. Terkipas2 kepanasan abang hansem tunggu diluar rumah. Hahaha
pastu 2-2 mengeluh,"susah gileeeeeee weiii soklan banci tadi" hahahhaah sengal betul ;p






Rabu, 11 Ogos 2010

Happy Convocation Day Dr Jannah =)

Ok, sambung entry sebelum ni
hehehe =)
sorry amek masa sikit nak update
konon lepas makan mcD nak update
dustaaaa lebihhhhhhhhhhh ;p
taklah, sebenarnye dah mengantuk sangat masa taip entry tu
kesan ubat selsema & batuk kot?
aicehhhh dan2 salahkan ubat ;p



:: Happy Convocation Day Dr Jannah ;) ::



ok, masa mak kejut suruh bersiap, laju je aku siap
pelik gileee hahaha ;p
akak konvo petang. Sidang 2
so, mak plan baekkkkkk punye
pukul 10pagi dah kuar rumah
buleh?
ni mak excited nak konvo ke, akak?
hahaha ;p




rupe2nya keluar awal sebab banyak nak menyinggah
si adik laki aku tu bijaksanaaaa sangat2
ayah beli digicam untuk dia
pastu masa dia tengah cas bateri (cas secara external),
bateri hilangggggg
kau bayang camera ade, tapi bateri yilekkkk pocik ;p
aiiii stardard betulkan kerap hilang barang masa sekolah asrama =)



:: Sekali pandang N tengok ayah macam Peguam Mahkamah Syariah la pulak ;p ::




pastu keluar awal sebab nak singgah beli bateri camera la
yang haku pelik, code dah sama, memang model camera tu
tapi tak buleh masuk
haishhhh nasib baik bawak turun camera sekali
kalau tak, rugi je
dah la bateri tu bapakkkkkkk mahal
atlast tangkap gambar pakai i-Phone huda aje =)



:: Aku & Huda. Muka kami dah nak sama. Now Jiran, kawan mak ayah, sepupu2 semua selalu tertukar. Sedih hakuuuu T__T ::



Singgah sana, singgah sini, jammed lagi,
sampai UKM pukul 12 lebih dah
pukul 1 dah kena berkumpul ikot course masing2 b4 masuk dewan



haa, time ni aku rasa nak gileeee
5 JAM ok aku & adik2 tunggu luar dewan
Mak ayah & akak masuk dewan
dengan hujan, petir kilat bagai
perghhhhh nak pengsan aku
dahlah time tu aku dah pening2
tunggu masa nak tumbang ajeeee =(




:: Dr Jannah & Ir Hannah. Errr kau pahal N. Amek akaun, tapi nak "Ir". Basic enginering pon tak tahu. Sila sedar diri eh N ;p. Eh2 aku saje je lah, korang jgn la serius pula ;) ::



dah tak tahu lepak mana,
kami duduk la depan screen
since 1:30 petang ok
akak muncul dekat screen pukul 4:30 petang
perghhhh dugaan betullah
dah la kepala tengah pening sangat2 ni =(


:: Anak2 dara mak. 2 dah tak available ;p. 1 aje yang available. Tu ha yang kanannnn sekalii;p ::


:: Keadaan dalam dewan. Ayah capture. Aku kan tak masuk T____T ::






Ohh ye, warna jubah adalah mengikut fakulti


Merah : perubatan
Coklat: undang-undang

* betulkan saya jika salah =)

tapi aku ada nampak macam kaler biru gelap2 sikit
*refer pic atas ni
tu yang amek Ph.D kot
sebab topi konvo dia, round cap
kan yang selalu kite nampak, topi 4 segi =)


Ni aje yang aku tahu
sebab masa hari tu, ada 3 kaler ni je
hahahha ;p


kalau UiTM, 1 kaler aje
biru gelap
lantakkk la kau fakulti mana, tetap kaler biru gelap =)



masa dalam kereta, ayah cakap :

" Jannah dah lepas. InsyaAllah tahun depan N pula "

"tu pon kalau N tak extend / repeat paper la ayahhhh"

*Harap2 sem 8 nanti aku lepas semua paper. Aminnn =)

:: Special gift from Auntie Tiny (Jiran). Jangan tanye haku mana lagi 2 tu. dah selamat masuk perut kot. Hahaha. Aku turun2 bilik aje, dah berlobanggg daaaa =) ::




keluar UKM around 6pm
then gerak ke Bangsar
Huda nak makan dekat Restaurant Mahbub
nasi beriyani dia sedappppp giler weiii
dulu masa akak dekat PASUM UM,
kalau weekend parents nak tengok dia,
kami selalulah makan dekat situ
kadang2 dah makan, bungkus juga bawak balik
eh bukan kadang2
selalu je ponnn
kalau pergi, mesti bungkus ;p
Sumpahh sedappp gilelah
tapi mahal skit laaa



Ko tengok, licinnnnnnnnnn ;p


Esoknye parents hantar adik ke MRSM dia di Melaka
Aku balik Shah Alam petang2 sket
Akak pon balik Ipoh petang.
Akak balik dengan BF dia
Bf dia baru balek Malaysia
Cuti sem 2bulan
BF dia cuti, dia pula kerja
tu yang dia teman akak balik Ipoh
pastu nanti dia balik KL balik



on the way ke Ipoh,
tayar kereta kodok (kereta akak) meletopppppp
kau buleh bayang tak kalau jadi dekat aku?
Sumpah aku menangis sambil mengigil2 takut
aku ni penakut sket
hoho =)
tapi Alhamdulillah tak ada apa2
Abg Plus tolong betulkan tayar balik =)




by the way, C.O.N.G.R.A.T.U.L.A.T.I.O.N Jannah

5tahun berhempas pulas,

at last the title as Doctor is yours

T.A.H.N.I.A.H (versi BM pula ;p)

Selamat bertugas kembali =)



Nota kaki:

Demam beransur pulih walaupon ada sedikit batuk & selsema.

Suara pon agak sengauuuu aje ;p.

Hari isnin aku p kerja tumpang lin. tak larat nak drive.

Since semalam, aku dah ok sket, aku drive sendiri ke office =)


Ahad, 8 Ogos 2010

Tuan Blog Demam

Harini hari ke-4 aku demam
abes semua pakej aku sapu licinnn
demam, batuk, sakit tekak, selsema & pening
suara pon dah garau semacam aje
baekkk punye pakej ;p




semalam after subuh, gigih aku balik Gombak
meraikan konvo akak
mulanye aku tak nak balik
kepala gila punye berat weiii
macamane aku nak drive??
aku plan nak rest aje weekend ni
*aku kan lembik ;(
kebetulan rumah En Fauzy pon ade kenduri tahlil
ahhh sudah
2 event dalam 1 masa




hari jumaat memang aku lembik gila2
balik kerja je, makan malam, makan ubat,
terus tumbangggggggggggg
aku bangun pukul 4 pagi solat isyak ;p
*sila jangan contohi aku
pastu siap2 iron baju & packing barang
5:30 pagi mandi & solat subuh
pastu terus gerak ke Gombak
lancar je perjalanan aku
tak banyak kereta weiiii
duk lane kanan aje =)




sampai umah, mak ajak brekfast kat luar
balik je, pale berpinar2
ahh sudah, jangan la pening
kejap lagi nak p konvo akak
ade yang tumbang ditengah lautan manusia kang ;(
tdo kejap around 2hours, pastu mak kejut suruh bersiap




ok, nanti aku sambung story ye
nak makan McD kejap
Dr Jannah belanja ;)

:: Dr Jannah pada hari konvo beliau, 07.08.2010 ::




Nota kaki : Baru sampai Shah Alam petang tadi. Ikotkan aku nak MC aje. Rest di Gombak. Tapi bila fikir kena ganti balik cuti, arghhhh malas pula. balik ajeeee lah ;p

Rabu, 4 Ogos 2010

2 Bulan 3 hari

:: Pic tak ada kaitan dengan entry dan pic adalah pic lama ok ;p ::



Sudah 2 Bulan 3 hari aku berpraktikal
banyak input yang aku dapat sepanjang tempoh ini
walaupon banyak belajar sepanjang 2bulan,
sebenarnye lagi banyak aku tak tahu!
faham tak? errr



Camni, bila aku tau part AAA, ade lagi Part BBB & seterusnye yang aku tak tahu
gitu la. faham kan? hehe
pastu aku ni jenis dah masuk sem baru, jangan haraplah nak ingat balik sem2 lepas
senang cite, bila kaki aku melangkah keluar dewan exam,
memang aku lupeeeeeeee semua ah
malas nak serabutkan pale otak ;p



so, bila praktikal ni,
aku kena recall balik ape yang dah blaja since 1st year okkkk
gilaaaaa betullll
elok2 semua texbook aku dah hantar ke Gombak,
bila aku balik weekend,
amekkk balik buku2 tu
bawak ke Shah alam
Study balik ape yang aku dah lupe tu
yup, nak Audit tapi ilmu tak cukup, susahlahhh
semua accounting knowledge tu kena ade kat hujung jari ah
nanti kalau ada akaun mana2 salah,
kau buleh adjust dengan lajunye
tak macam aku
dapat pelikkk sket akaunnye,
mula la tenung je akaun tu sambil tangan tongkat kepala
pastu kening berkerut2 fikir camne nak adjust balik ;p
*sila jangan contohi aku



Perubahan aku sepanjang 2bulan ini?

1) Berani drive
- Ni 1st time ok aku bawak kereta ke di Shah Alam. B4 ni aku tumpang hzmate aku p class.

2) Uncle Google jadik besfren ;p
- Bila aku nak Audit luar, kena la google dulu company tu. kang sesat tak pasal2 ;p

3) Penjimat!
- Yup, ni disebabkan kos minyak kereta seminggu adalah RM65. Kau bayangkan. tapi aku tak pernah lagi isi minyak pakai duet sendri. Selalunye ayah dah providekan every week. Macam sayang je nak pakai duet elaun & JPA ;p *terima kasih ayah =)

4) bertambah ilmu
- Kan aku dapat Audit dept. so, mindset aku, mesti aku akan odit aje. tak ade kene mgena dengan akaun or tax. sekalinye sangkaan aku melesettttt. Walaupon aku di Audit dept, aku still kne calculate taxation & buat akaun (for adjustment). See, nampak tak scope aku? bukan lagi hanya Audit. Pastu balik kje ngadu dekat Encik fauzy. Stressss stressss ;(. Tapi tak ape lah, aku dapat belajar semua major field aku =). Position aku ni kekal sampai abes praktikel. Tak rotate masuk akaun & tax dept. Syukur Ya-Allah aku ditempatkan di Audit dept. Kesian kawan2 yang dekat akaun & tax dept. Tak dapat belaja Audit



err ni aje yang aku terpikir
nanti aku update lagi kalau ada
ngantuk la pulak
siang tadi ke office client
dia tak nak accept figure tax pulak dah!
aishhhh bertambah rumit la keadaan aku ;(



Nota Kaki: Happy birthday sweet 24 sayang! =)

Ahad, 1 Ogos 2010

Counting days!

Another 1 month to go (plus minus)
bersediakah aku menempuh alam baru?



Perasaan?
bercambur baur ok!
takut, gementar, gembira, haru n etc
semuanye menjadi satu
heh, ingat milo je ke ade 3 in 1?
perasaan pun buleh ok ;p



YaAllah, permudahkanlah urusanku kelak

Nota Kaki:

Semalam balik Gombak. Mak masak ketam lemak cili api. Fushhh memang memahami betul la mak ni. Siap bagi lauk tambahan untuk aku pulang ke Shah Alam. Buleh la buat lauk berbuka kang ;P