Ahad, 27 Jun 2010

Ipoh- Part 1

haha poyo gila nak buat part2
padahal pergi Ipoh sehari je
tapi disebabkan kepala aku tengah pening,
plus aku mengantuk sangat,
tu yang aku tulis ni by part
ok, lets we start b4 aku tertdo dekat laptop ni ;p





pergi Ipoh semalam ye,
hari sabtu 26hb
sebenarnye aku kerja semalam
tapi aku mintak balik awal
pukul 12 dah cabotttttt
supervisor bagi kebenaran maaaa =)
ikotkan mak aku,
dia suruh aku cuti aje
tapi aku malasssssss
sebab kalau tak cukup 6bulan praktikel,
nanti kena replace balik
ah, tak nak aku
elok2 buleh abes 30nov,
kang kena extend
ni bukan polisi company ye
tapi requirement by MOHE
MOHE= Ministy of Higher Education





Dari office, aku terus ke Gombak
barang2 aku dah masuk dalam keta siap2 pagi tu
sepanjang jalan, kejap2 handset bunyik
mak call la, pastu ayah plak
tak lama lepas tu huda plak
heh, dah la bateri macam bengong sket
elok full, mak call, terus warning bateri low. cissss!
soalan yang sama dorang tanye,


"dekat mana ni?"


sebabnya, memang tunggu aku je
then terus ke Ipoh
kau tahu, aku sampai Gombak je,
pagar rumah dah terbuka
nak masukkan keta aku
memang konon2 aku dah lewat sangat la
padahal aku mintak balik awal
kalau aku tak mintak balik awal,
Cium pagar jelaaaaaaaaaaa
dorang dah lama bergerak
hahahah ;p



nak bertolak awal sangat sebab akak aku free pukul 5-7pm aje
then masuk kerja balik
masa kerja dia tak fixed
aritu mak kata dia masuk pukul 7am until 1am
ahh gila la
kaya oncall jela kau Jannah
duet oncall tu jangan lupe belanja aku jeans ye ;p



:: Baskin Robbin at R&R tak tahu. Hahaha ;p ::



oleh kerana dah lambat,
masuk je highway,ayah terus speed
oh macam biasa,
mak memberikan ceramah supaya ayah kurangkan kelajuan ;p
pastu slow balik, tak lama lepas tu,
ayah sambung speed balik ;p


Alhamdulillah 2jam perjalanan,
akhirnya sampai Ipoh

masa dalam kereta mak tanye aku dah makan ke belum
yela pukul 12 aku dah kuar office
mana sempat lunch lagi
kelaparan aku ok time tu
tapi aku malas nak cakap
sebab dah lambat kan
kang kalau berenti dekat R&R, sure lagi lambat
aku cakap makan dekat Ipoh jela dengan Jannah


tibe2 ayah berenti dekat R&R mana ntah
benti nak solat jamak
ayah suruh beli apa2 dulu buat alas perut
beli sandwich ke, burger ke
then aku ternampak Baskin Robbin
ohhh no! terus tak ingat pesan ayah suruh beli burger or sandwich
hahahah ;p
makan eskem, terus kenyang gileee =)



:: Satu-satunya perisa aku suka. Chocolate Mint. ::


:: Motif tunjuk kaki? Hahaha ;p ::


:: Hasil rembatan di R&R. Aiskrem, Mister potato (sudah abes ditelan b4 snap pic ;p), 100plus & air mineral ;) ::



:: Hopsital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Macam tak percaya je, gigih gila Jannah drive sensorang dari Gombak ke Ipoh, then lapor diri sorang2. Heh, kalau aku, tak dapettt la. Independent gila kau. bagus2. Anak sulung kan. Tak leh manja sangat. Anak ke 2 tak ape. Exempted. Motif? ;p ::




Sampai Hospital, sesatttttt ok
punya besarrrrrrrrr hosp ni
fushhh, kalau jalan kaki,
mauu lengoh
pusing2, masuk dewan bersalin
diulangi, dewan bersalin ok!
hahahha ;p


Jannah la ni
pusing kiri, pusing kanan, terus la, hape la
last2 jumpe dewan bersalin
Huda dalam kereta dah gelak2
hahaha ;p



Bersambung.....



Khamis, 24 Jun 2010

Kenapa Orang Takut Dengan Auditor eh?

Pagi tadi aku masuk office,
aku dapat job baru
kena audit company lain plak
ni company ke 5 aku audit since masuk praktikel
bunyik macam banyak je kan?
relax2, ni company kecik2 je
2 adalah company dormant
lagi 2 tu bagi aku company yang aktif jugalah
1 company dah settle
means, client dah dapat audit report dia
lagi 3 companies still pending
sebab tunggu Director company XXX sign signing pages
*Nama company adalah rahsia ;p
so, semantara tunggu Director sign,
aku proceed dengan company lain dulu
sekarang peak period maaaaa
banyak lagi job tengah Q



tadi aku p buat Statutory Audit
Registered Office company yang aku baru dapat ni di Gombak
wahhhhh peluang baikkkkkkkk nak singgah rumah kejap ni
hahahha ;p
then call company secretary tu
buat appointment nak datang
siap main "tolak2" tau



"U nak datang pukul berapa? Sebab I kena cari files2 dulu. Nanti U datang, tak payah tunggu I cari files. Terus buat kerja U la"



"Eh I la patut tanya U free pukul berapa. Sebab I yang nak datang sana. Lagipon maybe I sampai around b4 lunch hour. Sebab I dari Shah Alam "



"Since U auditor, memang kita akan bagi priority. Sibuk macamna pon, Masa untuk auditor bukak files, memang ada "
*tiba2 rasa kembang plak ;p


"ok, I datang around b4 lunch hour ok? "

"Ok"




:: Nampak tak tudung kaler putih belah kiri tu? haaa tu Norli. Tak sabar2 nak p company ni. Haha ::



Norli nak ikot aku
sebab nanti dia tinggal sorang dekat office
Lin, & Yat buat Statutory Audit juga
tapi di Subang aje
Ayie pulak p Audit KRU dekat Cyberjaya nunnnn
memang sah2 tak ada dekat office harini
tu yang Norli nak ikot
nanti dia sorang2 je trainee
ahh, kesian pula dekat dia
merengek2 dekat telinga aku ni
nak ikot, nak ikot
takut sangat aku tinggal dia ;p





:: Ni la office nya. Kami diberi layanan sungguh tip top sekali =) kami terpaksa "berlakon" menjadi Auditor yang telah berkhidmat lama la kononnye. Padahal kami Trainee je. Terpaksa berlakon sebab nanti client macam was2 dengan kredibiliti kami. Yela Trainee kan. Mana ada pengalaman meluas sangat ;) ::




Since office tu dekat dengan rumah aku di Gombak,
aku plan dengan Norli,
Solat & rest dekat rumah aku dulu
nanti baru balik office
kesian plak dekat dia
dah la puasa
gigih gila nak ikottt aku
padahal panas terik kotttt tadi
at last, tak dapat singgah pon rumah
sebab aku tak ada kunciiiiiiiiii
hahahha
nak minta dekat Huda,
sure dia dah p sekolah
dia sekolah sesi petang maaa
tulah, buat jahat lagi
sure tak lepasssss punya
professional sket buleh wahai Cik N & Cik Norli?
hahahha ;p




:: Sampai2 je, Files dah ada atas meja. Pandai2 la kau nak fahamkan nature company ::


Kami sampai pon dah 12.15
belek2 files, fahamkan nature company tu pon dah makan masa
tengok2 dah pukul 1
aku suruh Norli solat dulu
aku turun makan dekat kafe bawah office tu kejap
kau tahu lah kan, aku makan memang lama
naik2 atas je, Norli dah siapkan kerja aku
siap fotostatkan semua document2 penting
padahal ni company aku kena audit
bukan norli
wahhhh, suka gileeeeeeee aku
tak nyesal aku bawak dia ;)
thanks Norli =)
lepas ni kalau aku kena buat Statutory Audit,
aku ajak kau eh ;p




masa dekat tol,
aku mintak resit tau
then aku macam kepit dekat bibir
dia nak tarikkkk ok resit tu dari bibir aku
sebab time tu, tangan kiri aku pegang stereng
tangan kanan tekan button tutup balik tingkap
dia tengok macam aku tak cukup tangan,
tu yang gigih nak amek gak resit tu kat bibir aku
wahhhhh, kau buleh jadik PA aku la Norli ;)
memang tak nyesal ah bawak kau ;)



:: Lif nak office ni kaler pink oh. I likeeeeee ::



dah settle semua,
kami kemas2 la nak balik
Akak tu siap cakap


"Tahun depan Audit la company ni lagi"


wahhhh akak, kami ni Trainee je
dia ingat kami permenant staff as a Auditor
hahahah
nak gelak guling2 je rasa



haritu Norli p company XXX dengan Yat
sebab tak faham dengan akaun yang diberi
kau tau akak tu cakap ape?

"Eh akak takut la pulak 2 Auditor datang macam nak serang akak je"

Hahahhaa ;p

Pesal la orang takut dengan Auditor eh?
nanti aku tak nak ah kerja as a Auditor
Accountant pon tak nak
nak jadi suri rumah sepenuh masaaaaaaaa
buleh tak wahai Bakal Suamiku? ;p





Nota Kaki :

1) Statutory Audit ni 1st step b4 Audit dijalankan. Dari situ kita buleh tau apa nature company ni, siapa Shareholder dia, berapa banyak share yang Authorise & issues n etc..




2) InsyaAllah hujung minggu ni aku balik Gombak. After kerja ari sabtu, terus balik. Parents ajak tengok akak di Hosp Ipoh. Kesian perempuan tu, dah la last week kena lapor diri sorang2, drive ke sana pon sorang2. Selamat berkhidmat sebagai Doktor selama 10tahun la ye Dr Jannah ;p




3) Sekarang pukul 8:41pm. Aku tinggal sorang je ni dekat rumah sewa. Ayie p audit KRU tak balik2 lagi. Tau la kau jumpa Norman, Eddry & yusry. Jangan la sampai tinggalkan aku sorang dekat rumah. Aku takut ni wehhh ;(.. Erin pun takbalik lagi. Dating dengan bf dia la kot ;(




4) Ok dah, aku nak call rumah (Gombak). Pastu nak tdo. penat kot arini ;(





Selasa, 22 Jun 2010

Buzy Tapi Tak la Buzy Sangat.

Ohh buzy gila last week
client nak audit report dia as soon as possible
sebab dia nak masuk tender this week
but now, Alhamdulillah
dah settle ;)



sabtu lepas aku kerja ok
tapi half day jela
after kerja, balik Gombak
kereta harus diserviceeeee
gamble gila aku ulang alek p kerja 3 hari dengan break tak cengkam
hahahah ;p
tak ada la, actually kan malam tu ayah datang
bukak2 tayar, cek tangki break,
semua ok aje
tu yang aku berani bawak
if tak, tak berani dennn
aku kan penakutttttt ;p




semalam mak call
ajak p Ipoh weekend ni
tengok akak aku
actually last sunday, dia p Ipoh
aku tak pasti sama ada dia drive sorang, or kawan dia ada tumpang sekali
sebab Isnin ( 21hb), dia lapor diri utk bertugas di hosp Ipoh
parents aku tak dapat hantar
sebab Farith dapat award dari Pusat Tuisyen Kasturi
ntah ceruk Hotel mana untuk amek award
aku tak pernah dengar pun nama hotel tu
dapat cashhhhh ok, RM70 (PMR 7A)
then petang tu, hantar dia balik MRSM
malam plak, parents hantar aku plak
kereta aku tak siap service lagi
berkejaran parents aku dengan urusan anak2
macam la anak2 dia kecik2 lagi
haha ;p
tu nasib baik tak hantar akak aku kat Ipoh
if tak, muka parents aku jela yang lalu lalang dekat highway ;p



masa hari isnin,aku tumpang ayie
Ayie memang dah bawak kereta masa minggu ke 3 praktikel
sebab kan dia banyak kena audit luar
so, masa balik, aku tumpang Lin pula
thanks both of u ;)
malam tu, ayah datang hantar kereta ;)
siap isi minyak full tank okkkk
oh kalau macamni,
tetiap minggu N nak balik Gombak la
buleh tak Ayah??
hahahha ;p


"Err, Mak, kalau N tak ada kerja urgent, N balik minggu ni. Kurang2, dapat minyak free lagi ;p"



Kuat minyak ok kereta ni
seminggu 1 tank
kalau 4minggu dalam sebulan,
perghhhh abes duet elaun untuk minyak sahaja
ohhh JPA, bila kau nak masuk ni??




Oklah, aku nak bersiap p kerja
nanti kalau free aku update eh
kat office tak dapettt la
acik buzy ;)




Nota Kaki : Harini ada pasar malam. Balik kerja harus singgah ;)

Rabu, 16 Jun 2010

Korang Berani Tak Drive Kalau Minyak Break Kering or Bocor?

Fushhh sumpah aku menggeletar nak taip entry ni
masih lagi dibayangi kejadian siang tadi
Tapi Alhamdulillah tak ada apa2
Aku je yang over suke pikir mendalam
Imaginasi tinggi kononnye ;p





Ok, pagi tadi aku kena p Subang
p dengan Kak Sa'a (Senior)
Bertujuan cop & Sign Suruhanjaya Sumpah untuk Audit report
Sebanyak 165pages harus di cop
Then lepas cop 8 copies, kami tinggalkan yang balance
after ke Kelana Jaya, datang balik ke USJ
lama kottttt nak tunggu dia cop satu2
yela banyak tu 165pages
kalau aku, patahhhhh jari i
hahha ;p
pastu we all ke Kelana Jaya pula
submit audit report to company secretary
memang Registered Office company yang diaudit tu, di Kelana Jaya
So, harus hantar copy audit report disitu






:: Pesuruhjaya Sumpah di USJ 10 ::




:: Tekun beliau sign. hehe. Oh ye, feesnya, RM3 per cop. OK sekarang kau kira RM3 darab 165pages. Fushhhh masyukkk beb, hanya duduk di office, sign2 tak sampai sejam, dapat RM495. Sign sambil goyang kaki pon dapat RM495. Pehhh gila lah. Since kami from MNZWAJA, pelanggan tetap dia, dapatlah RM3. Normal price is RM4 or 5. Haaa cuba kau kira lagi kalau RM5, darab 165. Wahhhh kaya nyahhhh! Eh mentang2 budak akaun kan, pakai belasah je suruh korang kirakan ;p ::





:: Audit report yang perlu di cop ::


:: Submit beberapa copy (aku lupa berapa copy) to company secretary di Kelana Jaya ::




Ok,cerita menakutkan bermula disini
ohh kejap2, bagi aku bernafas kejap
huhu




camni, masa on the way ke USJ,
aku perasan break kaki tak makan sangat
means, kena tekan sampai ke dasar baru kereta slow
tu pon masih bergerak
time ni aku dah agak,
kalau tak tangki minyak break bocor,
kemungkinan lain ialah minyak break kering




kau dapat bayang tak gila punya tekan break sampai ke dasar?
macam kau tekan clutch tau
b4 ni aku ulang alek office ok aje
pijak sket je pedal, dah cengkam gila
kalau aku tekan dalam2 sampai ke dasar,
sure member2 aku tersembam kan
*ni b4 aku perasan break tak makan




then masa dekat area Taipan USJ,
aku drop kak Sa'a dekat McD
dia nak lunch
aku lepak dalam kereta je
puasa kan
so, time ni aku dah tak sedap hati
aku call ayah




"Salam Ayah, Break kereta tak cengkam la. N tak yakin nak drive. N tekan break sampai ke dasar baru kereta slow. Tu pon masih lagi gerak2. N kena amek jarak yang jauh untuk break. N takut tiba2 kereta menyelit depan N, then N nak break pon, sure tak cengkam dah. Mesti Dummmmmm punya"




"N dekat mana ni?"




" N dekat Taipan USJ. Cop & sign for Oaths"




"N cuba start enjin then tekan2 (like pump) pedal break. ketat tak? kalau ketat, masih lagi buleh guna untuk sehari dua ni"





Tiba2 tupppppp..
handset off
bateri empty
bateri aku kan rosak
urghhhhhhhhh tension gila
nak nangis dah ni
lama sket, aku on balik
ada beteri la
tapi dok bagi warning bateri low


haaa kau, cuak tak kalau ada kat tempat aku??
dengan break tak cengkam,
handset pulak rosak ;(



" N dah tekan2. Still longgar. Ayah, N nak p bengkel la. Suruh mekanik tengok2 kan "




"Jangan! N perempuan. Nanti kena tipu. Silap2 dia tukar spare part yang ori, replace yang tak elok. Camni, N cari pump station, mintak tolong dia tengokkan. Kalau minyak break kurang, mintak dia refillkan. Pakai duet N dulu, Nnt ayah ganti balik"



" Ok "



" Kalau N tak yakin, jangan guna gear "D" tapi guna gear "2" Ia. berat sket. Kalau tak pijak pedal, dia tak gerak sangat. tapi kalau still tak yakin, masa break kaki, back up dengan break tangan. Jangan angkat terus. angkat hand break sket2 "



" Ok, Nanti kalau ada apa2, N call balik"







:: Kak Sa'a setia menunggu walaupon tika ni dia masih lagi tak tahu ape masalah kereta. Hahaha ::


:: Akak petronas ni tak reti nak refill. So kebetulan ada mekanik masuk petronas. Akak tu suruh dia refillkan. Ohh baik betul mekanik ni. Thanks ya. Syukur Ya-Allah permudahkan urusanku ::




" Ni kereta auto ke manual? "


"Auto la"


"Bahaya ni dik. Kena p bengkel jugak. Sebab auto ni still bergerak walau tak tekan minyak. lagi satu tak pasti apa puncanya. Nak kata minyak break kering, almost penuh je tangki ni. Takut dia bocor sket2. Bahaya time jalan jammed. kang sedar2 langsung tak buleh break langsung "


" OK abang. terima kasih banyak "



Pastu aku call ayah balik



" Ayah, pedal dah ketat after refill. Ni n nak balik office balik"


"Ok, drive carefully. Ingat pesan ayah, kalau tak cengkam jugak, back up dengan break tangan "




"Okkkk"





:: Perjalan dari office ke USJ then ke Kelana Jaya, Patah balik ke USJ, baru balik office. Buleh claim ok, RM0.80/KM. Sila kira RM0.80 darab 91KM. berapa? uhhh kira lagi. Hahaha ;p ::


:: Minyak break. Beli di Petronas USJ 14. RM18 ok. Standart la, price dekat pump station memang mahal ::


tadi masa balik kerja,
kejap cengkam kejap tak cengkam
tapi aku tak la break sampai ke dasar macam dekat USJ tadi
still buleh break but aku masih tak yakin
yela kejap buleh kejap tak
bahaya wehhh



Baru kejap tadi ayah call
Nak amek kereta bawak balik Gombak
then pagi esok ayah hantar balik
tapi esok aku nak p kerja macamanaaaaaa?



"Ayah ingat nak bagi pakai Civic dulu sementara ayah hantar kedai. Tapi civic dah 1000KM. kena service. If tak, nanti dia jammed. Appoiment hari Jumaat. Yang lain full. Kalau N berani, bawak kereta ayah ni dulu. Ok? "



" Tak nak lah. besar dan panjang. tak reti budget. Rela N naik teksi ;( . Ayah, N hantar bengkel jela eh? "



" Ade duet tak?"


"Tak deeeeee"
*laju je aku jawab. Haha ;p

" OKlah, N tunggu. ayah datang sane. Tengok kereta macamana"



:: gambar aku tak ade. Sebab muka pucat kecuakkan. *Tipu. Hahaha.. tengok baju aku pakai harini pon ok gak kan? Haha ;p ::



Ok, aku nak mandi
kejap lagi ayah nak datang tengok keadaan kereta ;)



Isnin, 14 Jun 2010

Saya Mahu Handset Baruuuuuuu

Tajuk entry mintak pelempang ohhh
tak berlapik langsung
hahahaha ;p
Eh2 tapi serius la aku perlukan handset baru
kalau tak, bateri baru pon dah bersyukur sangat



: Handset yang digunakan sekarang :
Credit to google




Now, baterinya dah rosaklah
tak buleh standby lama
aku tak guna camera, dengar lagu, masej & call,
sehari bateri dah empty
gila tak??




ikotkan, aku jaga gila ok
masa charge, memang aku off hadset
bila kuar word "Fully charged", baru aku on balik
jangan kata bateri, cover depan handset ni pon aku jaga
ia macam berkilat sket kan?
and kalau bercalar sket, memang nampak la
sangat jelasssss ok
tapi aku jaga bagi tak bercalar sangat
calar tu ada la, tapi sket2 je
tak jelas sangat
classmates / friends aku selalu tegur,


"N, macamana kau jaga cover dia ni? Still Berkilat, tak calar sangat"


Aku rasa bateri rosak sebab, dulu masa time study,
*aku jenis tak leh study tanpa lagu. Cepat ngantuk & bosan kang
aku selalu play music dekat handset
download lagu banyak2, then masuk dekat phone
agak2 lagu tu aku dah busan, aku buang,
ganti lagu lainnnn
hahahahha
abes madu sepah dibuang sungguh ;p




Bila dah selalu dengar lagu,
plus mesej & call,
mestilah bateri cepat low
then mesti aku charge kan?
haaa, aku agak, kerosakan bermula dari situ laaaa
dulu handset aku buleh standy 3 hari tau
syorgaaaa gila tak payah charge2 ni
dan juga tak kena perli2
hahahha ;p
yela aku kan off handset masa charge
selalu gak la kena bahan dengan member
asal call je tak dapatttttt
kau pon satuuuuuu
dah tau call tak dapat, tinggal jela mesej
nanti aku call balik
setakat call tapi tak dapat,
pulak tu tak ada tinggal masej,
memang aku ignore jela
aku assume tak penting
buat tinggikan bill hanset aku je kalau call tapi tak penting
But most of the time, aku akan call balik
*secara logik, kalau penting, mesti tinggal mesej, tak pon viocemail kan?



Tunggulah JPA masuk
aku beli bateri lain
sekarang pon aku tak guna handset sangat
dekat office dah tentu sibok
balik rumah dah maghrib
setakat call rumah (Gombak) jela
pukul 12malam aku dah tdo
so, tak ada "masa khas" untuk bergayut sakan ok
hahaha ;p







Nota Kaki :

1) Sayang nak beli handset baru. Ayah bagi masa 1st year. Sentimental value ;)


2) Harini puasa lagi. InsyaAllah untill hari ahad


Ahad, 13 Jun 2010

Cooler Pad

Ok, sekarang pukul 5.27pagi
Err gigih gila kau N sanggup bangun pagi2 nak update
hahaha jangan tertipu
aku baru lepas sahur (puasa nazar)
tak kuasa aku bangun pagi2 semata2 nak update
baik aku tdo
pukul 6pagi kang baru bangun
masuk office pukul 9pagi maaa
buat apa bangun awal2 ;p



Jumaat lepas after balik kerja,
aku balik Gombak
ikotkan aku tak nak balik
kerja banyak ohh
kalau balik, gerenti aku malasssssss nak buat
tapi adekku farith nak mintak tolong ajar akaun
macam kesian la pulak
takpelah, penat2 balik kerja,
sanggup drive balik Gombak memalam buta
Pelik haku dengan MRSM
form 4 kena amek semua subject
then form 5 akan decide nak subject ape
tu yang dia kena belajar akaun jugak
ikot kata dia, memang akaun, dia blacklist awal2
hahaha ;p




Semalam aku sampai Shah Alam pukul 11.20pagi
bertolak pukul 10.40pagi
awal bukan?
sebab aku takut hujan
bila hujan, jalan jammed
haritukan aku balik ke Shah Alam,
hujan plus jammed sangat ok
dari flyover depan batu Caves untill exit Bukit Raja
bapakkk la jauh gilaaaa
sangat buang masa atas jalan
elok 45min dah buleh sampai,
terus bertukar jadi 2jam
pehhhhh memang buang masa sesaje je
Semalam aku balik ok je
lancarrrrrrrr sahaja
suke aku =)





Sampai2 je, aku singgah Plaza Alam Sentral (PAS) kejap
beli coolerpad & keyboard protector serta "barang sampingan"
hahaha ;p
haritu Encik Fauzy kasik pinjam cooler pad dia
pastu sibuk sangat d office, aku terdudukkkkkkk
lalu patahlah iaaa
hahahha
ganas tak ganas tak? ;p
so, aku beli untuk ganti balik la
tapi dia tak nak pulak
sebab dia suruh aku guna je
memang dia bagi
bak kata Ayie,

"elehhhh N, dia tak heren punya dgn cooler pad RM10 kau. duet dia dah berkepuk"

hahahha ;p
bukan masalah banyak duet ke tak
tapi aku dah jahanammmmmmmkan barang orang ohh
harus ganti balik =)
kalau dia tak nak, meh bagi aku balik
buleh gitu?
hahaha ;p




Nota Kaki: Semalam ayah isikan minyak full tank. Thanks ayah. Psttt, Jimat duet hakuuuuuu ;p




Sabtu, 12 Jun 2010

Audit Dept

Yeaaahhh dah ade gambar
see, kan aku kate,
mula-mula je segan
now dah berani amek gambar sket2
hahaha ;p


ok, mari aku ceritakan pasal praktikelku
err jangan ade yang bosan sudahlah ye
aku hanya mahu abadikan dalam blog ni =)





ni lah audit dept
paling luas antara akaun & tax dept (gabung) dan admin dept
akaun & tax dept di 1st floor
audit dept di 2nd floor
admin d 3rd floor

kotak2 file from client ada merata2 di audit dept
bukan letak main campak aje
kang hilang pulak documents client
letak "merata" disini bermaksud,
asal ada ruang & xmenggangu jalan
since now memang peak period,
memanglah kotak2 file begitu banyak sekali
ok, kami diberi tugas utk meng-audit
kalau company client tu jenis aktif or semi aktif,
tempoh meng-audit termasuk prepare audit report adalah seminggu
dan kalau company client jenis tak aktif,
tempohnya pula adalah 3hari
*tempoh ni adalah termasuk hari minggu ok.
T___T





so, kalau kau audit,
kau tak buleh trust 100% from client's financial statemants
means, kau kena bukak balik invoice2, payment voucher or apa2 supporting documents
untuk confirmkan figure
kan remeh namenya tu
tapi tak semua figure akan disemak
hanya amount yang material sahaja
tapi kalau dapat client yang sales juta2 tu,
menjawab la kau nak bukak balik document dorang
proses ni paling aku tak suka
nak muntah rasanya
yela ingat senang ke nak cari document2??

Kerja disini amat fleksible
tak ada orang monitor kerja kau
nak online ke, nak MC ke,
suka hati kau
janji, kerja siap on timeeeee
pstttt, Elaun pon ade tau ;p





:: masa party Kak zety. celebrate after office hour. time ni Yat tak de. Dah turun bawah nak balik. hahaha lawak la kau ni yat. & aku sedang capture pic ni ::


Masa 1st dapat task utk audit company,
kami tak diberikan explanation secara details
mungkin kerna staff2 disini buzy
ye, kan sekarang tengah peak period
masing2 mengejar due date
so, nak tak nak,
kami kenalah rajin bertanya dekat staff2 disini
terkedek-kedek jugalah mula2 nak meng-audit
Ayie, Lia & yat dapat company dormant (tak aktif)
Aku & Lin dapat company aktif
ahh memang pening
sebab banyak adjusment
lagipon kalau dormant,
tak banyak adjustment
jeles dengan dorang
huhu


Oh ye, Audit company ni adalah Bumiputera punya
Baru sahaja merged dengan 3 Audit company
3-3 Bumiputera juga
ada branch disetiap negeri kecuali Sarawak & Perlis
hebat bukan? =)
dan HQ nya di Shah Alam


:: Jumaat lepas, Ayie kena p audit luar. Audit company Utusan dekat bangi. So, ayie balik malam. Akak yang p dengan dia, drop dekat Sek 2. Gamble aku capai tudung & sweater p amek ayie dekat sek 2 dengan berpakaian seluar tdo. Ah lantaklah, dah malam. Orang tak nampak. Lagipon aku tak turun kereta pon singgah mana2 kedai ke. hahaha ;p ::




Nota Kaki: Now ada d Gombak. Pulang hujung minggu.



Tagged by "Jazica Albek" =)

1. adakah anda rasa anda hot?

Tak hot pon. Sebab on air cond
Hahaha ;p





2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?

: Kenapa folder berterabur? Meh aku nak jawab. Bukan malas nak susun ye. Tapi sebab senang nak carik. Err alasan apakah ni? haha ;p Belah kiri tu icon umum. Semua buleh pakai. Alaa yang basic2 like My document, computer n etc. 4 folder bahagian atas tu folder paper sem lepas. Dan belah kiri tu, folder practical. Dah 2 company aku audit. So, ade la 2 folder. Haha ;p :




3. cerita pasal gambar ni?

Dulu hantar format dekat Encik Fauzy. Dia setkan wallpaper ni.
So, aku malas nak tukar





4. kali terakhir makan piza?

Bulan 4 2010, bersama Encik Fauzy
habes2 paper je, terus amek aku p makan
stress tak dapat jawab paper punya pasal T__T
thanks sayang
Errr pahal plak ni?
tak ada kena mengena pon
hahaha ;p



5.lagu terakhir anda dengar?

Kerispatih : Demi Cinta



6. apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

sedang meng-audit



7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

: Hannah :
: N :
: Strewberi :

8. tag lagi 5 orang yang nak kene tag?

Alia
Zack
Bob
Judiene
Eazy



9. sape orang no 1 dengan anda?

dah macam kakak sendiri walaupon baru mengenali
kan alia kannnnn :)



10. katekan sesuatu kepade orang no 5?

teruskan mengupdate blog =)


11. no 3 ade hubungan dengan sape?

Bob, kau ada hubungan dengan sape?
hahaha ;p

bagus tak aku sendiri tanye?
bukan nak menjawab soklan ni ;p



12. bagaimana dengan orang no 2?

kenal dekat blogspot ni sahaja
tak pernah bersua muka lagi =)



13. kata-kata cinta kepada orang no 4?

uhhh gile hape soklan ni
kena penyepak maut dengan gf / bakal gf dia kang
hahaha ;p



14. berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?

: Aku kenal muka mereka :
: Tak pernah bersua muka lagi :
: mereka ade blog. Confirm! ;p :
: masih lagi bergelar student :
: Tinggal di Malaysia. Ni pon Confirm lagik ;p :





Sabtu, 5 Jun 2010

First Week as a Trainee =)

Ingatkan nak update ari isnin lepas (31may)
tapi tak berkesempatan pulak
hari selasa (1jun) nak praktikel,
hari isnin(31may) baru aku terkedek-kedek p JJ Wangsa maju
cari formal shoes
tapi tak ada size
cissssssssssss
muka aku jela keluar masuk semua kedai kasut dekat JJ ;p
then, finally jumpa kasut size aku
tapi harga, bapakkk mahal
ah rembat jela, dah buang masa banyak sangat dekat JJ
keluar masuk kedai kasut punya pasal
finally aku pakai formal shoes masa 1st day aje okkkk
kan aku dah kata, aku malas invest beli kasut
memang tak pakai lama punya
gerentiiiiiiiiiiiiiii





after zohor ari isnin (31may), aku balik shah alam
macam biasa, ikot NKVE
eh eh, N dah pro jalan ah
hahaha ;p
tapi, sangat azabbbb ok aku balik aritu
jammed plus hujan lebat gileeeee
tak nampak jalan ohh, kelabuuu je
aku ni dah la rabun, lagi la tak berapa clear
2jam okkk baru sampai Shah Alam
Alhamdulillah selamat sampai ;)




elok sampai aje, dorang plan p tgk wayang dekat JJ Bukit Raja
ehh muka aku lagi dekat JJ
Duta JJ betullah ;p
amek movie pukul 9pm
pukul 12am sampai rumah
weeiii weii, esok nak kerja ni,
iron baju cepat2, terus naik katil
bummmmm =)




bangun-bangun pagi,
rasa tak percaya dah masuk praktikel
hahaha
ohh ye, aku masa kerja aku 9am-5.30pm
tempoh masa ke office, around 30min dari rumah (plus minus)




1st day kje, just briefing saja
then di inform dapat department mana
Alhamdulillah aku dapat Audit department
sama dengan Ayie, Lia, Yat & Lin
*Lin bawa kereta sndiri & yang lain tumpang aku
Paie (Bf Yat) dapat Tax department
haaa, terpisah la korang ye
hahaha ;p
since kami di small medium size Audit company,
kami akan stay d department masing2 until abis praktikel
means, tak tukar ke department lain
cthnya 2bulan Audit dept, 2bulan Tax Dept & 2bulan Accounts Dept
reasons being, scope terlalu luas utk belaja semua
tak sempat dalam tempoh 6bulan praktikel
kalau dekat small size, maybe buleh masuk semua dept



2nd day, aku dah dapat job
tapi tak buleh nak start lagi sebab ada problem sket
3rd day baru aku start meng-audit
besttttt =)



malam tadi kami tengok movie
Lagenda Budak Setan
sumpah best gilaaaa
aku menangis ohh
ni la susahnya kalau berhati halussssssss
sket2 nak nangis, sket2 nak sentap
panggg kang baru tau
hahaha ;p




sorry tak ade picture
minggu pertama as a trainee, agak segan sikit
ko tengok la dah 3 4 minggu nanti
hahaha ;p
oklah, nak masuk tdo
esok mahu keluar bersama sidia =)





Nota kaki: Minggu depan nak balik Gombak =)