Khamis, 17 Disember 2009

TIKAH kawen PART 2.. last part =)

Ingatkan nak sambung part 2 ni malam td
tapi tibe2 pening plus badan kejap sejuk kejap panas
sah nak demam ni
lagi mengadap laptop ni lagi rasa pening
cepat2 off aircond, solat
trus ZZzzzzZZzzZ
hahaha =P
auwwww I cam baby mlm td
tido awl
tapi xmasuk buai la
mau roboh kang
hahaha =P
ok2, kita mula skang ye =)
aku buat 2 part je yoo..
Actually byk pic yg d snap..
tapi malas nak resize & tempek kat sini
terlampau byk sgt gambar,
aku takut u all muntah hijau, kuning, kelabu dan sewaktu dgnnya
hahaha =P

Esoknya, 12hb, we all check in Homestay d Tasek Gelugor, Penang pukul 4pm. 3ari sebelum ni (9hb,10hb,11hb) we all stay d Taiping. So, berulang alek la kami dari Taiping ke Penang. Pergi balik, kami abeskan 4jam atas highway. Penat tetap penat. Tapi demi insan bergelar sahabat, ku redahi jua. Bapakkkkk la poyonye ayat aku. Aku ke yg taip ni? lalala~~ hahaha =P. Ok2 abaikan ye =).. Ohh, cakap pasal homestay ni, ni la bilik kami.Agak terserlah ke-english-style bilik ini. Sweet. Bagi kami, agak murah la. Complete semuanya.



Iron & iron board pon ade tau. Ishhhh naseb aku xbawak iron dari gombak. Mmg plan nak bawak dah. Sbb susah nak jmp hotel/homestay ade iron. Unless kau hantar dekat dobi dorang. Tapi bila malam sebelum bertolak, hati aku berat sgt2 nak bawak iron. Gerak hati sebab packing baju las min kot? haha =P.. Sebenarnya beg dah penuh. tu yg xmuat nak bawak iron. hahaha =P.. Ohh ye, aku bawak 1 beg je. Aku sumbat semuanya dlm tu. Malas nak pegang2 beg lain dekat tangan. Bila jmp ayie, "wahhh N, sikitnya baju kau" sebab ayie bawak 2beg. Ikotkan hati aku, nak je bawak 2 beg. Tapi bila pk balik, bila nak balik gombak, sure beg aku yg satu ni akan "beranak". hahaha =P.. I shoping sakan U d sana =P


Ni toilet dia. Mcm dekat SPA kan? Sweet je. Tibe2 trase nak buat sauna. Haha =P Aku ni, mmg jenis mandi lama. So bila dah msuk je, berejam aku duk dlm toilet ni. Rase besh je dgn environment dia. Tenang sgt2. Padahal masa check in, dapat je kunci, masing2 tersadai atas katil. Penat wehhhh. Kan semalam p Bukit Merah. kau tau jela, bila main air, badan memang penat sgt2. Time ni, terasa lagi badan beralun2 dek alunan air. Pale dok terbayang atas pelampung naik gelongsor. Perghhhhh penat bebbb

After Aisyah solat asar, (Aisyah dari Taiping je. So jarak KM xlepas utk beliau solat jamak.) Siap2, sebab nak ambil Lina d Butterworth. Beliau dari Perlis. Sebenarnya amek dia xde dlm plan kami sebab awlnya kami xtau jalan ke terminal feri. Eh Lina bukan naik feri, haha =P, tapi terminal bus tu dekat la dengan Terminal feri. Lagipon Lina mintak Tolong kak ita (akak tikah). tapi dah mlm tu Tikah ade Khatam Al-Quran, akak dia sure sebok. So, kami jadi bidan terjun mengambil Lina. Redah punya redah, Alhamdulillah smp juga.. Lepas amek Lina, terus ke rumah tikah. Saje dtg awl. Tolong2 apa yang patut..

After dah jmp Lina d stesyen bus. Kami beli jeruk. Siapa p Butterworth sure xsah if xbeli jeruk. tapi if dah memang kau duduk kat Butterworth, xkan kau nak beli hari2? Cari penyakit namanye tu. hahaha =P.. AKU, AYIE, AISYAH, TIJAH beli jeruk ni. Lina xbeli. Mungkin masih menarik nafas lega sebab kami amek dia. Haha =P..sbbnya dia cuma target kak ita amek dia. then akak ita sebok, kami lak xtau jalan ke sana, lina agak sedikit cuak la. Bila call dia, dptla rasa suara dia dlm ketakutan. lawak la kau ni Lina. Cepat say TQ kat kami cepat. hahaha, xdela lawak je =P If kami xamek kau, mesti kau dah xnak jejak butterworth kan? memory pahit tu. ihikkkk =P

Kat para depan ni yang hok promotion punya. sekilo RM10. tapi akak ni jual RM8. Punya teruja dengan jeruk, mmg bapakkk banyak aku borong. Hok aku punya, semua sekali RM22. haha.. balik gombak ni kenduri jeruk je la =P.. Masa nak bayar ni, ade abg ni mintak no hs I.. Aku rasa adik akak yg meniaga jeruk ni. Sbb muka beliau macam sama je..wahhh terkejut aku weh.. Kacak jugak dia. Sweet. Punya bersungguh la dia nak no aku. tapi aku berkeras xnak bagi. Siap nak hantar aku balik KL, bila aku cakap dtg dgn kereta, terdiam dia. carik point lain kot? hahaha =P (dia dapat agak aku org KL sbb xde sleng utara langsung bila bercakap).. Rugi pulak aku xbgtau aku ade blog. Buleh bagi addres blog aku kat dia. hahaha =P.. Akhirnya aku dapat murah.. TQ U.. =) If U terbaca blog I, I nak jeruk lagi. Hok betik & mangga. Sempat lagi tu. hahaha =P


Nsib d homestay ade ice box yang comel lote.. Kami simpan jeruk dalam ice box sementara nak cek out esoknya. takut kurang umphhhhh bila sampai umah masing2 kang. lagipon, masa ni, Utara dah start panas bahang. Aku ni dah la xtahan panas. Kulit pulak kemerah-merahan & mengelupas sbb berjemur main air d Bukit Merah. Perghhh lagi la..


Masa ni sebelum majlis Khatam Al-Quran bermula. Lina yg belah kanan sekali. memakai baju hijau. Hot from oven U know.. Beli2, terus pakai. Masa amek dia d stesyen bus, dia pkai jeans lagi. Then masa berenti solat maghrib, (terus solat jamak), dia terus tukar. wahhh bau kedai woooo =)

Niat d hati memang nak tolong2. Tapi masa sampai, majlis dah nak start. lagipon xde ape nak dtolong since semuanya sudah siap. Then after makan2, ade pinggan kotor, kami la yg meringankan tangan untuk membantu basuh pinggan2 tersebut. Macam xmanis pulak datang kenduri tapi xde tolong ape2. Segan pada keluarga Tikah. Ingat lagi masa hari nikah, pagi tu singgah umah tikah dulu. sbb nak iring p masjid sekali dgn dia. time tu parents dia, adek beradek, jiran2, makcik2, ipar duai,mmg sibok la sbb makanan nak djamu after nikah xsiap lagi. mak dia mmg x dok diam la menyiapkan. then after nikah, pihak laki dtg bersama 7bijik kete. haa hambek kau. kami bagi pihak laki makan dulu. then tiba2 mak dia hidangkan utk kami. perghhhh sumpah malu beb. mak dia dh la kelam kabut siapkan itu ini, xmakan lagi hidangan after nikah, tup2 mak dia hidangkan utk kami. siap ade air basuh tgn kau tau x. org lain, pndai2 la cari tempat basuh tgn. tapi kami? perghhh sumpah aku malu gila.. Ingtkan nak pakai topeng power rangers dah, tapi xde jual pulak. Ok, ni aku tipu,hahaha =P. then pkul 11mlm, kami balik homestay yg jaraknya lebih kurang 30min dari umah tikah. sampai2 je, semua tergolek dog. haha =P


Esoknya, 13hb, after subuh, siap2, terus cek out dari homestay. breakfast d luar dulu. Pastu terus ke rumah Tikah. Saja datang awl. Kot2 la buleh tolong ape2. tapi makcik2 tu suruh gubahkan lauk pengantin. wahhh heavy sgt tu. I xkretip U.. hahaha.. atlast kami duduk melopong je. sbb semuanya dah siap. tinggal lauk pengantin je. hahaha =P
Masa kami sampai, Tikah xde. Dia makeup d kedai. balik2, terus bergambar. over kau. hahaha =P yela, kang dah ramai org, sure xberkesempatan. eh see, see, tangan tikah pegang aku ohh. adakah aura dia akan mengalir dekat aku? means lepas ni aku pulak yg naik pelamin? tettttttt hahaha =P.. Susah jugak if imaginasi terlampau tinggi ni =P

Pic ni aku tgk, terus gelak mengekek-kekek sorang2. hahaha =P.. Lina, kau tgk ape tu? Tikah tgh touch up. Ayie tgh ckp d phone. 2-2 tgh busy, kau relax je. sgt sempoi ohh kau ni. terbayang gaya kau yg amat bersahaja & sempoi. hahah =P

Aisyah menjadi pengapit tikah. Di inform las min. Masak la kau Aisyah. bape kali dah jadi pengapit. huhu.. Mula aisyah xnak, puas menolak. tapi bila pikir member, redah jela. I?? time ni I bz pegang baby (4bulan). Ibunya sebuk membuat kerja. Melalak2 baby tu. kecian lak, aku mintak izin ibunya utk dokong. Terus senyap kau. dia macam nak d dokong or dirikan. xmo dibaringkan d peha (bila duduk bersila). Bila geng2 matrik sampai (kuliah lain), aku terus tipu dorang baby ni anak aku. After matrik terus kawen. Dorang caye. hahaha =P.. mmg dorang xcaye awlnye sbb aisyah, lina, erin, tijoh, ayie dok gelak2.. Lagi dorang caye bila dorang tnye bapak baby mana? aku ckp kat luar. Tgh makan & borak2. hahaha =P.. Tibe2 kantoi sbb ibu baby ni nak nyusukan anaknye. hahaha maafin ye kawan2 yg d tipu =P.. saje buat lawak. lama kan kite xjmp. almost 3years =)

Baju purple ni la yang aku beli dekat carefour wangsa maju. Tibe2 same dengan adek bongsu Tikah. Kaler je lain. Naseb dia pakai masa hari nikah, aku pakai masa sanding. Susahla baju sama ni. Nak pakai pon macam takut2 je. If dekat faculty, ade gakla yg sama kain dgn aku. Hehh, dorang ni beli kain ela dekat Nagoya jugak ke?? Ishhh, ye2 aku faham, Nagoya tu bukan aku punya.. Hahahha =P



Semoga suap menyuap ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. TAHNIAH both of u!! =)

Xsangka dapat jumpa ifa & ekin. Mereka ni rakan sekelas masa matrik. Yg aku tipu baby td anak aku, time ni dorang dh balik. If x, dapat bergambar bersama. Ohh lelaki yg berbaju puteh tu la madi. Gigih oo dia datang. dah la dtg sorang. Hebat kau madi. saya tabik spring!! =) Umah dia dekat area simpang pulai nunn.. Time ni nak beransur dah. Kami dapat merasa hantaran2 Tikah. Uhhh rezeki kami lagi kot. Masa dia tunang, dapat gak rasa. Sirehh pon dia bagi rasa tau. pait gile nak mamposssssss. kelat. Xterbayang arwah nenek aku yg suka makan sireh. laju gila dia kunyah. tau2 je, dah telan. perghhhhh

OK, ikut plan awl, nak balik 13hb. Iaitu after kenduri. Tapi badan penat gilosss. Tu yg balik Taiping, tdo semalam d rumah aisyah. Pagi 14hb baru gerak. Masa mula2 datang, aku dgn ayie je dlm kereta ni. balik2, Tijah & Madi nak tumpang sbb mereka ade hal d shah alam. Tijah nak settlekan resume dia. Madi lak Kerja d shah alam. Xpela, ade gak geng dlm kereta. Xla aku dgn ayie je. For sure ayie bosan tgk muka aku. Kan ayie kannnn hahaha =P


See, inilah beg kami bertiga (aku, ayie, tijah).. Ni xtermsuk beg madi lagi tau. Beg aku yg cream merah tu je. Curik beg mak beli kat Avon. hahaha.. Sweet ohh. Mcam nampak english style sket. Hangin je mak, beli2, aku rembat. Xaku rembat, akak aku rembat. Hahaha =P..




Amek madi dekat simpang Pulai. Dia smpai je, Kami suruh dia drive. cian kau kan madi kena buli. xpe2, kau kan kacak, hansem, bergaya. Saja je bodek ni. takut sebenarnya. Madi ni agak garang sket. Aku takut dgn dia. Bukan garang mana pon, tapi dia suka buat muka serius. Tgk la muka dia, serius je. xpela madi, serius2 pon, dgilai ramai kan? ihikkkk =P.. Mula2 mmg aku takut dgn dia. Lama2, siap ber I U dlm cls. Means dah buleh buat lawak la dgn dia. Aku kan penakut..hahaha =P.. Ohhh,Nasib madi bawak 2 beg yg kecik je. beg galas dia aku pangku. sbb aku duduk depan. Ayie & tijah duduk dekat belakang.

Sampai2 umah, ayah siap tnye, dah makan ke? wahhh syorga gila. haha.. Terus order McD.. of course la aku order ayam spicy & mc flurry oreo.. Aku belikan utk adek2 aku sekali wpon aku tau dorang baru lunch. Ahh, dorang makan punya. kan huda kan? hahaha.. Ayah bayar. TQ ayah =).. After makan, naik bilik, mandi, rest, on9, transfer pic ke laptop. byk nau pic. handset aku hang. pastu terlelap. Letih sgt2.. Cuti sem ni duk umah je. Xde buat aktiviti heavy, tup2 jalan jauh hampir seminggu. Mana la badan xterkejut.. esoknya keluar makan burger king dgn Incik fauzy.. Ohh ye, semua kos sepanjang aku d utara d tanggung sepenuhnya oleh ayah. aku xkuarkan langsung duet aku. tersemat rapi card bank aku dlm purse =).. Ayah xbagi cash yg banyak sgt (utk 5hari d utara) tapi ayah bagi card bank ayah if emergancy. Mungkin ayah pk if aku dragut or purse ilang, (mintak dijuahkan) ade gak duet lain yg back up. TQ so much ayah..
TAMAT


Dorang shoot turn aku lak lepas tikah. Wahhh gila hapee. Kau tau x aku ade 5things need to be settle b4 aku kawen?? 5-5 tu target aku yg makan masa bertahun2. Max 5thn. Macam impian la. cittt poyo je. Tapi andai jodoh ku sudah tiba, ku tempuhi dgn hati yg terbuka =)



4 ulasan:

Eazy Izzuddin berkata...

hype
thanks karena singgah d blog....
;)

btw
Vote For Me

http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

Thanks so much
hehe
xD

StrewberiManis =) berkata...

eazy :

sudah d vote
hope menang yeh
buleh kungsi adiah tu =P

shiqin ghazali berkata...

byk nye bcrita.. byk tol tmpt pyggahan.. hehee..
korunk satu umah, mmg unite

StrewberiManis =) berkata...

shiqin :

TQ =)

meh duduk umah kami meh =))