Khamis, 20 Mei 2010

Kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah Majlis Doa Selamat telah selamat berjalan dengan lancar. Majlis ini diadakan kerana memanjatkan kesyukuran diriku telah pun disunting. Ada jugak orang nak dekat aku kan ;P. Ini bermakna aku akan berkahwin tidak lama lagi. Panggggg boleh blah kau N. Grad pon belum lagi. Haha Kerana Kakak ku, telah tamat Pengajian on time. Dan akan mengorak langkah didunia pekerjaan pada bulan hadapan. Hospital mana, tak tahu lagi. Masih menunggu surat posting. Tapi dengan yakinnya, beliau akan berkhidmat di hospital kerajaan selama 10TAHUN. Awat lama nau? Tak teringin bekerja di hospital swasta atau buka klinik sendiri ke? OH, beliau under schorlarship JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Jadi, terikat dengan perjanjian. Selepas 10 tahun, suka hati kau la nak buat apa. Nak buka Klinik depan rumah pon tak apa. Haha



Turun dari bilik je, terus capture picture dulu. Dekat tangga pon jadi. Hehe. Elok lepas aku capture je, mak dah bising suruh tolong cepat. Mau nye tak bising. Dah la bersiap punya lama. Kenduri Doa Selamat je pon. Bukan Kenduri Merisik kau Cik N pon. Memang padan kena membebel. Padan Muka aku. Haha. Oh ye, tetamunya adalah jiran tetangga sahaja. Saudara Mara bukanlah tak mahu jemput. Tapi dorang semua duduk jauh-jauh. Pulak tu, kendurinya semalam, hari Khamis lepas Isyak (20may). Kan hari orang bekerja tu.


Menu:
~Nasi Beriani yang berlaukkan :

1) Ayam Masak Merah
2) Daging Masak Kicap
3) Kari Daging Lembu
4) Kari daging Kambeng
5) Arca

~Sate Kajang Hj Samuri

~Pisang dan tembikai susu

~Teh Tarik




::Air Yasin::



Sebelum bacaan dimulakan, aku sempat niatkan dalam hati, Mahu sedekahkan yasin yang ku baca ini kepada :

~ Arwah Datuk2, nenek, Sedara2 serta sepupu2 ku
~ Arwah kedua ibu bapa Aisyah (housemateku)
~ Arwah Mohd Zairi (K) (Insan yang pernah singgah dihati ini)
~ Semua Umat Islam yang telah kembali padaNya

tak lupa juga kepada :

~ Adikku Ahmad farith (tengah exam midyear. Semoga berjaya)
~ Kawan seperjuanganku, Apit. Semoga cepat sembuh. (eksiden motor ketika final. Sempat ambil 2 paper sahaja. yang lain, terpaksa extend)


::Jemaah Perempuan makan didapur ye (=.^)::


Percaya tak ni aku punya? Gila banyak aku cedok. haha. Eh tengok tu, tengok tu. Ayam 2ketul beb! Melantak ke hape ni? ;P Tula, bila dah buat keja2 dapur, cepat betul rasa lapar balik. Plus, aku tak makan tengahari. Tu yang mengelupur semacam aje. Haha.




Ada ke patut Aunty kiah (jiran sebelah) kata aku dah gemuk? Uishhh. Aku rasa dia salah pandang kot. Sebabnya aku pakai baju kurung agak besar. Pulak tu terbang-terbang ditiup angin, lagi la nampak aku kembang. Ececy coverline nampak? mantap kau Cover N. Haha. Pastu mak aku cakap, "Ala Kiah, cuti ni je dia nak gemuk pon. Balik sana (Shah Alam) kang, kurus balik la. Kedekut sangat dengan duet JPA dia. " uhhh mak, backup dah bagus dah. Tapi pedasssssss sangat tu Mak. huhu.. Bukan kedekut ah. Aku berjimat ;P Macam sayang je dengan duit kerajaan bagi. Ingat senang ke kerajaan nak bagi duet? Ececey coverline lagi. Gila la kau ni N. haha..



Oh ye, since nak final aritu, aku stop diet kejap. sebab aku takut kesihatan terjejas. Yela bila asyik study, perut cepat lapar tau. Sebab otak banyak guna tenaga untuk proses input. Bila lapar, aku tahan makan sebab nak berdiet, aku takut sakit ke hape kan. Kang tak pasal2 kena extend gara2 berdiet. Oh aku memang macam ni. Imaginasi tinggi ;p.. Jadinye aku akan sambung berdiet masa practical nanti.. Buleh pulak main on-off berdiet? Suka hati la labu oiiiii
=P



Nota Kaki:

1) handset aku makin kritikal. Agak-agak kalau minta dekat ayah, dapat handset baru ke atau dapat penampar? Haha ;P


2) Sekarang pukul 6.25pagi. Nak solat subuh pastu nak tidoooooooo. Pukul 3pagi tadi baru settle keja2 mengemas dapur. Penat gile kot. kejap lagi rasa macam nak p JJ wangsa maju.. tapi tu pon kalau aku bangun awal la. haha



6 ulasan:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ berkata...

kasi ayat power sket kat ayah
sure nyer dapat henpon baru

hehehehheh...sedap nyer nengok makanan2 tu,.....lapor T_T

Judiene berkata...

duit JPA tu kalo abes msk dlm akaun sy bleh??
hihihi
;P

StrewberiManis =) berkata...

yanie :

meh kasi saya tips macamana nak bagi ayat power.. =)

StrewberiManis =) berkata...

judiene ;

eh macamana tu "kalo abes msk dlm akaun sy bleh??"

dah abes macamana nak masuk? ;)

nurayunni berkata...

bezkan mkn rmai2...

StrewberiManis =) berkata...

nurayunni :

a'a besh sangat
plus buleh gosip2
haha =P