Ahad, 4 Julai 2010

Ipoh- Part 2

ingatkan kuartes Jannah dekat belakang dewan bersalin tu kan
so, kiteorang pon main agak2



"depan lagi kot ayah. Tu ha ade macam hostel belakang tu"



Sekalinya, salah weiii
salaahhhhhhh
aku yang bagi cadangan tu,
bila salah, aku terus diammmmmmm
hahahha ;p
call balik si Dr Jannah tak betul tu
hape ni weiii, sesat barat kami
rupanya2 masa jumpa dewan bersalin tu,
sepatutnya belok kanan
kami p bantai belok kiri
tu yang sampai ke dewan bersalin
err siapa nak bersalin ni??
hahahha ;p



Jannah tak tahu kami dari arah mana,
then kami pulak kelam kabut
yela hosp ni 1 way ok
kalau kau terlepas lorong mana2,
jangan mimpi kau nak reverse ke hape ke
dah la time tu time melawat
puiiiii kereta beratur ok belakang kami
so, kemaafan di situ =)






:: From left: Dr Jannah, Ayah a.k.a Pak Haji, Huda ::



:: Kodok ni la yang banyak berjasa walaupun tersenguk-senguk bila naik bukit. Errr Jannah, tumpang lalu ;p ::



Sampai2 je kuartes Jannah,
first thing, cari Kodok dia
Hahaha ;p
Mak bising Jannah park kereta tak betul




"Kau ni Jannah, park la betul2. Makan space orang lain ni. Ayah nak park sebelah kau pon dah susah"



"Alaaaa mak, parking kat sini tak pernah full. Ramai doktor2 kuar masuk. Ni Nah park kejap je. Jap lagi masuk kerja balik "



Turun2 kereta, angkut barang2 Jannah
masa lapor diri tu,
dia tak bawak banyak barang sangat
so, dah plan nak visit dia,
tu yang dia tinggalkan dulu barang tak berapa nak penting


Mak melanggang kangkung
Huda & Jannah je yang angkat
aku nak tolong gak
tapi dah abes di angkat oleh mereka
so, I pon melanggang kangkung jugak lah ;p
*selamat hakuuuu ;p*



kuartes dia luassssss bebeh
buleh main nyuruk2
hahhaha ;p
ada hall, toilet pon luassssss



oleh kerana mak aku ni jenis details
abes semua dia tanyaaaaaa



"Jannah sidai baju kat mana? Mak tak nampak pon ampaian? "



" Hantar dobi je Mak. Tak sempat la nak basuh2 ni. Busy dengan on call je. Balik dah letih. Tdo. Bangun2 je, masuk kerja balik "





:: Ni lah Huda. Adik bongsu yang paling banyak songeh. Kuat demand pulak tu, Haishhh. Muka dia sebiji macam muka aku kan? Nenek aku selalu tertukar. Hadoiiiii ;p ::

:: Nak kotiaw kungfu tak ada pulak. belasah jela nasi ayam pon ;p. Pinggan dia kaler pink oh ;) ::



Akhirnya pukul 6:30 petang baru aku dapat makan yang heavy
Makan dekat area mana ntah
dia ade gerai banyak2
pastu ade kerusi depan gerai2
alaaaa macam medan selara lah



masa kami menghampiri medan tu,
ade pakcik ni dah panggil2 kami suruh makan kat kedai dia
so, kami belasah jela, janji dapat makan cepat2
yela masa ni 6:30petang dah
Jannah masuk kerja pukul 7malam


kedai pakcik ni jual makanan je
Air kena order dekat orang lain
tapi ayah dah order air siap2 dekat dia
nanti dia order jela dekat orang yang jual air



Tak lama lepas tu, air yang di order pon sampai
Ayah duduk membelakangi kedai tu
Mak pula, berhadapan kedai tu
So, masa air sampai,
pekerja yang hantar tu XXX tau
*bangsa terpaksa dirahsiakan ;)


Eh, mak dah was2
Mak aku ni kan details
so, mak tenunggggg je balik pekerja tu masuk kedai dia balik
sekalinya memang kedai tu kedai XXX



tapi kami hairan, ramai je Malay yang singgah kedai tu, terus order
macam dah biasa la dengan kedai tu
Mak dah tak sedap hati, gelas2 kami ditolaknya tepi


Ahh sudah, jadinya Pak Haji "berceramah" dengan Mak Aji
pendapat tu la, ni lah
aku dengar jela ;p


At last, Mak tak nak
XXX tu dok pandang je kami
awat la tak sentuh air dia ;p

Ayah pon panggil pakcik tu balik



" Bang, Nak tanya, Air ni kedai sebelah ke yang buat? "


" Ha'ah depa yang buat. Depa orang XXX "


" Oh yeke. Tolong order kan dekat kedai Melayu, air yang sama "


Pakcik tu dah serba salah, terus tulis air hape cepat2
tak lama lepas tu, dia datang balik dekat kami



" Bang, mintak maaf. Saya tak tahu pula abg tak minum air kedai ni. Selalunya kalau orang datang, dia akan mintak nak air melayu or air dari kedai XXX "



"ok tak pe2. saya pon baru 1st time datang makan sini. Pasal air ni, jangan risau, saya bayar"



"mintak maaf banyak bang. Saya tak tahu pula abg tak minum air dari kedai XXX"


Elok pakcik tu blah,
mak dah pottt peettt


"dia ni tak tengok ke kita ni Melayu. Dia pon Melayu. Tak kan tak faham. blaaaa blaaaa "

aku? Makan jelaa
laparrrrr gila ni wehhh
hahahha ;p


:: Rania Farhana ::


after makan, hantar Dr Hannah, Eh silap, Dr Jannah ;p ke kuartes dia
*berangan nak jadik Dr konon N. Masa cls sains dulu, suruh buat hipotesis pon terkebil2 ;p
then kami terus ke rumah Pak Long (abg sulung ayah)
cadangnya nak melawat cucu dia
then terus tdo sana
esoknya balik KL


comel oh cucu dia
ibunya (sepupu aku la kan? ;p) masih dalam pantang
tak banyak ragam pon baby ni
erkkk erkkk jela kalau terjaga ;p
comel ;)
ikotkan aku, masa dia erkkk erkkk, aku bior je
kuat sket suaranya alaa alaa macam nak nangis,
baru aku angkat
buleh?
tula, sape suruh suara comel2 sangat ;p




sekarangkan musim durian
haaaa hambek kau,
aku tak makan durian
tapi bila bau je, aku nak pengsannnnnnn
pening oh. tak tahan


pastu Pak Long siap buh dalam guni
suruh kami bawak balik KL
ohhh sudah, pening la aku sepanjang perjalanan Ipoh-KL ;(



memang dalam kereta, aku diammm aje
pening sangat2
nasib baik ayah bawak laju
terasa kejap je dah sampai Gombak =)
masa dalam kereta, Fasiha (sepupu) msg huda,
tanya ade tinggal baju tdo tak dekat atas bantal?
aku dengar, teruss erkkk erkkk

Baju aku weiiiiiii
haaa sudah, tulah, bila kepala dah pening,
semua bnde aku amek ringan je


Sampai2 Gombak,
aku tdo kejap dalam 2jam
gila pening weiii
*kejap ke 2jam tu? haha ;p
Then bangun2, siap2 balik Shah Alam
esok kerjaaaa maaa
Errkk malasnya nak drive balik Shah Alam


Sampai2 Shah Alam, terperasan sikat aku tinggal dekat Gombak pulak
ahhhh tensionnye
semua bnde nak tinggal
kawen sok tak tau la
tertinggal anak kot
buleh? hahaha ;p



:: Huda & I-phone nya. Gila ah. baru form 2 dah mintak handset mahal2 dekat ayah. Kau cuba tengok kakak kau ni, bateri handset dah gile. Tunggu masa nak campak dekat Lombong je. uhuk2. Ayah, nak handset baru jugakkkkkkkkkkkk ;( ::


:: Jajan ku masa balik dari Ipoh-KL ;) ::



kata mak, Jannah tetap dapat gaji bila cukup bulan
kan selalunya Gov servant, 3bulan pertama tak dapat gaji
bulan ke 4 baru baru dapat gaji plus yang tertunggak tu


So, Jannah dapat gaji macam biasa plus payment for on call


Ohh Jannah, Kaya la kau
basic kau pon dah banyak, plus oncall
fussshhh masyukkkkkk


Jeans 3 helai pelissssss ;p
nak belanja aku handset pon tak ape =)




Nota Kaki :

1) Sorry entry ni agak panjang. Memang nak abeskan terus ;)

2) Sorry juga lama tak update. Busy. Minggu lepas banyak kerja urgent & odit luar

3) Petang semalam baru sampai dari Gombak. Hehh aku ni, tiap2 minggu balik ;p

4) Minggu ni busy juga. Tapi InsyaAllah aku cuba standby auto publish entry =)


8 ulasan:

merahjamboo berkata...

hi dear, nnti jangan lupa suh dr jannah belanja...ngeheheh..raya pun dah dekat;p

:: p R i n c E s S _ N :: berkata...

sakan norr jalan...syiok2...rania comel...name pon comel..

wanshah berkata...

hai cik strawberi manis. firstime ni saya masuk blog awak. best la baca entry2 awak. jannah tu doktor bhgian mana ek?.. saya orang ipoh. mana la tau cz ada sedara mara masuk hospital ke, bleh dapat layanan first class dktr jannah. heuheueh..

http://wanshah87.blogspot.com

StrewberiManis =) berkata...

merahjamboo :

memang nak tunggu dia balik Gombak pon
kita powww habes2an ;p

StrewberiManis =) berkata...

princess N :

heheh
eh tapi kalau buh nama "Nur Hannah" lagi comel kot?
hahahha ;p

StrewberiManis =) berkata...

wan shah :

terima kasih sebab visit blog ni

Ohh yeke orang Ipoh =)

Saya tak pasti la dia bahagian mana
rasanya general
sebab last 2weeks (masa visit dia), dia di bahagian tulang


tak apa, masa dekat hosp tu,
kalau terserempak dengan Dr iras2 muka saya,
tegur jela dia
dia ok je =)

Jangan lupa katakan awk kawan kepada Strewberimanis
*nak jugak tumpang sekaki* hahahah ;p

Zack ~ 'A berkata...

panjang2 pon i baca jugak k.. suka baca cter u.. heheh.. update2.. i tak update takpe.. ekekeke

StrewberiManis =) berkata...

zack~ A :

eh mana aci
cepat p update blog
nak baca ni
hahaha =)