Ahad, 20 Disember 2009

Entry Campur2. Banyak Cerita, Tp Aku Xtau Nak Khaskan Entry Ni Sebagai Ape. Yang Terlintas Kat Kepala Aku Ialah Entry Campur2. Bukan Entry Rojak Ye=P

OK, dimulakan dengan muka tuan tanah. Harus ada sebagai pembuka tirai. Jika tiada, haruslah ada ketika penutup tirai entry ni nanti. hahaha..=P Jangan ada yang tertipu. Ni adalah pic lama. Tapi xla lama mana pon. Ahhh sudah, ape ni, tadi kata pic lama tapi xlama sangat. Ohhh U all kena layan penyakit aku yang datang tibe2.. hahaha =P Actually ni pic depan bilik kami d homestay ketika perkahwinan tikah baru2 ini


Aku balik2 dari utara haritu, tgk2 ade ferrero rocher ni kat peti ais. Ada 2. hehhh, kenapa diaorang xmakan? pelik gile. Aku yakin choc ni dapat as door gift kenduri kawen. Mesti mak & ayah pergi. Sebab tu ada 2. Huda si penyebok xpergi la kot. If dia pergi, mesti ada 3 (selalunya if ada kenduri kawen, mak, ayah & huda je yg pergi). Aku tanye huda, kenapa xmakan choc ni. tau dia jawab ape? "xde cop halal" wahhhh nak tergelak aku. bagus2, kau xnak, xpe, murah rezeki aku =P.. (mak ayah xmakan. manis katanya). Oleh sebab itu, dia hanya layan choc cadbury & choc2 yg ada cop halal (if ada cop halal pon, dia akan selidik. takut ada cop halal tipu katanya). Lawak la adek aku ni. Adek bongsu kan, macam2 peel dia. Gila grand kan bagi door gift as ferrero rocher. Anak dato' kah? perghhhh, aku sok bagi belon 20sen cukup. Nak mewah sket bagi mentos sorang sebiji. tabley lebih2.. pastu kad kawen pakai ketas A4 je. Kerat 4. Jimat kos aku. hahaha. bagi tau mak, mak kata baik xpayah buat kenduri. kedekut nak mamposssssssssssssssssssss. Hahaha =P xdela mak, N main2 je. Gile ke nak buat cam tu?? jatuhkan air muka mak ayah je. N masih lagi waras & menjaga air muka mak ayah =) (tikah pon xcaye. katanye ntah2 aku yg paling grand gile. apakahh??? wehhh aku lambat lagi la.. kan aku dah cakap aku ade impian aku b4 kwen. Ishhhh xfaham ek? Tapi andai jodohku tiba awl, aku tempuhi dgn hati yg terbuka. Lalalala~~~ ;D)


Aku teringin nak makan ABC. Tibe2 je tekak ni nak sgt2. Aku beli dekat area2 bawah ni. pelik kan bungkus dlm cup. Selalunya if kita nak take away, ABC akan dibungkus dlm plastik macam bungkus lauk tu. Yang 4segi tu. Tu yang aku capture pic ni. Unik. Ibarat aku kena culture shock dibuatnye. Hehhh gombak ni, tau la aku jarang balik gombak. Jangan la buat perubahan drastik sgt. Dulu masa aku kat matrik perlis, mak xbg balik sgt tau unless cuti midsem & perayaan. Setakat nak balik minggu, kau duduk la dlm bilik diam2. Mak bukan xbagi balik. mak kata buat sakit badan aje pergi balik atas highway. naik bus 7jam. Naik train 12jam. dari buang masa, baik duduk bilik. Study. Yolah mak, N ikot cakap mak. I kan anak yg baik. Dengar cakap org tua. pAnggggggggg pp aku laju2. gila perasan =P.. ok2, berbalik kepada cerita, bila aku balik je gombak, perghhhhhh mmg culture shock dbuatnye. Nyaris tanya soklan maut dekat mak. "mak, ni ke jalan nak je rumah kite??" hahahah.. dah maju ohhhh. sana sini flyover, kedai ade yg dah tukar owner, ada kedai baru. Nasib kucing meen masih ada. pengukuh memory aku. hahaha (kucing meen jadi bahan =P)


17dec baru2 ni besday adek aku 2nd las yg ke15. Dia cakap dgn ayah thn ni nak KFC. xmo piza. Asek2 piza je (7dec besday mak. ayah beli piza. sbb tu kot dia bosan. baru je makan piza). so, mak ayah balik keja, terus siap2 ke surau sbb lepas maghrib kan awl muharam.(ikut kalendar Islam).. Baca doa awl thn & akhir tahun d surau. Dia pon pergi gak. Balik2 dah pukul 10lebih. Xjadik beli KFC. dah malam. Esoknya, ayah bagi aku duet. Suruh beli. Kebetulan plak dia puasa (mak suruh dia puasa smp 10 muharam.), ptg2 sket baru aku beli. Tau dia pilih set ape? set barrel yang ayam 21ketul. plus chezzy wedges 5kotak, popcorn. perghhhh melantak sakan la dia ni. mula aku suruh amek yg 15ketul je sebab kat rumah mmg xramai. Akak aku xbalik mggu tu. mak ayah mmg xmakan sgt. (kadang2 mak ayah agak berpantang soal makan) kami 4beradik jela. aku mmg serender awl2 sbb ptg tu aku baru makan nasi. still kenyang.. tapi bila pk besday dia, plus dia puasa, kan certain laki kuat makan, (including kau ye farith, hahaha =p), aku turutkan jela. Jangan terkejut, ayam sebanyak 21ketul itu abes ye. perghhhhhhhh gila la tank perut kau ni =P

Ni aku punye. Aku makan seketul je. I diet u =P


Oh ye, cuti sem yg bapakkk bosan gile,aku telah membeli buku ini d MPH JJ wangsa maju. baru je beli. Tapi xstart baca betul2. Means dari page 1, page ke page2 seterusnya. Bukan skip page ye.. Beli2 je, aku terus bukak bab J.E.N.A.Z.A.H. Ntah la, lately aku pk pasal kematian je. Andai aku pergi dulu, sudah cukup ke amalan aku utk d sana? Sudah cukup berbaktikah aku pada ke2 org tua aku? Adakah aku menjalankan perananku sebagai kakak, adik, pelajar, masyarakat, rakyat yg betul? Paling penting, Duit scholarship yg ku terima setiap sem dari JPA, aku gunakan kearah yg benar ke? Iye, itu duit rakyat. Kerajaan bagi utk aku gunakan dgn betul. Beli buku, yuran, makan, minum, tempat tinggal. Eh2 dah2 emo plak. basah kang touch pad laptop ni. huhu.. Ok2, xmo moody2.. Mari kite bergumbira kembali.. =).. Oh yee, if aku dah abes baca buku ni,siapa2 ade kemusykilan, buleh la tnye ye. Buleh kita share pendapat. If segan nak bertnye dsini, buleh email aku, (email adress same as YM aku. ade kat side bar ni) Aku jawab sekadar yg ku tahu & yakin. Xlebih. Kang bawak ajaran sesat plak =P.. Ensiklopedia ni ade 11bab:



BAB 1: BERSUCI
BAB 2: SOLAT
BAB3: PUASA
BAB 4: ZAKAT
BAB 5: HAJI & UMRAH
BAB 6: PAKAIAN & PERHIASAN
BAB 7: MAKANAN & MINUMAN
BAB 8: PERKAHWINAN
BAB 9: TALAK
BAB 10 JENAZAH
BAB 11: HARTA WARISAN

Sekian dari Ustazah Hannah =P




6 ulasan:

:: p R i n c E s S _ N :: berkata...

ok yunk....byk stowee dlm 1 n3...baguss2..buku tu sgtt bguna k...share info lg..

faRk berkata...

perrghh...

Eazy Izzuddin berkata...

fuhyooo
xD

nak cikit food2 diatas..
xD

btw
Vote For Me

http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

Thanks so much
hehe
xD

StrewberiManis =) berkata...

princess N :

a'a, buleh share info
sharing is caring what :)

StrewberiManis =) berkata...

fark :

apakah yg terjadi sampai "perghhh"??
ekekeke =P

StrewberiManis =) berkata...

Eazy:

ok, kita dah vote kamu
good luck ye ;)