Selasa, 31 Ogos 2010

Temperature Naik. Apa reaksi anda?

Haiyohhh tak tahu nak start cerita macamana
until now masih lagi mengigil ketakutan
huhu
*kuat N, Kuattttttt N :))



Petang tadi saya bertolak balik Shah Alam
memang plan nak berbuka dekat rumah sewa
kalau balik lewat, leceh pula



Masa saya lalu Damansara, dah start hujan renyai2
then bila masuk tol sungai buloh,
saya tergerak hati nak masuk lorong tunai
sebab lorong Touch n Go ramai pula
agaknya 1 kereta sangkut touch2 tak lepas,
tu yang beratur panjang
tak apalah, saya masuk lorong tunai aje




masuk highway, hujan gila punya lebat
dengan kilat petir bagai
memang tak nampak jalan
blurrrr aje





tak ape, saya teruskan perjalanan
drive slow2, duduk lane tengah
saya kuatkan radio, nyanyi sorang2
gila kasihan kan?
hahhaha ;p
yela saya sorang aja
tak ade teman berborak
melalak sorang2 la saya dalam kereta tu
hehehe



pastu dekat exit mana ntah,
saya dengar bunyi "psttttttTtTtTtttt"
macam bunyi sayap lebah lah
ok, sila bayangkan eh ;p


saya slowkan radio, still berbunyikk
saya off kejap wiper, still bunyik
heh, kenapa ni???
saya off aircond, bunyikkk jugakk
arghhhhh acik tensionnnnnn
dah la bunyik tu menakutkan

saya buat biasa aje, terus drive dalam ketakutan
time ni tiba2 tangan sejuk, tapi air cond dah start panas
aikkk pehal pulak ni??
ok tak apa, saya drive aje
lagi 6KM nak exit di tol bukit raja


tiba-tiba saya tergerak hati nak jeling dashboard
sekalinya,
MMMAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
jarum temperature dah hampir warna merah
pandang depan, dah berasap sikit2
saya kurangkan kelajuan,nyusur ke kiri
kereta laju gila ok lane belah kiri
dah sama laju dengan lane kanan



agak2 tempat saya berenti tu selamat, saya berenti
matikan enjin, kasi sejuk dulu
Fushhhhh masa ni saya dah mengigil ketakutan
nak nangis dah
sumpahh takut gila
dengan hujan lebat, kilat, petir
MasyaAllah, saya redha diuji sebegini di bulan mulia ini






:: Memasang signal kecemasan adalah penting bila anda berada di tepi jalan. Takut2 orang tak nampak, abes kena sondollll ::


first 5min, saya blur
apa nak buat
nak keluar bukak bonet aksi cepat sejuk,
kat luar tu haa tengah hujan kilat petir
kang mati pulak disambar petir
tak apalah, duduk dalam kereta

tapi gila bapakkk bosan
enjin tabley start ok
radio hape semua tak buleh on

then dah cool sket, saya call ayah

"Ayah, kereta berasappppp. Temperature dah sampai tempat merah tu"

"ye ke? Air kering kot? Tapi baru ni ayah tengok, ok lagi "

"N kat mana ni?"

"tepi highway, 4KM lagi nak exit tol"

" N keluar kereta, kan ada box telefon tu dekat tepi2 divider , haa , call PLUS"

"dah cari, kotak tu memang tak ada tepi highway ni. N nak call PLUS pon tak tahu macamana"

"tak ape, N duduk diam2 dalam kereta. Ayah callkan PLUS. Kalau ada trak nak tarik kereta, jangan bagi. Kunci pintu. "

" ok, nanti call n balik cepat2. n tengah takut ni "

:: belakang tiket nilah ade no bantuan. Syukur sangat saya masuk lorong tunai :) ::

Tiba2...

Tinggggg

saya terpandang tiket transit
belakang tu ada no plus
ada hikmah tadi saya tak masuk lorong touch N go
Syukur Ya-Allah
saya call
mintak tolong hantarkan bantuan
sebenarnya buleh aje tambah air sendiri
tapi saya takut & tak yakin
tambah pula, dari kereta berasap tadi, saya punya menggigil2
so, better PLUS yang buatkan


:: Hujan. Saya nak wipe cermin pon tak buleh. Langsung tak buleh start enjin ;( ::



capai handset, call PLUS

"Hello buleh saya bantu?"

" Hello selamat petang, buleh tolong hantarkan bantuan kepada saya? "

"Cik Dimana?

"saya di KM 2, dari Sg Buloh menghala ke Bukit Raja"

"Ok, apa masalah kereta CIk? "

"temperature naik"

"ohh ok, no plat kereta Cik, kereta jenis apa & warna apa"

"blaaa blaaa blaaa"

"ok cik, 20-30min, peronda akan sampai"

"thanks"

:: Nampak tak kereta peronda? ::


hape nak buat ni 20-30 min?
saya sambung melalak
hahahaha
pastu treler lalu, bergoyang kereta oh
ishhh dorang ni, tengah hujan pon, bawak laju2
banyak kali oh kereta bergoyang



Time ni saya dah cuak
andai kata saya kena langgar dengan lori,
pastu tercampak tengah jalan,
pulak tu kereta tengah laju,
macamna???

tak pun temperature tak turun2
pastu kereta meletop
haaa macam mana??
haku ni memang imaginasi tinggi sket ;p


saya capai purse, amek cash, simpan dalam poket
andai kate kereta meletop,
memang haku lari dulu ;p


memang tak kisah dah laptop, handbeg dalam bonet
semua tu tak penting
yang penting nyawa
memang imaginasi tinggi betul ;p



tak lama lepas tu, peronda datang
siap ketuk2 cermin ok
cuak haku nak bukak
yela wei, kereta peronda belakang kereta saya
depan pulak, kereta polis
saya macam dikepung
ahhhh tak nak bukak pintuuuuuuuu
takutttttt ;p


bila polis tu buat simbol telefon,
baru saya faham & bukak pintu
maknanya "tadi ada call bantuan kan?"
haaa gitu la ;p


dia cek2 kereta, tambah air, start enjin balik,
okkkkk
buleh jalan dah ;)
tapi banyak gila ok dia tambah air


borak2 dengan polis tu,
dia explain itu ini,
then saya masuk balik kereta
buleh jalan


then masa dah exit tol,
saya tengok temperature naik juga
saya off aircond, dia turun pelan2
then bila dah ok, saya on balik aircond,
cepat gileee dia naik balik
heh saya memang tak yakin nak drive
tak apa, drive pelan2,
nak sampai rumah sewa dah ni


Alhamdulillah saya selamat sampai rumah
saya call ayah
cerita semuanya
ayah terkejut sebab saya kata air keringgggg kontang
sebab baru ni ayah ada cek, penuh lagi
ayah dah syak, mesti bocor


baru ini saya bagitau ayah aircond kereta tak sejuk
dah bocor ni, maybe ade kaitan dengan radiater
memang kena tukar la
adehhhhh, macamna saya nak p kerja esok
nak drive, memang dah ketaQ2
cuakkk weiiii


fikir punya fikir,
saya decide hantar bengkel aje
esok saya EL
yang tumpang saya ke office (Ayie, Abid, Noli & Yat),
saya minta tolong Lin
kalau saya pergi kerja juga,
jadi 6orang pula 1 kereta
lebih muatan plak
dah la nak raya2 ni,
polis banyak meronda
silap2 kena saman pula


tak apelah, biar saya EL
nanti saya sorang ganti
tak payah la yang tumpang saya pon kena ganti cuti juga


malam ni saya balik
ayah amek after dia balik terawih
sekarang pukul 11:37mlm
dalam pukul 12 lebih kang kot ayah sampai
petang esok saya balik ke Shah Alam balik
itu pon kalau kereta siap esoklah
kalau tak siap juga, saya EL 2hari
huhu





Oh ya, kos saya panggil peronda tadi ialah F.R.E.E
sebab saya masih dalam highway lagi
tak exit lagi
so, masih lagi tanggungjawab dorang


kepada sesiapa yang tak ada no PLUS,
meh amek ni ;)
sebelum ni saya tak ada no PLUS
bila dah jadi macamni,
baru tau betapa pentingnya ade no PLUS
ada hikmah sungguh saya tak masuk lorong touch n Go tadi ;)

ni ha no plus,
1-800-88-0000
sila save dalam handset masing2 ;)


ni kali ke2 saya diuji sebegini diatas jalan
haritu break kaki tak cengkam,
kali ini pula pasal temperature

saya yakin, bila jadinya benda ni
saya lebih berani
kalau tak, sampai ke sudah saya penakutttt ;p

Moral of the story,
cek keadaan kenderaan anda b4 mulakan perjalanan

&

sila minta maaf dengan insan yang anda sakitkan hati beliau
kot2 la Allah nak balas perbuatan anda, memang cash Dia bagi
huhu
*sebab saya merajuk dengan En Fauzy. Tunggu2 dia tak pujuk pon. Lagi la haku merajuk ;p


oklah saya nak bersiap
kejap lagi ayah datang
ayah dah bertolak dah pon
kang tup2 dah ade bawah rumah ni ;)



2 ulasan:

Hafiz berkata...

Ok,,gud N,,
Experience is a good teacher ;)
hehehehe

StrewberiManis =) berkata...

hafiz :

yup, it is true :)

pengalaman juga akan mematangkan kita