Khamis, 24 Jun 2010

Kenapa Orang Takut Dengan Auditor eh?

Pagi tadi aku masuk office,
aku dapat job baru
kena audit company lain plak
ni company ke 5 aku audit since masuk praktikel
bunyik macam banyak je kan?
relax2, ni company kecik2 je
2 adalah company dormant
lagi 2 tu bagi aku company yang aktif jugalah
1 company dah settle
means, client dah dapat audit report dia
lagi 3 companies still pending
sebab tunggu Director company XXX sign signing pages
*Nama company adalah rahsia ;p
so, semantara tunggu Director sign,
aku proceed dengan company lain dulu
sekarang peak period maaaaa
banyak lagi job tengah Q



tadi aku p buat Statutory Audit
Registered Office company yang aku baru dapat ni di Gombak
wahhhhh peluang baikkkkkkkk nak singgah rumah kejap ni
hahahha ;p
then call company secretary tu
buat appointment nak datang
siap main "tolak2" tau



"U nak datang pukul berapa? Sebab I kena cari files2 dulu. Nanti U datang, tak payah tunggu I cari files. Terus buat kerja U la"



"Eh I la patut tanya U free pukul berapa. Sebab I yang nak datang sana. Lagipon maybe I sampai around b4 lunch hour. Sebab I dari Shah Alam "



"Since U auditor, memang kita akan bagi priority. Sibuk macamna pon, Masa untuk auditor bukak files, memang ada "
*tiba2 rasa kembang plak ;p


"ok, I datang around b4 lunch hour ok? "

"Ok"




:: Nampak tak tudung kaler putih belah kiri tu? haaa tu Norli. Tak sabar2 nak p company ni. Haha ::



Norli nak ikot aku
sebab nanti dia tinggal sorang dekat office
Lin, & Yat buat Statutory Audit juga
tapi di Subang aje
Ayie pulak p Audit KRU dekat Cyberjaya nunnnn
memang sah2 tak ada dekat office harini
tu yang Norli nak ikot
nanti dia sorang2 je trainee
ahh, kesian pula dekat dia
merengek2 dekat telinga aku ni
nak ikot, nak ikot
takut sangat aku tinggal dia ;p





:: Ni la office nya. Kami diberi layanan sungguh tip top sekali =) kami terpaksa "berlakon" menjadi Auditor yang telah berkhidmat lama la kononnye. Padahal kami Trainee je. Terpaksa berlakon sebab nanti client macam was2 dengan kredibiliti kami. Yela Trainee kan. Mana ada pengalaman meluas sangat ;) ::




Since office tu dekat dengan rumah aku di Gombak,
aku plan dengan Norli,
Solat & rest dekat rumah aku dulu
nanti baru balik office
kesian plak dekat dia
dah la puasa
gigih gila nak ikottt aku
padahal panas terik kotttt tadi
at last, tak dapat singgah pon rumah
sebab aku tak ada kunciiiiiiiiii
hahahha
nak minta dekat Huda,
sure dia dah p sekolah
dia sekolah sesi petang maaa
tulah, buat jahat lagi
sure tak lepasssss punya
professional sket buleh wahai Cik N & Cik Norli?
hahahha ;p




:: Sampai2 je, Files dah ada atas meja. Pandai2 la kau nak fahamkan nature company ::


Kami sampai pon dah 12.15
belek2 files, fahamkan nature company tu pon dah makan masa
tengok2 dah pukul 1
aku suruh Norli solat dulu
aku turun makan dekat kafe bawah office tu kejap
kau tahu lah kan, aku makan memang lama
naik2 atas je, Norli dah siapkan kerja aku
siap fotostatkan semua document2 penting
padahal ni company aku kena audit
bukan norli
wahhhh, suka gileeeeeeee aku
tak nyesal aku bawak dia ;)
thanks Norli =)
lepas ni kalau aku kena buat Statutory Audit,
aku ajak kau eh ;p




masa dekat tol,
aku mintak resit tau
then aku macam kepit dekat bibir
dia nak tarikkkk ok resit tu dari bibir aku
sebab time tu, tangan kiri aku pegang stereng
tangan kanan tekan button tutup balik tingkap
dia tengok macam aku tak cukup tangan,
tu yang gigih nak amek gak resit tu kat bibir aku
wahhhhh, kau buleh jadik PA aku la Norli ;)
memang tak nyesal ah bawak kau ;)



:: Lif nak office ni kaler pink oh. I likeeeeee ::



dah settle semua,
kami kemas2 la nak balik
Akak tu siap cakap


"Tahun depan Audit la company ni lagi"


wahhhh akak, kami ni Trainee je
dia ingat kami permenant staff as a Auditor
hahahah
nak gelak guling2 je rasa



haritu Norli p company XXX dengan Yat
sebab tak faham dengan akaun yang diberi
kau tau akak tu cakap ape?

"Eh akak takut la pulak 2 Auditor datang macam nak serang akak je"

Hahahhaa ;p

Pesal la orang takut dengan Auditor eh?
nanti aku tak nak ah kerja as a Auditor
Accountant pon tak nak
nak jadi suri rumah sepenuh masaaaaaaaa
buleh tak wahai Bakal Suamiku? ;p





Nota Kaki :

1) Statutory Audit ni 1st step b4 Audit dijalankan. Dari situ kita buleh tau apa nature company ni, siapa Shareholder dia, berapa banyak share yang Authorise & issues n etc..




2) InsyaAllah hujung minggu ni aku balik Gombak. After kerja ari sabtu, terus balik. Parents ajak tengok akak di Hosp Ipoh. Kesian perempuan tu, dah la last week kena lapor diri sorang2, drive ke sana pon sorang2. Selamat berkhidmat sebagai Doktor selama 10tahun la ye Dr Jannah ;p




3) Sekarang pukul 8:41pm. Aku tinggal sorang je ni dekat rumah sewa. Ayie p audit KRU tak balik2 lagi. Tau la kau jumpa Norman, Eddry & yusry. Jangan la sampai tinggalkan aku sorang dekat rumah. Aku takut ni wehhh ;(.. Erin pun takbalik lagi. Dating dengan bf dia la kot ;(




4) Ok dah, aku nak call rumah (Gombak). Pastu nak tdo. penat kot arini ;(





4 ulasan:

Judiene berkata...

sorry, i xbaca entry you smpai habis coz too much auditing thingy
hihihihi

XP

StrewberiManis =) berkata...

judiene :

tak pe, I tak kesah pon
marah pon tak
I pasrah aje =)

Stylogig berkata...

mmg btl pon..
normally org tkt dgn auditor..
sbb auditor en ade hak utk saman org kalo acc salah..
ckg acc aku bg tau,terus aku piki 2x.
nk jd auditor ke x nak ? hehehe.

StrewberiManis =) berkata...

stylogig :

tapi kawan aku siap kena maki dengan client ok
siapa takut siapa sekarang ni?
hohoho ;p