Selasa, 26 Oktober 2010

All in One


1 ) Hampir halfday semalam.

~ Semalam saya ada kerja di Luar ( Taman Melawati, KL ). Siap aja kerja, dapat call dari Ayie. Katanya blackout di office. Bos bagi balik pukul 1. Yeayyyyyyyyyyy. Haha. Saya yang dah memang dekat Taman Melawati which is sangat dekat dengan Gombak, terus plan nak balik Gombak aje. Kata dah dekat kan. Petang2 sket or malam kang baru balik Shah Alam. Tapi, masa saya tengah drive, Ayie call balik. Katanya electric dah ada. Boss panggil masuk balik. Ha??? punahh plan haku! haha. Tapi saya singgah rumah (Gombak) kejap untuk lunch & solat zuhur. Ingatkan nak lunch dengan Incek Fauzy. Tapi beliau busy. Sedihhhh *pasrahhhh T_T




2 ) Tengok movie dengan housemate

~ 2malam lepas saya & housemate tengok movie "Cuti-cuti cinta". Sumpah kelakar ok!. saya asek gelak aje dari awal cerita hingga abes. Semput dibuatnye. Memang berbaloi la saya tengok cerita melayu malam tu. Gatai nak tengok wayang sangat, kami hampir terlepas masa untuk collect tiket. Rushing ok! Balik kerja, mandi, rest, buka puasa (saya & Ayie puasa), solat maghrib, dongeng2 dengan housemate, solat isyak, THEN BARU BERSIAP. Haha ;p. Dalam kereta baru risau sempat amek tiket ke tak. sebab kalau tak amek ticket 45min b4 cerita start, if ada orang ramai nak tengok cerita tu, pihak TGV akan JUAL tiket kita dekat orang. ini memang polisi diaorang. Pernah terjadi dekat saya masa nak tengok wayang dengan Incek Fauzy. Penat2 Q nak collect tiket, sampai kaunter, dia cakap dah JUAL. maunye tak nangis aku! dah la cerita best. Memang saya nak tengok sangat2. Jenuh Incek Fauzy nak kena pujuk ;p





3 ) Berjumpa dengan Alia

~ Alia tu blogger gak ye. Ni first time saya jumpa blogger. Mula2 macam tak nak jumpa lagi sebab saya takutttt nak jumpa orang. hahaha. Buleh tak bagi alsan gitu? ;p Masa alia YM saya petang semalam, terus kata OK bila nak jumpa. Pastu saya terus fikir eh saya ni betul ke nak jumpe blogger? Which is saya tak pernah pon jumpa dia sebelum ni, hanya kenal di alam maya. Kami jumpa di Pizza dekat pintu belakang UiTM. Kesian Alia sebab park kereta area Pusat Komersial. Kena jalan kaki sket la. Saya? Ngam2 dekat pintu masuk pizza. Kalau buleh parking dalam pizza, dah lama saya parking di situ. Hahaha over gila!. Abes je makan2, saya hantar Alia dekat tempat parking kereta dia. Bahaya kot malam2 dia jalan kaki sorang2. Masa tu pukul 10lebih. Bila Alia dah masuk kereta dia, baru saya jalan. Risau kot2 apa2 jadi kan, atleast saya buleh tolong. tapi tolong jerit je ah. Haku ni pon penakut ;p Thanks dear sebab sudi keluar tadi, nanti kita keluar tengok movie pulak eh :)


:: Masa tunggu Alia pusing2 cari parking, saya capture pic dulu. Haha ;p ::



:: tadaaaaaaaaa, ni la Alia :) ::



4 ) Jiran pengsan sabtu lepas.

~ Masa saya balik Gombak sabtu lepas, saya siap2 nak p pasar malam dengan huda. Misi mencari ice blanded. hahaha. keluar2 rumah, Mak kata Ayah Adib (saya lupa nama pakcik tu) pengsan. Saya pon macam terkejut la kan, b4 p pasar malam tu, saya singgah rumah dia kejap. Alaaaa, selang 4 buah rumah dari rumah saya tu. Ramai la jiran yang datang. Pastu ada Aunty ni tegur saya " Lama lagi ke praktikel? Lama aunty tak jumpa kamu" dussshhh kena sebijik! hahaha See, asal kau balik Gombak aje, mesti lepak rumah. Cuba2 lah keluar rumah melawat jiran. Kau balik pon, jiran tak dapat trace ;p. Oh ye keadaan Ayah Adib stabil aja. Now dekat Hospital Selayang. Saya tak pasti dah keluar ke belum. Lupa nak tanya mak masa mak call pagi tadi :)






5 ) Teringin nak makan burger king dengan Incek Fauzy


~ Kan minggu lepas saya balik Gombak. Saya cadang nak makan burger king dengan dia. Tapi tak jadi sebab, err tak perlu kot nyatakan disini. So impian saya tu terbang begitu saja. Masa saya balik Shah Alam, saya singgah kejap RnR Sg Buloh. Makan burger king. teringinnnn sangat! tapi saya makan sorang aje. Gembira dalam sedih saya ketika itu. Gembira sebab dapat makan burger king yang saya idamkan. Sedih sebab saya makan sorang tanpa Incek Fauzy disisi. Menangis di hati la jawabnyaaa :(




6 ) Wishlist terlaksana

~ Ingat lagi tak entry ini, jap2, bagi saya sengih sorang2 kejap ;p. Ye, saya dah dapat beli. Cuma Gadget2 (digicam & handset), saya hold dulu. sebab saya tak survey lagi nak beli yang mana. Terima kasih ayah sebab bagi cash untuk N shopping :). Saya tak pernah rasa happy macam ni bila shopping tau. Sebab asal saya nak beli je, mesti fikir banyak kali, tapi kali ini tidakkkk lagi. Apa saya listkan, memang saya beli. weiiiii dapat cash ok. kalau pakai duet haku, haram jadah nak beli2 semua ni. Baik saya simpan dalam ASB. Hahaha. oh ye tadi Incek Fauzy SMS saya. dia dah beli Blackberry (BB) tiba2 jeles & rasa nak curik BB dia. hahaha ;p. Saya baru aje kejutkan Incek Fauzy bangun solat subuh. Tau tak dia kata apa masa call tu?


" Sayang yang pertama call abang pakai handphone baru ini "

Whatttt? Saja bikin haku jelesss. Memang semangat untuk curi BB dia membara-baraaaaaaaa. hahaha


Update : Incek Fauzy telah menukar dari BB kepada Nokia model ape ntah (lupe la. dia ade bagitau tadi ;p) selepas beberapa jam beli BB. Nasib baik tokei kedai handset tu dia kenal. Suka suki aje nak tukar. Dari tukar BB kepada Nokia, baik amek 2-2. Bagi haku 1. HAHAHAHA



7 ) Cameraman pertunangan saya

~ Saya sedang mencari cameraman untuk hari pertunangan saya. Baru ni saya dapat cameraman yang masih lagi available tarikh tersebut. Tapi harganya, bagi saya agak mahal la. So kami ( saya & parents) masih undecided. Mak kata ok aje. tapi bagi saya macam mahal la. Ke harga dia memang standard gitu? Siapa2 readers / silent readers saya yang ada contact dengan cameraman, tak pun anda sendiri adalah cameraman, sila email saya the price for the package (if any) at,

hannahyusoff@gmail.com


TQ



8 ) Makan2 untuk staff2 & trainee2 Audit dept

~ Harini saya ada makan2 di GM Beriani House, Subang bagi meraikan staf2 yang lahir pada bulan XXX (tak tahu. Hahaha). Kira celebrate birthday secara lump sum la. tak silap saya 3 bulan sekali. tapi saya tak sure bulan apa. Hahaha. Then nak meraikan trainee2 yang bakal tamatkan latihan amalinya pada hujung bulan depan, 30nov2010. Ohh terasa kejap sangat praktikel. Rasa tak nak masuk part 8 (last sem) Hahaha.



9 ) Pergi Fakulti

~ Semalam saya p fakulti. Nak amek buku log. yes, buku log saya dah nak abesss. laaa, kata trainee gemilang. mesti la banyak kerja saya buat. Pastu semua kerja nak tulis dalam log book tu. hahaha. Ok sekarang saya sedang cuak menanti pensyarah datang untuk evaluate kami (trainee2). Sebab takut dapat pensyarah yang tak sporting! hahaha :p









2 ulasan:

shiqin ghazali berkata...

warh.. manyak nye benda N cite ni..
belog mmg diary ko dr A-Z la heh

haha..

N, cmne ko survive tnpa ade fesbuk heh???

StrewberiManis =) berkata...

shiqin :

eh tak juga.
sebab xsemua cerita aku disclose dekat sni ;p


survive tanpa fb?
ntah la,
aku tak de nafsu nak buat fb
tapi kalau2 datang mood nak cari kawan lama dekat fb,
aku tibai a/c Incek fauzy sat
hanya perlu sms dia,
minta permission
hahaha ;p