Ahad, 29 Ogos 2010

27.08.2010, saya diragut ketika mahu ke bazar ramadhan

Taip entry sambil mengunyah kerepek En Fauzy bagi
masa jumpa Mak pak mertua 2 hari lepas,
dia bawak kerepek2 ni
saya la yang bakal mengunyah kesemua kerepek2 tersebut :P



OK, 2hari tak update,
macam2 perkara nak dikongsikan bersama
tapi kali ni 1 cerita dulu je ok?
esok2 saya share another story
sebab malam ni saya harus tdo awal
esok kerja maaaa
janji dengan client nak jumpa pukul 10am
*now saya di Gombak



Entry pasal En Fauzy datang ke rumah saya,
saya akan update later eh
tiba2 nak share pasal saya diragut ini dulu :)


OK, after En Fauzy pulang,
saya dengan huda bersiap2 ke bazar
kami pergi naik kereta
saya saja park kereta jauh sikit dari tapak bazar
sebab saya malas nak bersesak2 bila balik nanti
tapi tak adalah park jauh mana pon
cuma hanya perlu menyeberangi jalan saja ;)


lepas kunci kereta,
saya borak2 dengan huda
huda ada disebelah kanan saya
kami berjalan, bertentangan arus
Errr faham kan?


saya kepit purse saya disebelah lengan kanan saya
yakni, di sebelah dalam la kan
sebab belah kiri saya ialah bahu jalan
masa ni kami tak lintas jalan lagi untuk ke bazar

:: Lakonan semula. saya kepit purse beginilah. tapi dengan lengan kanan ::


masa kami berjalan, kereta MyVi sedang reverse
so kereta belakang tu berhenti la kan sebab MyVi tu tengah reverse
sekalinya, datang motor arah bertentangan saya
ZaaaappppppPPppp amek purse dari lengan kanan saya


MasyaAllah saya tergamam
kelu di bahu jalan
Huda cuit saya,


" eh N, purse kau tuuu "

saya geleng sedikit kepala. Seolah-olah tak percaya apa yang berlaku

Saya mimpi ke?

Sungguh saya tergamammmm



saya terdengar ada kereta disitu honk2
dan menjerit2 "hoiiiiiiiiiiiiiii"
mungkin saja nak bagi peragut itu larikan diri dengan segera
saya? masih lagi dengan keadaan tergamam ;(



memandangkan purse saya agak panjang,
Mungkin peragut tu dapat pegang yang hujung2 aje
dengan kelajuan motor yang kawan dia bawak,
menjadikan agak sukar untuk dibawa lari


dan akhirnya purse saya jatuh di bahu jalan
betul2 dihujung kaki kiri saya
Syukur Ya-Allah
Mungkin ada hikmah purse saya jatuh kembali
dan saya bersyukur sangat purse saya tak sempat diragut
hanya sempat "dicuitt" sahaja



after purse saya jatuh,
peragut itu terus memecut
cuak agaknya
sebab kejadian ini betul2 depan bazar
andai kata peragut itu gigih nak amek purse saya yang jatuh,
sudah tentu dah dikepung oleh orang ramai & RELA
*bazar rumah saya ini ada pasukan RELA yang control lalu lintas & menjaga keamanan bazar



:: Nampak tak yang saya colorkan puteh dalam bulatan? disinilah purse saya jatuh kembali ::



masa purse saya jatuh balik tu pon,
saya tergamam
kaku di bahu jalan



selalunye baca paper kes orang lain
kali ini jadi pada diri sendiri



Alhamdullilah saya ok
tak cedera hapa pon
cuma agak "terkejut" sedikit
benar2 tak percaya dengan apa yang berlaku



balik rumah, huda yang cerita dekat Mak Ayah
saya kaku. terdiam
langsung tak bukak mulut



lepas letak kunci kereta di meja kunci,
saya naik bilik
tukar baju & bersiap untuk berbuka
malam tu saya terawih tak khusyuk ;(
asek terpikir apa jadi kalau saya tak ada purse?
macam mana dengan kad2 bank dalam tu?
macam mana dengan item berharga yang lain?
macam mana??? macam mana????????
* saya tak hirau langsung pasal cash. sebab cash memang tak banyak



Alhamdulillah saya ok saja
tak cedera, diseret, ditetak n etc



Sungguh, masa saya taip entry ini,
saya masih tak percaya
saya diragut ke?
kejadian ni hanya mimpi atau benar2 berlaku?



Esoknya saya keluar dengan huda,
saya hanya menbawa duet, lesen & mycard sahaja
serik untuk membawa purse
masih trauma ;(



saya pelik, di bulan mulia ini pon masih nak meragut?
berani pula tu meragut betul2 depan tapak bazar
masa orang tengak sesak2
sekali imbas, 2-2 peragut itu adalah budak melayu. masih bersekolah kottt



Tak tahulah hapa nak jadi dengan dunia sekarangg...



Kawan2, mohon jasa baik untuk mendoakan kawan saya yang
sedang bertarung nyawa di ICU HKL
beliau sakit jangkitan kuman pada paru-paru


InsyaAllah kalau tak ada aral,
esok after kerja,
saya melawat beliau



pagi tadi diadakan bacaan Yasin di surau sini
tadi, before Isyak, diadakan solat hajat pula


mudah2an beliau dipermudahkan olehNya
sama2lah kita berdoa yang terbaik untuk beliau
Aminnnn..





4 ulasan:

alia iman berkata...

ya Allah!!!
N bahaya tuh...mak alia penah kene seret sejauh 100m sbb ragut,,be careful dear...

org nk buat jahat baik tak kira masa...itulah dunia skrg..huk3...

Noin berkata...

Ya Allah
hannah ko nmpk tak muke?
melayu ke???
nasib baik rezeki ko
nasib baik jugak takde ape2
lepas ni jangan kepit purse
g pasal malam bawak duit n ic je
dah tak selamat gombak ni hmmm


p/s : Hannah aku kat sintok sambung account :)

StrewberiManis =) berkata...

alia :

tau tak ape
tu la, n pon fikir kena seret ke, tetak ke,
ishhh n ni suka fikir bukan2 ;p

StrewberiManis =) berkata...

ain :

mmg aku tak bawak purse dah ohh
p mana2 bawah cash, lesen & ic aje
trauma gileeeee

yup, Gombak sekarang dah tak selamat
haku nak Gombak yang duluuuuuu
buleh?
huhuhu ;p