Ahad, 25 Julai 2010

Semoga Cepat Sembuh Sayang!

Harini genap seminggu En Fauzy tak sihat
bermula dari sakit mata, then demam
Ubat dah abes, tapi tak kebah2 juga
*sedih ;(


En Fauzy yang aku kenal, amat kuat
setakat pening sket2, mampu jalani rutin macam biasa
tak macam aku,
pening sket, dah terbaringgggggggg atas katil
yep, aku lembik! ;(



:: Gift yang aku bagi kepada En Fauzy. Lantak la macam perempuan pon ade bear2 bagai. Janji ada something untuk sayangku. haha ;p Last minit ok nak lawat dia. Lepas subuh tadi, baru aku decide. Sebab tak sedap hati ;( Tak jadik nak tdo balik ;p*mintak2 bakal mak mertua tak baca part ni ;p


Ikotkan minggu ni kami nak keluar bersama
dah lama kami tak keluar
hari biasa 2-2 kerja
weekend plak, 2-2 tak free
tak pe, kami dah biasa begini since 7years ago



tapi, kami merancang, DIA yang menentukan
tak apa Sayang, ada masa kita jumpe ye
kesihatan lebih penting
dah sembuh nanti, kite plan lain ek ;)






:: Elok aku bagi paper bag famous amos, En Fauzy bagi paper bag Ariani ni. Bukan bagi tudung Ariani, but bagi kain ela kaler pink. Thanks Sayang! Buleh buat baju raya ni ;p ::


B4 lawat En fauzy, aku singgah Wangsa Walk kejap

*En fauzy tinggal dengan family beliau

beli buah tangan, ubat & makanan untuk En fauzy

Sekalinye, mak dia terperanjat ok

banyak nau aku beli ;p

mana aku tau

selalunye rumah dia meriah dengan anak2 sedara

*taktik amek hati bakal mak mertua kah? =)

btw, memang cuak gila weh tadi

cuak sebab berhadapan dengan parents dia ;p



Singgah rumah dia kejap aje

sebab aku datang dari shah alam

so, lepas tu aku terus balik Shah alam balik

memang datang Gombak semata2 melawat dia sahaja

*rumah En Fauzy di Gombak juga. Cuma lain Taman

nak singgah rumah (Gombak), memang tak ada orang

parents aku p Ipoh

tengok akak

sebab tu minggu ni aku tak balik Gombak

nak ikot ke Ipoh, Semalam aku kerja maaaa






:: Kau tengok, semalam kan aku kerja. Gigih aku bawak balik kerja. Konon2 nak buat la on weekend ni. Sebabnya aku tak balik Gombak minggu ni. Ada masa terluang la. Sekalinye langsung aku tak sentuh file ni. Gini aku bawak naik rumah, Gini jugaklah keadaanye. Tak ada mood nak buat. huhu ;p ::




:: En Fauzy tak suka aku bawak balik kerja. katanye, malam adalah masa untuk berehat & bersama keluarga. Yep, time bujang ni jela aku bawak balik kerja. Dah kawin esok tak kot. Eh2 tapi aku tak nak kerjalah. Buleh tak sayang?? *sambil buat muka paling suciiii hahhaa ;p* ::



Nota kaki :

Aktiviti hujung minggu ni :-

1) Basuh cadar

2) Basuh semua tuala

3) Kemas bilik

4) Iron semua baju kerja

5) Melawat En Fauzy

6) Ganti tdo ;p


Khamis, 22 Julai 2010

Terima kasih sayang =)


Si dia telah membelikan bateri handsetku
Bateri asek prob je kan
tak leh standby lama
within 12hours S.A.H.A.J.A
sedih ok
dah la tak guna sangat,
hari2 kena cas


lebih malang lagi,
bateri full,
sekali call masuk,
cakap seminit 2,
dapat warning bateri low
tak ke gila namanye tu??



Thanks sayang
Luv U banyak2 lah!
hahaha ;p



Sebenarnya dah lama dia bagi bateri ni
masa tu kami tengah krisis T___T
but now, kami dah ok
kadang kala pergaduhan itu PERLU
PERLU utk tau kesilapan kita & perbaikinya
thanks sayang, masih lagi menerima kehadiranku
*terharu* (=.=)



InsyaAllah hari bahagia kita akan tiba seperti dirancang
Tak sabar menunggu detik tu! =)
*pejam mata sambil menghitung hari =p*



nota kaki: Maaf, entry ini agak gelissss ;p

Selasa, 20 Julai 2010

Alhamdulillah =)

:: Sila Klik untuk mendapatkan tumbesaran yang cantik menarik tertarik aku memang de bomb. hahaha ;p ::



Jumaat lepas JPA dah masuk
Syukur Scholarship masuk tepat pada masanye
pokaiiiii ni wehh
hahaha ;p



Bila JPA masuk,
automatik terus tolak yuran pengajian
so bila aku cek bil pelajar dekat portal,
kalau dah "Sudah dibayar" tu,
memang JPA dah masuk ah
tak payah nak p ATM, cek balance ;p
dan juga tak payah nak line up untuk bayar bil pengajian
terima kasih teknologi!
eh eh, dan2 aje ;p



Semalam dapat cek
For travelling claims last month
ni yang aku claim bila aku odit2 luar la
aku tak cashkan lagi cek ni
nanti2 la
cash sekarang, maunye licinnnnnnnn
hahaha ;p


Next week dapat allowance pulak
Haishhhh tetiap minggu dapat duet
suke mak cikkkkk ;p
*bijik mata dah menunjukkan simbol "RM" ;p*



InsyaAllah aku simpan duet2 ni
untuk belanja kawen nanti buleh?
err kawen??
tettttttt
hahahhaa



OK dah, aku nak mandi
baru balek kerja ni
eh sejak praktikel,
aku selalu mandi lewat
pastu bila call Mak,
mak tanye tengah buat ape,
laju je aku jawab "baru lepas mandi Mak"
aishhhh acik kan jujur
hahaha
pastu kena bebel dengan mak
sebab tak elok mandi lewat
hahahah padan muke aku
jujur sangat kan ;p



Nota Kaki : Harini p kerja tumpang Lin. Sebab aku malasss nak drive ;p

Ahad, 18 Julai 2010

Demimu Sup Ketam ;p

First of all, sorry dah seminggu tak update
minggu lepas buzy sikit
hari2 balik lewat
nak call umah dekat Gombak pon,
sure tak ada orang angkat
dorang tdo awal ah T____T




Ehem, Ehem.. 2 Minggu lepas kan,
ade staff ni bawak gulai ketam
aku tengok pon, perghhhhhh meleleh ok ;p
dah la time tu tengah puasa
macam nak sangat2 la
kalau buleh nak cari ketam masa tu jugak
makan masa berbuka nanti *over ;p*



last week kan aku tak balik Gombak
sebab Food poisoning + fever
*rujuk entry bawah ni*
masa tu call mak
cakap teringin nak makan sup ketam
So this week aku balik Gombak
demi sup ketammmm
Hohoho ;p





:: Muka baru bangun tdo. Haha ;p Harini terbangun lewat plak. Aiseyyyman, bakal Mak mertua baca ni, sure kena reject haha ;p Bilik aku memang gelap. Dah tengahari pon, memang tak sedar. Pastu malam tadi on aircond, tdo sampai tutup kepala dengan comforter. Sejuk! tapi tak nak off air cond. Nak nikmat tdo punye pasal ;p. Enjoy gile dapat tdo lama sampai terlewat bangun. Minggu ni bangun awal. 5:30am. Pastu balik kerja dah lewat. So, feel tdo tu kurang ah. Rasa macam baru je tdo, dah bunyik jam T__T. Tu yang bantai tdo lama on weekend ;p ::




:: Misi mencari ketam di Giant. Tu je pasaraya dekat dengan rumah aku. Nak p pasar, bangun pon dah lewat kan. Hahaha ;p. Eh pasal ketam mahal gile uh? ::





Ntah bape ekor aku makan
Sedap gile ah mak masak
Tau2 je pinggan aku dah penuh dengan kulit ketam ;p



masa nak mencari ketam pon sikit punya payah ok
aku confius dengan kaler kulit ketam
ade macam hijau2 lumut, hitam, coklat & biru2
kaler semua dekat2 ok



kata Mak, ketam batu tak elok makan
ketam batu ni bila masak, jadi kaler hitam
kan ketam normal bila dah masak akan jadi kaler oren2
like picture above
sebabnye ketam batu ni haiwan 2 alam
makruh bila makan
nak makan buleh, tapi bila darurat jela
selagi buleh cari ketam lain, hukumnye jatuh makruh
haaa gitulah penerangan Mak Aji ;p



:: 3rd round ok. Muncit la aku. Haha. Aku ratah ketam ni aje. Tak makan dengan nasi. Kalau makan dengan nasi, lagi muncit kot? ;p ::


:: Muka kekenyangan makan sup ketam ;p ::


Masa makan ketam pon, dah nak maghrib
abes makan, siap cepat2
balik shah alam maaa
esok kerja bebehhhh
hahaha ;p


Aku sampai Shah alam pukul 9:15pm tadi
sekarang pukul 12.20am
ok, aku nak tdo
Bestnye kalau dapat tdo macam semalam
tdo on aircond, pastu selimut 1 badan dengan comforter
Minggu ni nak balik Gombak lagi ah
hahaha ;p


:: Semalam p JJ wangsa Maju dengan adik2 aku & jiran. Sekali terlupa la pulak hari Sabtu tak ade plastic beg. Elok masa ayah nak bagi duet, terus teringat. Fushhh nasib baik! Jadi, aku bawak multipurpose box ni aje. Kalau tak, mesti bersepahhhhhhhhhh bonet kereta aku. Main campak2 punya pasal ;p plastik beg kan tak ade ;p ::



Nota Kaki: Minggu ni maybe balik lewat lagi. Ahhhh bila la nak abes peak period ni ;(

Ahad, 11 Julai 2010

Semalam aku MC. Sebab? Jengg Jengg Jengg ;p


Jumaat baru ni, ada bacaan Yasin dekat office
sebenarnya setiap Jumaat akan ada bacaan Yasin


Masa awal2 masuk sini,
aku tak diberitahu tentang ini
bila tiba hari Jumaat
barulah aku tahu
Memang baguslah culture dekat office ni =)

Err to Aisyah, Tikah & Lina,
adakah bacaan Yasin diadakan setiap hari Jumaat before start bekerja?
Aku tak tahulah dekat branch macamana
dekat HQ, beginilah
Harmoni bukan? ;)



:: Surah Yasin yang disedekahkan oleh En Taqi (one of the partner of the firm). Semua orang dapat satu. Kaler pink ohh. Thanks En Taqi =) ::



:: Sebelum Bacaan Yasin dimulakan. Semua orang sibuk cari tempat. Sebabnya time nak start aje, time tulah apek mesin fotostat datang nak repair. Ntah ape katenya ade parts yang rusak. Kena ganti lain. Yolah apekkk. Hoho ::



Abes bacaan Yasin, aku proceed keja odit ku yang delay
matikkk la aku
tak siapkan lagi
targetnya, kena settlekan minggu ni jugak
sebab by next monday (12hb) odit company lain pula
Jadinya esok kena balik lewat lagi T_____T



sebenarnya tengah tunggu tax department kirakan tax utk co aku odit ni
then draft Audit report akan release ke Director together with signing pages




Hari Jumaat aku keluar office pukul 7malam
ikotkan nak stay sampai keja siap
tapi ade hal tak buleh elak,
aku balik jela
sambung esok, which is semalam
sabtu lah kan
tapi semalam aku MC
ahhhhh tension gile
tak suka la keja delay2 ni =(



Hari Kamis aku balik pukul 10malam
balik tu dah penat,
mandi, solat, rest, terus tdo
ingatkan nak update
*sempat lagi tu pk nak update ;p*




:: Keadan jalanraya masa aku balik hari Jumaat. Challenging bukan? Perghhh jammed teruk gile! Kau bayang dekat kotak kuning tu kereta benti. So bila arah aku trafic light dah hijau, tak lepas la. Sana sini honk. Bising okkkkkk. Mencabar betullah bagi aku yang baru saja bawa kereta di Shah Alam T__T. But, Alhamdullah aku lepas ;) ::





:: Close up sket. See, nampak tak sangkut di kotak kuning. Belakang kete aku, berderet lagi kereta ok. Memang tak buleh jalan la. sangkut dekat sini je. Depan sket dah ok. 15min dah buleh sampai dekat pintu belakang UiTM (rumah sewa dekat dengan pintu belakang UiTM ) ::



:: Selamat sampai dekat pintu belakang UiTM. Hantar Norli & Yat dekat bawah rumah dorang. Pastu aku isi minyak. Actually minyak ada lagi suku tank. Tapi aku ni jenis tak yakin, takut2 jammed ke, sesat ke, tu yang standy. Hidup kena beringat maaa ;p. Isi full tank, singgah KFC Drive thru & balik rumah. Sampai rumah dah pukul 8mlm.kelam kabut solat maghrib ;p::



:: 2 jenis injection yang harus aku terima. Menitik air mata aku ok. Sumpah sakit ;( ::


Esoknya (read: semalam) aku MC
sebab food poisoning & demam
gila sakit perut weh
minum air, masuk toilet
bila makan, tak dan abes, masuk toilet
sekseeeeeeee sangat
buleh kurus secara mendadak ok


aku tak tahu ape punca
hari kamis aku puasa
kan aku balik pukul 10mlm
so, aku buka dekat office
beli makanan dekat kedai makan yang biasa kami p bila lunch hour
malam tu perut dah start meragam
berlarutan sampai esoknya
sampailah semalam, aku lemah gila
nak turun katil solat subuh pon,
aku dah lembik sangat2
yela asek membuang je,
badan tak ada tenaga


dalam masa yang sama,
badan seram sejuk
dalam mata panas,
pening.
errr nak demam ke ni??
jangan la demam
aku banyak kerja tak settle lagi ni ;(


then aku decide, MC jela
tengahari sket baru p Klinik
tu pon pk 80x
buleh ke aku drive??
sekalinya superman datang menyelamatkannnn
hahahah munguk gile ayat ;p
Encik Fauzy telah datang bawa aku ke Klinik UiTM
thanks sayang ;)



:: Nurse yang sedang menyiapkan jarum suntikan untuk aku. Nasib baik nurse ni macam friendly. Kalau tak, dah lama aku menjerit kesakitan. Nasiblah sape yang ade dekat wad tu ;p ::




:: Di katil inilah aku menerima suntikan. Sakettttttt gila. 2-2 suntikan di punggung. sebab 2-2 suntikan ni agak kuat. so nurse kata kalau inject dekat lengan, lengan buleh kebas dalam masa yang lama. nak suntik 1 kiri 1 kanan, mana buleh. nanti aku tak buleh menulis. Jadinya suntik di punggung saja ;( :;


Alhamdulillah aku dah ok sket
tapi perut still saket lagi la ;(



now aku tengah minum air yogurt Encik Fauzy belikan semalam
sape nak?
meh datang sini
kongsi dengan orang sakettt ;p



Ohh hoo, sorry pic aku tak ada
aku ada capture
tapi tak sanggup nak upload dekat sni
aku takut korang cepat2 click "X" dekat penjuru window ni
muka aku gileeeeee punya pucat ok





Nota kaki : Setiap sabtu minggu pertama adalah cuti. Minggu berikutnya kerja macam biasa, tapi halfday aje lah. Tapi semalam Branch di Penang cuti. Sebab Israk mikraj. Ahhh jeles dengan Aisyah & TIkah. Lina, ko cuti gak ke? *harap2 tak. sebab jeles ;p*




Rabu, 7 Julai 2010

~Andai Dapatku Undurkan Masa~

Tadi saja2 buka folder gambar lama2
sekali terjumpa gambar dulu
ohhhh memoryyyyyy gilaa
rasa syahdu je tengok
bila tengok, automatik teringat zaman dulu
sedih, gembira, pahit, semuanya ditelan jua
pastu sambil tengok, lagu tengah play is,
Axl's: Andai dapatku undurkan masa
touching gile wehhhh
Ni lagu lama. Lagu rock kapakkkkkk
siapa tak tahu, p download cepat lagu ni
hahhaha ;p




:: Form 5 2005. Yes, aku librarian. Tapi tak ada la muka aku je dekat library tu. Bukan ulat buku ok ;p. Aku akan ada di library bila aku bertugas je. Hari2 tak terlibat, cepat2 aku balik. Sebab nak sambung tdo. Haha ;p Weh2, dah form 5 ni, liat gila nak bangun pagi. Mak dah terjerit2 baru turun katil cepat2 masuk toilet ;p Tapi tu dulu la. Masuk je matrik, ari2 aku bangun 5:30pagi. Buleh plak bangun sendri. Ajaib bukan? Until now aku still bangun 5:30pagi. Meeting pon kadang2 aku tak attend. Pastu bagi alasan tak dapat pon info. Buleh? Hahaha ;p ::



:: Ni namanya gediksss santai bila dapat tahu kelas BM cancellllllllllll. Suka gila hakuu.. ;p ::



:: Suka sangat masa ni. Rindu mereka ;( ::



:: Nasib kau la Farah, Kau yang capture, tapi muka kau tak nampak. Haha. Posing dekat toilet pon jadik? Haishhh budak2 comel sekalian ni. Err comel? motif? Hahaha ;p ::




:: With Hetty Dayana during our Farawell Party at Dynasty Hotel, KL ::


:: Nampak tak cekgu yang pakai baju hijau tu? Yang 2 dari kiri pon "cikgu" gak. Cikgu kuat makan eskem Baskin Robbins hahha ;p Haa tu la guru class aku masa form 5. Pn Wong Yen Lee. Comel oh dia. Kalau dia ngajar, aku suka tengok gaya dia. Abes je dia ngajar, aku tak tahu ape yang dia ajar tadi. Dok tenung je dia punya pasal. Hilang focus dalam cls. haha. Tapi paper dia, aku dapat A ok dalam SPM. Bangga makcik belakang rumah aku. (tak ada kena mengena pon. Hahha ;p) ::



:: Rakan seperjuangan form 5. From left: Nor. Tengah amek degree architecture di UiTM Shah Alam. sebelah Nor, aku la kan. Hehe. Sebelah aku, Safiah. tengah amek Degree perakaunan di UUM Sintok. then yang tepi sekali is Fong Yi. Sekarang sambung belaja di oversea. di bawah tajaan JPA. Aku dengar dia amek ekonomi kott. Ntah la. ni aku dengar2 orang cakap je. hehehe ;p ::



:: 2 orang budak kecik tu anak jiran ok. Abang dia ada terima Anugerah juga. So, masa kami bergambar, merengek2 dekat mak dorang nak tangkap gambar dengan kami. *Tipu. Ada yang percaya? Hahaha ;p ::




:: Sampai sekarang aku tak percaya aku dapat Anugerah ni. *Anugerah apa, biarlah kami saja yang tahu =)* Bila balik Gombak, aku pandang trofi dekat atas rak dalam bilik aku, terus rasa nak nangis. Really. Aku bukanlah pelajar bijak pandai seperti adik beradikku yang lain T__T ::



Nota kaki:

1) Arini siap audit Company XXX. Elok bagi files Company XXX dekat Supervisor to review, terus dapat Company YYY plak. Memang exchange file gamaknye. Haha..


2) Bulan ni kritikal sket. Banyak kerja Urgent. Client pon dah bising2 nak Audit report cepat2. Tak nak kena penalty by CCM ye? Hahaha ;p

Ahad, 4 Julai 2010

Ipoh- Part 2

ingatkan kuartes Jannah dekat belakang dewan bersalin tu kan
so, kiteorang pon main agak2



"depan lagi kot ayah. Tu ha ade macam hostel belakang tu"



Sekalinya, salah weiii
salaahhhhhhh
aku yang bagi cadangan tu,
bila salah, aku terus diammmmmmm
hahahha ;p
call balik si Dr Jannah tak betul tu
hape ni weiii, sesat barat kami
rupanya2 masa jumpa dewan bersalin tu,
sepatutnya belok kanan
kami p bantai belok kiri
tu yang sampai ke dewan bersalin
err siapa nak bersalin ni??
hahahha ;p



Jannah tak tahu kami dari arah mana,
then kami pulak kelam kabut
yela hosp ni 1 way ok
kalau kau terlepas lorong mana2,
jangan mimpi kau nak reverse ke hape ke
dah la time tu time melawat
puiiiii kereta beratur ok belakang kami
so, kemaafan di situ =)






:: From left: Dr Jannah, Ayah a.k.a Pak Haji, Huda ::



:: Kodok ni la yang banyak berjasa walaupun tersenguk-senguk bila naik bukit. Errr Jannah, tumpang lalu ;p ::



Sampai2 je kuartes Jannah,
first thing, cari Kodok dia
Hahaha ;p
Mak bising Jannah park kereta tak betul




"Kau ni Jannah, park la betul2. Makan space orang lain ni. Ayah nak park sebelah kau pon dah susah"



"Alaaaa mak, parking kat sini tak pernah full. Ramai doktor2 kuar masuk. Ni Nah park kejap je. Jap lagi masuk kerja balik "



Turun2 kereta, angkut barang2 Jannah
masa lapor diri tu,
dia tak bawak banyak barang sangat
so, dah plan nak visit dia,
tu yang dia tinggalkan dulu barang tak berapa nak penting


Mak melanggang kangkung
Huda & Jannah je yang angkat
aku nak tolong gak
tapi dah abes di angkat oleh mereka
so, I pon melanggang kangkung jugak lah ;p
*selamat hakuuuu ;p*



kuartes dia luassssss bebeh
buleh main nyuruk2
hahhaha ;p
ada hall, toilet pon luassssss



oleh kerana mak aku ni jenis details
abes semua dia tanyaaaaaa



"Jannah sidai baju kat mana? Mak tak nampak pon ampaian? "



" Hantar dobi je Mak. Tak sempat la nak basuh2 ni. Busy dengan on call je. Balik dah letih. Tdo. Bangun2 je, masuk kerja balik "





:: Ni lah Huda. Adik bongsu yang paling banyak songeh. Kuat demand pulak tu, Haishhh. Muka dia sebiji macam muka aku kan? Nenek aku selalu tertukar. Hadoiiiii ;p ::

:: Nak kotiaw kungfu tak ada pulak. belasah jela nasi ayam pon ;p. Pinggan dia kaler pink oh ;) ::



Akhirnya pukul 6:30 petang baru aku dapat makan yang heavy
Makan dekat area mana ntah
dia ade gerai banyak2
pastu ade kerusi depan gerai2
alaaaa macam medan selara lah



masa kami menghampiri medan tu,
ade pakcik ni dah panggil2 kami suruh makan kat kedai dia
so, kami belasah jela, janji dapat makan cepat2
yela masa ni 6:30petang dah
Jannah masuk kerja pukul 7malam


kedai pakcik ni jual makanan je
Air kena order dekat orang lain
tapi ayah dah order air siap2 dekat dia
nanti dia order jela dekat orang yang jual air



Tak lama lepas tu, air yang di order pon sampai
Ayah duduk membelakangi kedai tu
Mak pula, berhadapan kedai tu
So, masa air sampai,
pekerja yang hantar tu XXX tau
*bangsa terpaksa dirahsiakan ;)


Eh, mak dah was2
Mak aku ni kan details
so, mak tenunggggg je balik pekerja tu masuk kedai dia balik
sekalinya memang kedai tu kedai XXX



tapi kami hairan, ramai je Malay yang singgah kedai tu, terus order
macam dah biasa la dengan kedai tu
Mak dah tak sedap hati, gelas2 kami ditolaknya tepi


Ahh sudah, jadinya Pak Haji "berceramah" dengan Mak Aji
pendapat tu la, ni lah
aku dengar jela ;p


At last, Mak tak nak
XXX tu dok pandang je kami
awat la tak sentuh air dia ;p

Ayah pon panggil pakcik tu balik



" Bang, Nak tanya, Air ni kedai sebelah ke yang buat? "


" Ha'ah depa yang buat. Depa orang XXX "


" Oh yeke. Tolong order kan dekat kedai Melayu, air yang sama "


Pakcik tu dah serba salah, terus tulis air hape cepat2
tak lama lepas tu, dia datang balik dekat kami



" Bang, mintak maaf. Saya tak tahu pula abg tak minum air kedai ni. Selalunya kalau orang datang, dia akan mintak nak air melayu or air dari kedai XXX "



"ok tak pe2. saya pon baru 1st time datang makan sini. Pasal air ni, jangan risau, saya bayar"



"mintak maaf banyak bang. Saya tak tahu pula abg tak minum air dari kedai XXX"


Elok pakcik tu blah,
mak dah pottt peettt


"dia ni tak tengok ke kita ni Melayu. Dia pon Melayu. Tak kan tak faham. blaaaa blaaaa "

aku? Makan jelaa
laparrrrr gila ni wehhh
hahahha ;p


:: Rania Farhana ::


after makan, hantar Dr Hannah, Eh silap, Dr Jannah ;p ke kuartes dia
*berangan nak jadik Dr konon N. Masa cls sains dulu, suruh buat hipotesis pon terkebil2 ;p
then kami terus ke rumah Pak Long (abg sulung ayah)
cadangnya nak melawat cucu dia
then terus tdo sana
esoknya balik KL


comel oh cucu dia
ibunya (sepupu aku la kan? ;p) masih dalam pantang
tak banyak ragam pon baby ni
erkkk erkkk jela kalau terjaga ;p
comel ;)
ikotkan aku, masa dia erkkk erkkk, aku bior je
kuat sket suaranya alaa alaa macam nak nangis,
baru aku angkat
buleh?
tula, sape suruh suara comel2 sangat ;p




sekarangkan musim durian
haaaa hambek kau,
aku tak makan durian
tapi bila bau je, aku nak pengsannnnnnn
pening oh. tak tahan


pastu Pak Long siap buh dalam guni
suruh kami bawak balik KL
ohhh sudah, pening la aku sepanjang perjalanan Ipoh-KL ;(



memang dalam kereta, aku diammm aje
pening sangat2
nasib baik ayah bawak laju
terasa kejap je dah sampai Gombak =)
masa dalam kereta, Fasiha (sepupu) msg huda,
tanya ade tinggal baju tdo tak dekat atas bantal?
aku dengar, teruss erkkk erkkk

Baju aku weiiiiiii
haaa sudah, tulah, bila kepala dah pening,
semua bnde aku amek ringan je


Sampai2 Gombak,
aku tdo kejap dalam 2jam
gila pening weiii
*kejap ke 2jam tu? haha ;p
Then bangun2, siap2 balik Shah Alam
esok kerjaaaa maaa
Errkk malasnya nak drive balik Shah Alam


Sampai2 Shah Alam, terperasan sikat aku tinggal dekat Gombak pulak
ahhhh tensionnye
semua bnde nak tinggal
kawen sok tak tau la
tertinggal anak kot
buleh? hahaha ;p



:: Huda & I-phone nya. Gila ah. baru form 2 dah mintak handset mahal2 dekat ayah. Kau cuba tengok kakak kau ni, bateri handset dah gile. Tunggu masa nak campak dekat Lombong je. uhuk2. Ayah, nak handset baru jugakkkkkkkkkkkk ;( ::


:: Jajan ku masa balik dari Ipoh-KL ;) ::



kata mak, Jannah tetap dapat gaji bila cukup bulan
kan selalunya Gov servant, 3bulan pertama tak dapat gaji
bulan ke 4 baru baru dapat gaji plus yang tertunggak tu


So, Jannah dapat gaji macam biasa plus payment for on call


Ohh Jannah, Kaya la kau
basic kau pon dah banyak, plus oncall
fussshhh masyukkkkkk


Jeans 3 helai pelissssss ;p
nak belanja aku handset pon tak ape =)




Nota Kaki :

1) Sorry entry ni agak panjang. Memang nak abeskan terus ;)

2) Sorry juga lama tak update. Busy. Minggu lepas banyak kerja urgent & odit luar

3) Petang semalam baru sampai dari Gombak. Hehh aku ni, tiap2 minggu balik ;p

4) Minggu ni busy juga. Tapi InsyaAllah aku cuba standby auto publish entry =)