Rabu, 30 Disember 2009

~Ehem2, Laptop I Dah Laju La =P~

haha tajuk tabley blah sungguh =P
actually aku baru dapat laptop ni balik
tengahari tadi aku hantar d "Sesiput Solution"
CLICK DISINI utk view web
which is Incik Fauzy ownernye
like I was said before, laptop ni perlu d repair b4 naik sem
b4 ni ade gak aku dok mbebel psl laptop ni
slow la, hang la, tetiba off la
ahhh macam2 la
nasib incik fauzy itu penyabar orgnye
if x, dah lama aku kena pangggg
hahaha =P
so tadi incek fauzy telah format =(
kalau buleh aku xnak format
ni 1st time format tau
keadaan laptop ni sgt kritikal
tu yg incik fauzy format aje
tapi data2, incik fauzy ada back up la
giloooo kau hilang macam tu je
kata incik fauzy, format normal ambil 2 3 jam aje
but laptop ni over kau
dari pkul 1ptg smp 9mlm
jap nak kira bape jam =P
haaa, 8jam
sila bayangkan betapa kritikalnye laptop ni =P
tu pon ade hati xnak format =P
ok, sekarang laptopku sgt laju
nak kejar siput incek fauzy sat
haha =P
TQ incek fauzy =)
lepas ni if ada prob lagi,
saya cari kamu ye =P
owhh price?
[beliau kata free pada awlnye. special customer kot? ehem2 =P. wahhh gila ke nak bg free je? Penat tu mengadap komputer seharian. Tapi aku tetap bagi. Berapa? biarlah rahsia =P ]
sgt murah & bpuas hati
meh siapa2 ade prob komputer,
berundinglah dgn incek fauzy
*ehem2, promote ni, nak burger king eh nnt =P



nota kaki: Laptop ni merupakan Asset pertama yg aku miliki. Membeli dgn wang pertama yg ku terima dr JPA as scolarship =)

Selasa, 29 Disember 2009

~Berakhirnya cuti semku~


pejam celik pejam celik,
kini sudah 7minggu cuti sem berlalu
next week lecture bermula
aku masih undecided nak balik shah alam bile
sabtu or ahad?
ke sabtu depan baru balik?
which is my previous pgalaman,
first week mmg xblaja lagi
jadual pon berterabur
*kes banyak kali tukar jadual*
certain lecturer pon ade yg xmsuk cls lagi
masuk pon, just past around the slybus & pkenalkan diri
pastu cls abes..

~ sekadar gambar hiasan. macam biasa, picture gedikku ketika d homestay =P~

cuti sem ni mmg aku duduk rumah saje

xbernafsu utk kerja part time

tapi aku ade la tolong2 aunty tini buat cupcakes

ohh cuti sem kian melabuhkan tirainya

*wahhh aku taip ke ni? skema gile =P

barang2 utk sem depan haprak xbeli lagi

kalau sem2 lepas, 2 3 mgu b4 sem bukak aku dah beli

punya semangat la katakan =)

kali ni nape ntah aku kurang semangat

maybe sebab dah masuk sem 6

means 5 kali buat bende yg sama

boringgggg

xpela esok aku try buat sikit2

beli stationery, ubat2, sandal, n etc





nota kaki: Sedar x sedar, ahad ini, which is 3jan10, ulang tahunku yg ke 22. Wahhh cepat betul masa berlalu. Terasa macam baru abes SPM. wakaka =P

Sabtu, 26 Disember 2009

~Kira, Kami rindu hang =(~

sejak aku bertemu dengan kira 3minggu lepas,
aku selalu terbayangkan dia
ye, setiap detik!
bgn tdo mst pikir kira
ape ntah lagi sebelum tdo
pendek kata mst nak pikir dia
kadang2 terlampau rindu padanya,
aku msg "mak jang" nya
(kawan aku. Nama terpaksa drahsiakan =P)
"Puteri (bukan nama sebenar), kira buat ape?"
"kira dok main dgn paksu dia"
wahhh terus aku terbayangkan saat kira bergurau dgn aku 3mgu lepas
tepuk2 manja muka aku,
cubit pp aku,
pegang2 tgn aku,
cuit2 peha aku,
macam2 dia buat dkt aku utk tarik perhatianku
agar bermain dgn dia
ku kasihan dgn kira ibarat "tiada kawan"
aritu, sedang aku tgk TV,
tibe2 kira datang dekat aku
membawa air dutch lady (spt dlm pic)
lepas cucuk straw, kira bg aku air tu
"Nah, air kamu. Kami bagi. Minum tau. Esok opah boleh belikan yang lain utk kami"
*kami is equal to SAYA..
kecik2 sudah ada rasa hormatkan org tua
maksud aku, kira bagi air tu dekat aku wpon air tu adalah air dia
siap cucuk straw kau tau x
sebak aku dibuatnye
ikotkan nak menitik dah air mata ni
tapi dpn "mak jang"nya, aku tahan..
rasa macam nak kidnap je kira ni bawak balik gombak
tapi kira lebih mesra dgn opahnya
baru2 ni kira bercuti dgn opahnya d pahang
fushhhh kira jalan sakan nooo
xingat dekat Kak N langsung ek =P
kadang-kadang kan,
bila budak2 baya kira lalu depan umah,
aku asek terbayang budak itu adalah kira
nape ntah aku pikir macam tu
maybe sbb nasib kira kot?
sbb tu aku kasihan dgn dia
ntahlah, speechless
ohhh, kira ni comel kan?
mata dia ala2 sepet sket
rambut lurus, lembut
tapi, dia putih tau
kalah aku, haha
pic above agak gelap sket
biasalah, handset i kan cikai je.. =P
so, xnmpak sgt si budak comel ni putih
tgk depan2, lagi la
mau meleleh air luir =P
besar esok, mst kira cun & lawa =)
kiraaaa, kami rindu hang =(
ikot Kami balik Gombak nak?
*cobaan utk mengikut sleng kira. kang ckp sleng KL, mau dia ter "Haaa? haaa?" kang. hahaha




nota kaki: nama "puteri" & details kira terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan.. =)

Selasa, 22 Disember 2009

Update cepat2 =P

baru balek dari umah aunty tini
tolong dia buat cupcake
besok tolong lagi =)
tadi mak pesan suruh kemas rumah
mak ngah & pak ngah nak bermalam di sini
(mak ngah ialah kakak ayah)
beliau akan balik dari haji
(24hb dec tiba d Msia)
so, bmalam d gombak before pulang ke rumahnya d penang
mungkin adik beradik ayah yang lain stay d sini juga
(ade 4beradik. ayah yg ke 3)
dan juga menantu mak ngah dtg ke sini
ku xbuleh berkata apa2
abes rosak plan ku minggu ini
adusssssss =(
kepada yg terlibat, saya minta maaf
terpaksa batalkan pertemuan kita
(kau gila org dtg umah, kite bantai keluar. mahu kena bebel seminggu dgn mak ayah. Kurang sopan namanya itu )
xpela, ku tahu ade hikmah disebaliknya
*speechless*
oklah, undur diri dulu,
nak solat isyak then tdo
esok if sempat, ku update ye
banyak cerita nak dkongsi bersama =)
ok, takecare
gudnite, Salam (=.=)



Ahad, 20 Disember 2009

Entry Campur2. Banyak Cerita, Tp Aku Xtau Nak Khaskan Entry Ni Sebagai Ape. Yang Terlintas Kat Kepala Aku Ialah Entry Campur2. Bukan Entry Rojak Ye=P

OK, dimulakan dengan muka tuan tanah. Harus ada sebagai pembuka tirai. Jika tiada, haruslah ada ketika penutup tirai entry ni nanti. hahaha..=P Jangan ada yang tertipu. Ni adalah pic lama. Tapi xla lama mana pon. Ahhh sudah, ape ni, tadi kata pic lama tapi xlama sangat. Ohhh U all kena layan penyakit aku yang datang tibe2.. hahaha =P Actually ni pic depan bilik kami d homestay ketika perkahwinan tikah baru2 ini


Aku balik2 dari utara haritu, tgk2 ade ferrero rocher ni kat peti ais. Ada 2. hehhh, kenapa diaorang xmakan? pelik gile. Aku yakin choc ni dapat as door gift kenduri kawen. Mesti mak & ayah pergi. Sebab tu ada 2. Huda si penyebok xpergi la kot. If dia pergi, mesti ada 3 (selalunya if ada kenduri kawen, mak, ayah & huda je yg pergi). Aku tanye huda, kenapa xmakan choc ni. tau dia jawab ape? "xde cop halal" wahhhh nak tergelak aku. bagus2, kau xnak, xpe, murah rezeki aku =P.. (mak ayah xmakan. manis katanya). Oleh sebab itu, dia hanya layan choc cadbury & choc2 yg ada cop halal (if ada cop halal pon, dia akan selidik. takut ada cop halal tipu katanya). Lawak la adek aku ni. Adek bongsu kan, macam2 peel dia. Gila grand kan bagi door gift as ferrero rocher. Anak dato' kah? perghhhh, aku sok bagi belon 20sen cukup. Nak mewah sket bagi mentos sorang sebiji. tabley lebih2.. pastu kad kawen pakai ketas A4 je. Kerat 4. Jimat kos aku. hahaha. bagi tau mak, mak kata baik xpayah buat kenduri. kedekut nak mamposssssssssssssssssssss. Hahaha =P xdela mak, N main2 je. Gile ke nak buat cam tu?? jatuhkan air muka mak ayah je. N masih lagi waras & menjaga air muka mak ayah =) (tikah pon xcaye. katanye ntah2 aku yg paling grand gile. apakahh??? wehhh aku lambat lagi la.. kan aku dah cakap aku ade impian aku b4 kwen. Ishhhh xfaham ek? Tapi andai jodohku tiba awl, aku tempuhi dgn hati yg terbuka. Lalalala~~~ ;D)


Aku teringin nak makan ABC. Tibe2 je tekak ni nak sgt2. Aku beli dekat area2 bawah ni. pelik kan bungkus dlm cup. Selalunya if kita nak take away, ABC akan dibungkus dlm plastik macam bungkus lauk tu. Yang 4segi tu. Tu yang aku capture pic ni. Unik. Ibarat aku kena culture shock dibuatnye. Hehhh gombak ni, tau la aku jarang balik gombak. Jangan la buat perubahan drastik sgt. Dulu masa aku kat matrik perlis, mak xbg balik sgt tau unless cuti midsem & perayaan. Setakat nak balik minggu, kau duduk la dlm bilik diam2. Mak bukan xbagi balik. mak kata buat sakit badan aje pergi balik atas highway. naik bus 7jam. Naik train 12jam. dari buang masa, baik duduk bilik. Study. Yolah mak, N ikot cakap mak. I kan anak yg baik. Dengar cakap org tua. pAnggggggggg pp aku laju2. gila perasan =P.. ok2, berbalik kepada cerita, bila aku balik je gombak, perghhhhhh mmg culture shock dbuatnye. Nyaris tanya soklan maut dekat mak. "mak, ni ke jalan nak je rumah kite??" hahahah.. dah maju ohhhh. sana sini flyover, kedai ade yg dah tukar owner, ada kedai baru. Nasib kucing meen masih ada. pengukuh memory aku. hahaha (kucing meen jadi bahan =P)


17dec baru2 ni besday adek aku 2nd las yg ke15. Dia cakap dgn ayah thn ni nak KFC. xmo piza. Asek2 piza je (7dec besday mak. ayah beli piza. sbb tu kot dia bosan. baru je makan piza). so, mak ayah balik keja, terus siap2 ke surau sbb lepas maghrib kan awl muharam.(ikut kalendar Islam).. Baca doa awl thn & akhir tahun d surau. Dia pon pergi gak. Balik2 dah pukul 10lebih. Xjadik beli KFC. dah malam. Esoknya, ayah bagi aku duet. Suruh beli. Kebetulan plak dia puasa (mak suruh dia puasa smp 10 muharam.), ptg2 sket baru aku beli. Tau dia pilih set ape? set barrel yang ayam 21ketul. plus chezzy wedges 5kotak, popcorn. perghhhh melantak sakan la dia ni. mula aku suruh amek yg 15ketul je sebab kat rumah mmg xramai. Akak aku xbalik mggu tu. mak ayah mmg xmakan sgt. (kadang2 mak ayah agak berpantang soal makan) kami 4beradik jela. aku mmg serender awl2 sbb ptg tu aku baru makan nasi. still kenyang.. tapi bila pk besday dia, plus dia puasa, kan certain laki kuat makan, (including kau ye farith, hahaha =p), aku turutkan jela. Jangan terkejut, ayam sebanyak 21ketul itu abes ye. perghhhhhhhh gila la tank perut kau ni =P

Ni aku punye. Aku makan seketul je. I diet u =P


Oh ye, cuti sem yg bapakkk bosan gile,aku telah membeli buku ini d MPH JJ wangsa maju. baru je beli. Tapi xstart baca betul2. Means dari page 1, page ke page2 seterusnya. Bukan skip page ye.. Beli2 je, aku terus bukak bab J.E.N.A.Z.A.H. Ntah la, lately aku pk pasal kematian je. Andai aku pergi dulu, sudah cukup ke amalan aku utk d sana? Sudah cukup berbaktikah aku pada ke2 org tua aku? Adakah aku menjalankan perananku sebagai kakak, adik, pelajar, masyarakat, rakyat yg betul? Paling penting, Duit scholarship yg ku terima setiap sem dari JPA, aku gunakan kearah yg benar ke? Iye, itu duit rakyat. Kerajaan bagi utk aku gunakan dgn betul. Beli buku, yuran, makan, minum, tempat tinggal. Eh2 dah2 emo plak. basah kang touch pad laptop ni. huhu.. Ok2, xmo moody2.. Mari kite bergumbira kembali.. =).. Oh yee, if aku dah abes baca buku ni,siapa2 ade kemusykilan, buleh la tnye ye. Buleh kita share pendapat. If segan nak bertnye dsini, buleh email aku, (email adress same as YM aku. ade kat side bar ni) Aku jawab sekadar yg ku tahu & yakin. Xlebih. Kang bawak ajaran sesat plak =P.. Ensiklopedia ni ade 11bab:



BAB 1: BERSUCI
BAB 2: SOLAT
BAB3: PUASA
BAB 4: ZAKAT
BAB 5: HAJI & UMRAH
BAB 6: PAKAIAN & PERHIASAN
BAB 7: MAKANAN & MINUMAN
BAB 8: PERKAHWINAN
BAB 9: TALAK
BAB 10 JENAZAH
BAB 11: HARTA WARISAN

Sekian dari Ustazah Hannah =P




Khamis, 17 Disember 2009

TIKAH kawen PART 2.. last part =)

Ingatkan nak sambung part 2 ni malam td
tapi tibe2 pening plus badan kejap sejuk kejap panas
sah nak demam ni
lagi mengadap laptop ni lagi rasa pening
cepat2 off aircond, solat
trus ZZzzzzZZzzZ
hahaha =P
auwwww I cam baby mlm td
tido awl
tapi xmasuk buai la
mau roboh kang
hahaha =P
ok2, kita mula skang ye =)
aku buat 2 part je yoo..
Actually byk pic yg d snap..
tapi malas nak resize & tempek kat sini
terlampau byk sgt gambar,
aku takut u all muntah hijau, kuning, kelabu dan sewaktu dgnnya
hahaha =P

Esoknya, 12hb, we all check in Homestay d Tasek Gelugor, Penang pukul 4pm. 3ari sebelum ni (9hb,10hb,11hb) we all stay d Taiping. So, berulang alek la kami dari Taiping ke Penang. Pergi balik, kami abeskan 4jam atas highway. Penat tetap penat. Tapi demi insan bergelar sahabat, ku redahi jua. Bapakkkkk la poyonye ayat aku. Aku ke yg taip ni? lalala~~ hahaha =P. Ok2 abaikan ye =).. Ohh, cakap pasal homestay ni, ni la bilik kami.Agak terserlah ke-english-style bilik ini. Sweet. Bagi kami, agak murah la. Complete semuanya.



Iron & iron board pon ade tau. Ishhhh naseb aku xbawak iron dari gombak. Mmg plan nak bawak dah. Sbb susah nak jmp hotel/homestay ade iron. Unless kau hantar dekat dobi dorang. Tapi bila malam sebelum bertolak, hati aku berat sgt2 nak bawak iron. Gerak hati sebab packing baju las min kot? haha =P.. Sebenarnya beg dah penuh. tu yg xmuat nak bawak iron. hahaha =P.. Ohh ye, aku bawak 1 beg je. Aku sumbat semuanya dlm tu. Malas nak pegang2 beg lain dekat tangan. Bila jmp ayie, "wahhh N, sikitnya baju kau" sebab ayie bawak 2beg. Ikotkan hati aku, nak je bawak 2 beg. Tapi bila pk balik, bila nak balik gombak, sure beg aku yg satu ni akan "beranak". hahaha =P.. I shoping sakan U d sana =P


Ni toilet dia. Mcm dekat SPA kan? Sweet je. Tibe2 trase nak buat sauna. Haha =P Aku ni, mmg jenis mandi lama. So bila dah msuk je, berejam aku duk dlm toilet ni. Rase besh je dgn environment dia. Tenang sgt2. Padahal masa check in, dapat je kunci, masing2 tersadai atas katil. Penat wehhhh. Kan semalam p Bukit Merah. kau tau jela, bila main air, badan memang penat sgt2. Time ni, terasa lagi badan beralun2 dek alunan air. Pale dok terbayang atas pelampung naik gelongsor. Perghhhhh penat bebbb

After Aisyah solat asar, (Aisyah dari Taiping je. So jarak KM xlepas utk beliau solat jamak.) Siap2, sebab nak ambil Lina d Butterworth. Beliau dari Perlis. Sebenarnya amek dia xde dlm plan kami sebab awlnya kami xtau jalan ke terminal feri. Eh Lina bukan naik feri, haha =P, tapi terminal bus tu dekat la dengan Terminal feri. Lagipon Lina mintak Tolong kak ita (akak tikah). tapi dah mlm tu Tikah ade Khatam Al-Quran, akak dia sure sebok. So, kami jadi bidan terjun mengambil Lina. Redah punya redah, Alhamdulillah smp juga.. Lepas amek Lina, terus ke rumah tikah. Saje dtg awl. Tolong2 apa yang patut..

After dah jmp Lina d stesyen bus. Kami beli jeruk. Siapa p Butterworth sure xsah if xbeli jeruk. tapi if dah memang kau duduk kat Butterworth, xkan kau nak beli hari2? Cari penyakit namanye tu. hahaha =P.. AKU, AYIE, AISYAH, TIJAH beli jeruk ni. Lina xbeli. Mungkin masih menarik nafas lega sebab kami amek dia. Haha =P..sbbnya dia cuma target kak ita amek dia. then akak ita sebok, kami lak xtau jalan ke sana, lina agak sedikit cuak la. Bila call dia, dptla rasa suara dia dlm ketakutan. lawak la kau ni Lina. Cepat say TQ kat kami cepat. hahaha, xdela lawak je =P If kami xamek kau, mesti kau dah xnak jejak butterworth kan? memory pahit tu. ihikkkk =P

Kat para depan ni yang hok promotion punya. sekilo RM10. tapi akak ni jual RM8. Punya teruja dengan jeruk, mmg bapakkk banyak aku borong. Hok aku punya, semua sekali RM22. haha.. balik gombak ni kenduri jeruk je la =P.. Masa nak bayar ni, ade abg ni mintak no hs I.. Aku rasa adik akak yg meniaga jeruk ni. Sbb muka beliau macam sama je..wahhh terkejut aku weh.. Kacak jugak dia. Sweet. Punya bersungguh la dia nak no aku. tapi aku berkeras xnak bagi. Siap nak hantar aku balik KL, bila aku cakap dtg dgn kereta, terdiam dia. carik point lain kot? hahaha =P (dia dapat agak aku org KL sbb xde sleng utara langsung bila bercakap).. Rugi pulak aku xbgtau aku ade blog. Buleh bagi addres blog aku kat dia. hahaha =P.. Akhirnya aku dapat murah.. TQ U.. =) If U terbaca blog I, I nak jeruk lagi. Hok betik & mangga. Sempat lagi tu. hahaha =P


Nsib d homestay ade ice box yang comel lote.. Kami simpan jeruk dalam ice box sementara nak cek out esoknya. takut kurang umphhhhh bila sampai umah masing2 kang. lagipon, masa ni, Utara dah start panas bahang. Aku ni dah la xtahan panas. Kulit pulak kemerah-merahan & mengelupas sbb berjemur main air d Bukit Merah. Perghhh lagi la..


Masa ni sebelum majlis Khatam Al-Quran bermula. Lina yg belah kanan sekali. memakai baju hijau. Hot from oven U know.. Beli2, terus pakai. Masa amek dia d stesyen bus, dia pkai jeans lagi. Then masa berenti solat maghrib, (terus solat jamak), dia terus tukar. wahhh bau kedai woooo =)

Niat d hati memang nak tolong2. Tapi masa sampai, majlis dah nak start. lagipon xde ape nak dtolong since semuanya sudah siap. Then after makan2, ade pinggan kotor, kami la yg meringankan tangan untuk membantu basuh pinggan2 tersebut. Macam xmanis pulak datang kenduri tapi xde tolong ape2. Segan pada keluarga Tikah. Ingat lagi masa hari nikah, pagi tu singgah umah tikah dulu. sbb nak iring p masjid sekali dgn dia. time tu parents dia, adek beradek, jiran2, makcik2, ipar duai,mmg sibok la sbb makanan nak djamu after nikah xsiap lagi. mak dia mmg x dok diam la menyiapkan. then after nikah, pihak laki dtg bersama 7bijik kete. haa hambek kau. kami bagi pihak laki makan dulu. then tiba2 mak dia hidangkan utk kami. perghhhh sumpah malu beb. mak dia dh la kelam kabut siapkan itu ini, xmakan lagi hidangan after nikah, tup2 mak dia hidangkan utk kami. siap ade air basuh tgn kau tau x. org lain, pndai2 la cari tempat basuh tgn. tapi kami? perghhh sumpah aku malu gila.. Ingtkan nak pakai topeng power rangers dah, tapi xde jual pulak. Ok, ni aku tipu,hahaha =P. then pkul 11mlm, kami balik homestay yg jaraknya lebih kurang 30min dari umah tikah. sampai2 je, semua tergolek dog. haha =P


Esoknya, 13hb, after subuh, siap2, terus cek out dari homestay. breakfast d luar dulu. Pastu terus ke rumah Tikah. Saja datang awl. Kot2 la buleh tolong ape2. tapi makcik2 tu suruh gubahkan lauk pengantin. wahhh heavy sgt tu. I xkretip U.. hahaha.. atlast kami duduk melopong je. sbb semuanya dah siap. tinggal lauk pengantin je. hahaha =P
Masa kami sampai, Tikah xde. Dia makeup d kedai. balik2, terus bergambar. over kau. hahaha =P yela, kang dah ramai org, sure xberkesempatan. eh see, see, tangan tikah pegang aku ohh. adakah aura dia akan mengalir dekat aku? means lepas ni aku pulak yg naik pelamin? tettttttt hahaha =P.. Susah jugak if imaginasi terlampau tinggi ni =P

Pic ni aku tgk, terus gelak mengekek-kekek sorang2. hahaha =P.. Lina, kau tgk ape tu? Tikah tgh touch up. Ayie tgh ckp d phone. 2-2 tgh busy, kau relax je. sgt sempoi ohh kau ni. terbayang gaya kau yg amat bersahaja & sempoi. hahah =P

Aisyah menjadi pengapit tikah. Di inform las min. Masak la kau Aisyah. bape kali dah jadi pengapit. huhu.. Mula aisyah xnak, puas menolak. tapi bila pikir member, redah jela. I?? time ni I bz pegang baby (4bulan). Ibunya sebuk membuat kerja. Melalak2 baby tu. kecian lak, aku mintak izin ibunya utk dokong. Terus senyap kau. dia macam nak d dokong or dirikan. xmo dibaringkan d peha (bila duduk bersila). Bila geng2 matrik sampai (kuliah lain), aku terus tipu dorang baby ni anak aku. After matrik terus kawen. Dorang caye. hahaha =P.. mmg dorang xcaye awlnye sbb aisyah, lina, erin, tijoh, ayie dok gelak2.. Lagi dorang caye bila dorang tnye bapak baby mana? aku ckp kat luar. Tgh makan & borak2. hahaha =P.. Tibe2 kantoi sbb ibu baby ni nak nyusukan anaknye. hahaha maafin ye kawan2 yg d tipu =P.. saje buat lawak. lama kan kite xjmp. almost 3years =)

Baju purple ni la yang aku beli dekat carefour wangsa maju. Tibe2 same dengan adek bongsu Tikah. Kaler je lain. Naseb dia pakai masa hari nikah, aku pakai masa sanding. Susahla baju sama ni. Nak pakai pon macam takut2 je. If dekat faculty, ade gakla yg sama kain dgn aku. Hehh, dorang ni beli kain ela dekat Nagoya jugak ke?? Ishhh, ye2 aku faham, Nagoya tu bukan aku punya.. Hahahha =P



Semoga suap menyuap ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. TAHNIAH both of u!! =)

Xsangka dapat jumpa ifa & ekin. Mereka ni rakan sekelas masa matrik. Yg aku tipu baby td anak aku, time ni dorang dh balik. If x, dapat bergambar bersama. Ohh lelaki yg berbaju puteh tu la madi. Gigih oo dia datang. dah la dtg sorang. Hebat kau madi. saya tabik spring!! =) Umah dia dekat area simpang pulai nunn.. Time ni nak beransur dah. Kami dapat merasa hantaran2 Tikah. Uhhh rezeki kami lagi kot. Masa dia tunang, dapat gak rasa. Sirehh pon dia bagi rasa tau. pait gile nak mamposssssss. kelat. Xterbayang arwah nenek aku yg suka makan sireh. laju gila dia kunyah. tau2 je, dah telan. perghhhhh

OK, ikut plan awl, nak balik 13hb. Iaitu after kenduri. Tapi badan penat gilosss. Tu yg balik Taiping, tdo semalam d rumah aisyah. Pagi 14hb baru gerak. Masa mula2 datang, aku dgn ayie je dlm kereta ni. balik2, Tijah & Madi nak tumpang sbb mereka ade hal d shah alam. Tijah nak settlekan resume dia. Madi lak Kerja d shah alam. Xpela, ade gak geng dlm kereta. Xla aku dgn ayie je. For sure ayie bosan tgk muka aku. Kan ayie kannnn hahaha =P


See, inilah beg kami bertiga (aku, ayie, tijah).. Ni xtermsuk beg madi lagi tau. Beg aku yg cream merah tu je. Curik beg mak beli kat Avon. hahaha.. Sweet ohh. Mcam nampak english style sket. Hangin je mak, beli2, aku rembat. Xaku rembat, akak aku rembat. Hahaha =P..




Amek madi dekat simpang Pulai. Dia smpai je, Kami suruh dia drive. cian kau kan madi kena buli. xpe2, kau kan kacak, hansem, bergaya. Saja je bodek ni. takut sebenarnya. Madi ni agak garang sket. Aku takut dgn dia. Bukan garang mana pon, tapi dia suka buat muka serius. Tgk la muka dia, serius je. xpela madi, serius2 pon, dgilai ramai kan? ihikkkk =P.. Mula2 mmg aku takut dgn dia. Lama2, siap ber I U dlm cls. Means dah buleh buat lawak la dgn dia. Aku kan penakut..hahaha =P.. Ohhh,Nasib madi bawak 2 beg yg kecik je. beg galas dia aku pangku. sbb aku duduk depan. Ayie & tijah duduk dekat belakang.

Sampai2 umah, ayah siap tnye, dah makan ke? wahhh syorga gila. haha.. Terus order McD.. of course la aku order ayam spicy & mc flurry oreo.. Aku belikan utk adek2 aku sekali wpon aku tau dorang baru lunch. Ahh, dorang makan punya. kan huda kan? hahaha.. Ayah bayar. TQ ayah =).. After makan, naik bilik, mandi, rest, on9, transfer pic ke laptop. byk nau pic. handset aku hang. pastu terlelap. Letih sgt2.. Cuti sem ni duk umah je. Xde buat aktiviti heavy, tup2 jalan jauh hampir seminggu. Mana la badan xterkejut.. esoknya keluar makan burger king dgn Incik fauzy.. Ohh ye, semua kos sepanjang aku d utara d tanggung sepenuhnya oleh ayah. aku xkuarkan langsung duet aku. tersemat rapi card bank aku dlm purse =).. Ayah xbagi cash yg banyak sgt (utk 5hari d utara) tapi ayah bagi card bank ayah if emergancy. Mungkin ayah pk if aku dragut or purse ilang, (mintak dijuahkan) ade gak duet lain yg back up. TQ so much ayah..
TAMAT


Dorang shoot turn aku lak lepas tikah. Wahhh gila hapee. Kau tau x aku ade 5things need to be settle b4 aku kawen?? 5-5 tu target aku yg makan masa bertahun2. Max 5thn. Macam impian la. cittt poyo je. Tapi andai jodoh ku sudah tiba, ku tempuhi dgn hati yg terbuka =)



Selasa, 15 Disember 2009

~Tikah Kawen. PART 1~

maaf lambat update
banyak sgt pic2
perlu pilih & resize pic
ohh semua gambar ini diambil menggunakan camera handset
yang hanya bersaiz 2 mega pixel shj
so, kualiti certain pic agak low =P
yooo la, hs ku copek sahaja =P
ok la kan dari xde pic langsung
*cobaan berpikiran positip =P*

Pic di pagi hari 9hb. before bertolak. Uhh, gila punya awl aku bangun, pkul 530pagi dah bangun. Tapi xla trus capai towel. Landing2 dulu, mengeliat dulu, kelip2 mata dulu. Bangun je 5min, turun katil 5min, last2 masuk toilet pukul 540pg. Nasib toilet dlm bilikku jugak. If x, mau 5min gak. semuanya nak 5min. Take timeeeeeee. haha =P

Perjalanan kami lancar. Ayie yang drive. Mcm2 kami borak sepanjang perjalanan. Saje aku "umpan" ayie agar xngntuk. If x, aku la yang kena drive. haha gile pemalas drive aku ni. Sia2 je amek lesen dengan sekali sahaja test JPJ terus pas & renew lesen =P.. Tapi aku xla kejam, ade gak aku pesan dekat ayie, if xlarat, bagitau, gilir2 drive. kesian gak dekat dia..

R&R pertama kami singgah. Akibat daripada 2-2 kelaparan. haha =P.. 2-2 xmakan pagi lagi. Padahal time ni dah nak pukul 11pgi. Trus lunch. Tapi R&R Sg Perak ni sedang dalam pencucian besar2an. So semua stall tutup. Ade la 1 stall buah buka. Beli buah jela buat alas perut dulu. kasihan bukan? Xpe, kami "diet" sementara. hahaha =P.. diet hapenye. perut masing2 krukkk krukkk dah.. Dah la malam tu aku xmakan. Busy packing baju. Biasalah, i suka buat keja las min =P. Akhirnya tiba d taiping pkul 1ptg. Alhamdulillah =) Ohhh b4 tu kami berenti makan d R&R Bukit Gantang


Esoknya, 10hb, seawal 8pagi kami dah bergerak ke Penang. Jauh jugak Taiping dgn umah Tikah. Around 2jam baru sampai. Tikah akan dinikahkan pada pkul 11pagi. Kami bergerak awl sbb xtau jalan. Lagipon mmg nak iring Tikah ke masjid. Tu yg datang awl. Ohh time ni Aisyah drive, aku duduk sebelah, tunjuk jalan (tanya jalan dekat abg aisyah. so aku ade la tulis dlm note book sbg guideline).


See, ni kawasan Bukit Larut. Kawasan paling lembap d Malaysia. Kabus tebal sangat. Macam genting la pulak. Tdo mst bes kan? sejukkkkkkkkk je. hahaha =P. Panjang tau kawasan kabus ni. Sampai xnampak kereta. Agak bahaya. So, sebagai langkah keselamatan, kenalah pasang lampu =).. Macam tengah fogging pulak highway ni. hahaha =P


Tadaaaaaaa, memperkenalkan, PUAN NURUL ATIKAH BT AHMAD =), eh2 silap, time ni bukan puan lagi. hehe.. time ni tikah baru balik di makeupkan. Tikah makeup dekat kedai. Cantik ohh ko. jeles aku. terbling-bling aku pandang ko. Errr saje je menyempit dgn tikah utk ambil gambar. Amek berkat. hahaha =P.. Ohh ye, baju kebaya ni time form 2. Form 2 14thn kan? Skng aku 21thn. Motip bgtau??? hahaha luuuu pk la sendiri =P.. Naseb buleh pakai lagi. Puas aku geledah almari. Yela, baju kurung aku kan semua tinggal dekat shah alam..

Tikah sah menjadi isteri Encik Hafiz dengan sekali lafaz shj. Uhh, hebatla Encik Hafiz. Mengikut jam d hansetku, tikah menjadi isteri pada pukul 11.31am. Tahniah TIKAH. Gile kental ko xnangis langsung. Setitik pon x. If aku la, rosak dah kot makeup2 yang dtepek. i kan berhati sensitip.sket2 nak nangis. sket2 nak sentap. panggg kang baru tau. haha =P


Pasangan yg baru dinikahkah. TAHNIAH Incik kastam & Puan pelajar. hahaha =P.. Part agak kelakar, saat saksi mengatakan "sah", Incik kastam mengeluh tanda lega. Sampai nampak bahu beliau jatuh akibat hembusan lega. Alamakkkk bombastik gila ayat aku.. haha.. Korang faham kan maksud aku?? Xreti nak explain lebih2.. haha =P.. Sebelum d nikahkan, muka beliau nampak agak cuak. yela, saat mendebar. Bila sah je, terus mengeluh sampai terjatuh2 bahu. hahaha =P...


From left, Aisyah, Ayie, AKU, PASANGAN SUAMI ISTERI, adik bongsu tikah & anak sedara TIKAH. Wahhh time ni malu gak la, Family tikah 2 kereta je yg datang ke masjid (including us). Suami dia datang dengan 7bijik kereta. Gilaaa la. Malu owhhh. Rasa nak patah balik je. Tunggu d rumah tikah. hahaha.. Lepas d nikahkan, balik umah tikah, ada makan2 sket, then pkul 4lebih kami gerak balik ke Taiping. Penat jugak la 2jam atas highway

Esoknya, 11hb, baru tijah sampai dari Terengganu. 12jam ohhh atas bus. Gila penat la. Tijah kate smp dah tabley tdo. Asek bangun, tdo, bangun, tdo. Tdo je kje tijoh atas bus. haha.. =P..Tijah smp Taiping dlm pukul 9pg. Amek dia, terus ke Bukit Merah. See the pic, sian Tijah xmakan pagi lagi. Aisyah belikan dia nasik lemak. Makan dlm kereta..=)


Singgah petronas beli air. tapi idok la semua air dlm pic atas ni tijah punye. kembong perut dia kang. Jenuh nak Cari minyak yuyi cap limau. Hahaha, ok2 ni mengarut dah. =P.. Tijah punya air milo, Ayie punya Milo & Twister apple. Aisyah punye Twister oren and aku punye air 100plus & mineral. Semua air ni berjaya dselinap masuk dalam bukit merah secara illegal =P



Masa ni tgh selitkan air yg beli tadik d celahan baju2.. Air & Makanan Luar xdibenarkan bawa masuk. Nnt ade staff yg cekkan setiap beg dekat pagar ke water park. Mmg dia bukak zip beg.. ohhh kami terlepas =P

Posing dulu depan pintu masuk Bukit Merah. haaa kau, sampai sepet2 mata sebab panas matahari. hahaha =P..Actually dah lama nak p Bukit Merah ni. Since Tikah tunang thn lepas. Tapi xkesampaian. So tu yg kali ni nak p sgt. Alhamdulillah jejak juga kami d sini =P..


Kami amek pakej water park sahaja. sbb mmg nak main air je. Xmo naik cable car sbb gayattt nak mamposssssssss.. Jmp org utan pon xnak sbb Aisyah takut dengan bulu2 org utan tu. Takut & geli katanya. Apela ko ni Aisyah. Chumel je.. haha.. Agak2 if kami wat2 jadi disable person, dapat x price RM10? hahaha =P



Satu2nya baju aku yg agak besar. Mmg nak yg besar. Agar bila baju basah, xla nampak sgt "melekap" dibadan. If x, i sexyyy u. haha.. =P.. Ohhh bes gak mandi dgn member2 kat sini. Bila dah main air ni, sure cepat lapar kan? makanan dia jual, bapakkkkkkkkkkk mahal gile. seketul beger cam jual kat pasar malam, dia jual RM5. Perghhhh untung besar la.. Pandai top management dia pasang stategy. Bukan stakat makanan. Loker, pelampung lagi. Pada logik akal aku, price dia mmg xrelevan. Nak2 skng cuti sekolah, lagi la harga mencanak..Secara purata, harga d bukit merah ni double. Contohnye kau beli air dluar RM2. Dekat Bukit Merah RM4..Ishhhh,


Aku beli Tshirt as cenderamata utk adik2 aku. Dorang xnak key chain. Aku pon xnak. Cam xbesh je. hahaha =P.. Dulu zaman sek ren besh la ade key chain banyak2.. Siap lumba2 sgn member siapa lagi banyak. gantung2 lagi kau dekat beg sekolah..Hahah =P.. Ohh, aku berhabis seratus lebih d Bukit Merah ini. Gara2 harganya yg double.. Ishhh xcukup duet kawen aku kang, aku tau dah sebab ape. haha =P Balik dari Bukit Merah, muka aku start merah2 sbb berjemur main air. Mlm tu start mengelupas. Payah gak kulit sensitip ni..Urghhhhhhh =(


Then kami layan Yong Tau Fu d & ABC Taiping. Tau x kena brape RM? Semua sekali doploh pat ringgit tau!!!! Yong tau fu je tau. Price ABC xtermasuk. Ishhhh, aku rasa kami xbanyak amek sgt. Amek sket2 je. Aku & Tijah yg pilih. Aku rase sbb aku & Tijah "org luar". Means xde sleng utara. Aku sleng KL, tijah sleng terengganu. Lagi la bes org tu "sembelih" kami. Tijah lak rase org tu main tambah je seketul 2. Amek fish cake seketul 2, fish ball seketul 2 n etc.. Yela mesti kita xperasan sebab dah dpotong kecik2.. Hehhh, xpela, kami halalkan jela. Kami kongsi berempat. AISYAH, AYIE, TIJAH & AKU. Xabes pon.. bungkus bawak balik.. Sampai umah, rest, mandi, solat, terus tergolek dog 4-4. kepenatan main air. Nasib dah solat jamak awl2.. So mmg malam tu tido awl la =)
TO BE CONTINUE.... =)