Ahad, 30 Mei 2010

Ohh Perisa kambeng rupanya ;p

Si dia SMS aku,
winkkkk winkkk
mengkhabarkan perisa perfume beliau
ohhh glade perisa kambeng rupanya ;p
tapi ada ke perisa kambeng?
errr relax2, memang anda kena tipu pon
termasuk aku
hahaha


beliau pakai glade perisa cool air
memang cool gila ahh
se-cool sidia! *haha tak ada kena mengena pon ;p
aku cari d JJ tak ada
then pergi ke carefour bersama sidia
tapi mahal katanya
so, cari di giant pula
nasib ada, tapi casing bola ohh!!
*sila rujuk picture dibawah, casing grey kan? ha, ni casing bola
so, aku telah mengada-ngada tukar dengan dia
means yang bola tu aku bagi dia,
yang grey tu, aku amek ;p



mencari car perfume punya pasal,
kami terpaksa korbankan FISH SPA ;(
alaa, yang ikan geget2 kaki kita tu
adehhh tak apalah, tak ada rezekilah tu
next time buleh buat janji car perfume dah dapat ;)




::Glade perisa kambeng cool air ;) ::


Auto-publish entry ;)



Jumaat, 28 Mei 2010

Mencari Office Tempat Praktikal



2 hari lepas (rabu), aku balik Shah Alam kejap. Sebab esoknya which is semalam, kami plan ke tempat praktikel. Tapi bukanlah nak masuk office tu. Just nak tau jalan. Then nanti buleh estimate masa ke tempat kerja. Oh ye, walaupun hanya di Shah Alam, ku tak pernah jejak di area tempat praktikelku kelak. Ada jugak aku google. tapi aku hanya tahu separuh jalan je. Bila google sebut ade nama kawasan tu la, ni la, aku dah mula blur. Sebab tak pernah jejak sampai ke sana. So, memang harus la blur kan ;p





Pagi semalam sebelum bergerak, Ayie call office tu (Ayie suruh aku call. Malu dan takut katanya. Haha lawak la kau ni Ayie. Tapi sekarang memang aku selsema yang agak kritikal, suara sengau, hidung sumbat, tido malam pon susah bernafas ok. Bersin toksah cakap ah. Tak terkira T__T.. Cakap pon tak berapa clear disebabkan sengau, so aku suruh ayie je yang call. Sorry Ayie, aku bukan mengelak. Tapi sebutan aku tak clear. Gila punya sengau. Nyayi lagu Tomok yang dulu-dulu best ni ;p..Kesian Tomok tak pasal-pasal kena =) Aku jarang selsema. But once kena, macam "terseksa" jugalah.







Lepas ayie dah call, akak tu kata on the first day, dia akan kumpulkan semua budak praktikel. Bagi briefing. So macam selamat sketlah ;) Then akak tu buleh borak2 dengan ayie dekat telefon. haha mesti akak ni boring tak ade kerja ;p.. siap pesan lagi, kalau sesat tak jumpa jalan, telefon dia balik. wahh gila punya baik. Jarang nak jumpa orang sebegini. yela beliau mesti sibuk di office. tak kan nak layan kerenah kami semata-mata nak tanya jalan. Terharu! Alhamdulillah Dia permudahkan urusan kami






kami gerak dari rumah pukul 12tengahari. Lin(1 tempat praktikel) ada hal yang tak dapat elakkan. So, after Lin sampai, amek Madi di rumahnya. Then Madi akan drive. Madi kata dia macam tahu kawasan tempat praktikel kami. Tapi dia tak sure, dia bilang tak mengapa, dia cuba. Ohh aku terharu lagi. Thanks Madi sudi luangkan masa kau demi kami ;) *Madi tak sama tempat praktikel dengan kami
Then sampai satu tempat, Kami sesatttttttttttttttt. Haha..bukanlah sesat sampai ke keluar dari area Shah Alam. Tapi tak tau jalan mana dah. Ishh camne ni, nak google mana ade broadband ke hape kan, GPS pon yilekkk. tibe2 dapat idea, tinggggggggggggggggggggggggg!!! call akak tu balik. Haha, eh orang dah bagi kemudahan untuk sedia menolong, kenapa tak gunakan ye tak? haha.. nasib Madi tahu & faham ape akak tu cakap. kalau aku la, mau ter haaaa haaaa kang. Silap2 aku record ape akak tu cakap, then play balik sambil mencari jalan. haha.. Aku memang. Bab jalan memang failed! Aku hanya tahu jalan yang aku lalu. Kalau aku tak lalu, or tak biasa lalu, kirim salammmmmmm aje laaa ;P





Alhamdulillah akhirnya sampai la kami ke office ini. Ini lah tempat praktikel ku kelak ;).. Buleh tahan la jauhnya dari rumah sewa. Aku ingat bila dah dapat area Shah Alam, lega la sikit. Tapi bapakkkkk punya jauh. Tambah pula office ni dekat area perindustrian, so banyak la pulak lori keluar masuk. Kata kilangkan. jalan dia pulak, banyak lencongan, jalan sempit, ada trafic light, so macam lagi terasa jauh la. Tapi bile nak balik, terasa dekat pulak. Haishhhh selalu macam tu tau. Bila pergi, rasa jauh bebenor. Bila balik, Aikk, dah nak sampai rumah dah? haa gitu la. Madi cakap kalau kita first time pergi ke sesuatu tempat, terasa jauh sebab Malaikat disepanjang jalan bagi salam dekat kita. Macam kejap2 Malaikat tahan kita bagi salam. Sebab malaikat baru nampak kita lalu jalan tersebut. Nak beramah mesra lah ;)..tapi bila dah second time lalu jalan yang sama, Malaikat tu dah pernah jumpa kita. So bukanlah bermakna Malaikat tak bagi salam & beramah mesra, cuma yela dia dah jumpa kita sebab pernah lalu jalan tu, so "singkat" lah masa beramah & tahan menahan tu. eh ni Madi cakap. Aku pon baru tahu semalam. Kalau Madi tipu, bermakna korang pon tertipulah. hehe. Ohh Madi ni banyak betul ilmu Agama & duniawi beliau. Untung siapa jadi girlfriend dia ;)


::Sedang membuat kesimpulan tentang jalan dilalui::


Bagi aku, esok-esok mesti tak rasa jauh sangat. sebab ini baru terhegeh-hegeh nak mencari, first time lalu jalan baru, plus sedikit sesat, tu yang rasa jauh je. Ntah2 masuk hari ke tiga ploh praktikel (jangan tanya kenapa tiga ploh, sebab aku main taip aje ;p) , bukak2 pintu je, dah sampai! haha ;p, tu memang tipulah. maksud aku, jalan terus jela, tak ada sesat2, sebab dah tau jalan kan. Aku, ayie, Lin, punya lah khusyuk salin jalan & ingat jalan. 3-3 pegang pen wooo. tak bley blah betul ;p Tapi bila dah jumpa je office tu, Madi siap lukis peta untuk kami. Siap pesan jangan lalu jalan tu sebab jammed lah, banyak trafic light la. Thanks again Madi. ohhh gila punya baik madi ni. Aku terharu lagi!! jarang nak jumpa orang sebegini. Tambah pula, aku baru je kenal dengan Madi ni. itu pon sebab satu kelas sem lepas. kalau tak, jangan harappp la. Haha. Untung betullah siapa jadi girlfriend Madi ni. memang kau akan rasa selamat jeeee. Ehh tak kan gambar Madi je? mana gambar kami? errr kami kan khusyuk ingat jalan sambil pegang pen. tak sempat nak bergambar ;p


:: Aku lunch nasi lemak sebab tengok ayie makan nasi lemak pagi tu macam menarik aje ;p.. ohh kasihan beliau kena tunggu aku makan sebab aku makan memang lama. kalau dekat rumah sewa, walaupon makan sekali, aku orang last abes. kunyah 44kali kot? ;P ::


Misi mencari jalan sudah selesai, kami lunch di tesco. Ingatkan nak beli barang dapur sekali. dah alang2 makan di tesco, beli teruslah. tak payah menyinggah banyak tempat. tapi bila aku je nak membeli, macam segan la pulak. haha.. segan disini, bukan gedik2, tapi macam yela aku je nak beli barang, tapi dorang tak. just ikot je. Ishhh tak nak lah macam tu. Kesian pulak dekat Madi. Sebabnye beliau tdo pukul 5pagi. pukul 11pagi aku disuruh kejutkan. suara masa aku call tu, alahaiii, ngatuk & letih bebenor suara beliau. kang pening pulak mamat tu tak cukup tido ;) Lin pulak tak ade hal, ikot aje, sebab dia memang tak ada buat ape lepas tu. Free




Now aku dah ada di Gombak. Malam tadi aku google jalan balik ke Gombak ikot NKVE (sebab ayah ikot jalan ni kalau hantar & ambil aku dari shah alam). Ntah macamana, tiba2 aku tak yakin. Tula, masa ayah amek or hantar, aku leka. Kiranya tak alert pasal jalanlah. kadang-kadang, tido lah, main msg lah. sekali kena balik sendiri. Haaa hambek kau! memang padan muka aku. haha kan aku dah cakap pasal jalan ni memang failed! Kalau ada exam pasal jalan, aku lah insan dapat gred tercorottt ;p then pagi tadi aku decide balik ikot federal. haa tak ke pelik google NKVE, tapi ikot federal? sampai2 rumah, mak ayah memang terkejutlah! mereka sangka aku ikut NKVE. sebab memang laluan kebiasaan kami kalau ulang alek ke Shah Alam. Alhamdulillah sampai juga aku ke Gombak dengan melalui jalan federal. wahhh terasa bangga pulak dengan diri sendri sebab begitu yakin sekali. memang semalam aku isi minyak penuh2. sebab budget kalau sesat, ada minyak spare dah ;p.. Ohhh kepada sidia, sila belanja saya Mc flurry Oreo sebagai meraikan kejayaan saya. ntah pape ntah! tak ada kena mengena pon. haha ;p Orang yang expert jalan ni kalau baca, mesti gelak gila2! tapi tak apalah, arini aku dapat pengajaran, walau benda tu tak ade kena mengena dengan life aku, aku harus ambil tahu sebagai pengetahuan am ;)





Nota kaki: Esok ke JJ wangsa maju mencari formal shoes. Haishhh Duta JJ betullah. Asek2 muka aku yang datang sana. Haha;p Kalau praktikel pakai sandal je tak buleh ke eh? Adehhhh malas betul nak invest beli kasut. Sebab mesti tak pakai lama. Aku ni jenis pakai sandal je. Senang bergerak


Isnin, 24 Mei 2010

Ohh Cuti Dah nak Abes (T__T)

:: Sekadar Gambar Hiasan: Baskin Robbin, Alamanda Putrajaya ::


Adoiii cuti dah nak abes
siapa nak bagi aku cuti extra?
macam tak percaya je dah 3minggu bercuti
rasa baru 3 hari lepas jawab paper last *tipu




lusa aku balik shah alam kejap
kalau rasa nak balik Gombak balik,aku balik la
practical start 1jun
ada lagi 5 hari untuk bersantai-santai =P
tapi kalau kat rumah tu tak ada orang,
memang aku balik Gombak la
gile hape tinggal dekat rumah tu sorang-sorang
dah la aku ni penakut =P




persediaan sebelum practical?
hampehhhhh
cuti ni memang aku berehat sesaje
kalau first day disuruh audit consolidated Group financial statement,
(Group ok, bukan Individual)
memang aku calon pertama dapat gred tercorot
hahaha
tapi tak kot,
first day slalunye bagi briefing scope tugas aku,
then mula la bagi keja dari basic smpai la level degree aku sekarang
ecehhhh sedapkan hati sendiri nampak? ;P




ohh 2hari lepas aku mintak ayah tolong tintedkan cermin kereta
wooo dekat shah alam ni, panas bukan main terik
bahang ohhh
malam-malam tdo, leher aku mesti basah. peluh
Sini (gombak) lain la
air cond memanjang
tak panas pon aku bantai bukak
tapi kalau shah alam hujan,
aku lah insan pertama cepat sejuk
dengan berstokin, bersweater sentiasa
macam orang baru lepas pantang pon ada.
hahaha




Sekarang, aku sedang mencari perfume kereta sama bau macam kereta si dia
*ehemmm ehemmm winkkk winkkk*
dengan harapan bila aku masuk kereta,
feeling naik kereta dia lah
tak pun, before sampai office,
dapat feel bau kereta dia dulu
ahhh gile laaaaa


tapi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku tak tau bau perfume kereta dia bau ape
aritu dia ada bagitau
tapi aku lupe mehhh
hahaha




kalau sidia baca entry ni, hope dia terus text aku. Bagitau perfume kereta dia perisa ape (perisa ke? macam makanan je =P). silap-silap dia belikan aku satu. "Nah, U punya, I belikan. Eh mana kereta U? *sambil tercari-cari keretaku* Meh I pasangkan" woowww I suka nyah! Podahhh la N. Suka berangan :P





Khamis, 20 Mei 2010

Kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah Majlis Doa Selamat telah selamat berjalan dengan lancar. Majlis ini diadakan kerana memanjatkan kesyukuran diriku telah pun disunting. Ada jugak orang nak dekat aku kan ;P. Ini bermakna aku akan berkahwin tidak lama lagi. Panggggg boleh blah kau N. Grad pon belum lagi. Haha Kerana Kakak ku, telah tamat Pengajian on time. Dan akan mengorak langkah didunia pekerjaan pada bulan hadapan. Hospital mana, tak tahu lagi. Masih menunggu surat posting. Tapi dengan yakinnya, beliau akan berkhidmat di hospital kerajaan selama 10TAHUN. Awat lama nau? Tak teringin bekerja di hospital swasta atau buka klinik sendiri ke? OH, beliau under schorlarship JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Jadi, terikat dengan perjanjian. Selepas 10 tahun, suka hati kau la nak buat apa. Nak buka Klinik depan rumah pon tak apa. Haha



Turun dari bilik je, terus capture picture dulu. Dekat tangga pon jadi. Hehe. Elok lepas aku capture je, mak dah bising suruh tolong cepat. Mau nye tak bising. Dah la bersiap punya lama. Kenduri Doa Selamat je pon. Bukan Kenduri Merisik kau Cik N pon. Memang padan kena membebel. Padan Muka aku. Haha. Oh ye, tetamunya adalah jiran tetangga sahaja. Saudara Mara bukanlah tak mahu jemput. Tapi dorang semua duduk jauh-jauh. Pulak tu, kendurinya semalam, hari Khamis lepas Isyak (20may). Kan hari orang bekerja tu.


Menu:
~Nasi Beriani yang berlaukkan :

1) Ayam Masak Merah
2) Daging Masak Kicap
3) Kari Daging Lembu
4) Kari daging Kambeng
5) Arca

~Sate Kajang Hj Samuri

~Pisang dan tembikai susu

~Teh Tarik




::Air Yasin::



Sebelum bacaan dimulakan, aku sempat niatkan dalam hati, Mahu sedekahkan yasin yang ku baca ini kepada :

~ Arwah Datuk2, nenek, Sedara2 serta sepupu2 ku
~ Arwah kedua ibu bapa Aisyah (housemateku)
~ Arwah Mohd Zairi (K) (Insan yang pernah singgah dihati ini)
~ Semua Umat Islam yang telah kembali padaNya

tak lupa juga kepada :

~ Adikku Ahmad farith (tengah exam midyear. Semoga berjaya)
~ Kawan seperjuanganku, Apit. Semoga cepat sembuh. (eksiden motor ketika final. Sempat ambil 2 paper sahaja. yang lain, terpaksa extend)


::Jemaah Perempuan makan didapur ye (=.^)::


Percaya tak ni aku punya? Gila banyak aku cedok. haha. Eh tengok tu, tengok tu. Ayam 2ketul beb! Melantak ke hape ni? ;P Tula, bila dah buat keja2 dapur, cepat betul rasa lapar balik. Plus, aku tak makan tengahari. Tu yang mengelupur semacam aje. Haha.




Ada ke patut Aunty kiah (jiran sebelah) kata aku dah gemuk? Uishhh. Aku rasa dia salah pandang kot. Sebabnya aku pakai baju kurung agak besar. Pulak tu terbang-terbang ditiup angin, lagi la nampak aku kembang. Ececy coverline nampak? mantap kau Cover N. Haha. Pastu mak aku cakap, "Ala Kiah, cuti ni je dia nak gemuk pon. Balik sana (Shah Alam) kang, kurus balik la. Kedekut sangat dengan duet JPA dia. " uhhh mak, backup dah bagus dah. Tapi pedasssssss sangat tu Mak. huhu.. Bukan kedekut ah. Aku berjimat ;P Macam sayang je dengan duit kerajaan bagi. Ingat senang ke kerajaan nak bagi duet? Ececey coverline lagi. Gila la kau ni N. haha..



Oh ye, since nak final aritu, aku stop diet kejap. sebab aku takut kesihatan terjejas. Yela bila asyik study, perut cepat lapar tau. Sebab otak banyak guna tenaga untuk proses input. Bila lapar, aku tahan makan sebab nak berdiet, aku takut sakit ke hape kan. Kang tak pasal2 kena extend gara2 berdiet. Oh aku memang macam ni. Imaginasi tinggi ;p.. Jadinye aku akan sambung berdiet masa practical nanti.. Buleh pulak main on-off berdiet? Suka hati la labu oiiiii
=P



Nota Kaki:

1) handset aku makin kritikal. Agak-agak kalau minta dekat ayah, dapat handset baru ke atau dapat penampar? Haha ;P


2) Sekarang pukul 6.25pagi. Nak solat subuh pastu nak tidoooooooo. Pukul 3pagi tadi baru settle keja2 mengemas dapur. Penat gile kot. kejap lagi rasa macam nak p JJ wangsa maju.. tapi tu pon kalau aku bangun awal la. haha



Selasa, 18 Mei 2010

Latihan Amali (Practical Training)

phewww baru tergerak hati nak post entry
sebenarnya dari 2 3 hari lepas lagi
tapi bila nak post je rasa macam,
errr malasnya,
kata cuti ni kan nak rehat
susah-susah je nak post entry
nanti penat baru tau
siapa nak bagi cuti extra?
hahaha ;P


gila sewel macam tu weh
berkira sungguh
nak rehat punya pasal =P
tak adalah, sebenarnya siang tu aku keluar
jadi, malam dah penat,
terus bummmmmmm
heeeee ;)



oh ye, haritu kan aku cakap nak practical dekat Gombak kan
*sila click untuk terus ke entry tersebut
tak jadi, yeppp tak jadi T_T
sebab aku target nak practical di Audit firm
bila aku google,
tak banyak Audit Firm di Gombak
stakat company biasa untuk jaga akaun banyaklah
tapi aku tak nak
aku nak Audit Firm
tak dapat Audit Firm, aku nangis
hahaha =P
tak lah, motif aku,
bila dekat Audit firm, buleh belajar semua termasuk akaun
tapi bila company biasa, tak buleh blaja auditing
see, nampak tak advantage di situ?
walaupon hanya practical,
kena pandai cari peluang untuk belajar semua =)


:confirmation letter:

eh nampak tak yang bulatan kedua tu?
tak nampak ye?
meh aku re-type balik
tak pe tak pe,
harini saya rajin (=.^)

"area of training: Auditing / Tax / Accounts"


demand lagi??
eh bukan demand
but they asked us to fill up the particulars
jadinya berlakulah seperti diatas
hehe
tapi bukanlah main mintak je ye
ikut bidang yang kita minat / berkebolehan =)

resume yang disediakan oleh pihak fakulti
kami hanya perlu isi butiran je
then fakulti akan uruskan semuanya =)


tahu tak, nak practical je pon,
ade selection tau
selection based on the resume and CGPA
dan audit firm yang aku mintak ni,
dia limitkan kepada 10 org budak practical sahaja
sebab tu ada selection =)


aku practical bersama ayie
dan akan stay d rumah sewa, shah alam
housemate yang lain pulang ke kampung masing2
practical d sana

masa aku dah submit resume ke office,
perasaan sangat takut tu mencanak-canak kau
tau sebab apa?
sebab takut tak dapat tempat
then akan dilelong
kalau dah dilelong ni,
faham-faham jela
kau susah nak belajar field kau
means kerja admin sperti fotostat lah, buat air la
semua tu kau buat
aku tak nak macam tu
bukan demand
tapi aku nak gain pengalaman sendiri
itu niat aku

then, 2 3 minggu, tak dapat jawapan
mula lah aku mengelupur
hahaha
aku tengok ayie relax aje
ishhh dia ni tak risau ke?
ke dia marah dekat aku?
yela nak sgt firm tu
hambek kau. padan muka ;P
*audit firm ni aku yang pilih & ayie setuju

pastu bila naik ofis, nama 4 pelajar dah confirm dapat firm tu
ishhh lagi 6 kekosongan je ni
ahhh mula risau gila bapak
dalam kelas tak leh focus sangat
dok pikir practical je =P
balik rumah terus buat Solat Hajat
then 2 weeks after that,
dapat confirmation letter from faculty
yeahhhhhhhhhhhh =)
saya dan ayie berjaya dtempatkan d audit firm tersebut
ha kau, baru practical dah over
kerja esok macam mana lah =P


gadis ini lah akan practical bersama saya
hehehe =)

rabu depan, 26 may, aku balik shah alam
ade urusan sikit d sana
1jun, lapor diri prac selama 6 bulan
until 30 nov 2010
then cuti sebulan
bestnyeeeee =)
*belum prac dah pikir cuti. hahaha ;P





nota kaki: malam tadi aku saja2 gogle. then ternampak 1 link ni. berita kematian insan yang pernah singgah di hati ini. Allahuakbar! ku baru mengetahuinya walaupon arwah sudah lama meninggal. Al-Fatihah

Khamis, 13 Mei 2010

Ni Corporate ke Keparat? hehe =P

Ok, ni masa presentation AIS630
punya la semangat pakai corporate suit
group lain walaupun kena present hari lain,
sanggup pakai jugak
support group lain
aishhhh bagus-bagus
acik terharu =)




Group aku group first okeh
dah elok-elok & comel-comel pakai corporate siut,
tiba-tiba lecturer tak datang
buleh??? cisssss
jadinya presentation telah bertukar menjadi kelas FOTOGEDIKS
hahaha =P
sana sunun capture pic
ni pon aku curik picture dorang
tak kuasa den nak capture pic sendiri pakai suit ni
segan kotttttttttt


walaupon berlainan group,
pic bersama housemate tercinta tetap ada
hahaha =P
ohh dorang pakai semi corporate
sebab turn dorang present hari lain
just pakai sebab nak support la
ohhh acik terharu lagiiiiii (T__T)




tadaaaaaaaaa
ni lah team members aku
elehhh padahal pic 1st tadi dah ada pic dgn group sendiri
hahaha lempang kang baru tau =P
suci gile meh pic ni
rasa syahdu je tengok
*adoo yang kena lempang lagi nih =P*



haaa kau nak suci sangat kan tadi
ni dah nak nampak kurang suci sket
hahahah
sebenarnya banyak lagi pic
tapi sebab ada pic yang kurang sopan
plus aku malas nak resize
sket-sket jadi la ye?
hehehe


tau tak tiba hari sebenar presentation,
after present, mesti lah ade comment dari lecturer kan
AKU MENANGIS
yes, aku menangis
bukan menangis sebab kena comment
no noo noooo
aku lagi suka kena comments from lecturer
sangat berguna untuk ku in future
tapi 5min b4 present, i got bad news
whereby i cant managed my emosi

sampaikan lecturer aku perasan sendiri tau
"what happen to u Hannah?"
"I know u seorang yang happy"
"masuk kelas I, mesti tengok U senyum2 & gelak"

respond aku?
senyum jela walaupon masa tu ayaQ mata sudah bertakung
tunggu masa nak berjurai aje

bila pikir2 balik,
macam AF la pulak
after perform, kena comment
pastu nangis2, tersingkir =P
aku la tu yg tersingkir
hahaha
but now aku dah ok
tengok la kalau aku nak reveal kan news tu,
aku update later ye =)




hamboiii kau lina
duduk atas meja nampak?
turun-turun =P


Sekian =P



Selasa, 11 Mei 2010

Final Sudah Habis. Aku Cuti Selama 3minggu

ok final dah habis sabtu lepas
gila seronok dah habis paper ni
tapi bila orang tanya,
"camne? buleh jawab?"
time tu la nak terketar-ketar
tu baru orang tanye buleh jawab ke tak
belum tanye result bila dah keluar kelak
hahaha =P



aku balik gombak semalam
cuti until end of this month
1st june 2010,
aku d kehendaki melapor diri utk berpraktikal
erkkk gila sekejap cuti?
adehhhh ;(


owhhhh malam tadi aku tdo awal
pukul 10malam dah siap2 nak tdo
syorgaaa gile mehhhh =)
sepanjang minggu final asek tdo lewat je
plus masa tdo tak menentu,
bila dapat tdo awal ni,
rasa macam walaaaweiiiiii
ahh susahlah nak explain ;)
lena sangat tdo malam tadi
langsung tak terjaga sebab haus ke, org call ke, msg ke
*aku buleh tersedar even bunyik msg masuk. pastu nak tdo balik, gile punye payahhh ;(*
tau2 je tersedar sebab mak masuk bilik
off air-cond
then tengok jam, dah 6suku
bangun solat subuh la
diskaun 15min
sebab aku set jam 630
hahaha



ok sekarang aku dah cukup tdo
kononnye dah ganti balik tdo yang tertunggak =P
baru 2ari cuti, aku dah mula rasa bosan
tapi aku nak cuti yang lameeee
camno nih??
haishhhhhh~~



nota kaki: BIG thanks to Mr F untuk semangat yang diberikan sepanjang aku final. Sanggup tadah telinga dengar aku bebel ngantuk la, banyak lagi xcover la, soklan susah la hape la. semuanye beliau dengar dengan terbuka. b4 aku masuk exam hall, mesti dapat msg or call dari beliau. ohhh terharu gila. Lagi terharu, sanggup datang ke shah alam sebab ade satu paper tu aku rasa macam agak down.. Bawak aku tgk wayang, jalan2, sumbat aku dengan ais cream baskin robbin, terus diam. balik2 sudah buleh bukak buku. If tak, rasa nak geget je buku2. haishhhhh