Jumaat, 28 Mei 2010

Mencari Office Tempat Praktikal



2 hari lepas (rabu), aku balik Shah Alam kejap. Sebab esoknya which is semalam, kami plan ke tempat praktikel. Tapi bukanlah nak masuk office tu. Just nak tau jalan. Then nanti buleh estimate masa ke tempat kerja. Oh ye, walaupun hanya di Shah Alam, ku tak pernah jejak di area tempat praktikelku kelak. Ada jugak aku google. tapi aku hanya tahu separuh jalan je. Bila google sebut ade nama kawasan tu la, ni la, aku dah mula blur. Sebab tak pernah jejak sampai ke sana. So, memang harus la blur kan ;p





Pagi semalam sebelum bergerak, Ayie call office tu (Ayie suruh aku call. Malu dan takut katanya. Haha lawak la kau ni Ayie. Tapi sekarang memang aku selsema yang agak kritikal, suara sengau, hidung sumbat, tido malam pon susah bernafas ok. Bersin toksah cakap ah. Tak terkira T__T.. Cakap pon tak berapa clear disebabkan sengau, so aku suruh ayie je yang call. Sorry Ayie, aku bukan mengelak. Tapi sebutan aku tak clear. Gila punya sengau. Nyayi lagu Tomok yang dulu-dulu best ni ;p..Kesian Tomok tak pasal-pasal kena =) Aku jarang selsema. But once kena, macam "terseksa" jugalah.







Lepas ayie dah call, akak tu kata on the first day, dia akan kumpulkan semua budak praktikel. Bagi briefing. So macam selamat sketlah ;) Then akak tu buleh borak2 dengan ayie dekat telefon. haha mesti akak ni boring tak ade kerja ;p.. siap pesan lagi, kalau sesat tak jumpa jalan, telefon dia balik. wahh gila punya baik. Jarang nak jumpa orang sebegini. yela beliau mesti sibuk di office. tak kan nak layan kerenah kami semata-mata nak tanya jalan. Terharu! Alhamdulillah Dia permudahkan urusan kami






kami gerak dari rumah pukul 12tengahari. Lin(1 tempat praktikel) ada hal yang tak dapat elakkan. So, after Lin sampai, amek Madi di rumahnya. Then Madi akan drive. Madi kata dia macam tahu kawasan tempat praktikel kami. Tapi dia tak sure, dia bilang tak mengapa, dia cuba. Ohh aku terharu lagi. Thanks Madi sudi luangkan masa kau demi kami ;) *Madi tak sama tempat praktikel dengan kami
Then sampai satu tempat, Kami sesatttttttttttttttt. Haha..bukanlah sesat sampai ke keluar dari area Shah Alam. Tapi tak tau jalan mana dah. Ishh camne ni, nak google mana ade broadband ke hape kan, GPS pon yilekkk. tibe2 dapat idea, tinggggggggggggggggggggggggg!!! call akak tu balik. Haha, eh orang dah bagi kemudahan untuk sedia menolong, kenapa tak gunakan ye tak? haha.. nasib Madi tahu & faham ape akak tu cakap. kalau aku la, mau ter haaaa haaaa kang. Silap2 aku record ape akak tu cakap, then play balik sambil mencari jalan. haha.. Aku memang. Bab jalan memang failed! Aku hanya tahu jalan yang aku lalu. Kalau aku tak lalu, or tak biasa lalu, kirim salammmmmmm aje laaa ;P





Alhamdulillah akhirnya sampai la kami ke office ini. Ini lah tempat praktikel ku kelak ;).. Buleh tahan la jauhnya dari rumah sewa. Aku ingat bila dah dapat area Shah Alam, lega la sikit. Tapi bapakkkkk punya jauh. Tambah pula office ni dekat area perindustrian, so banyak la pulak lori keluar masuk. Kata kilangkan. jalan dia pulak, banyak lencongan, jalan sempit, ada trafic light, so macam lagi terasa jauh la. Tapi bile nak balik, terasa dekat pulak. Haishhhh selalu macam tu tau. Bila pergi, rasa jauh bebenor. Bila balik, Aikk, dah nak sampai rumah dah? haa gitu la. Madi cakap kalau kita first time pergi ke sesuatu tempat, terasa jauh sebab Malaikat disepanjang jalan bagi salam dekat kita. Macam kejap2 Malaikat tahan kita bagi salam. Sebab malaikat baru nampak kita lalu jalan tersebut. Nak beramah mesra lah ;)..tapi bila dah second time lalu jalan yang sama, Malaikat tu dah pernah jumpa kita. So bukanlah bermakna Malaikat tak bagi salam & beramah mesra, cuma yela dia dah jumpa kita sebab pernah lalu jalan tu, so "singkat" lah masa beramah & tahan menahan tu. eh ni Madi cakap. Aku pon baru tahu semalam. Kalau Madi tipu, bermakna korang pon tertipulah. hehe. Ohh Madi ni banyak betul ilmu Agama & duniawi beliau. Untung siapa jadi girlfriend dia ;)


::Sedang membuat kesimpulan tentang jalan dilalui::


Bagi aku, esok-esok mesti tak rasa jauh sangat. sebab ini baru terhegeh-hegeh nak mencari, first time lalu jalan baru, plus sedikit sesat, tu yang rasa jauh je. Ntah2 masuk hari ke tiga ploh praktikel (jangan tanya kenapa tiga ploh, sebab aku main taip aje ;p) , bukak2 pintu je, dah sampai! haha ;p, tu memang tipulah. maksud aku, jalan terus jela, tak ada sesat2, sebab dah tau jalan kan. Aku, ayie, Lin, punya lah khusyuk salin jalan & ingat jalan. 3-3 pegang pen wooo. tak bley blah betul ;p Tapi bila dah jumpa je office tu, Madi siap lukis peta untuk kami. Siap pesan jangan lalu jalan tu sebab jammed lah, banyak trafic light la. Thanks again Madi. ohhh gila punya baik madi ni. Aku terharu lagi!! jarang nak jumpa orang sebegini. Tambah pula, aku baru je kenal dengan Madi ni. itu pon sebab satu kelas sem lepas. kalau tak, jangan harappp la. Haha. Untung betullah siapa jadi girlfriend Madi ni. memang kau akan rasa selamat jeeee. Ehh tak kan gambar Madi je? mana gambar kami? errr kami kan khusyuk ingat jalan sambil pegang pen. tak sempat nak bergambar ;p


:: Aku lunch nasi lemak sebab tengok ayie makan nasi lemak pagi tu macam menarik aje ;p.. ohh kasihan beliau kena tunggu aku makan sebab aku makan memang lama. kalau dekat rumah sewa, walaupon makan sekali, aku orang last abes. kunyah 44kali kot? ;P ::


Misi mencari jalan sudah selesai, kami lunch di tesco. Ingatkan nak beli barang dapur sekali. dah alang2 makan di tesco, beli teruslah. tak payah menyinggah banyak tempat. tapi bila aku je nak membeli, macam segan la pulak. haha.. segan disini, bukan gedik2, tapi macam yela aku je nak beli barang, tapi dorang tak. just ikot je. Ishhh tak nak lah macam tu. Kesian pulak dekat Madi. Sebabnye beliau tdo pukul 5pagi. pukul 11pagi aku disuruh kejutkan. suara masa aku call tu, alahaiii, ngatuk & letih bebenor suara beliau. kang pening pulak mamat tu tak cukup tido ;) Lin pulak tak ade hal, ikot aje, sebab dia memang tak ada buat ape lepas tu. Free




Now aku dah ada di Gombak. Malam tadi aku google jalan balik ke Gombak ikot NKVE (sebab ayah ikot jalan ni kalau hantar & ambil aku dari shah alam). Ntah macamana, tiba2 aku tak yakin. Tula, masa ayah amek or hantar, aku leka. Kiranya tak alert pasal jalanlah. kadang-kadang, tido lah, main msg lah. sekali kena balik sendiri. Haaa hambek kau! memang padan muka aku. haha kan aku dah cakap pasal jalan ni memang failed! Kalau ada exam pasal jalan, aku lah insan dapat gred tercorottt ;p then pagi tadi aku decide balik ikot federal. haa tak ke pelik google NKVE, tapi ikot federal? sampai2 rumah, mak ayah memang terkejutlah! mereka sangka aku ikut NKVE. sebab memang laluan kebiasaan kami kalau ulang alek ke Shah Alam. Alhamdulillah sampai juga aku ke Gombak dengan melalui jalan federal. wahhh terasa bangga pulak dengan diri sendri sebab begitu yakin sekali. memang semalam aku isi minyak penuh2. sebab budget kalau sesat, ada minyak spare dah ;p.. Ohhh kepada sidia, sila belanja saya Mc flurry Oreo sebagai meraikan kejayaan saya. ntah pape ntah! tak ada kena mengena pon. haha ;p Orang yang expert jalan ni kalau baca, mesti gelak gila2! tapi tak apalah, arini aku dapat pengajaran, walau benda tu tak ade kena mengena dengan life aku, aku harus ambil tahu sebagai pengetahuan am ;)





Nota kaki: Esok ke JJ wangsa maju mencari formal shoes. Haishhh Duta JJ betullah. Asek2 muka aku yang datang sana. Haha;p Kalau praktikel pakai sandal je tak buleh ke eh? Adehhhh malas betul nak invest beli kasut. Sebab mesti tak pakai lama. Aku ni jenis pakai sandal je. Senang bergerak


2 ulasan:

Eazy Izzuddin berkata...

wah nak praktikal dah..
lorh kat shah alam kew
awat x tye org shah alam kat cini
hehe

StrewberiManis =) berkata...

eazy :

tulah, tak terfikir pulak
aiseyyyyy dan2 lupe ;p